Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 April 2012

Nasi Dagang Tak Sedap Kat Kedai Ni


Saya baru makan nasi dagang kat satu kedai ini. Kedai ni baru dibuka dalam beberapa bulan ni dan ini kali pertama saya sarapan di situ. Menu sarapan pagi kat sini tak ada banyak pilihan, cuma ada nasi dagang dan satu lagi menu. Maka saya mintakah nasi dagang.

Kedai tu tak ramai orang sedangkan ada banyak meja, cuma ada satu meja lain yang ada orang, duduk berdua. Minta maaf cakaplah, nasi dagang dia tak sedap. Malah lepas setengah jam makan, perut saya mula meragam dan kepala ada pening sikit. Perut meragam mungkin sebab nasi tu lambat hadam dan pening sebab banyak garam tumpah kat ikan dan kuah  tu.

Saya ini bukan nak mengata sesama Islam dan sebangsa saya yang mula nak berniaga. Malah saya menggalakkan orang Islam berniaga kerana akan menambahkan kekuatan ekonomi Islam. Nabi Muhammad SAW pun berniaga, begitu juga dengan isteri nabi Siti Khatijah, juga sahabat Nabi Saidina Abu Bakar, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.

Tapi nasihat saya, biarlah pelanggan datang lagi kedai tu. Dan jangan sampai pelanggan serik. Yang paling penting nak niaga makanan ini adalah rasa selain keselesaan, kebersihan, lokasi, layanan mesra dan harga yang patut-patut.

Nasi Dia

Nasi dia keras dan jelantah. Sepatutnya nasi dagang kenalah lembut dan seakan berminyak.

Lauk Ikan

Lauk ikan dia keras dan masin. Sepatutnya kenalah lembut dan janganlah terlalu masin. Lagi satu, ikan rasa hanyir.

Bukan Senang Nak Buat Nasi Dagang

Seorang ustaz, pergi ke Terengganu dan set nasi dagang segera termasuk rempah dan beras. Dia tanya saya, macammana nak masak. Saya kata, bukan senang nak masak nasi dagang ni dan saya ajar dia sikit-sikit apa yang saya tahu. Ustaz ni kata, yang saya cerita tu sama dengan resepi yang diberikan tu. Tapi masalahnya, dia buat, tak jadi. Yer betul, masak nasi dagang ni bukan semudah yang disangka.

Kalau kita ke Terengganu atau setidak-tidaknya Mersing, Johor, kita akan jumpa banyak jual nasi dagang yang sedap-sedap. Di sana, kalau tak sedap, alamat tutup ler kedai.

Cara Buat Teh Tarik, Klik Sini.

Nasi Ayam Sedap, klik sini.

Cara Masak Sambal Nasi Lemak, klik sini.

5 ulasan:

  1. hmmm susah tu kalu pelanggan dan komplen kan. Saya pun penah kena macam Ustaz jugak. Betul bukan mudah nak buat nasi dagang. Isteri saya bertahun mencuba dan saya rasa baru sejak akhir2 ni baru menjadik. Kena ada skill kata orang. Bila ada bazaar ramadan tu berlonggok orang jual nasi dagang kat JB nih tapi tak pernah saya berkenan. Ade je yg tak kena.
    Senang2 tu Ustaz singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makannnnnn je hehehe terutama kat area JB nih. Dan kalu bolih register follower ok ustaz sebab maklum la blog baru nih sunyi menyepi jerr TQ TQ TQ

    BalasPadam
  2. quote:..
    lepas setengah jam makan, perut saya mula meragam dan kepala ada pening sikit.

    hmmm...
    barangkali..
    malah ada kemungkinan...
    itu semua.. lebihan smalam punya la kut.. ustaz..
    di perhangatkan smula..

    BalasPadam
  3. Terima kasih dan tahniah ustaz.... kerana menyampaikan ceramah di Pejabat Pendidikan Daerah Kluang (PPD) hari Sabtu lepas. Semua kata ceramah yang menarik dan pendengar tak jemu-jemu dengar cerita ustaz. Insyaallah nak panggil ustaz lagi masa akan datang.

    BalasPadam
  4. nak jual makanan, buatlah betul-betul...jangan masukkan ajinomoto sebab ia seperti menipu..yakinlah pada diri sendiri..buat elok-elok..insyaallah rezeki akan bertambah2..

    BalasPadam
  5. Haha... ceramah ustaz itu hari kat PPD Kluang memang menarik terutama cerita bab kawin-kawin, hehe..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.