Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Mei 2015

Upacara Sedut Duit, Dapat RM 280,000 ?


Petang tu seorang rakan saya telefon.

"Tuan kadi, saya dan kawan saya nak jumpa tuan. Esok tuan ada di pejabat ker?", kata kawan saya tu.

"Oh... esok saya ada tapi saya sibuk sikit. Boleh beritahu, ada apa tu? Mungkin boleh diselesaikan melalui telefon saja. Berkenaan apa tu?", kata saya.

"Ermmm nak kena jumpa juga, ini kawan saya ada peluang baik dan nak ajak tuan join sama. Ini satu pelaburan yang mengguntungkan", kata kawan saya tu.

"Join sama? Apa pelaburan tu?", kata saya macam terkejut.

"Oh... tuan pernah dengar ker 'sedut duit'. Dah ada beberapa orang yang berjaya", kata kawan saya.

"Macam mana tu?" tanya saya.

Duit Ratusan Ribu Akan Turun

"Dia macam ni.... Nanti kawan saya akan buat satu kumpulan orang yang nak join tu buat program zikir. Nanti lepas zikir tu, duit akan turun", kata kawan saya tu.

"Oh... Betul ker dapat duit? Ker kena tipu jer?", tanya saya.

"Yer... Dah ada orang sini (Simpang Renggam kot) yang dapat duit RM 280,000", kata kawan saya tu.

"Betul ker?", tanya saya lagi.

"Betul. Cuma ada pantang larangnya", kata kawan saya tu lagi.

"Pantang larang apa tu?", kata saya.

"Lepas dapat duit tu, dalam masa seminggu tak boleh menggauli isteri. Lepas tu duit tu tak boleh berjudi atau beli nombor ekor dan tak boleh beli rokok. Sebahagian duit tu pula kena dermakan pada anak yatim dan pembinaan masjid", terang kawan saya tu lagi.

"betul ke dapat duit ni. Ker ada apa-apa kita kena bayar duit pulak?" tanya saya.

"Yer, dia ada sedikit pengeras nak beli alat-alat dan nak suntik duit tu supaya keluar", kata kawan saya tu.

Suruh Datang Opis

Cerita bab sedut duit atau tarik duit ini saya dah ada pengalaman pada hujung tahun 90-an dulu sewaktu saya jadi penguatkuasa JAIJ di Johor Bahru. Takut-takut taktik yang sama digunakan yang hujungnya menipu orang atas nama agama.

"Oh macam tu. Macam inilah, esok jam 8.30 pagi sila datang dengan orang tu di pejabat saya. Nanti bersama saya ada Imam  Daerah untuk dengar apa lafaz yang dia zikir tu. Lepas tu saya akan panggil penguatkuasa JAIJ untuk siasat perkara ini kalau-kalau ada unsur penipuan. Okey, boleh datang jumpa saya esok", kata saya.

"Okey tuan Kadi, terimakasih. Nanti saya beritahu kawan saya ni", kata kawan saya tu.

Kawan saya ni umur 50-an dan tinggal di Simpang Renggam dalam daerah Kluang. Dia kata, kawan dia tu ada orang dari sebuah negeri utara yang baru dikenali dan menyewa rumah di Simpang Renggam.

Apa kesudahan kisah ini. Sengaja saya tak habiskan kerana akan ada episod kedua nanti.

............BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA, klik sini Episod 2

5 ulasan:

  1. ustaz,
    Saya mengikuti blog ust.
    Kali ni lari dari topik. Saya ada soalan, semuga dapat dikongsi bersama.

    Kalau kita dapat EPF, yg mula2 kita buat ialah bayar ZAKAT. Tu saya dah sangat jelas.

    Jadi kalau EPF si mati dikeluarkan oleh warisnya, nak bayar ZAKAT atas nama dia, ye ustaz?
    What about simpanan2 si mati lain dlm bank, dll?

    Tkasih ye ustaz,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluarkan KWSP si mati hendaklah dibayar zakat sekiranya melebihi nisab, contohnya nisab atau had minimum adalah RM11,000. Soal didaftarkan di pejabat dengan nama si mati atau orang hidup, tidak ada masalah. Kalau atas nama waris yang hidup, boleh diniatkan sebagai zakat si mati.

      Padam
    2. Syukran ye ustaz kerana jawapan di atas.
      Jelas dah.
      Nak tanya soalan lagi, bagi pihak semua.

      Katakan si A meminjam duit pada B.
      Lama tak bayar2. Dia tak mampu.
      Bole tak si B jumpa pada A & berkata lebih kurang begini, "duit yang saya pinjamkan kepada mu tu saya niat zakat, sebab kamu layak menerima zakat". Masing2 hati senang.

      Jawapan pernah saya dengar, jawabnya tak bule sebab, duit tak ada masa dia berkata tsb. Duit hutang tak bule tukar zakat.
      Mohon pencerahan ustaz. Tkasih.

      Padam
  2. Suspen betul ni.... Endingnya saya rasa pasti ada penipuan...kalau cara sedut duit ini patuh syariah dah lama Nabi ajar... Tapi Nabi ajar kita supaya berusaha dgn titik peluh bukan dgn cara begini....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.