27 Mac 2010
PELACUR CALL GIRL: HABUAN BANGLA
Tindakan Jabatan Imigresen yang mengambil tindakan tegas terhadap warga asing sangat-sangat dipuji. Di Kluang beberapa hari lepas, beberapa orang Bangla ditahan jabatan tersebut atas pelbagai kesalahan. Mungkin kesalahan tiada dokumen yang sah atau kesalahan lain. Di Kluang beberapa lokasi menjadi tumpuan Bangla ini seperti jalan Yap Tau Sah dan Taman Sri Kluang.
Baru-baru ini, saya mendapat aduan mengenai penglibatan Bangla di Kluang yang menjadi perantara kepada kegiatan pelacuran. Lelaki ini menggunakan nama "Ayim" (bukan nama sebenar) cukup popular di kalangan Bangla di Kluang. Maklumat yang saya terima, dia sudah tinggal berbelas tahun di Kluang ini dan menjadikan bandar ini sebagai kampung halaman sendiri. Menurut aduan, dia ada banyak kesalahan termasuk pemalsuan pasport dan dikira sebagai 'orang kuat' Bangla di Kluang ini.
Ayin sukar ditangkap oleh penguatkuasa JAIJ kerana peranannya hanyalah sebagai orang tengah. Saya pernah sekali menelefon Ayin untuk memerangkapnya tetapi gagal. Mulanya dia layan saya, tapi kemudian dia bercakap bahasa Bangla dengan saya, bila saya tak faham, dia putuskan perbualan. Dia tidak percayakan orang baru dalam telefon kecuali Bangla sendiri. Jadi, strategi nak perangkap dia gagal.
Pelacur yang Ayin bekalkan ada ramai, katanya termasuk anak dara dan janda. Mengikut maklumat, kesemua wanita 'di bawah tangan' Ayin adalah Melayu dan Indonesia. Pelanggan ramai yang Bangla tapi ada juga orang Melayu, Cina dan India. Ayin mengenakan bayaran RM 60 ke atas kepada pelanggan. Ayin sekadar orang tengah, manakala bayaran dibayar terus kepada pelacur berkenaan. Sejauh mana peranan Ayin dalam kes ini ? Ini yang sukar dibuktikan. Sebab itu, kegiatan ini sudah beberapa tahun berjalan.
Pengadu Buat Aduan Lagi
Pengadu sekali lagi berjumpa saya baru-baru ini setelah beberapa bulan lepas dia membuat aduan. Malangnya saya masih gagal membongkar sendikit pelacuran ini atas beberapa sebab dan peraturan yang terbatas. Pengadu pada mulanya agak ghairah dan seolah-olah memaksa-maksa pihak JAIJ. Selepas saya jelaskan undang-undang dan pengalaman saya sebelum ini sebagai penguatkuasa dan pendakwa syarie, maka dia faham. Bukan semudah itu untuk mengambil tindakan.
Operasi Hotel Lebih Kerap
Di Kluang ada banyak hotel, maka operasi kerap dilakukan. Kalau ada pun kes, dianggap kes khalwat bawah seksyen 27, bukannya kes pelacuran seperti laporan tadi. Ini perkara biasa, orang yang kena tangkap tidak akan mengaku mereka pelacur atau pelayan pelacur. Nama Ayin, lagilah tidak disebut. Ini bermakna JAIJ masih meneruskan tindakan terhadap aduan ini, bukan tak buat lansung. Saya percaya dalam banyak-banyak kes khalwat yang tertangkap di rumah atau hotel, pasti ada 'pelacur' yang dibekalkan Ayin ini.
Operasi Imigresen
Pengadu beritahu saya yang Imigresen telah menangkap beberapa orang Bangla 2-3 hari lepas di Kluang. Saya kata, baguslah kalau begitu. Imigresen ambil kesalahan yang lebih besar dan hukuman dia pun lebih besar sehingga menghantar balik ke negara asal. Cuma Ayin belum tertangkap lagi, dia memang licik tapi setakat mana dia boleh melarikan diri. Maklumat yang saya terima, dia juga pakar dalam cetak pasport palsu untuk bekal pada kawan Bangla dia. Tapi Imigresen dia tak boleh tipu, kalau orang biasa bolehlah dia tipu. Cuma Imigresen belum jumpa atau tangkap Bangla ni.
UTUSAN MALAYSIA : BILA NAK BUAT SAIZ KECIL ?
Dalam banyak-banyak akhbar, Utusan Malaysia masih ketinggalan dengan mengekalkan saiz besarnya. Bila nak ubah saiz kecil seperti akhbar lain seperti Berita Harian, Metro, The Star, Kosmo, Sinar Harian dan lain-lain.
Kalau saiz besar ini ada susah sikit nak baca terutama kalau berada dalam kenderaan kereta atau bas. Janganlah ketinggalan dalam arus perubahan, ubahlah untuk kebaikan dan menarik minat pembaca. Sekarang tahun 2010, bukan tahun 90-an.
Buang Bayi Sampai Kena Gigit Anjing
KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di kawasan timbunan sampah berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang hari ini. Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 5 petang tadi oleh penduduk dalam bungkusan plastik dengan salah satu tangannya terputus dipercayai digigit anjing.
26 Mac 2010
Hantaran 10,000: Runtuhnya Mahligai Cinta (Episod 5)
Harun berbaju Melayu dan berkopiah yang duduk sebelah bapa itu memulakan bicara. Semua yang hadir senyap macam suasana dalam mahkamah masa hakim nak jatuhkan hukuman pulak.
"Sekarang kita nak mulakan majlis akad nikah. Pengantin lelaki jemput ke depan". Kata lelaki 50-an dan berkopiah itu.
Harun pandang ke arah bapa dan ahli keluarganya yang lain. Bapanya mengangguk tanda membenarkan anaknya ke depan untuk memulakan akad nikah. Dalam hati Harun, inikah dia imam yang nak nikahkan dia ? Mulanya tak gaya imam pun tapi bila dah mengaku imam maka percaya juga. Lelaki waktu itu tengah berdebar, maka dia tak kisah dan tak siasat pun itu imam betul atau tidak. Yang penting pada dia, malam tu dapat nikah.
Zihan pun lagi tak percaya itu imam, yang dia kenal lelaki itu kawan bapa dia yang biasa main dam kat warong kat sebelah simpang tu. Tapi dia tak berani berkata-kata. Bising-bising nanti kena tengking dengan bapa dia, baru padan muka. Maka diam saja, walaupunpun dalam hati penuh persoalan. Kemudian imam tu kata lagi.
"Mana baki hantaran yang belum diserahkan ? ". Kata imam tu.
Harun terdiam seketika, kemudian menyerahkan sampul surat yang dipenuhi dengan duit 50 ringgit kepada pak imam. Imam ambil sampul surat itu dan serah pada bapa perempuan. Kemudian kelihatan bapa membisikkan sesuatu ke telinga pak imam.
"Semua dalam sampul ini berapa ribu? " Tanya imam bagi pihak bapa.
Harun tak jawab tapi tangannya beri isyarat. Dia menunjukkan isyarat 2 jari, maksudnya difahami iaitu 2,000 saja. Muka bapa perempuan merah padam dan membisikkan sesuatu lagi pada pak imam. Pak imam kata lagi.
"Bila boleh sediakan lagi 5,000 ?". Tanya imam.
Harun tak jawab. Kalau ikutkan perasaan, nak saja dia lari keluar dari rumah. Tapi waktu itu pintu berkunci dan ruang tamu yang sempit itu menyukarkan dia nak keluar. Dia jadi serba tak kena.
Harun tak jawab. Kalau ikutkan perasaan, nak saja dia lari keluar dari rumah. Tapi waktu itu pintu berkunci dan ruang tamu yang sempit itu menyukarkan dia nak keluar. Dia jadi serba tak kena.
"Maaf pak imam, nanti saya bayar ansur-ansur...." Kata Harun. Suaranya terus terhenti dan dia tunduk saja.
Abang Lelaki Bersuara
Tiba-tiba abang kepada Harun pula bersuara, sebelum ini keluarga lelaki senyap saja. Abang dia seorang tentera yang masih berkhidmat. Bila tengok macam ada apa yang tak kena, maka dia dah tak boleh sabar. Majlis mula bertukar kecoh dan pengantin lelaki cuba menenangkan abangnya.
Pengantin lelaki tak mahu sesuatu yang tak diingini berlaku pada hari bahagianya. Tapi abangnya bukan jiwa orang biasa yang boleh dipermainkan sebegitu, dia tentera yang diajar supaya berani bukan penakut. Apa lagi kalau melihat adiknya dipermainkan sebegitu, mana dia boleh berdiam diri.
Tiba-tiba abang kepada Harun pula bersuara, sebelum ini keluarga lelaki senyap saja. Abang dia seorang tentera yang masih berkhidmat. Bila tengok macam ada apa yang tak kena, maka dia dah tak boleh sabar. Majlis mula bertukar kecoh dan pengantin lelaki cuba menenangkan abangnya.
Pengantin lelaki tak mahu sesuatu yang tak diingini berlaku pada hari bahagianya. Tapi abangnya bukan jiwa orang biasa yang boleh dipermainkan sebegitu, dia tentera yang diajar supaya berani bukan penakut. Apa lagi kalau melihat adiknya dipermainkan sebegitu, mana dia boleh berdiam diri.
"Kalau tak setuju nikah, kami balik saja ! Jangan mempermain-mainkan kami semua. Pulangkan semula semua duit yang telah diberikan sebelum ini ! Semua sekali 5,000.". Kata abang Harun dengan suara tinggi. Semua yang lain terdiam.
Pengantin perempuan yang duduk di dalam bilik mula runsing melihat suasana itu. Dia selama ini di dalam bilik, mengintai dari celah langsir. Dia bimbang kalau-kalau bapanya pula hilang sabar dan boleh jadi pergaduhan.
