Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Oktober 2012

Pelajar Universiti Mengadu 'Datang Bulan' Bila Kena tangkap Khalwat

Lelaki dan perempuan umur 20-an, kedua-duanya masih belajar di sebuah universiti tanahair. Perempuan orang Kluang dan bawa pakwe dia datang Kluang. Mula janjinya perempuan tidur rumah dia dan lelaki tidur hotel. Tapi akhirnya ubah perancangan iaitu sama-sama tidur hotel.

Dalam jam 4.00 pagi, bilik mereka diperiksa oleh penguatkuasa JAIJ dan pasangan ini disoal siasat.

"Saya tak salah. Saya sedang datang bulan dan senggugut. Jadi saya tak salah". Kata perempuan ini. Lelaki dah terdiam ketakutan.

Tapi alasan itu tidak dilayan sebab mereka berdua saja dalam bilik ini bersama lelaki bukan mahram dia, maka nak buat alasan macam mana pun, tangkapan khalwat tetap dilakukan. Dia nak kata datang bulan ker, datang bintang ker, kita tak ambil kisah. Yang penting, penguatkuasa yang datang tangkap dia.

8 ulasan:

  1. pertama kali sy dgr kes...
    didatangi bulan & bintang..

    pasangan tu pening la tu.. ustaz !!

    BalasPadam
  2. Ustaz,
    Selepas ditangkap, biasanya apa tindakan susulan? Nak tau juga.

    Kita kalau dapat, tak nak le maksiat berleluasa, tapi sbb faktor2 tertentu perkara ni terjadi.

    Tahniah sbb nampaknya pejabat ustaz aktif mengesan & menjalankan tugas. Klu dipandang positifnya, tertangkapnya mereka ialah mereka bole ditarbiah, & bole berubah jadi lebih baik. Kalau kena gaya.

    BalasPadam
  3. tu sbb ibubapa kena benarkan anak2 kawin wpun masih belajar terutama belajar di U...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betui tu, sokong sangat2.
      Ibu bapa kena tanya anak2 bila dah masuk remaja atau lain macam nampak angau semacam samada dah ada mak we atau pak we, & beri nasihat2 ikut agama, & kalu anak2 dah mcm tak bole ditahan2, nikahkan.

      Ikut aje syarat2 rukun nikah tu, kenduri & hantaran besar2 & mewah2 tu tak le penting .

      Yg masih ting 4, 5 ke pun tak pe. Depa bole belajar sama2 kemahiran ke dll dgn ilmu tu bole cari rezeki.

      Padam
  4. Saya teringat kepada Allahyarham Haji Mahadi, pelakon filem yang popular suatu ketika dahulu. Bila anak2 perempuan beliau meningkat umur 15 tahun beliau akan bertanya, nak kawin ke nak belajar, kalau anak dia kata nak kawin dia akan kawinkan, kalau nak belajar dia bagi syarat supaya jangan ada pakwe. Salah seorang dari anak kembar Allahyarham tak mau ke tingkatan empat lalu dinikahkan dengan seorang Engineer. Kembarnya pula terus belajar...

    Saya pun buat begitu pada anak2 saya...

    BalasPadam
  5. senang nye dapat "engineer" bg budak lepasan Tingkatan 4...

    kalau mcm tu sy pun nak kawin muda...ada tak "engineer' ke atau "doktor" ke yg nak kawin budak mentah tingkatan 4?????

    tolong la carikan jodoh saya yg elok2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn le jeles, huhu. Rezeki dia dapat engineer.

      Tapi rezeki paling utama bagi wanita di sisi Allah, dapat pasangan / suami soleh.
      Antara ciri2nya, tak pemalas. Bila rajin tak kira kerja apa asal halal, berkat, lama2 akan Allah tambah. Yakin le. wlu x kaya bangat.

      Rumahtangga bahagia, Allah redha.

      Padam
    2. bukan jeles... kita bcakap dgn fakta...
      setakat bg ststement umum tu biasa la... semua org tau.... (rmhtangga bhagia asal Allah reda, terlalu umum )...

      psoalannya ramai ppuan yg belajar smpai graduate U, tapi tak jumpa jodoh yg setaraf/ sekufu... sbb kbnyakan siswa lelaki pilih ppuan / budak 14 tahun.... atau yg tak bekerja spy senang dok rumah jaga anak....

      Padam

Dipersilakan komen.