04 Mac 2013
Duit Baru 20 Ringgit Mengelirukan Atau Saja Buat keliru
Semalam saya ke sebuah stesen minyak setelah saya biarkan minyak kereta saya sampai tanda amaran. Kerana minyak macam di paras rendah, saya nak isi petrol RM 70.00. Iaitu saya kasi satu keping duit RM 50 dan sekeping duit RM 20.
Bila saya isi minyak, hanya boleh isi RM 60 sahaja. Saya rasa, minyak itu tak penuh sebab penuh boleh sampai RM 100. Lagi pun, kenapa dia berhenti tepat pada RM 60. Saya rasa ini mesti juruwang tadi tekan RM 60, bukannya RM 70. Saya syak, ini mungkin disengajakan atau mungkin dia tersalah.
Juruwang tu beritahu, dia ingatkan saya kasi RM 60, rupanya RM 70. Saya tak marahlah pada dia dan saya minta duit baki RM 10. Dia kasi saya RM 10, sengaja saya tak mahu tambah minyak RM 10 lagi.
Mungkinkah Duit RM 20 dan RM 10 hampir Serupa
Mungkin juga duit RM 20 dan RM 10 hampir-hampir serupa. Saya pun pernah terkena, almaklumlah, umur dah tua sikit, mata pun dah tak macam mata orang muda. Pernah sekali tu, kat satu kedai lepas beli ayam dua ekor, saya tanya semula kepada tuan kedai tu yang dia pulang duit baki saya tak cukup. Tapi dia kata cukup. Saya kira sekali lagi, saya kata tak cukup juga. Akhirnya saya mengaku salah sebab saya ingat duit RM 20 yang dia kasi tu duit RM 10.
Duit 20 dan 10 ini kena berhati-hati sikit. Kekadang kita nampak macam sama. Kalau malam, lagilah kena berhati-hati.
Pernah Juga Stesen Minyak Tipu Saya
Bab juruwang stesen minyak ini, dah ada beberapa kes juga termasuk yang saya kena. Satu stesen minyak tu, saya bayar RM50 tapi bila tuang, cuma RM40 saja. Saya jumpa juruwang tu dia kata tak sengaja. Tapi kalau saya tak perasan, cammana...Saya pun pernah tulis kat blog saya sebelum ini,..klik sini.
27 Februari 2013
Kakak Tak kesah Adik Lelaki Bawa Awek Balik Rumah
Lelaki 20-an dan makwe dia 20-an bekerja di satu tempat. Lelaki menumpang rumah kakaknya 30-an yang sudah kawin dan ada 3 orang anak. Manakala perempuan duduk rumah sewa dengan kawan-kawan perempuan. Hari itu mereka berdua kerja dan balik kerja jam 9.00 malam. Lepas tu mereka berdua pergi makan bersama. Bila rasakan semuanya selamat, lelaki bawa aweknya balik ke rumah menaiki motosikal dalam jam 11.30 malam.
Masuk ke rumah, kakaknya belum tidur dan sedang tengok tv dengan anak-anak dia. Waktu itu suami kakak dia bekerja shif malam. Tak berapa lama lepas tu, kakak dia dan anak-anak masuk bilik utama untuk tidur. Lelaki dan perempuan terus tengok tv. Tak lama lepas tu, mereka berdua masuk bilik.
Kemudian, dalam jam 4.00 pagi, penguatkuasa Jabatan Agama membuat serbuan di rumah itu setelah mendapat aduan awam. Pintu rumah dibuka oleh kakak lelaki. Penguatkuasa mendapati di dalam sebuah bilik yang berkunci, ada lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri seterusnya ditangkap.
Kisah hantaran Tinggi (Episod 2)
Bapa dan ibu perempuan datang ke pejabat Kadi dalam keadaan marah-marah. Bila ditanya kenapa marah-marah, jawabnya dia marah sebab pegawai pejabat Kadi masuk campur pasal urusan keluarga dia. Bapanya dengan nada marah dan garang memberi amaran kepada pegawai berkenaan supaya jangan masuk campur urusan ini lagi. Bila suasana dah makin panas, Kadi kena selesaikan.
"Okey, kalau perkara ini tak boleh selesai dengan perbincangan, tak apalah. Kes ini akan dibawa ke mahkamah syariah". Kata Kadi kepada bapa perempuan.
Mendengar perkataan itu, bapa lelaki dan ibu perempuan yang mulut macam peluru M16 tadi terdiam.
"Ermmm.. kenapa pula sampai masuk mahkamah ?". Kata bapa perempuan.
"Yer, kalau perbincangan secara baik tak ada ada penyelesaian hari ini, maka biarlah mahkamah yang tentukan. Iaitu sama ada anak boleh bernikah secara wali hakim atau tidak. Kalau mahkamah sudah tetapkan 'wali hakim', anak tidak memerlukan bapa lagi sebagai wali". Jelas Kadi.
Mendengar perkataan itu, ibu dan bapa perempuan berpandangan sesama sendiri. Lepas itu, bapa dan ibu perempuan pulang ke rumah setelah Kadi memberikan tempoh seminggu untuk menyelesaikan perkara itu.
Giliran Perempuan Pula
Kali ini, perempuan datang ke pejabat bersama lelaki dan ibu bapa lelaki.
"Tuan Kadi, apa-apa hal saya tak mahu berbincang dengan mak ayah saya lagi, Tuan Kadi pun tahu bapa saya macam mana". Kata perempuan. Kadi tak jawab apa-apa.