Tapi hairan sungguh, bapanya tak begitu, malah nampak tenang saja. Bapa perempuan kemudian membisikkan sesuatu ke telinga pak imam. Pak imam kemudian kelihatan tersenyum saja. Kenapa pak imam tersenyum, sedangkan suasana sudah bertukar tegang ?.... nantikan sambungannya..
Tapi hairan sungguh, bapanya tak begitu, malah nampak tenang saja. Bapa perempuan kemudian membisikkan sesuatu ke telinga pak imam. Pak imam kemudian kelihatan tersenyum saja. Kenapa pak imam tersenyum, sedangkan suasana sudah bertukar tegang ?.... nantikan sambungannya..
BERSAMBUNG KE EPISOD 6
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-gelora-cinta-syahdu.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-gelora-cinta-syahdu.html
Warga Emas Nikah Semula Selepas 8 bulan bercerai
Tadi saya nikahkan satu pasangan warga emas, dah ada menantu dan cucu. Lapan bulan lepas mereka bercerai, sehingga tamat edah, tidak rujuk semula perkahwinannya. Bila habis edah, 8 bulan selepas bergelar duda dan janda, mereka berhasrat nikah semula. Mungkin ada peranan dari anak-anak dan menantu dia untuk kebahagiaan keluarga mereka. Maka pagi tadi mereka nikah semula. Lelaki 70 tahun lebih dan isteri 60 tahun lebih. Sebelum saya nikahkah, sempat saya beri sedikit nasihat dalam khutbah saya.
“Semoga perkahwinan kali kedua ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Perkahwinan dan perceraian yang lepas, jadikanlah pengajaran. Islam meletakkan kuasa kepada lelaki melafakan talak. Oleh itu, lelaki perlulah bersabar dan jangan sewenang-wenangnya melafakan talak kepada isteri pada keadaan yang tidak sesuai“
“Fikirkan juga perasaan anak-anak dan cucu kerana mereka mengharapkan ibu bapa dan datuk mereka bahagia pada usia emas.“
Lelaki ini nampaknya uzur dan terpaksa dipimpin untuk datang ke pejabat. Maknanya tidak sesihat dulu. Selamat pengantin baru.
25 Mac 2010
Hantaran 10,000: Bapa Niaga Anak (Episod 4)
Petang tu penganti Harun telefon tunangnya untuk dapatkan kepastian majlis pada malam nanti. Dia bertanyakan baki hantaran lagi 7,000 itu. Perempuan kata, diamkan saja. Dia beri satu jaminan yang bapanya pasti tidak minta lagi, cukuplah sekadar tambah 2,000 lagi menjadikan semuanya 5,000. Lelaki berpuashati dan bersiap sedia dengan rombongan 2 biji kereta termasuk ibu dan bapanya dan sedara mara.
Jamuan
Maka Zihan serba salah sama ada untuk menyediakan jamuan makan atau tidak untuk rombongan itu. Kalau ditanya pada ayahnya mungkin dapat tengkingan nanti. Jadi maknya buat saja mee goreng dan air sirap saja secara senyap-senyap. Maknya tetap merahsiakan majlis itu walaupun pada jiran sebelah rumah untuk menuruti syarat bapanya.
Maka Zihan serba salah sama ada untuk menyediakan jamuan makan atau tidak untuk rombongan itu. Kalau ditanya pada ayahnya mungkin dapat tengkingan nanti. Jadi maknya buat saja mee goreng dan air sirap saja secara senyap-senyap. Maknya tetap merahsiakan majlis itu walaupun pada jiran sebelah rumah untuk menuruti syarat bapanya.
Dah dekat Maghrib, bapanya baru balik dari main dam haji di warung berhampiran. Nampaknya bapanya senyap saja dan tak kata apa-apa. Dalam pukul 8.30 kawan ayahnya datang dalam 5 orang. Salah seorang darinya pakai songkok putih dan berbaju melayu seluar biasa yang selebihnya baju tshirt saja. Dari perbualan dan ketawa besar kawan-kawan ayahnya, anaknya rasa itulah kawan-kawan ayah semeja dam haji setiap hari. Terfikir juga si anak, di mana dan bagaimana dengan pak imam jurunikah ? Tapi dia rasa tentu pak imam datang lewat, selepas pengantin lelaki datang.
Rombongan Pengantin Datang
Seperti dijanjikan, jam 9.00 malam pengantin lelaki dan ahli keluarga datang dengan 2 biji kereta. Waktu rombongan itu sampai, bapanya masuk ke dalam bilik sedangkan dia sebelum ini di ruang tamu itu. Membiarkan orang lain iaitu ibu dan kawan-kawan bapanya yang menyambut kedatangan pengantin lelaki.
Bakal pengantin lelaki dan ahli rombongan itu diam saja, tak berkata sesuatu pun. Kalau ditanya sepatah, barulah dijawab sepatah. Oleh kerana nampak bapa dan imam belum datang, ibunya menghidangkan mee goreng dan air sirap tadi. Selesai saja makan, ayahnya belum keluar dari bilik lagi.
Seperti dijanjikan, jam 9.00 malam pengantin lelaki dan ahli keluarga datang dengan 2 biji kereta. Waktu rombongan itu sampai, bapanya masuk ke dalam bilik sedangkan dia sebelum ini di ruang tamu itu. Membiarkan orang lain iaitu ibu dan kawan-kawan bapanya yang menyambut kedatangan pengantin lelaki.
Bakal pengantin lelaki dan ahli rombongan itu diam saja, tak berkata sesuatu pun. Kalau ditanya sepatah, barulah dijawab sepatah. Oleh kerana nampak bapa dan imam belum datang, ibunya menghidangkan mee goreng dan air sirap tadi. Selesai saja makan, ayahnya belum keluar dari bilik lagi.
Dalam jam 9.30 bapanya keluar dari dalam bilik tetapi tidak bersalaman dengan sesiapa. Dia tutup lampu luar rumah yang terang sejak tadi. Pada fikiran anak perempuannya, mungkin ayahnya tidak mahu jiran-jiran tahu. Tapi Zihan terfikir juga, kalau di luar gelap, bagaimana pak imam nak datang ? Hairan juga.....
Ayahnya terus duduk, tiba-tiba memanggil kawannya yang berbaju Melayu dan bersongkok putih tadi. Ayahnya memberikan isyarat seperti mahukan kawannya itu memulakan sesuatu. Lelaki tadi duduk di sebelahnya dan berbisik sesuatu dan muka lelaki itu nampak seperti tersenyum. Ini menambahkan debaran kepada bakal pengantin lelaki dan perempuan, juga ahli keluarga yang lain.
Bukan orang kat situ saja, pembaca sekalian pun turut berdebar dan tertanya-tanya......
Ayahnya terus duduk, tiba-tiba memanggil kawannya yang berbaju Melayu dan bersongkok putih tadi. Ayahnya memberikan isyarat seperti mahukan kawannya itu memulakan sesuatu. Lelaki tadi duduk di sebelahnya dan berbisik sesuatu dan muka lelaki itu nampak seperti tersenyum. Ini menambahkan debaran kepada bakal pengantin lelaki dan perempuan, juga ahli keluarga yang lain.
Bukan orang kat situ saja, pembaca sekalian pun turut berdebar dan tertanya-tanya......
BERSAMBUNG KE EPISOD 5
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-runtuhnya-mahligai-cinta.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-runtuhnya-mahligai-cinta.html
Elaun Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Lain bila Nak Naik ?
Alhamdulillah dan tahniah kepada warga polis yang baru dapat ganjaran dengan kenaikan elaun seperti yang diumumkan hari ini. Syukur.
Cuma, bila pula elaun kepada pegawai dan kakitangan lain, bila nak naik ? Atau nak diadakan elaun lain ? Ini termasuklah kakitangan persekutuan dan negeri termasuk guru, tentera dan lain-lain. Harap kerajaan boleh umumkan juga....
Banyak Pusat Sembelih Ayam Ditutup
Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) menutup 14 daripada 20 buah pusat pemprosesan dan penyembelihan ayam yang beroperasi secara haram di sini sejak awal tahun ini.
"Tiga buah pusat telah diheret ke mahkamah manakala tiga lagi sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen bagi beroperasi," kata Datuk Bandar Johor Baharu, Jaafar Awang. Beliau berkata dengan beroperasi secara haram, pusat-pusat tersebut telah mengabaikan cara penyembelihan dan pemprosesan yang tidak mengikut syarak selain keadaan premis yang kotor.
Jaafar hadir pada majlis perasmian Pusat Pemprosesan dan Penyembelihan Ayam Pandan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini Khamis. Mengenai pusat di Pandan itu, beliau berkata orang ramai boleh memperolehi bekalan ayam yang halal dan bersih daripadanya.
"Walaupun ia menggunakan peralatan moden dari aspek pemprosesan, namun penyembelihan masih dilakukan secara manual mengikut hukum syarak dan juru sembelihnya mendapat pentauliahan dari Jabatan Agama Islam Johor," katanya. Dibina dengan kos RM17 juta, pusat berkenaan mampu memproses 60,000 ekor ayam selama 12 jam sehari.Ia juga mesra alam apabila hanya air yang dirawat sahaja yang dilepaskan olehnya ke sungai serta bebas daripada sebarang bahan pencemaran.
Ular Sawa 100 kg Ditangkap
Ular Sawa ini ditangkap di Sungai Lembing, Kuantan. Ular ini ditemui berkeliaran di sebuah kawasan paya di kampung itu malam kelmarin. Ular seberat hampir 100 kilogram itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada pukul 8.30 malam.
24 Mac 2010
Menyamar SPRM Tipu Datuk Bandar Johor Bahru
JOHOR BAHARU 24 Mac - Seorang kontraktor dan rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Baharu, Johor hari ini kerana cuba mengugut dan memperdaya Datuk Bandar Johor Baharu dengan menggunakan nama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan suapan sebanyak RM500,000. Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, kedua-dua lelaki berumur 52 dan 48 tahun itu dituduh meminta suapan tersebut pada kira-kira pukul 5 petang, 19 Mac daripada Datuk Bandar tersebut.
