Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Mei 2015

Gembira Sungguh Cucu Masuk Sekolah Tahfiz Asrama Penuh, Tapi Ada Ujian Yang Datang

Baru sebentar tadi saya merasmikan program 'Kem Ibadah Anak Soleh' anjuran Masjid Bandar Kluang. Alhamdulillah, ramai ibu bapa yang hadir menghantar anak-anak mengikuti program ini. Insyaallah, program seperti ini akan diadakan lebih kerap iaitu semasa awal cuti enggal pertama, kedua dan ketiga persekolahan.

Cerita di Kedai Mamak

Jam 7.45 pagi sebelum saya ke majlis berkenaan, saya pergi ke sebuah kedai mamak minum teh tarik. Kemudian datang seorang kenalan saya dan sempatlah berkongsi pengalaman. Beliau seorang yang ada nama juga di daerah ini dan aktif dalam aktiviti masyarakat. Beliau sudah bersara dari perkhidmatan kerajaan dan sekarang banyak terlibat dalam aktiviti setempat.

"Saya pagi ni nak rasmikan program motivasi pelajar sekolah', kata saya.

"Alhamdulillah, bagus Tuan buat program seperti ini memandangkan keadaan masyarakat yang semakin mencabar sekarang", kata Haji tu.

"Betullah Haji, zaman sekarang berbeza dengan zaman kita dulu. Anak-anak sekarang lebih rapat dengan rakan sebaya dan dunia internetnya. Zaman kita dulu tak macam ini", kata saya.

"Yer betul Tuan. Kita kekadang takut dengan keadaan persekitaran kita dan saya banyak terlibat dengan program masyarakat dan banyak berceramah dalam bab ini. Tapi Tuan, kita ini terlibat dengan masyarakat tetapi Allah pula beri ujian kepada keluarga saya', cerita Haji tu.

Saya dengar dengan baik apa yang diceritakan.

"Awal tahun ini saya bangga sebab cucu pertama saya masuk sekolah tahfiz asrama penuh selepas keputusan yang baik dalam UPSR. Sebagai atuk, tentulah bersyukur dan bangga, sekurang-kurang ada juga seorang cucu yang jadi al-hafiz nanti. Lagipun, bukan senang nak masuk ke sekolah itu, pelajar terpilih saja", cerita Haji tu.

"Tapi kegembiraan itu tak lama. Dalam 2-3 bulan saja, cucunya ada masalah di sekolah itu yang akhirnya terpaksa diberhentikan dari sekolah yang baik itu. Sekarang cucunya itu dimasukkan ke sekolah biasa di daerah ini", cerita Haji tu lagi.

Begitulah kisahnya dan betapa banyaknya cabaran dalam mendidik anak-anak sekarang ini.

1 ulasan:

  1. Tak pe la Tok.
    Niat yg baik insyaAllah dimakbul Allah satu hari.
    Ada hikmahnya.

    Atok le yang kena didik cucu tu mengaji, dgn tajwid , dsbnya.
    Selain tu, ilmu2 lain yg manfaat.

    Tapi dapat jadi tahfiz, insyaAllah jadi hamba Allah bertaqwa.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.