"Yer betul Tuan Kadi, ini bukan kali pertama dia buat masalah macam ni. Anak saya tak salah Tuan Kadi.". Kata ibu kepada lelaki.
"Ermmm.. macam inilah. Jangan wujudkan ketegangan terutama dengan ibu bapa sendiri. Saya tengok kamu ini dengan mak ayah pun macam tak ada hormat". Kata Kadi memulakan bicara. (Sebelum itu, kadi dapat cerita dari pegawainya yang perempuan memanggil ibunya dengan perkataan 'engkau' dan 'aku' saja).
"Kita kena terima yang kita juga bukan semua betul dan kita ada kesilapan... Dan dalam sesuatu tindakan kita, janganlah membelakangkan keluarga. Berbincanglah secara elok. Lepas ini, kamu baliklah ke rumah mak ayah kamu, mohon maaf dan restu mak ayah. Kamu jangan anggap pernikahan ini main-main. Kamu pun ada silap pada mak ayah kamu kan ?" Kata Kadi.
"Yer, betul itu tuan Kadi, saya ada kesilapan, tapi....". Kata perempuan dan tidak meneruskan ayat itu.
"Kamu baliklah ke rumah, jumpa mak ayah, saya beri tempoh seminggu. Kamu jangan anggap kamu semuanya betul. Jumpa, mak ayah, cerita betul-betul, mengakulah yang kamu kena tangkap khalwat adalah kesilapan kamu dan minta maaf kerana memalukan keluarga. Kes khalwat ini saya tak sokong kamu, tak sepatutnya kamu buat begitu setelah pernikahan kamu terhalang. Kalau betul-betul kamu berterus terang dengan mak ayah, saya percaya hati mak ayah kamu akan terbuka". Kata Kadi.
Mendengar kata-kata itu, perempuan menangis teresak-esak. Lelaki dan ibu bapa lelaki tak kata apa-apa lagi.
"Yer, balik ni kamu ambil masa sesuai untuk kamu balik rumah. Insyaallah selesai. Kamu anak perempuan sulung, jadi contoh kepada adik-adik kamu dan jangan lupakan keluarga kamu". Kata Kadi mengakhir bicara.
.........BERSAMBUNG KE EPISOD 3
22 Februari 2013
Hantaran Punya Pasal, Pengantin dan Keluarga Bergaduh (Episod 1)
Lelaki dan perempuan 20-an bertunang dalam tempoh 2 tahun. Masa bertunang tu ditetapkan hantaran RM 10,000. Lelaki ini kerja biasa jer, gaji beberapa ratus jer. Perempuan pun begitu, gaji tak sebanyak mana. Kejam celik, tempoh 2 tahun dah sampai.
Masalahnya, lelaki hanya mampu menyediakan duit seribu lebih sahaja, jauh nak cukupkan 10,000 tu. Dah puas lelaki meminjam, tapi bukan senang nak pinjam lebih lagi. Nak taknak, dua tahun dah sampai.
Bila diketahui duit hantaran tak cukup, bapa dan ibu perempuan kecewa dan tidak setuju majlis dilansungkan. Entah nak mintak tangguh atau nak batalkan terus, tidaklah diberitahu. Sebab dalam kepala mak ayah perempuan tu, duit 10,000 yang lebih utama.
Kena Tangkap Khalwat
Dalam masa penangguhan itu. pasangan lelaki dan perempuan ini selalu keluar bersama. Akhirnya atas godaaan syaitan gondol, pasangan ini beberapa kali tidur bersama di hotel. Hinggalah satu malam itu, pasangan ini kena tangkap khalwat. Nak cerita apa lagi, dah berdua dalam bilik hotel, tak boleh nak lari dah.
Usaha Nak Nikah
Dalam keadaan kelam kabut ini, pasangan ini berusaha nak nikah. Bagaimanapun, bapanya enggan jadi wali atas sebab duit hantaran tak cukup. Perempuan ini datang ke pejabat kadi, merayu dan menangis menceritakan kisah ibu dan bapanya yang begitu. Harapannya, semoga Kadi dapat bantu beliau selesaikan masalahnya iaitu bernikah dengan cara yang sah.
......BERSAMBUNG KE EPISOD 2. klik sini
Sementara saya nak sambung....... Boleh juga baca Novel saya sebelum ini bertajuk "Hantaran 10,000". Novel ini ada serba sikit persamaan dengan kisah saya ini.
20 Februari 2013
Ustaz-ustaz Sepatutnya Jadi Calon Pilihanraya di Johor
Suasana politik sekarang, iaitu menuju pilihanraya ke 13 berbeza dengan sebelumnya. Kalau kita lihat tahun pilihanraya 2008, mungkin kerana terlalu yakin menang, akhirnya membawa kepada kehilangan beberapa kerusi tanpa dijangka. Sekarang ini, mana-mana parti yang akan bertanding begitu menekankan beberapa faktor antaranya calon yang bakal diketengahkan.
Wajarkah Ustaz Jadi Calon ?
Akhbar Sinar Harian beberapa hari lepas menyiarkan khabar angin atau berita yang kurang pasti mengenai beberapa orang ustaz terkenal di negeri utara yang dikatakan bakal menjadi calon. Parti mana atau kawasan mana, belum ada kepastian lagi. Sama ada betul atau tidak ustaz ini akan masuk ke gelanggang politik, kita tunggu saja pengumuman sebelum penamaan calon nanti. Tapi yang pasti, cerita ustaz ini masuk politik, menjadi perbualan hangat di kedai kopi politik dalam minggu ini.