"Laporan telah dibuat pada hari yang sama di mana kedua-dua mereka didakwa cuba mengugut Datuk Bandar dengan meminta suapan sebanyak RM500,000 untuk diserahkan kepada seorang pegawai SPRM Kuala Lumpur sebagai balasan tidak meneruskan siasatan kes rasuah yang dikatakan melibatkan Datuk Bandar tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 384, Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama-sama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan. Mustafar berkata, SPRM memandang serius kes-kes di mana individu menyamar sebagai pegawai penguatkuasa termasuk pegawai SPRM bagi mengugut dan meminta suapan.
Menantu Ajaib Kena Tangkap Juga, Kenapa Tak Pukau Polis
Seorang lelaki yang ada kaitan dengan kes kawin dengan perempuan umur 11 tahun kena tangkap. Kalau dah ajaib sangat, kenapa sampai tertangkap. Memang saya tak setuju digelar lelaki ni ajaib. Kalau betul-betul ajaib, kenapa tak buat ajaib atau pukau polis. Dah tentu tak berdayanya nak lari, sebab dia bukan ajaib. Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya membuat tangkapan ini.
Cuma bila pula nak tangkap bapanya yang menikahkan anak itu. bapa dia sepatutnya ditangkap dan didakwa di Mahkamah. Takkanlah buat alasan pukau, boleh lepas. Harap selepas ini akan ditangkap bapanya itu.
23 Mac 2010
Hantaran 10,000 Pengantin Jadi Korban (Episod 3)
Hingga jam 9.30 pak imam tunggu pengantin lelaki tak muncul-muncul, dia ada lagi satu nikah yang dah janji di taman sebelah. Jadi pak imam minta diri dulu membuatkan bapa perempuan semakin malu. Orang ramai di rumah itu pun berisik-bisik sesama sendiri, mungkin mereka dah tahu ini isu hangat di seluruh kampung ini esok.
Cerita ini dah tentu sensasi, disensasikan lagi di kalangan ahli-ahli mesyuarat tingkap. Pak imam walaupun nampaknya kecewa diperlakukan begitu, tetapi buat-buat macam tak ada apa-apa. Dalam hati dah tentu marah, darah menyirap pak imam tu.
Cerita ini dah tentu sensasi, disensasikan lagi di kalangan ahli-ahli mesyuarat tingkap. Pak imam walaupun nampaknya kecewa diperlakukan begitu, tetapi buat-buat macam tak ada apa-apa. Dalam hati dah tentu marah, darah menyirap pak imam tu.
Bertemankan Air Mata
Malam itu diselubungi air mata. Zihan rasa macam hidupnya dah tak bermakna lagi. Dia takut dimarahi bapanya nanti. Waktu itu bapanya tak marah-marah sebab orang ramai kat rumah. Bila orang ramai dah balik rumah, ayah dan ibunya tak kata apa-apa. Tak tahulah kenapa ayahnya mendiamkan diri. Si anak perempuan ini tertanya-tanya, adakah bapanya sudah serik atau berubah sikap sehingga tidak lagi sebut pasal menantu dan hantaran 10,000 itu. Tapi Zihan tak percaya juga, dia lebih kenal ayah dia, ayah dia bukan mudah nak rasa serik kalau buat sesuatu.
Malam itu diselubungi air mata. Zihan rasa macam hidupnya dah tak bermakna lagi. Dia takut dimarahi bapanya nanti. Waktu itu bapanya tak marah-marah sebab orang ramai kat rumah. Bila orang ramai dah balik rumah, ayah dan ibunya tak kata apa-apa. Tak tahulah kenapa ayahnya mendiamkan diri. Si anak perempuan ini tertanya-tanya, adakah bapanya sudah serik atau berubah sikap sehingga tidak lagi sebut pasal menantu dan hantaran 10,000 itu. Tapi Zihan tak percaya juga, dia lebih kenal ayah dia, ayah dia bukan mudah nak rasa serik kalau buat sesuatu.
"Abang Sayangkan Ayang"
Malam itu juga Harun hantar sms, minta maaf apa yang telah berlaku. Katanya, itu bukan kehendaknya, bukan disengajakan. Dia masih sayangkan tunangnya dan masih berusaha mencukupkan 10,000 itu. Dia kata masih sayangkan tunangnya lagi. Sms ini membuatkan kekecewaan perempuan terubat sedikit. Sebenarnya, sebelum ini Zihan sangat bimbang kalau Harun sudah berubah fikiran seperti sangkaan awalnya.
Hatinya terubat dan tersenyum riang walaupun pada mulanya agak kecewa juga atas peristiwa yang berlaku. Zihan memberitahu ibunya bahawa tunangnya masih menghubunginya. Zihan tidak dapat menyembunyikan keseronokannya.
Hatinya terubat dan tersenyum riang walaupun pada mulanya agak kecewa juga atas peristiwa yang berlaku. Zihan memberitahu ibunya bahawa tunangnya masih menghubunginya. Zihan tidak dapat menyembunyikan keseronokannya.
Perbualan ini didengari oleh bapanya, lantas bapanya terus berkata kepada anaknya.
" Malam esok minta dia datang ke rumah ini untuk majlis pernikahan" . Kata ayahnya.
Zihan terkejut, nampak ada perubahan pada bapanya, mungkin dah insaf kerana apa yang dah berlaku tadi. Mungkin ayahnya dah malu. Dan ayahnya tak cerita pun pasal hantaran berbaki 7,000 itu. Zihan menyangka, bapanya sudah tidak mahu lagi meminta hantaran itu. Tapi ayahnya memberikan satu syarat.
" Malam esok, jangan ajak sesiapa dalam majlis ini, hanya kawan-kawan ayah saja." Kata ayahnya.
Zihan gembira, padanya syarat itu tidak berat dan tidak kisah. Mungkin bapanya dah malu pada majlis sebelumnya. Bapanya tak sebut pun pasal imam nikah, tapi mungkin bapanya akan uruskan. Zihan terus menelefon tunangnya dan menyampaikan berita gembira itu.
Harun dan keluarganya setuju dan rombongan itu akan datang ke rumah malam esok jam 9.00 malam. Soal hantaran lansung tidak disebut, soal syarat jangan datang ramai-ramai itu bukanlah sukar sangat ditunaikan. Lelaki nampaknya gembira. Esoknya, jam 9.00 Harun merancang untuk datang bersama rombongannya.
Harun dan keluarganya setuju dan rombongan itu akan datang ke rumah malam esok jam 9.00 malam. Soal hantaran lansung tidak disebut, soal syarat jangan datang ramai-ramai itu bukanlah sukar sangat ditunaikan. Lelaki nampaknya gembira. Esoknya, jam 9.00 Harun merancang untuk datang bersama rombongannya.
BERSAMBUNG KE EPISOD 4
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-bapa-niaga-anak-episod-4.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-bapa-niaga-anak-episod-4.html
Suami 80 tahun Lebih, Ceraikan Isteri
Beberapa tahun dulu di Kluang, ada satu kes, lelaki 80 tahun lebih ceraikan isterinya umur 70 tahun lebih. Lelaki ini dah ramai cucu. Punca percerian kerana isterinya selalu berjalan dan tidur rumah anak dan cucu. Lepas sebuah rumah cucu, rumah cucu yang lain pula. Maka selalulah suami ditinggallah keseorangan dan kesepian di kampung. Tak tahan dengan sikap isterinya, akhirnya keluarga yang dibina leih 40 tahun ini runtuh dan bercerai berai.
Pengajaran yang kita boleh ambil, isteri kena layan suami, jangan selalu tinggal-tinggalkan walaupun suami dah usia emas. Janganlah duduk rindukan cucu, rindukanlah juga suami tu walaupun suami dah tua. kenapa dulu masa mula kawin selalu rindu rinduan, bila dah lama tidak sebegitu.
Pengajaran yang kita boleh ambil, isteri kena layan suami, jangan selalu tinggal-tinggalkan walaupun suami dah usia emas. Janganlah duduk rindukan cucu, rindukanlah juga suami tu walaupun suami dah tua. kenapa dulu masa mula kawin selalu rindu rinduan, bila dah lama tidak sebegitu.
Cerita ini diceritakan oleh Usta Mohd Nooh bin Kadri dalam Seminar Semurni Kasih anjuran Pejabat Kadi Kluang sebentar tadi. Forum ini dipengerusikan Ustaz Hamizan bin Sayuti dan ahli panel pertama saya sendiri, panel kedua Ustaz Mohd Noh bin Kadri dari Johor Bahru. Sebelum itu Ustaz Nasri bin Abdul Rahman dari Johor Bahru membentangkan kertas kerja bertajuk 'Sesuci Fitrah Cinta'. Seramai lebih 100 peserta hadir yang semuanya yang sudah berumahtangga hadir. Sambutan seminar ini cukup memuaskan dari kalangan peserta.
ADUN Perlis Hantar Surat Letak Jawatan
KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn. Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.
Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia: AlFatihah.
Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur. Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu.
Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).
22 Mac 2010
Hantaran 10,000 Hancurkan Perkahwinan (Episod 2)
Hari perkahwinan pun tiba. Pasangan ini akan dinikahkan sebelah malam dalam pukul 9.00 malam di rumah perempuan. Pada sebelah pagi, bapa beritahu anak perempuannya supaya Harun menyerahkan baki hantaran 7,000 itu sebelum tengahari. Anak perempuannya pun menganggukkan saja, dia tak mampu berkata apa-apa, diturutkannya saja. Zihan telefon Harun dan berlaku pertengkaran yang hebat juga. Harun sudah mula pandai meninggikan suaranya kepada bakal isterinya yang akan dinikahinya malam nanti.
" Apa ayah awak nak lagi ? Lima ribu saja yang saya mampu. Ayah awak ni tak berhati perut, mata duitannnnn....." Perkataan itu keluar dari mulut Harun. Menyebabkan Zihan mula terasa hati pada bakal suaminya.
" Saya tak pernah pernah mengata ayah awak sebegitu. Tapi awak kata ayah saya macam-macam. Awak tak jaga perasaan hati saya." . Kata Zihan.
