Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Mac 2014

Kluang Jadi Tuan Rumah Tilawah Quran Peringkat Negeri Johor


Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor kali ini akan diadakan di Dataran Tasik Putih, Kluang mulai 16 Mac hingga 18 Mac 2014. Pada hari pertama iaitu hari Ahad, akan dimulakan mulai jam 8.00 malam dengan diperdengarkan bacaan 11 pembaca. Manakala hari kedua pada 17 Mac iaitu Isnin, juga 11 pembaca bakal memperdengarkan bacaannya.

Perasmian penutup Majlis Tilawah ini dijangka akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada Selasa 18 Mac 2014 mulai jam 8.00 malam. 

Marilah kita sama-sama hadir dan meramaikan majlis ini. Alhamdulillah, Kluang menjadi tuan rumah pada kali ini. Selain itu, persembahan nasyid juga akan diadakan.

1 ulasan:

  1. tahniah diatas kejayaan anjuran tilawah al quran peringkat negeri johor di kluang...persiapan memang cantik..cuma saya lihat ianya kurang di war2kan melalui badan2 ngo dll...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.