Beberapa orang tokoh agama yang ditemubual mengenai isu ini menyokong sepenuhnya. Begitu juga orang bukan ustaz pun menerima penyertaan ustaz ini.
Mana Ustaz Johor ?
Minta maaflah kalau saya cakap ini, pasal negeri Johor. Pilihanraya tahun 2004 dan 2008, tiada ustaz yang dicalonkan parti itu. Soalnya kenapa ? Mungkin jawapannya kerana ustaz ini dulu orang tak 'pandang' dari sudut politik di negeri Johor ini. Kenapa ? Mungkin sebab, anggapan bahawa tanpa ustaz ini pun, parti itu boleh menang besar. Kalau itulah sebabnya, situasi sekarang sudah jauh berbeza.
Undi Melayu dan Islam
Dalam kerisauan mengenai nasib dan masa depan umat Islam sekarang, siapakah individu yang layak berbicara pasal Islam kalau bukan ustaz-ustaz. Bukan saya nak cerita lebih pasal ustaz, tapi sebagai perbandingan, takkanlah seorang yang duduk di bandar bekerja cara orang bandar nak cerita pasal cara menanam kelapa sawit. Orang yang layak adalah peneroka atau pekebun yang kerja itu hari-hari dia mengadap. Begitu juga dengan isu-isu agama yang memerlukan tahap kelulusan dan ilmu yang tinggi supaya orang lebih rasa respek.
Beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan, Pahang dan Kedah, ada ustaz yang bertanding sehingga menjadi exco kerajaan negeri. Beberapa orang ustaz yang sedang berkhidmat di Jabatan Agama meletakkan jawatan, bertanding dan menang.Mungkin alasan, saingan parti politik di negeri berkenaan adalah sengit berbanding Johor. Adakah kerana Johor dirasakan negeri yang tak berapa sengit sehingga ustaz 'dilupakan' ? Mungkin yer, mungkin ada sebab lain kot.
Johor Tidak Ketandusan Ustaz 'Calon Boleh Menang'
Johor sebenarnya tidak ketandusan ustaz yang terkenal di sesuatu kawasan. Walaupun tidaklah terkenal sehingga ke peringkat nasional sehingga masuk tv, tapi ustaz seperti ini dihormati dan disenangi oleh masyarakat di situ. Tidak perlulah saya ceritakan lebih lanjut apa program yang ustaz ini dah terlibat di situ selama ini.
Malah, tidak keterlaluan saya katakan yang ustaz ini sebenarnya 'calon boleh menang' yang dicari-cari yang mempunyai markah paling tinggi. Malah ustaz ini, bukan saja dapat sokongan dari satu parti saja, tapi termasuk juga dari ahli parti lawan dan calon atas pagar. Trend pengundi yang mengundi berdasarkan calon juga meningkat dan ramaijuga pengundi yang tidak hanya mengundi kerana parti.
Terimalah Ustaz Ini Dengan Baik
Kalau betullah ustaz ini menjadi calon, saya sokong, tapi anda bagaimana ? Saya ada sebab, bukan cakap kosong. Cuma jangan ada yang sabotaj atau memperlekehkan ustaz ini bila ustaz ini terpilih jadi calon. Mungkin ada individu yang terasa yang kehadiran ustaz ini di 'kawasannya' akan menyekat laluan orang lain yang lebih senior untuk menjadi calon. Ustaz ini dianggap sebagai calon 'payung terjun' yang kehadirannya belum tentu disenangi oleh ahli parti.
Sikap dan anggapan seperti ini haruslah dibuang kerana peristiwa sabotaj inilah antara faktor kekalahan di sesuatu kawasan. Dalam pilihanraya lepas, ada satu kawasan tu, dua Dewan Undangan Negeri Parti itu menang tapi di Parlimen calon parti itu kalah, mungkin kerana sabotaj calon. Itulah asam garam dalam politik, tidak harus ada rasa kecewa bila diri kita tidak dicalonkan. Sebaliknya, teruskan perjuangan untuk kemenangan parti kita.
Sikap dan anggapan seperti ini haruslah dibuang kerana peristiwa sabotaj inilah antara faktor kekalahan di sesuatu kawasan. Dalam pilihanraya lepas, ada satu kawasan tu, dua Dewan Undangan Negeri Parti itu menang tapi di Parlimen calon parti itu kalah, mungkin kerana sabotaj calon. Itulah asam garam dalam politik, tidak harus ada rasa kecewa bila diri kita tidak dicalonkan. Sebaliknya, teruskan perjuangan untuk kemenangan parti kita.
Teringat pesanan pensyarah saya dalam bidang dakwah dulu iaitu kalau kita menyertai satu pertubuhan dakwah, kita hendaklah patuh kepada arahan ketua. Kalau hendak ikut cakap sendiri, dahwahlah secara sendirian, boleh juga. Begitu juga dengan politik, kalau kita masuk sesuatu parti politik, ikutlah arahan pucuk pimpinan walaupun kita sendiri terasa pahit. Kalau hendak kepentingan peribadi, berundurlah atau bertandinglah sebagai calon bebas saja. Itu lebih baik daripada mengacau parti.
19 Februari 2013
Jual Air Doa, Patut Ker Tidak ?
Ada beberapa barangan di pasaran, antaranya air dan makanan kesihatan yang katanya 'air doa'. Kemudian saya jumpa pula susu kambing yang ada juga perkara sebegini. Antaranya jual air biasa, entah air miniral, entah air tapis, entahlah tapi katanya ini bukan air biasa.