Zihan mula menangis sedih. Dia kini tersepit di antara cinta dan hantaran tinggi 10,000. Harun kemudian putuskan perbualan telefon kerana terlalu marah. Mana mampu nak adakan 5,000 lagi pada malam itu.
Zihan mula menangis sedih. Dia kini tersepit di antara cinta dan hantaran tinggi 10,000. Harun kemudian putuskan perbualan telefon kerana terlalu marah. Mana mampu nak adakan 5,000 lagi pada malam itu.
Zihan terus menangis dan mengunci bilik, menyebabkan orang lain mula rasa ada sesuatu yang tak kena berlaku. Maklumlah, hari majlis nak lansung, ramai sedara mara dah datang awal, ada yang dah tidur situ sejak malam tadi lagi. Bilik pengantin sepatutnya jadi tempat keluar masuk, maklumlah sibuk dengan persiapan majlis.
Akhirnya ibu perempuan tidak boleh menyembunyikan rahsia apa sebenar yang dah berlaku, ibunya menceritakan kepada kakaknya iaitu ibu saudara kepada perempuan itu. Makcik Kiah rapat dengan Zihan dan berjaya memujuknya untuk membuka pintu. Diluahkan rasa tidak puashati terhadap ayahnya. Makcik Kiah pula yang hilang sabar dan berlaku pula pertengkaran dengan ayah perempuan itu.
Akhirnya ibu perempuan tidak boleh menyembunyikan rahsia apa sebenar yang dah berlaku, ibunya menceritakan kepada kakaknya iaitu ibu saudara kepada perempuan itu. Makcik Kiah rapat dengan Zihan dan berjaya memujuknya untuk membuka pintu. Diluahkan rasa tidak puashati terhadap ayahnya. Makcik Kiah pula yang hilang sabar dan berlaku pula pertengkaran dengan ayah perempuan itu.
" Ini dah melampau, ini nak jual anak !". Kata Makcik Kiah
"Awak ingat ini anak lembu ker boleh jual-jual !" Bebel Makcik Kiah lagi.
"Bapak tak sedar diri !, Bukan menantu orang kaya, kerja kilang jer !... " . Kata makcik Kiah kepada ayah Zihan dengan suara yang tinggi.
Suara itu didengari orang ramai di rumah itu. Suami makcik Kiah cuba mententeramkan keadaan tetapi gagal. Makcik Kiah sudah jadi singa sekarang. Jangan sampai Makcik Kiah ambil lesung batu pulak kat dapur....Tengok badan Makcik Kiah gemuk boleh tahan, tak berani orang nak dekat. Orang ramai pun tak berani buka mulut, mulalah semua orang tahu apa cerita sebenarnya.
"Awak ingat ini anak lembu ker boleh jual-jual !" Bebel Makcik Kiah lagi.
"Bapak tak sedar diri !, Bukan menantu orang kaya, kerja kilang jer !... " . Kata makcik Kiah kepada ayah Zihan dengan suara yang tinggi.
Suara itu didengari orang ramai di rumah itu. Suami makcik Kiah cuba mententeramkan keadaan tetapi gagal. Makcik Kiah sudah jadi singa sekarang. Jangan sampai Makcik Kiah ambil lesung batu pulak kat dapur....Tengok badan Makcik Kiah gemuk boleh tahan, tak berani orang nak dekat. Orang ramai pun tak berani buka mulut, mulalah semua orang tahu apa cerita sebenarnya.
Ayahnya macam terkedu bila makcik Kiah berkata begitu, mungkin kerana Makcik Kiah lebih tua dan ayahnya berdiam diri dan tak kata apa-apa. Ayahnya start moto, keluar rumah mungkin ke tempat biasa ke warung kopi di pekan berhampiran. Makcik Kiah berjaya memujuk Zihan.
" Jangan risau, makcik akan bantu selesaikan. Kalau bapak bising lagi pasal hantaran tu, tahulah makcik nak kerjakan dia" . Kata Makcik Kiah.
Janji makcik Kiah itu serba sedikit menyebabkan Zihan mula rasa ada pengharapan baru. Maghrib pun tiba, semakin ramai orang datang. Ayahnya nampaknya ceria saja menyambut tetamu terutama sedara mara dari jauh dan dekat.
Ayah dia tak lagi sebut pasal baki hantaran, kenapa ? Adakah mungkin ayah dia pendamkan hasratnya. Persoalan yang timbul sekarang, bakal pengantin lelaki gagal dihubungi. Telefonnya ditutup, sms juga beberapa kali tidak dijawab. Ini menambahkan lagi kerisauan. Zihan mula fikir yang bukan-bukan.....Kenapa Harun tutup hp ?
Janji makcik Kiah itu serba sedikit menyebabkan Zihan mula rasa ada pengharapan baru. Maghrib pun tiba, semakin ramai orang datang. Ayahnya nampaknya ceria saja menyambut tetamu terutama sedara mara dari jauh dan dekat.
Ayah dia tak lagi sebut pasal baki hantaran, kenapa ? Adakah mungkin ayah dia pendamkan hasratnya. Persoalan yang timbul sekarang, bakal pengantin lelaki gagal dihubungi. Telefonnya ditutup, sms juga beberapa kali tidak dijawab. Ini menambahkan lagi kerisauan. Zihan mula fikir yang bukan-bukan.....Kenapa Harun tutup hp ?
Memang tak pernah tutup telefon sebelum ini. Zihan tetap menanti dengan penuh debaran. Adakah pertengkaran tadi pagi membuatkan Harun kecil hati. Zihan mula rasa menyesal, kalau dia yang melukakan hati tunangnya. Dia bukan berniat begitu, dia gagal mengawal perasaan sehingga mengeluarkan kata-kata sebegitu tadi pagi. Tapi apa kan daya, sekarang telefon dan smsnya tidak berjawab. Ikutkan hati, dia nak saja ke rumah Harun, tetapi jauh juga, sekitar 40 km, dia tak mampu ke sana untuk berbicara.
Jam 9.00 malam, pak imam memang datang tepat masa. Suasana jadi kelam kabut kerana hampir tak pernah berlaku di kampung itu, pak imam sampai dulu dari pengantin...... Ayahnya mula gelisah tapi kontrol senyum. Dihidangnya pak imam dengan makanan termasuk sup tulang rusuk. Tapi pak imam tak layan semua tu.
Orang kata pak imam dah mula naik angin, katanya dia ada nikahkan orang lain jam 9.45 nanti di sebuah taman tak jauh dari situ. Ayah dia lagi tak senang duduk, lagaknya macam aksi lakonan Ahmad Nisfu dalam filem Madu Tiga bila tembelang menantunya pecah. Jadi, apa yang berlaku seterusnya...
Orang kata pak imam dah mula naik angin, katanya dia ada nikahkan orang lain jam 9.45 nanti di sebuah taman tak jauh dari situ. Ayah dia lagi tak senang duduk, lagaknya macam aksi lakonan Ahmad Nisfu dalam filem Madu Tiga bila tembelang menantunya pecah. Jadi, apa yang berlaku seterusnya...
BERSAMBUNG KE EPISOD 3.
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-pengantin-jadi-korban.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-pengantin-jadi-korban.html
Sisters In Islam Kena Saman
KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menfailkan saman pemula terhadap Sis Forum (Malaysia) di sini bagi melarang pertubuhan itu menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan organisasi. Dewan Pemuda Masjid Malaysia memfailkan saman itu melalui Pengarah Eksekutifnya Mohd Taqiuddin Abdullah di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini menerusi Sahlan & Associates. Organisasi itu menamakan Sis Forum (Malaysia) sebagai responden.
Dalam saman pemula itu, Dewan Pemuda Masjid memohon perintah satu deklarasi bahawa nama organisasi responden yang sah di sini undang-undang bukanlah Sisters In Islam dan memohon satu perintah bahawa responden tidak dibenarkan dan dilarang daripada menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan yang menunjukkan identiti responden dalam mana-mana risalah, surat-menyurat, penerbitan dan/atau kenyataan responden sama ada di internet, media cetak dan elektronik sehingga ia dibenarkan di sisi undang-undang.
Pemohon juga memohon perintah memaksa responden mengeluarkan nama 'Sisters In Islam' daripada papan tanda laman web responden, bahan-bahan cetak dan penerbitan responden dan menghalang responden daripada mengedarkan bahan-bahan terbitan, cetakan dan siaran yang menggunakan nama Sisters In Islam sehingga responden dibenarkan secara sah di sisi undang-undang. Pemohon juga memohon kos dan relif lain.
Menerusi afidavit sokongan, Mohd Taqiuddin mendakwa Sis Forum telah melanggar Akta Syarikat 1965 iaitu menggunakan nama 'Sisters In Islam' sebagai nama organisasi dalam kegiatan seperti penulisan artikel, penerbitan dan kenyataan akhbar. Beliau mendakwa berdasarkan 'Memorandum Of Association' milik responden, tiada dinyatakan bahawa matlamat penubuhan dan objektif mereka adalah untuk wanita Islam tetapi lebih kepada gerakan feminisme sekular yang menyokong dasar kesamarataan antara lelaki dan wanita.
Mohd Taqiuddin juga mendakwa responden banyak kali menggunakan nama 'Sisters In Islam' dalam mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti poligami dalam Islam, pegangan agama anak di bawah umur dan mempertikaikan hukum pakaian menutup aurat dan pakaian yang diwajibkan ke atas wanita Islam. Dakwanya lagi, perbuatan responden menggunakan nama tersebut menggambarkan seolah-olah sebagai organisasi Islam hingga mengelirukan orang ramai dan kenyataan yang dikeluarkan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan menghina Islam.
21 Mac 2010
Khalwat Dengan Janda, Bawa Anak
Dulu, masa saya jadi penguatkuasa, dalam jam 10.00 malam dapat satu aduan kes khalwat sekitar sebuah rumah flat kawasan Tampoi Johor.Bila diketuk, dibuka oleh seorang kanak-kanak lelaki. Sebelum dia buka tadi, dia main game di depan tv. Penguatkuasa masuk dan didapati ilik tidur utama berkunci dari dalam. Pintu dibuka, didapati satu pasangan di dalamnya. Bila disoal siasat, mereka bukan suami isteri.
