Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Mei 2015

Bahasa Jurujual Kereta Terpakai (Episod 1)


Kalau kita ke kedai jual kereta, kita akan dapat jumpa beberapa istilah yang mungkin kita tak biasa dengar. Episod pertama ni saya nak cerita istilah 'pinjam'. Contohnya ayat jurujual tu:

"Abang nak 'pinjam' berapa ribu?"

Kalau ikut perbualan harian, 'pinjam' tu adalah kita nak pinjam barang tu dari seseorang. Contohnya, "saya nak pinjam pen ni sekejap". Fahamlah kita yang pinjam tu kita nak pinjam sekejap dan nak pulang balik lepas kita pakai pen tu.

Tapi "pinjam" di kedai kereta adalah sebenarnya "pinjaman' atau bahasa orang putihnya "loan". 

Bila Mahu Tukar?

Agak-agak bilalah ada seseorang pergi beritahu jurujual seluruh Malaysia supaya tukar perkataan 'pinjam' tu kepada "pinjaman' atau loan supaya orang yang tak biasa beli kereta tak tercengang.

....BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA
Episod kedua nanti tajuknya "Dokumen". Tajuk episod ketiga adalah "Harga tak boleh dengar". Tajuk episod keempat adalah "Siyap". Tajuk episod kelima adalah "garaj kondition". Episod keenam "Cium Pun Tak Ada"  Episod ketujuh "On The Road" . Episod kelapan "Muka Berapa" . Episod kesembilan "Arab"dan seterusnya......

Episod 2, klk sini

2 ulasan:

  1. Kalau sesiapa pernah dengar perkataan ni, kita geng.

    BalasPadam
  2. Pen sebenarnya tak boleh pinjam, sebab dakwat pen yang dah digunakan bukan diberi semula kepada si peminjam.. dakwat tu dah lekat di kertas jadi mana boleh pulangkan seperti sebelum pinjam..hehe

    Sepatutnya, Nak GUNA pen ni boleh..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.