"Bacaan 30 juzuk Al-Quran dan Doa". Itu antara tulisannya. Ramai orang beli dan produk ini dapat sambutan. Sebab apa dapat sambutan ? Sebab orang fikir air ini ada keistimewaan, iaitu dah dibaca dengan ayat Quran.
Tapi pada saya, perlulah buat kajian terperinci. Jangan pembeli tertipu dan terpengaruh hanya dengan slogan sebegini. Maaflah, bukan saya nak menuduh, tapi sekadar nak membuka minda kita semua. Tapi kalau dah kaji dan kata perkara ini bagus, maka bolehlah diteruskan.
Atau kalau lepas kaji dan rujuk pakar agama dan kesihatan, kalau kata tak baik, maka penjualan barangan sebegini hendaklah disekat. Jangan nanti akidah boleh terpesong, kesucian agama boleh dipermainkan dan sebagainya.
18 Februari 2013
Tangkapan Khalwat Hari Valentine
JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal sanggup meninggalkan dua anaknya berusia enam dan 14 tahun semata-mata untuk meraikan Hari Kekasih bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini.
Lebih memeranjatkan, wanita berusia 40an dan lelaki berusia 33 tahun itu yang tinggal dalam kampung sama di Pontian mengaku datang ke hotel terbabit untuk memadu kasih bersama kekasihnya yang mempunyai tiga anak dan sudah beristeri. Pasangan itu antara 36 individu yang ditahan dalam Ops Mawar Merah yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).
Timbalan Pengarah Operasi Jaij, Ramly Jusoh berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 3 pagi itu membabitkan hotel sekitar Danga Bay, Taman Perling, Bukit Indah, Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yaakob dan Taman Ungku Tun Aminah. Menurutnya, operasi yang membabitkan sepasukan 13 pegawai dan anggota Jaij itu memeriksa kira-kira 19 hotel murah bagi mengekang umat Islam di negeri ini menyambut sambutan Hari Kekasih.
“Daripada 36 yang ditahan, tiga daripadanya bukan beragama Islam dan berasal daripada Singapura dan Filipina. Mereka yang ditahan berumur 18 hingga 45 tahun.
“Pemeriksaan hari ini pada sebelah pagi menahan 14 orang. Kita akan meneruskan operasi ini hingga malam ini bagi mengesan pasangan bukan muhrim yang meraikan sambutan ini,” katanya di sini, semalam. Ramly berkata, pasangan yang ditahan dibawa ke Jaij untuk diambil keterangan dan kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
Datuk Kena Cekup Separuh Bogel
Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih.
Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan. Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel.
Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan. Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam. Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.
Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban. Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan. Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan. Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.
Remaja 'Miang' Tidak Pernah Serik
Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh berkata, walaupun remaja berkenaan berada dalam keadaan tidak mencurigakan, dia ditahan untuk diambil keterangan setelah gagal hadir ke mahkamah disabitkan kes khalwat sebelum ini.
“Tangkapan itu hasil kerjasama masyarakat setempat yang banyak memberikan maklumat kepada pihak berkuasa agama.
“Ops Kasih ini kita jalankan setiap tahun bagi mencegah perbuatan tidak bermoral khususnya dalam kalangan remaja, walaupun begitu, terdapat juga pasangan yang ditahan dalam kalangan dewasa,” katanya.
Kuala Lumpur: “Tak ada duit nak balik rumah malam ini, sebab itu saya terpaksa bermalam dengan kakak di sini, “kata seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandungnya di dalam bilik hotel bajet di ibu negara, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, ketika ditanya penguat kuasa, remaja itu menukar kenyataannya mengatakan gadis berusia 20 tahun itu teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.Pasangan berkenaan antara 10 pasangan yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar ibu kota bermula jam 12 tengah malam semalam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi.
Semua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan. Selain pemeriksaan hotel bajet di sekitar ibu kota, penguat kuasa JAWI yang bergerak dalam dua kumpulan seramai 60 itu turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.
Bagaimanapun, ketika ditanya penguat kuasa, remaja itu menukar kenyataannya mengatakan gadis berusia 20 tahun itu teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.Pasangan berkenaan antara 10 pasangan yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar ibu kota bermula jam 12 tengah malam semalam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi.
Semua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan. Selain pemeriksaan hotel bajet di sekitar ibu kota, penguat kuasa JAWI yang bergerak dalam dua kumpulan seramai 60 itu turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.
14 Februari 2013
Perubahan Kursus Pra-Perkahwinan Jun Nanti
Peserta kursus kahwin jalani ujian pengetahuan Islam
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Bermula Jun ini, semua peserta kursus praperkahwinan Islam dikehendaki mengikuti ujian tahap kefahaman pengetahuan asas agama Islam di awal dan akhir kursus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahbaikan dalam modul kursus praperkahwinan itu bertujuan mengukur pengetahuan peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus mengandungi 11 tajuk itu.
"Insya-Allah, sentuhan yang dibuat dalam Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Versi 3 ini menepati cita rasa semua golongan terutama muda-mudi yang akan mendirikan rumahtangga.
"Ia sekali gus akan dapat menarik perhatian dan penghayatan peserta terhadap kandungan modul yang dibentangkan oleh para penceramah," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MBKPI versi 3 di Pusat Islam di sini hari ini.
Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, klik sini
Kepada sesiapa yang nak kursus pra-perkahwinan di Pejabat Kadi Kluang, sila daftar dulu dengan mana-mana pegawai/ kakitangan. Boleh mendaftar dengan saya melalui email Kadikluang@yahoo.com .Tempat terhad.