Hasil siasatan mendapati, itu rumah perempuan yang ditangkap itu, iaitu rumah sewa, dia bekerja swasta di Jb. Dia janda mempunyai anak 2 tapi tak tinggal bersamanya, duduk seorang diri.
Sebenarnya kes ini, lelaki itu umur 40-an datang ke rumah perempuan ini membawa anak lelakinya berusia 8 tahun, baru sekolah darjah dua. Rumahnya tak berapa jauh, dalam lingkungan 5 km iaitu sekitar Skudai. Dia bawa anaknya, kemudian diberi umpan main game depan tv dan dia berkhalwat dengan janda itu dalam bilik tidur perempuan itu. Waktu mereka berdua dalam bilik, anaknya dibiarkan leka main game.
Tujuan lelaki ini bawa anak ke rumah janda ini untuk orang lain tidak syak. Kononnya mereka suami isteri. Lagi satu yang paling penting, bawa anak ini untuk berselindung dari isteri lelaki ini supaya tak syak laki menggatal cara perempuan lain. Kalau keluar lama-lama bawa anak, takkanlah isteri nak syak buat kerja macam ni. Tapi sepandai-pandai suami buat kerja ni secara senyap, akhirnya tumpas juga di tangan penguatkuasa.
20 Mac 2010
Bapa Paksa Hantaran RM 10,000 (Episod 1)
Berlaku satu kisah masyarakat, bapa paksa bakal menantu hantaran 10,000 untuk bernikah dengan anak perempuannya. Bukan nilai 10,000 seperti sekarang tapi kisah ini hampir 10 tahun lalu, nilainya cukup tinggi.
Lelaki bernama Harun tu bukan bergaji besar, sekadar operator kilang yang gaji tak sampai seribu sebulan. Anak perempuannya, Zihan yang nak kawin itu pun bukan bergaji besar atau berkelulusan tinggi, kerja pembantu kedai makan kemudian berhenti kerja bila dekat nak bernikah.
Runding Semula
Tempoh bertunang selama setahun bukan lama, maka hari perkahwinan akan tiba tak lama lagi. Kira-kira sebulan lagi nak nikah, keluarga Harun bertemu bapa perempuan, minta dikurangkan kepada 5,000 kerana itu saja kemampuannya. Itu pun dah banyak berhutang keliling pinggang dan ramai orang mengata. Bagaimanapun, rombongan keluarga lelaki diherdik dengan kata-kata kesat oleh bapa perempuan, malah memaksa juga hantaran 10,000 ribu itu ditunaikan.
Tempoh bertunang selama setahun bukan lama, maka hari perkahwinan akan tiba tak lama lagi. Kira-kira sebulan lagi nak nikah, keluarga Harun bertemu bapa perempuan, minta dikurangkan kepada 5,000 kerana itu saja kemampuannya. Itu pun dah banyak berhutang keliling pinggang dan ramai orang mengata. Bagaimanapun, rombongan keluarga lelaki diherdik dengan kata-kata kesat oleh bapa perempuan, malah memaksa juga hantaran 10,000 ribu itu ditunaikan.
Zihan sendiri pun tidak bersetuju dengan bapanya, tapi dia sebagai anak tidak boleh berkata apa-apa, terpaksa menurut saja. Zihan pun membantu sedikit wang untuk mencukupkan 10,000 itu hasil duit simpanannya yang tak seberapa tetapi masih belum cukup. Oleh kerana tarikh perkahwinan dah nak sampai, maka pernikahan perlu diteruskan juga. Harun terpaksa berlagak seperti cukup hantaran 10,000 itu walaupun hakikatnya tidak.
Bayar Pendahuluan 3,000
Seminggu sebelum tarikh nikah, bapa perempuan minta 3,000 pendahuluan, katanya untuk belanja majlis. Harun menurut saja dan diserahkan terus kepada bakal bapa mertuanya. Harun datang bertemu bakal pak mertuanya tetapi mulutnya tak terkeluar untuk meminta dikurangkan disebabkan takut dimarahi sekali lagi.
Bayar Pendahuluan 3,000
Seminggu sebelum tarikh nikah, bapa perempuan minta 3,000 pendahuluan, katanya untuk belanja majlis. Harun menurut saja dan diserahkan terus kepada bakal bapa mertuanya. Harun datang bertemu bakal pak mertuanya tetapi mulutnya tak terkeluar untuk meminta dikurangkan disebabkan takut dimarahi sekali lagi.
Tarikh nikah dah nak sampai. Jadi bagaimana dengan jumlah hantaran tu ? 3,000 dah diserahkan, sekarang Harun cuma ada 2,000 lebih saja dalam poket. Kira mustahil juga nak dapatkan 5,000 dalam sehari. Kawin memanglah nak kawin, tapi duit tak cukup untuk hantaran macammana ? Pinjam Along ? Mana dia biasa pinjam.... Tapi tengok keadaanlah, kalau dah terdesak sangat kira tak mustahil juga.
BERSAMBUNG KE EPISOD 2
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-hancurkan-perkahwinan.html
http://kadikluang.blogspot.com/2010/03/hantaran-10000-hancurkan-perkahwinan.html
19 Mac 2010
Anak Mengandung Luar Nikah: Salah Ibu bapa Juga
Baru ni ada satu kes, wanita 19 tahun mengandung luar nikah, dah mengandung 7 bulan. Dia tak kerja, cuma duduk rumah dengan nenek dia saja. Bila ditanya latarbelakang dia, rupanya datang dari keluarga yang bermasalah sangat.
Sejak lahir sehingga dewasa, wanita ini tak pernah jumpa ibu bapanya. Dia ditinggalkan bersama nenek di kampung. bila saya tanya, nenek dia pernah jumpa ibu dia ker ? Katanya, neneknya iaitu ibu kepada ibu dia pun dah tak jumpa sejak wanita itu ditinggalkan sewaktu masih kecil. Neneknya tidak bekerja, duduk di kampung hanya mengharapkan bantuan sara hidup bulanan dari Majlis Agama Islam Johor. Bolehlah sedikit menampung keluarga walauoun tak mewah.
Wanita ini berkenalan dengan seorang lelaki waktu bekerja di sebuah kilang, sekarang dah berhenti kerja. Dan dalam perkenalan yang singkat, boleh tidur bersama dan melakukan huungan seks sehingga mengandung. bila dah mengandung 7 bulan, barulah nak berkahwin. Bernikah pula dengan wali Hakim, mak ayah dia tak dapat dikesan berada di mana. Bila saya kaji kes ini, ibu bapa juga yang boleh dipersalahkan sehingga anak gadisnya jadi begini. Hidup anak terabai bila ibu bapa bercerai dan mengabaikan anak-anak.
Kena Tukar Mentol
Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga di samping mengurangkan penghasilan bahan karbon.
Anak Kaki Judi, Ayah Bapak Judi
Dulu di Jb saya tangkap seorang lelaki lewat 20-an beli nombor ekor. Dia kerja kat kedai jual telefon bimbit di sebuah pasaraya. Masa ditangkap, ayah dia datang jamin. Masa tandatangan borang amanah jamin, ayah dia senyap tak kata apa-apa. Pada saya, ayah dia ni mungkin marah pada anak yang kena tangkap. Mungkin depan orang pejabat, bapa dia taknak bising. Lepas tu lelaki ni balik, kemudian dituduh di mahkamah dan bayar denda.
Selang beberapa bulan kemudian, ayah dia pula yang usia 60-an kena tangkap beli nombor ekor. Bila disuruh cari penjamin, anak dia yang kena tangkap dulu datang jamin. Macam biasa, anak tak kata apa-apa, cuma tandatangan saja.
Rupanya bapak dengan anak sama saja. Dua dua tak boleh harap, harapkan pagar, pagar makan padi.
18 Mac 2010
Anak Luar Nikah, Mangandung Pula Anak Luar Nikah
Baru-baru ni ada satu pasangan saya nikahkan. Perempuan tu nikah guna 'Wali Hakim' sebab dia anak luar nikah. Masa ayah dan mak dia kawin, mak dia dah sarat mengandung. Sebulan dua lepas kawin, perempuan ni lahir. Entah macam mana, dia dibintikan bapanya, patut tak boleh. Tapi dulu-dulu tak berapa ketat sangat peraturan.
Wanita lewat 20-an ini berkahwin selepas berisi. Dia mengandung 7 bulan. Maka, lepas dia kawin, tak lama nanti dia akan lahir anak, dah pasti anak luar nikah juga. Bermakna, 2-3 keturunan anak luar nikah.
LAGI-LAGI CERAI SMS
Jam 2.00 petang tadi seorang suami hantar sms pada isteri, bunyinya lebih kurang begini.
"Mulai saat ini, aku ceraikan kau". Sms dihantar suami pada isterinya. Dia percaya sms itu sampai pada isterinya. Bila ditanya kenapa, katanya isterinya ada lelaki lain. Bila ditanya, hendak rujuk atau tidak, lelaki kata tidak. Tak apalah, masa edah lama lagi. Hari ini kata tak, esok lusa belum tahu.
Jam 2.30 petang, lelaki terus datang pejabat Agama, mengadu pasal perkara ini. Kejadian ini berlaku sekelip mata, berlaku 2.00 petang, 2.30 terus datang ke pejabat. Kepada pasangan suami isteri, jangan main-main dengan sms. Isteri pun ada peranan, jangan suka cabar mencabar suami sehingga suami boleh terhantar sms yang sebegitu.
Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam : EPISOD 2
Ramai juga yang masuk blog saya sebab nak cari kereta lelong kastam. Saya pun hairan kerana pembaca itu tersalah masuk ke blog saya, dia sebenarnya nak masuk laman web Kastam. Rupanya, kalau kita masuk carian Google, kita taip "kereta lelong kastam" salah satunya mempromosi blog saya. Ini kerana saya pernah menulis satu tajuk kereta lelong kastam pada 27 Nomber 2009 lepas. Alhamdulillah, maka ini menambah ramaikan pelanggan blog saya.
