Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Disember 2014

Mak Ayah Pergi KL, Anak Perempuan Bawa Lelaki Balik Rumah

Hujung tahun ni, mak dan ayah dia pergi ke KL dalam 3 hari nak tengok anak dan cucu di sana. Seronok ler juga mak ayah yang dapat tengok cucu dan dalam hati, nanti anak bawak shoping kat KL lagi best. Tinggallah anak dara seorang kat rumah umur awal 20-an yang tak dapat ikut sekali sebab bekerja. Tak kisahlah anak perempuan tinggal seorang kat rumah, bukannya rumah kampung, ini rumah taman.
.
Kalau rumah kampung macam saya kecil-kecil dulu takut juga malam-malam. Nak buang air pun, bilik airnya kat luar. Masa dulu juga banyak hantu. Sekarang hantu dah tak banyak sebab dah ramai hantu jadi pelakon filem dan drama, hehe. Yer ler, dulu banyak hantu sebab mak ayah, atuk dan nenek selalu sebut pasal hantu. Main nyorok-nyorok celah pokok pisang pun atu marah. Atuk kata nanti kena sorok dengan hantu kopek. Sekarang hantu kopek dah pupus spesisnya agaknya.

Tunang Ada

Lagilah mak ayah tak kisah tinggalkan anak dara seorang kat rumah sebab kalau apa-apa hal, tunangnya ada boleh bantu. Yer, anak dara dia ni dah tunang dengan seorang lelaki 20-an kerja swasta. Katanya, tunang dia ni suka ambil berat dan cepat saja kalau mintak bantu. Dalam hati saya, sebelum kawin boleh ler tunjuk prihatin segala bagai, dah kawin nanti tengoklah siapa yang kena.

Kena Tangkap

Diringkaskan cerita,  penguatkuasa dapat panggilan telefon kes khalwat. Maka tertangkaplah satu pasangan awal 20-an ini dalam sebuah rumah dalam jam 5.30 petang. Mereka kata, mereka tak buat apa, cuma berbincang pasal perkahwinannya dalam rumah tu. Wahhhhh... hebatnya berbincang,  mengalahkan perkahwinan selebriti pulak sampai nak bincang macam-macam benda.

2 ulasan:

  1. hmm...
    kisah ni ada sambung bhgn ke 2..
    ke ustaz..?

    BalasPadam
  2. Lelaki slps berkahwin sgt berbeza dgn sblm kahwin..itu buat saya serik berkahwin..maaf ustaz bkn tak mahu ikut sunnah nabi..tapi berkahwin selama 3 thn lbh dan diceraikan semasa sarat mengandung..perit sehingga kiamat rasanya..cukuplah..cukuplah..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.