Kepada sesiapa yang nak kursus pra-perkahwinan di Pejabat Kadi Kluang, sila daftar dulu dengan mana-mana pegawai/ kakitangan. Boleh mendaftar dengan saya melalui email Kadikluang@yahoo.com .Tempat terhad.
Sembang Pasal Bonus Tabung Haji 2012
Semasa diumumkan di media berkenaan bonus Tabung Haji, kawan saya kata bonusnya adalah 8 peratus, kira tinggilah tu. Saya kata tunggu dulu, jangan terpengaruh dengan angka sebab kekadang kurang tepat.
Semasa diumumkan di media berkenaan bonus Tabung Haji, kawan saya kata bonusnya adalah 8 peratus, kira tinggilah tu. Saya kata tunggu dulu, jangan terpengaruh dengan angka sebab kekadang kurang tepat.
Bila saya semak dalam akhbar , katanya bonus tabung Haji tahun 2012 adalah 8 peratus iaitu 6.5 peratus bonus tahunan dan 1.5 peratus bonus khas. Sebab itulah kawan saya kata 8 peratus. Saya tak mahu sebut akhbar mana tapi tuan-tuan dan puan-puan sekalian boleh buat carian di Google atau carian lain, taip "Bonus 2012' atau lain-lain. Memang akhbar kata 8 peratus kan ?
Perlu Penjelasan
Pada saya, kalau kita menyatakan bonus 8 peratus adalah kurang jelas. Penjelasan yang lebih lanjut hendaklah diberikan. Jangan nanti ada orang kata, kiraan dividen dia tak cukup. Contohnya seorang itu menyimpan RM 10,000 dalam Tabung Haji, maka dia akan kata, dia dapat bonus RM 800. Sebenarnya bukan begitu kiraannya.
Ini kerana 6.5 peratus bonus tahunan dan 1.5 peratus bonus khas itu adalah berbeza dari segi pengiraannya. Bonus Tahunan 6.5 peratus itu adalah dari baki minimum Januari hingga Disember 2012. Manakala Bonus Khas itu sebenarnya dari baki minimum dari Januari 2006 hingga Disember 2012. Nak jelas, sila layari laman web Tabung Haji.
http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/bonus-pendeposit-2012 atau klik sini.
Perlu Penjelasan
Pada saya, kalau kita menyatakan bonus 8 peratus adalah kurang jelas. Penjelasan yang lebih lanjut hendaklah diberikan. Jangan nanti ada orang kata, kiraan dividen dia tak cukup. Contohnya seorang itu menyimpan RM 10,000 dalam Tabung Haji, maka dia akan kata, dia dapat bonus RM 800. Sebenarnya bukan begitu kiraannya.
Ini kerana 6.5 peratus bonus tahunan dan 1.5 peratus bonus khas itu adalah berbeza dari segi pengiraannya. Bonus Tahunan 6.5 peratus itu adalah dari baki minimum Januari hingga Disember 2012. Manakala Bonus Khas itu sebenarnya dari baki minimum dari Januari 2006 hingga Disember 2012. Nak jelas, sila layari laman web Tabung Haji.
http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/bonus-pendeposit-2012 atau klik sini.
13 Februari 2013
11 Februari 2013
Main Nombor Ekor.... Dah Tua-Tua Bila Nak Insaf ?
Dalam jam 8.00 malam semalam saya ke sebuah kedai mamak. Ada dua orang lelaki sedang tengok keputusan nombor ekor depan saya. Nampak terang-terang dia keluarkan slip nombor ekor dan sehelai lagi kertas warna merah iaitu salinan keputusan.
Lelaki seorang tu dan penuh uban di kepala, mungkin dah lebih 60 tahun. Seorang lagi tu lebih 40-an rasanya. Bila saya pandang dia lama-lama tahu pun segan. Rasa malu dan nak marah pun ada. Yer ler, dah tua-tua bila nak insaf. Sempat ker bertaubat sebelum mati.....
10 Februari 2013
Suami Kawin Lain, Puashatikah Isteri Bila Suami Hilang Jawatan dan Pangkat ? (Episod 3)
Kiranya ini kisah sambungan dari episod 1 lalu. Ini kisah yang benar belaku dan panas bila isteri tahu suaminya nikah lagi. Yer, suaminya itu orang besar atau orang ada nama dan jawatan. Jawatan, pangkat dan kedudukan itu diperolehi kerana masyarakat di tempatnya memberi penghormatan pada dia.
Tapi bila suaminya nikah lagi dan si isteri tahu, isteri pun mengamuk dan pergi menuntut cerai di mahkamah syariah. Maka wartawan yang tengah minum teh tarik dan roti canai tak sempat habis pun berkejar ke mahkamah itu untuk mendapat liputan berita yang tengah meletop itu. Yer ler, kalau setakat lelaki itu kerja biasa saja, takkan lah wartawan tu tinggalkan saja sarapan yang belum habis. Ini lain, ini kes orang besar yang ada nama punya.
Tapi bila suaminya nikah lagi dan si isteri tahu, isteri pun mengamuk dan pergi menuntut cerai di mahkamah syariah. Maka wartawan yang tengah minum teh tarik dan roti canai tak sempat habis pun berkejar ke mahkamah itu untuk mendapat liputan berita yang tengah meletop itu. Yer ler, kalau setakat lelaki itu kerja biasa saja, takkan lah wartawan tu tinggalkan saja sarapan yang belum habis. Ini lain, ini kes orang besar yang ada nama punya.