Beli Kereta Kastam
Tahun 2005 dulu saya beli masuk kereta lelong kastam dan berjaya menang lelongan tersebut. Harganya lebih sikit pada 9,000. Waktu itu, harga kereta itu di pasaran 38,000, mahal. Kereta tu saya pakai hingga sekarang dan tiada masalah atau kerosakan besar, cuma jaga servis dan pembaikan biasa saja. Honda Accord 2.0 atau SM4 mengikut geran tahun 1989, kalau sekarang dah kira 21 tahun usianya, kalau anak dara dah boleh nikah, hahaha.
Tengok Honda Accord Kat Kedai
Tahun 2005 tu, saya memang minat nak cari Acord tu, mana taknya, waktu tu orang yang gaji besar saja yang mampu pakai. Sebelum tu, saya pergi ke beberapa kedai saya cari yang injection dan auto tahun 1990 harga dalam 40,000 dapat kurang dalam 38,000. Saya mintak kurang nak beli 35,000 tauke tu tak kasi. Bila tengok yang tahun 1990 bukan injection tapi karburator harga dalam 25,000 boleh dapat. Tapi masalahnya nanti minyak akan lebih kuat berbanding injection. Kalau karburator auto, lagi kuat minyak. Maka waktu itu minyak naik mendadak, kena fikirkan masalah minyak.
Iklan Akhbar
Waktu ada iklan, kawan saya Faizal Bahrim beritahu saya ada iklan dalam akhbar dan dia jumpa saya mungkin sebab saya ada kemahiran dalam bidang tu. Saya rasa teruja nak tengok sebab ada 3 biji acord kesukaan saya nak lelong. Ada satu tahun 1989 dan dua biji tahun 1990. Waktu itu, kastam lelong tak letak harga. Jadi ikut suka kita nak masuk harga berapa. Sekarang ni kastam dah letak harga, maka ada susah sikit kepada orang nak masuk. Kekadang pembeli rasa harga itu tidak munasabah, cuma mungkin munaSarawak. Sebenarnya, kepada pembeli kena dapatkan harga murah, sebab kereta lelong kastam ni dah terduduk lama. Kereta accord tu saya rasa dah masuk 3-4 tahun tak jalan. Maka kos pembaikan kena fikirkan juga.
Tengok Kereta
Waktu lelong saya dan Faizal pergi tengok pada hari pertama di Menara Kastam Larkin. Macam biasa, nak masuk kena tulis nama kat pondok tu. Bukan pondok pintu depan tapi pondok kat stor Bahagian Pencegahan kat belakang tu. (Sekarang ni Kastam sedang buat stor untuk barang-barang termasuk kereta di tempat baru di UDA di hadapan FELDA dan JPAM, tak lama siaplah tu). Hari tu, kereta lelong dalam 30 biji, tak berapa ingat dah. Ada 3 Accord, semuanya warna sama. Yang tahun 1989 tu nampak paling teruk. Tayar 4 semua kempis, spotrim takde, cat bumper depan dan belakang teruk, ada kemik kat 'mudgurt' iaitu atas tayar sebelah kanan. Tapi tengok dalam semua elok, macam kereta baru. Bila intai meter, baru 60,000 km, macam tak sampai setahun pakai kalau orang Malaysia pakai. Plat Singapore masih tampal kat kereta tu.
Waktu lelong saya dan Faizal pergi tengok pada hari pertama di Menara Kastam Larkin. Macam biasa, nak masuk kena tulis nama kat pondok tu. Bukan pondok pintu depan tapi pondok kat stor Bahagian Pencegahan kat belakang tu. (Sekarang ni Kastam sedang buat stor untuk barang-barang termasuk kereta di tempat baru di UDA di hadapan FELDA dan JPAM, tak lama siaplah tu). Hari tu, kereta lelong dalam 30 biji, tak berapa ingat dah. Ada 3 Accord, semuanya warna sama. Yang tahun 1989 tu nampak paling teruk. Tayar 4 semua kempis, spotrim takde, cat bumper depan dan belakang teruk, ada kemik kat 'mudgurt' iaitu atas tayar sebelah kanan. Tapi tengok dalam semua elok, macam kereta baru. Bila intai meter, baru 60,000 km, macam tak sampai setahun pakai kalau orang Malaysia pakai. Plat Singapore masih tampal kat kereta tu.
Enjin kereta tu tak boleh buka. Bila tanya kastam yang jaga tu, ikut peraturan memang dia tak kasi buka sebab dulu masa boleh buka, ada barang hilang kena rembat. (Sekarang lelong rasanya dah boleh buka enjin semula, peraturan berubah dari masa ke semasa). Saya pening juga, cuma nak tahu kereta tu injection ke karburator, yang saya tahu enjin auto saja. Kalau enjin injection dan gear auto memang berbaloi. Itu membuatkan saya berfikir semula.
Kereta 2 biji tahun 1990 kedua-duanya memang cantik tapi tak berani nak lawan sebab mesti orang masuk harga tinggi-tinggi. Lebih baik ambil yang teruk sikit, boleh repair sendiri, tak berapa mahal. Maka saya buat keputusan nak ambil yang tahun 1989 tu, tak kisahlah injection ke karburator. Jadi tak bolehlah masuk tinggi-tinggi, 9,000 lebih sikit je, lebih berapa, lebihkanlah dalam RM 150.00. Jangan masuk tepat 9,000 nanti bimbang ada orang sama harga.
Pergi Tinjau Kos Pembaikan
Mula-mula ke Taman Mount Austin, sana banyak kereta potong. Tanya dia, kereta Acoord tu banyak dan senang ke. Tauke tu kata barang Honda paling banyak dan paling murah. Dia kata, kereta Jepun Honda paling murah, kedua Toyota, Ketiga Nissan.Ingatkan main-main, rupanya betul, 2-3 kedai semua cerita yang sama. Saya tanya mudgurt Accord berapa harga, rupanya murah saja RM 60.00 saja. Maka kira confirm ler nak ambil kereta tu.
Masuk Lelong
Pergi bank dulu buat bank draft 10 peratus dari harga kita masuk tu, kalau 9,000 cuma 900 saja. Hari lelong tu saya hantar hari last tutup, saja sebab dalam hati rasa kena masuk di saat akhir hari penutup. Ini memang cara orang masuk lelong, jangan tanya kenapa. lu pikir le sendiri kenapa.....
.
.
BERSAMBUNG KE EPISOD 3
SIVAKUMAR TEGASKAN DIA MASIH SPEAKER DUN PERAK
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hanya mengeluarkan notis untuk 54 daripada 59 wakil rakyat bagi menghadiri Sidang DUN pada 30 Mac ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dipanggil menghadiri sidang itu kerana pengantungan selama 18 bulan berkuatkuasa pada 3 Mac 2009 masih berjalan.
Katanya, enam lagi exco yang digantung selama 12 bulan daripada menghadiri Sidang DUN sudah tamat tempoh pengantungan dan dibenarkan hadir. "Tiga Adun Bebas juga tidak dipanggil menghadiri Sidang DUN kali ini kerana saya sudah menerima surat perletakan jawatan mereka pada Februari 2009.
"Mahkamah juga masih belum memutuskan sama ada mereka masih wakil rakyat yang sah kerana semakan kehakiman yang difailkan oleh saya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum dibicara," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sivakumar juga menegaskan beliau masih Speaker yang sah kerana usul perlucutan Speaker dan usul pelantikan Speaker baru pada 6 Mei 2009 sudah ditolak oleh beliau ketika Sidang DUN 7 Mei belum diadakan.
RujukBerita Harian Online:
17 Mac 2010
Pengantin Lelaki 'Ajaib'.... Wali Kena 'Pukau' JANGAN TERTIPU
Siapalah yang menggelarkan lelaki yang kawin dengan budak umur 11 tahun itu 'ajaib', ajaib apa bende nyer. Siapalah yang kata wali kena 'pukau', apa benda pukaunyerrrr. Tak tahulah siapa yang memulakan perkataan 'ajaib' dan 'pukau' ni.
Adakah gelaran ajaib sebab dia boleh pukau, siapa yang boleh buktikan dia pukau. Betul ke dia pukau bapa budak tu, atau ada sebab lain sehingga bapa tu menikahkan anaknya. Ada kemungkinan ada faktor dorongan, pujukan, wang, kebendaan atau kepentingan lain yang penguatkuasa boleh siasat dalam setiap aspek. Jangan terus kata pukau, tak habis-habis orang kita ni dengan benda-benda mengarut ni.
Pada saya, kalau boleh wali ini jangan dilepaskan begitu saja, kalau Ketua Pendakwa berpuashati, sila siasat dan dakwa di Mahkamah Syariah. Jangan jadikan alasan kena pukau maka dia boleh lepas. Kalau begitu, senanglah orang yang mengandung luar nikah atau khalwat kata dia kena pukau maka tak didakwa. Nak buktikan pukau ni benda 'mistik' yang tak boleh dibuktikan. Maka jangan mengada-ngada nak buat cerita macam ni.
Nak kahwinkan anak umur bawah 16 tahun kena masuk mahkamah syariah, kes ini masuk mahkamah ke tak. Kalau tak masuk mahkamah, maka bapa dia yang salah sebab tak bawa anak ke mahkamah dulu. Pada saya yang paling salah dalam hal ini adalah wali sebab wali dia yang menikahkan atau jadi wali dalam pernikahan. Kalau wali tak nikahkan tak jadi le cerita ni. Orang yang menikahkanlah yang pertama bersalah dan patut dituduh.
Selepas dituduh bapanya, barulah boleh dituduh pengantin lelaki pula. Kalau tak dituduh, macam ada suatu yang tak kena. Contohnya kes orang menjual makanan di kedai pada bulan Ramadhan, maka orang yang makan dulu mesti dituduh, barulah penjual boleh didakwa. Kalau tiba-tiba saja penjual dituduh, maka dia dituduh menjual pada siapa ?
