Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Disember 2014

Forum Perdana: Isu-Isu Perkahwinan, Perceraian dan Muamalat Dalam Islam



Satu Forum Perdana Ehwal Islam akan diadakan pada Jumaat, 5 Disember 2014 jam 8.30 malam di perkarangan Masjid Al-Ikram Taman Sri Kluang. 

Forum anjuran YADIM (Yayasan Dakwah Islam Malaysia) dengan kerjasama Pejabat Kadi Kluang dan Masjid Al-Ikram ini membariskan ahli panel iaitu: 

1. Peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat (Pengerusi SukaGuam Malaysia), 
2. Ustaz Zamri bin Zakaria (YPEIM Kuala Lumpur) dan 
3. Ustaz Hj Mohd Khalil bin Md Noor (Kadi Daerah Kluang).

Forum bertajuk "Isu-isu Perkahwinan, Perceraian dan Muamalat Dalam Islam". 

Satu kaunter wakaf dan derma untuk pembinaan masjid baru Al-Ikram Taman Sri Kluang juga akan dibuka untuk orang ramai membuat amal jariah yang Allah janjikan pahala berterusan selepas kita mati. Menurut pengerusi masjid ini, Cikgu Haji Ahmad bin Jantan, masjid ini memerlukan kira-kira RM3 juta untuk pembinaan ini dan wakaf ini telah mendapat kebenaran MAIJ. Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan kita.

5 ulasan:

  1. Maasya Allah laa quwwata illa billah

    BalasPadam
  2. saya ada satu pertanyaan tentang perkahwinan..bolehkah seseorang merahsiakan perkahwinan dari ibu bapa dan dan melantik hakim untk dijadikan wali...sedangkan bapa kepada sebelah wanita itu masih hidup cuma dia tidak mahu anaknya bernikah pada usia muda??

    BalasPadam
  3. Rahsiakan tak bole. Wali hakim boleh atas alasan wali enggan.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum.. boleh tak jika perkahwinan dirahsiakan dari ibu bapa kerana hubungan tak direstui

    BalasPadam
  5. Sila tanya di pejabat agama, baru jawapanya lagi tepat.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.