Maka betullah, berita itu masuk muka depan beberapa akhbar. Tak pasal-pasal isteri dia jadi lebih popular dari si suami dia hari itu. Maka si suami tak berani muncul untuk berdepan dengan si isteri yang Ustaz Azhar Idrus kata 'Empat Line' itu sedangkan suami dia baru 'Tiga Line".
Tak Mahu Pegang Jawatan Lagi
Dua tiga hari lepas cerita tu, si suami buat kenyataan akhbar dari kejauhan, tak pasti saya si suaminya dari mana. Berdasarkan yang saya faham, si suami kata berkemungkinan dia akan mengundur diri dan tidak pegang jawatan itu lagi lepas ini. Tapi kat hujung itu ada kata, kalau dicalonkan lagi, terima jugalah. Jadi, saya rasa, bukan dia tak mahu lagi jawatan itu, dia pun orang bagus dan masyarakat hormat dia. Tapi, oleh kerana isteri pertama punya hal macam ni, maka nak tak nak, dia kenalah buat kenyataan macam ni. Lagi pun, selama mana nak berlindung dari wartawan sedangkan dia dulu mesra dengan wartawan.
Maka, saya tahu sangat apa perasaan si suami waktu ini. Saya pun tahu juga, kalau seorang isteri nak naik mahkamah nak tuntut cerai cara fasakh bukan perkara mudah. Si isteri kena kemukakan hujah di mahkamah berdasarkan syarak, bukan berdasarkan emosi. Kerana apa ? Nafkah ? Saya nak soal juga, adakah suami tak beri nafkah ? Nampak macam tak percaya gak saya sebab suami dia orang berduit, ada jawatan dan kekayaan. Nak kata tak adil selepas berpoligami ? Maka suami dia boleh jawab, lepas ini akan berlaku adillah, antaranya soal giliran.
Maka, saya tahu sangat apa perasaan si suami waktu ini. Saya pun tahu juga, kalau seorang isteri nak naik mahkamah nak tuntut cerai cara fasakh bukan perkara mudah. Si isteri kena kemukakan hujah di mahkamah berdasarkan syarak, bukan berdasarkan emosi. Kerana apa ? Nafkah ? Saya nak soal juga, adakah suami tak beri nafkah ? Nampak macam tak percaya gak saya sebab suami dia orang berduit, ada jawatan dan kekayaan. Nak kata tak adil selepas berpoligami ? Maka suami dia boleh jawab, lepas ini akan berlaku adillah, antaranya soal giliran.
Nak dimarah si isteri dia, tak boleh nak marah sebab isteri dia empat line. Maka dia beristighfarlah banyak-banyak. Nak telefon atau jawab sms isteri pun rasanya tak berapa nak berani. Dalam hati, si suami itu kata, kenapalah si isterinya jadi begini ?
Tidakkah si isteri dia fikir, dengan buat begini, maka kemungkinan besar si suami akan kehilangan jawatan itu selepas ini. Isu ini sudah tentu memalukan dirinya seluruh negara. Malah bosnya sedang mencongak untuk dia tidak dicalonkan lagi dan digantikan dengan orang lain selepas ini.
Isteri Tak Waras ?
Waras ini adalah bahasa Jawa yang orang faham. Nak ajar sikit bahasa Jawa, antaranya Ngumbe maknanya kawan ajak minum. Mangan, maknanya kawan ajak makan. Tapi itu sajalah bahasa Jawa yang saya reti, yang lain hapah tak reti. Okey, saya nak mangan dulu, nanti saya sambung semula...
09 Februari 2013
Nikah 20 Tahun, Rupanya Tak Sah
Seorang lelaki rakyat asing yang memegang kad pengenalan permastautin tetap bernikah dengan gadis tempatan 20 tahun dulu. Dia dinikahkan oleh seorang jurunikah tak bertauliah berwalikan abangnya sedangkan pada waktu itu bapanya masih hidup. Lepas nikah, dia dapat sijil, tapi dia tahu sijil tu tak berdaftar di pejabat agama. Pasangan ini tinggal di negara ini dan tak pulang ke negara asal lelaki itu. Hasil perkahwinan selama 20 tahun itu, dikurniakah 7 orang anak.
Masalah timbul bila baru-baru ini, anak ketujuhnya lahir dan tidak berjaya buat surat beranak. Pihak pendaftaran meragui pernikahannya dan minta merujuk ke pejabat agama. Berdasarkan siasatan, pernikahan itu tiada dalam daftar pejabat agama. Kes ini dirujuk ke mahkamah dan mengesahkan pernikahan ini tidak sah di sisi undang-undang negara dan tidak sah di sisi syarak.
07 Februari 2013
Macam Mana Nak Pujuk Isteri, Benarkan Kawin Lagi Satu (Episod 2)
Ustaz yang terkenal yang ada dua isteri ni selamba rock saja jawab bila orang tanya pasal kawin dua ni. Dia cerita, bukan senang nak tambat hati isteri pertama. Dan bukan sebarangan orang yang berjaya. Ustaz ni terus cerita satu peristiwa dia, iaitu ada seorang berjawatan besar, duit banyak dan kat luar orang gerun kat lelaki ini. Lelaki ini tanya ustaz tu apa rahsia nak kawin lagi satu.
Sambil tu, saya tambah sikit.... Iaitu dalam hati sesetengah orang mesti ada orang kata... dah berjawatan tinggi, mulalah nak cari perempuan lain. Tak perlulah saya nak jawab, ini bukan isu utama. Maka ustaz ini jawab,
Sambil tu, saya tambah sikit.... Iaitu dalam hati sesetengah orang mesti ada orang kata... dah berjawatan tinggi, mulalah nak cari perempuan lain. Tak perlulah saya nak jawab, ini bukan isu utama. Maka ustaz ini jawab,
"Kan awak ni orang panggil 'ayahnda' kat luar dan ada tiga line. Kenapa tak berani dengan isteri kat rumah". Kata ustaz ni.