Pengantin lelaki belum tentu bersalah sebab dia bukan bawah umur, dia dah lebih umur. Kenapa pulak dia yang salah, bapa budak tu nak jodohkan dia, pucuk dicita ulam mendatanglah. Salah ker ? Cuma mungkin lelaki ini salah dalam kesalahan lain seperti nikah tanpa kebenaran, poligami tanpa kebenaran dan lain-lain.
Saya harap, pendakwa syarie jangan ketepikan peranan bapa sebagai wali yang menjadi perancang utama dalam kes ini. Semoga menjadi pengajaran kepada bapa-bapa yang lain, jangan buat perkara seperti ini.
Suami Jangan Main-main Dengan Talak
Hari ni ada satu kes, lelaki umur 20-an dan isterinya 20-an juga. Pasangan ini hadir untuk mengesahkan perkataan yang telah ditulis melalui sms iaitu.
Perkataan suami itu lebih kurang begini:
"kalau tak jawab telefon, jatuh talak". Selepas hantar sms, lelaki ini telefon isterinya, isteri tak jawab. Kemudian barulah rasa talak dah jatuh maka mengadu ke pejabat Agama. Saya minta kes ini dirujuk ke Mahkamah Syariah.
DIGIGIT BUAYA : DAPAT PAMPASAN
KUALA LUMPUR 17 Mac – A' Famosa Golf Resort Berhad hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini supaya membayar ganti rugi RM43,000 kepada seorang ahli perniagaan yang diserang dan digigit oleh seekor buaya ketika bermain golf di resort tersebut di Melaka, enam tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Harmindar Singh Dhaliwal memerintahkan demikian selepas A'Famosa bersetuju membayar ganti rugi dan kos guaman terhadap Hong Kee Siong atau Terry Hong, 48, yang memfailkan saman kecuaian terhadap syarikat itu pada 18 Mei 2004.
KANAK-KANAK HILANG DITEMUI
KUALA LUMPUR – Budak lelaki berumur enam tahun yang dilaporkan hilang Sabtu lepas di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras, dekat sini selamat kembali ke pangkuan keluarganya hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, Muhammad Adam Haikal dipertemukan dengan kedua-dua ibu bapanya oleh jiran mereka yang menjaga kanak-kanak itu selepas menemuinya di sebuah masjid berhampiran pada hari kejadian.
"Pada hari kejadian, mangsa keluar bermain dan ingin pulang ke rumahnya namun sesat. Mangsa kemudian ditemui seorang lelaki dan perempuan yang kemudian cuba membantu, tetapi mangsa lupa jalan ke rumahnya,” kata Chin Wah kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, pasangan itu kemudian meninggalkan Haikal di sebuah masjid sebelum ditemui seorang lelaki yang juga jiran kepada ibu bapanya. Haikal kemudian dihantar ke rumahnya, namun ibu bapa kanak-kanak itu tidak ada di rumah menyebabkan jiran tersebut memutuskan untuk membawa Haikal pulang ke rumahnya yang berada di tingkat lain di pangsapuri berkenaan, katanya.
Ibu kanak-kanak itu, Normayanti Abdul Manan, 30, membuat laporan polis berkenaan kehilangan Haikal semalam
16 Mac 2010
RUMAH LELONG : TUNGGU DULU (Episod 6)
Dalam episod 5, Siti Murni bangkitkan beberapa persoalan:
"Beli rumah lelong banyak risiko nya. perkara yg perlu dipertimbangkan -- penting -- hutang-hutang tertunggak oleh pembeli terdahulu. sesetengah bank akan tanggung hutang sehingga ke tarikh lelongan, sesetengah nya ditanggung pembeli baru. Dan jangan lupa buat carian rasmi atas hartanah yang nak dibeli tu..."
OK. Lelongan rumah ada dua tempat iaitu pertama Mahkamah dan kedua pejabat pelelong. Di Johor Bahru di Mahkamah Tinggi, sebelah pejabat pos. Manakala pelolong berlesen ada banyak, rasa 30 lebih. Lelong di Mahkamah biasa rumah yang sudah ada geran atau hak milik penuh. Manakala di pelelong berlesan bagi rumah bagi yang belum ada hak milik. Biasanya rumah dilelong kerana tidak dapat bayar pinjaman bank. Jadi kalau ada beli rumah dengan pinjaman bank, jangan leka kerana dengan beberapa kali notis, rumah anda boleh dilelong walaupun tanpa izin kita.
Rumah Ada orang
Ada beberapa rumah yang dilelong ada penghuni. Bila disiasat, rumah itu dihuni pemiliknya sendiri. Kalau kita tanya pemilik itu, kebanyakannya kata rumahnya tak akan dilelong sedangkan akan dilelong juga. Ingat, dengan beberapa notis dari peguam bank, pihak bank boleh melelong rumah tersebut.
Hutang Bank
Jangan risau kerana kalau kita beli rumah lelong, kita tidak perlu membayar hutang-hutang bank berkenaan. Sebaliknya pihak bank akan menuntut di mahkamah dari pemilik pertama. Contohnya kita beli lelong rumah itu 40,000 sedangkan hutang pemilik pertama ada 60,000, maka 20,000 lagi bank akan tuntut dari pemilik pertama. Kalau dia enggan bayar, boleh dibawa ke mahkamah. Jadi pembeli rumah lelong tak perlu bayar lagi hutang tersebut.
Cukai Pintu dan Cukai Tanah
Kebanyakan bank akan membayar cukai pintu dan cukai tanah dari pemilik sepenuhnya. Bagaimanapun, pembeli rumah lelong kena bayar dulu kemudian buat tuntutan semula pada bank. Tetapi ada sesetengah bank yang minta pembeli rumah lelong bayar dan tak boleh tuntut (ini 'cokia' punya bank). Apa-apa hal sebelum beli kena buat kajian dulu.
Bil Air, Letrik dan Telefon
Pembeli rumah lelong tak perlu takut sebab bil letrik dan air yang lama dibayar oleh orang lama. Kita yang masuk rumah lelong kena daftar baru dan bayar deposit guna nama sendiri. Kos dia tak mahal.
Kos Penyelenggaraan Kondo atau Pangsapuri
Sebelum beli kondo atau pangsapuri mesti ingat, bahawa rumah yang kita duduk itu bukan free, kena bayar bulanan. Sebelum beli, sila buat semakan di pejabat pengurusan kondo berkenaan hutang tertunggak penyelenggaraan. Kalau kondo, tak mustahil sampai berbelas ribu atau dua puluh ribu. Kebanyakan bank minta kita bayar dulu dan boleh dituntut semula. Ada juga bank yang dia bayar terus, kita tak bayar apa-apa, bagus bank ini antaranya Ambank. Jangan terperangkap sebab ada bank 'cokia' yang minta pembeli rumah lelong bayar tapi tak boleh tuntut. Jadi pembeli jangan terperangkap.
Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah
Kalau anda bergaji besar dan tidak ada kelayakan untuk membeli rumah kos berkenaan, mesti hati-hati. Jangan lepas beli, tiba-tiba tak boleh tukar nama. Eloknya bincang dulu dengan peguam dan cari peguam yang pernah ada rekod kerja yang baik untuk tukar nama pemilik. Jangan anggap mudah dengan tak lantik peguam kerana anda mungkin gagal tukar nama.
Bumiputera atau bukan
Kalau anda India Muslim atau Cina Muslim, anda belum tentu boleh beli rumah bumiputera. Waktu lelong, anda mungkin boleh menang sebab pelelong tak menyangka anda bukan bumiputera untuk beli rumah yang dikhaskan kepada bumi. Jadi buat semakan dulu.
BERSAMBUNG KE EPISOD 7
http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/10/lelong-rumah-kondo-persiaran-tanjong.html
http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/10/lelong-rumah-kondo-persiaran-tanjong.html
Lagi Kanak-Kanak Hilang
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Seorang ibu membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang baru berumur enam tahun di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras di sini, Sabtu lepas. Normayanti Abdul Manan, 30, berkata kali terakhir anaknya, Muhammad Adam Haikal dikesan ialah ketika dia pulang ke rumah neneknya di tingkat tiga di tingkat tiga pangsapuri pada kira-kira pukul 4.30 petang untuk mengambil gasing sebelum turun semula ke taman permainan itu.
Beliau berkata anak sulungnya itu kemudiannya tidak pulang ke rumah neneknya menyebabkan beliau dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Pudu kira-kira pukul 11 malam. Bercakap kepada pemberita, beliau berkata Haikal ditinggalkan di rumah mentuanya setiap hari apabila beliau dan suami keluar bekerja memandangkan rumah mereka terletak berhampiran.
"Haikal sudah biasa dengan kawasan ini dan selalunya dia akan pulang ke rumah neneknya pada pukul 7 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.
RUMAH LELONG: TERUS BERHATI-HATI (Episod 5)
Lelong Kondo Bukit Alif tinggal beberapa hari lagi. Namun saya masih memikirkan, wajarkan saya beli rumah itu. Ini bukan sebarangan beli, bukan semudah beli telefon bimbit. Kalau telefon bimbit yang harga bawah 1,000 kalau rasa tak sedap pakai, letak saja kat rumah atau jadikan telefon kedua. Ini rumah, kalau silap beli, merana seumur hidup tau.
Jangan Gopoh
Ramai yang beli rumah pada usia muda, seawal berkhidmat dengan kerajaan dan swasta pada usia 25 tahun. Pada saya, umur 25-30 itu adalah proses mematangkan diri, tambah lagi dalam perancangan kewangan. Yer,beli rumah ini masuk dalam bab perancangan kewangan, bukan sebarangan beli. Kenapa baru kerja dah nak beli rumah ? Ini selalu orang cakap,
"baru-baru kerja ni elok beli rumah". Pada saya pendapat ini lebih banyak tak betul dari betul. Ini lebih pada ayat jurujual rumah untuk lakukan yang dijualnya. Katanya, beli pada usia muda untung dan boleh ikat pinjaman lebih panjang. Betul, itu memang betul tapi umur seawal 25 tahun masih belum matang nak pilih rumah. Sudah saya nyatakan dalam episod 1-4 yang terdahulu dalam bab pemilihan beli rumah.