Kemudian lelaki hebat yang ayahnda dan tiga line ni pun jawab...
"Saya tiga line, tapi isteri saya empat line". Jawab orang tu. Kemudian orang ramai tergelak besar dengar cerita kelakar selamba ni.
"Saya tiga line, tapi isteri saya empat line". Jawab orang tu. Kemudian orang ramai tergelak besar dengar cerita kelakar selamba ni.
Ustaz ni tambah, lelaki kat luar berjawatan besar dan garang kat luar tapi kat rumah, kecut perut mengadap isteri. Isteri bersuara sikit jer, mulalah senyap macam tikus takut dengan kucing.
Jadi Bagaimana ?
Nantilah, episod ketiga saya sambung lagi.......
Nantilah, episod ketiga saya sambung lagi.......
....BERSAMBUNG KE EPISOD 3.
Episod 3, klik sini
Episod 3, klik sini
Sebenarnya Macam Mana Suami Nak Kawin Dua ? (Episod 1)
Semalam dalam satu akhbar cerita seorang isteri seorang pemimpin terkenal di sebuah negeri, mohon cerai di mahkamah. Nak kata terkenal taklah terkenal mana, orang kat negeri dia dan kawasan dia saja yang dia terkenal. Bukan setakat akhbar, ada temuramah dalam bentuk video youtube. Panas cerita ni... Panasssss...
Satu segi, orang kata, si lelaki ini tidak bertanggungjawab, apatah lagi dia sebagai pemimpin. Tapi pada saya, janganlah cerita lebih-lebih pasal rumahtangga orang. Itu lebih kepada masalah peribadi, rumahtangga dia. Bukanlah dia buat salah sebagai pemimpin. Bukan dia kena tangkap maksiat pun. Tapi nanti, ada orang pertikai pulak pendapat saya ni, dia kata, sebagai pemimpin sepatutnya sebelum memimpin orang, pimpinlah anak isteri dulu. Kalau kat rumah dah gagal, tak payahlah nak pimpin orang lain. Ada betul ? Tapi pada saya, dalam hal ini, tak semestinya betul pendapat tu.
Sabar dulu........ ini berlaku pada diri lelaki bergelar pemimpin ini, kalau berlaku pada diri kita macammana? Ini cerita lelaki lah, bukan cerita lelaki pondan. Lelaki sama lelaki berkumpul, topik paling banyak diceritakan adalah pasal kawin dua. Lagi pulak kalau orang kenal kita ni Kadi, maka makin deraslah sembang dia. Dengar cerita macam nak kawin dua sangat, tapi belakang bini beranilah cerita.
Ada seorang ustaz terkenal ceramah (termasuk ceramah dia terkenal kat youtube ni) dia kata, kalau lelaki tak ada naluri nak kawin lagi satu, kira lelaki tu tak normal. Mungkin hari ni kita kata tidak pasal orang lain yang dah kawin dua, tapi esok lusa belum tentu. Ada seorang kawan saya yang saya ada cerita dalam tulisan saya yang lepas. Lelaki ini ada tiga isteri dan semua ketiga-tiganya baik antara satu sama lain. Antaranya setiap hujung minggu kesemua isteri dan anak-anak makan bersama di rumah salah seorang isteri secara bergilir. Bila saya tanya apa rahsianya, dia kata ini berlaku bukan dirancang tapi bila dah sampai seru, susah nak tepis. Jadi, janganlah cerita pasal orang lebih-lebih, diri kita macam mana ?
Ada seorang ustaz terkenal ceramah (termasuk ceramah dia terkenal kat youtube ni) dia kata, kalau lelaki tak ada naluri nak kawin lagi satu, kira lelaki tu tak normal. Mungkin hari ni kita kata tidak pasal orang lain yang dah kawin dua, tapi esok lusa belum tentu. Ada seorang kawan saya yang saya ada cerita dalam tulisan saya yang lepas. Lelaki ini ada tiga isteri dan semua ketiga-tiganya baik antara satu sama lain. Antaranya setiap hujung minggu kesemua isteri dan anak-anak makan bersama di rumah salah seorang isteri secara bergilir. Bila saya tanya apa rahsianya, dia kata ini berlaku bukan dirancang tapi bila dah sampai seru, susah nak tepis. Jadi, janganlah cerita pasal orang lebih-lebih, diri kita macam mana ?
Bagaimana Nak Kawin Dua ?
Ramai yang tanya saya bagaimana nak kawin dua ? Dan saya jawab berdasarkan prosedur dan undang-undang. Bukan saya galakkan poligami, tapi sekadar menjawab soalan orang. Nak tahu ? Hari ini ada seorang perempuan tanya saya beberapa soalan. Saya nak beritahu, dia handak bernikah dengan seorang lelaki suami orang yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Saya tak tanyalah dia ni anak dara atau janda. Yang pasti dia nak nikah dengan suami orang. Pun saya tak tanya anak dia berapa dan isteri pertama dia kerja apa.
Mula hairan juga saya sebab yang tanya ini bakal isteri kedua, kenapa bukan suami yang nak kawin dua tu.....
"Bolehkah tuan nikahkan saya". Kata dia.
"Boleh...Dengan syarat sudah ada kebenaran dari mahkamah syariah". Kata saya.