Hati-hati beli rumah baru.
Ada kawan saya beli rumah di Larkin, sebelah stadium larkin tahun 1997. Sampai sekarang rumahnya tak siap-siap. Tak jauh dengan masjid larkin pun begitu, rumahnya tak siap sampai sekarang. Jadi pembeli tetap kena bayar duit bank atau pinjaman kerajaan. Di Kluang rupanya ratusan orang terutama kakitangan kerajaan terpaksa membayar dalam lingkungan 600-800 sebulan sedangkan rumahnya tak siap sejak lebih 10 tahun dulu di Jalan Mengkibul. Kasihan. Maka gaji orang ini sudah kurang, kena sewa atau beli rumah lain pula.
Buat pinjaman paling panjang
Penting kalau beli rumah, sebaiknya buat pinjaman paling panjang. Kalau boleh 35 tahun, 30 atau 25. Mungkin itu sebabnya sesuai beli rumah pada usia muda. Jangan ikat pendik untuk habiskan cepat pinjaman kita contohnya 10 tahun. Ikat panjang supaya bayaran bulanan kita rendah, kalau ikat pendik nanti mahal. Biarkan dia panjang sebab rumah kita ini kita bayar setiap bulan dengan hasil gaji kita dan sewaan kita, jadi memadailah dengan harga murah. Kalau mahal nanti, tentu membebankan gaji kita atau sewa bulanan tak boleh tampung.
Jangan Beli Rumah Tunai
Elakkan beli rumah secara tunai walaupun kita mampu. Kalau beli tunai, duit kita habis. Contohnya kita ada duit tunai 100,000 jangan beli sebiji rumah saja yang harga 100,000. Sebaiknya beli 10 biji rumah yang harganya 100,000 dengan keluar duit 10,000 setiap rumah, selebihnya buat pinjaman.
Mana lebih Untung, ada duit atau ada rumah ?
Jawapannya ada duit lebih untung. Maksudnya, lebih baik kita ada duit di tangan daripada kita ada rumah. Duit boleh beli apa saja yang kita nak, tapi rumah tak boleh buat apa. Kita hanya dapat apa hanya selepas kita jual rumah itu. Jadi janganlah kita bangga kononnya kita ada rumah mahal. Sedarkah kita, rumah adalah rumah, kalau harganya mahal sekalipun, dia bukan duit. Rumah itu hanya akan bertukar jadi duit kalau kita jual. Tapi ramai orang, jual rumah pun tidak tapi bangga dengan rumah mahalnya. Sedangkan orang ini tak berapa banyak duit di tangan sebab bayar tinggi pada bank.
Kenapa Beli rumah ?
Jadi kenapa ada orang suka beli rumah sedangkan dia tak ada duit ? Sebab cakap-cakap orang yang merisaukan kita. Sebenarnya, hidup ini biarlah orang nak cakap apa tapi kita sendiri yang merancang kewangan kita. Saya tak ada rumah sejak mula kerja, cuma tahun 2008 saya baru nak beli rumah, sedangkan saya mula kerja kerajaan 1995. Itupun saya beli rumah lelong, adakah saya silap ? Ok, kalau saya beli rumah dulu tahun 1995, saya dibebani hutang dalam 600 sebulan. Jumlah 600 itu cukup tinggi sedangkan gaji saya belum cukup tinggi lagi waktu awal bekerja, tak seperti sekarang. Itu belum kira duit untuk kereta dan perbelanjaan lain pula. Jadi, kalau saya beli rumah di awal bekerja, saya cuma bangga sebab ada rumah tapi saya tiap bulan tiada duit di tangan.
Lebih baik tak ada rumah Lansung
Sebenarnya, adalah baik juga kalau kita lansung tak ada rumah. Sekarang kita duduklah rumah sewa atau kuarters kerajaan. Senang kita cari rumah kat tempat kita kerja. Nanti kalau kena pindah, kan susah nak cari penyewa, belum tentu boleh sewa lebih tinggi dari bayar bulanan kita. Lebih susah lagi kalau kita taknak sewakan rumah kita sebab sayang. Maka kita lebih sanggup biarkan rumah tu kosong saja, ini sangat rugi.
Lebih baik dia dapat gaji penuh setiap bulan, tak pening kepala pikir masalah hutang rumah. Mesti orang tanya, takkanlah tak ada rumah lansung, nanti dah pencen tak ada rumah, macammana ? Pada saya biar kita tak ada rumah pun. Masa pencen tu kan ada duit banyak, pada yang tak pencen, ada KWSP. Waktu itu belilah rumah idaman kita. Tidakkah harga naik waktu itu ? Pada saya, rumah ini ada had kenaikannya. Harga rumah tak akan naik macam harga makanan. Kalau harga makanan, tak turun tapi sama ada kekal atau naik saja. Tapi rumah tak begitu. Tengok dulu tahun 1996 harga rumah di JB dalam 160,000 sekarang selepas 14 tahun pun begitu juga. Malah ada juga rumah yang turun sebab ada banyak rumah.
Adakah rumah sekarang adalah rumah idaman masa kita pencen nanti ?
Jawapannya sudah tentu tidak. Waktu saya pencen nanti, akan wujud banyak lagi rumah idaman. Contohnya, rumah idaman sekarang adalah rumah teres jenis yang ada sekarang. Pencen nanti macam-macam model rumah baru dan lokasi baru yang muncul. Jadi rilek lah, tak payah beli rumah sekarang.
Hubungi Bank
Saya teruskan untuk beli rumah di Bukit Alif. Sebelum itu saya temui seorang pegawai bank, Susan (bukan nama sebenar) di Johor Bahru, dia umur 50-an. Susan saya kenal di tempat lelongan waktu beli rumah pertama dulu. Dia nampaknya peramah dan suka membantu. Dia kirakan bayaran yang perlu saya bayar kalau nak beli dengan harga 79,000. Nampaknya bayarannya rendah. Saya pegi ke bank yang kedua. Bila saya ke kaunter bahagian pinjaman, seorang wanita Melayu lewat 20-an melayan saya. Tapi saya nampak dia ada sedikit gugup dan tak berapa berpengalaman layan pelanggan. Bila saya tanya beberapa soalan mengenai kadar bayaran, dia tak berapa boleh jawab, dia kata dia nak tanya pegawai dia dulu. Kejap-kejap dia masuk bilik jumpa pegawai dia, susahlah macam ni. Saya pun balik, susahlah kalau bank macam ni.
Jadi saya cadang nak ambil pinjaman dengan Susan kalau saya menang lelong nanti. Cuma saya tak beritahu dia rumah mana saya nak ambil. (bahaya kalau beritahu rahsia ni pada orang lain, termasuk orang bank).
BERSAMBUNG KE EPISOD 6
15 Mac 2010
Mayat Bayi Dalam Plastik Sampah
SEORANG anggota polis melihat keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui berhampiran surau di sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. Mayat bayi baru lahir itu ditemui di dalam bekas plastik sampah yang ditinggalkan di atas rumput kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
FACEBOOK AYAH PIN ?
Ketua kumpulan ajaran sesat ‘kerajaan langit’, Ayah Pin yang menyepi diri sejak sekian lama, kini muncul kembali cuba menyebarkan ajarannya dengan kaedah lebih canggih menggunakan laman sosial Facebook. Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 68, yang mendakwa dirinya wakil kerajaan langit dikesan mempunyai akaun Facebook sendiri baru-baru ini dan dipercayai akan meneruskan dakyah sesatnya di laman web sosial itu. Ayah Pin, sebelum ini dikatakan uzur dan tahun lalu beliau dipercayai sudah kembali semula ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa.
Beliau sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa dan tidak lagi menganjurkan sebarang kegiatan songsang kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Ayah Pin secara rasmi mengisytiharkan dirinya keluar Islam pada 2 Ogos 1998. Bagaimanapun, kemunculan semula Ayah Pin melalui laman web itu membimbangkan banyak pihak kerana ada kemungkinan pengikutnya kembali semula dan orang ramai yang sering menggunakan laman sosial itu mungkin terpengaruh dengan ajarannya.
LEE CHONG WEI JUARA SELURUH ENGLAND
LONDON: Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki Seluruh England sebentar tadi selepas menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19.
14 Mac 2010
Kerbau Mengamuk
KANGAR 14 Mac – Seorang petani, Osman Mat Ya, 70, parah selepas diserang oleh seekor kerbau jantan yang mengamuk di Kampung Alor Redis dekat sini hari ini. Kejadian dilaporkan berlaku pukul 10 pagi ketika warga tua itu terserempak dengan haiwan itu, yang sedang bersembunyi dalam semak berhampiran rumahnya.
Lelaki itu yang parah pada bahagian rusuk kirinya akibat ditanduk oleh haiwan itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. Pemilik haiwan itu, Yusni Hat 35, berkata, kerbau itu sepatutnya disembelih awal hari ini bersama seekor lembu bagi tujuan kenduri di Kodiang, Kedah.
Bagaimanapun kerbau jantan itu mengamuk ketika menunggu masa untuk disembelih, menyebabkan ikatannya terputus dan berlari sejauh 20 kilometer dari Kodiang di Kedah ke Alor Redis di Perlis.Selepas menanduk mangsa, haiwan itu dikatakan melarikan diri ke tengah sawah dan anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang datang membantu hampir menjadi mangsa serangan kerbau itu.
Bagaimanapun hasrat mengendurikan kerbau itu akhirnya tercapai juga apabila haiwan itu ditembak dengan bahan pelali oleh pasukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum disembelih penduduk tempatan dan dijadikan hidangan.
Langgan:
Catatan (Atom)












Image001.jpg)
Image003.jpg)



