"Adakah mahkamah syariah boleh benarkan saya nikah ?". Tanya dia.
"Itu tanyalah mahkamah". Kata saya ringkas.
Bukan Masalah Nak Masuk Mahkamah
Pada saya, bukanlah masalah nak masuk mahkamah. Bukan juga masalah prosedur itu ketat atau nak sekat orang poligami.... itu bukan isu utama. Yang utama, tau siapa ? Tu isteri pertama yang kat rumah tu.
Seorang ustaz terkenal ini, isterinya dua. Dalam ceramah dia, ramailah orang tanya pasal kawin dua ni. Biasa yang tanya ini bukan cakap terus pakai mic, tapi kasi kertas pada ustaz ini. Ada berani ker cakap pakai mic ? Nanti sampai rumah, isteri cekak pinggang depan pintu woooo.
05 Februari 2013
Cerita Pasal Rokok Eletrik
"Dik, itu rokok apa ?" Tanya saya kepada dua orang lelaki yang minum di sebelah meja saja di kedai mamak.
"Ini rokok letrik, ganti rokok betul". Kata lelaki tu.
Kemudian saya berbual dengan lelaki tu dan dia kasi saya ambil gambar rokok tu. Yer, pasal rokok ni, dah banyak diperkatakan dalam akhbar, cuma saya hari tu berpeluang dapat tengok dan pegang rokok betul. Katanya, rokok itu jimat kos beli rokok. Beli rokok tu RM 150 kat kedai dan perisa dia berbentuk cecair RM 15 boleh tahan seminggu. Maknanya dalam sebulan hanya membelanjakan RM 60 sahaja berbanding hampir RM 400, kata lelaki tu. Rokok tu kena cas macam telefon sebelum boleh digunakan. Katanya lagi, beberapa negara luar dah guna rokok tu sekarang.
Dalam hati saya, kalau beginilah, jualan rokok akan merosot, begitu juga dengan industri termbakau dan saham berasalkan rokok di bursa saham. Sekarang tidaklah sebab belum meluas lagi penggunaannya. Asap rokok ini pula nampak bukan macam asap, tapi macam wap kita masak nasi.
Tempat Jual
Saya pergi ke sebuah pasaraya dan mendapati jualannya secara terbuka. Rokoknya bermacam harga, ada murah dan ada mahal. Saya rasa, tak lama lagi mungkin rokok ini jadi terkenal macam telefon bimbit termasuk penjualan aksesorinya. Saya tengok juga jualan cecairnya yang pelbagai perisa, dah macam pewangi kereta pulak. Nampaknya, tiada larangan penjualannya.
Bahaya Atau Tidak ?
Saya tanya seorang yang pakar dengan kelulusan tingginya dalam bidang kedoktoran. Dia kata rokok itu memang bahaya, tapi rokok betul juga bahaya. Betullah dia cakap tu, tengok kat kotak rokok, kan ada gambar paru-paru rosak dan amaran "Rokok Memerbahayakan Kesihatan". Jadi, agak kelakarlah kalau ada orang kata merokok lebih baik dari hisap rokok letrik tu.
Undang-undang
Apa-apa hal saya suka rujuk undang-undang dalam sesuatu perkara. Pertama, adakah undang-undang yang boleh menangkap atau mendakwa orang yang jual atau memiliki atau menghisap rokok tu. Yang saya tahu, undang-undang sekarang lebih kepada 'tembakau' dalam mengawal penjualan rokok. Tapi, adakah rokok letrik ini tembakau ? Saya tanya, bukan bagi pendapat.
Entahlah
Saya tak hisap rokok dan tak tahulah apa nikmat hisap rokok. Macam saya dulu gila memancing, sekarang dah bersara memancing. Orang yang tak memancing, tak tahu apa nikmat memancing. Begitu juga dengan rokok. Tapi janganlah terjebak. Rokok memerbahayakan kesihatan. Fatwa pun dah keluar, merokok adalah haram dan berdosa. Duit pun banyak habis, rokok bukan muranh sekarang.
Apa yang saya tahu, kajian di negara luar, rokok letrik ini dijadikan satu cara untuk berhenti merokok. Saya pun rasa gembira juga kalau pengguna rokok letrik ini ada azam dan cita-cita untuk berhenti merokok.
Tapi Jangan Belajar Merokok
Yang bahayanya kat sini, kalau orang yang tak merokok dan tak pernah merokok pun tiba-tiba nak cuba rokok leftik ini. Biasalah, manusia ni kan suka cuba-cuba, cuba, try, test. Nanti dari tak merokok, jadi perokok tegar pulak.
30 Januari 2013
Akibat Nikah Sendiket, Sendiri Susah
Seorang gadis 20-an bernikah dengan lelaki 20-an secara sendikit dengan membelakangkan keluarganya. Bukan bapa tak setuju tetapi sengaja hendak tak mahu memberitahu keluarganya. Maka perempuan ini bernikah di satu daerah dalam negeri Johor iaitu kampung lelaki.
Pernikahan Sendiket
Keluarga lelaki semuanya hadir dalam majlis pernikahan ini. Bagaimanapun, jurunikah itu bukan dari daerah itu atau dari Johor tetapi dari sebuah negeri lain. Jurunikah itu datang khas untuk menikahkan pasangan ini dengan bayaran lebih RM 2,000. Selepas nikah, pasangan ini mendapat 'surat nikah' dari negeri orang tu datang, bukan negeri Johor punya.
Lepas Nikah
Biasalah, lepas nikah berbulan madu dan katanya bahagia. Bagaimanapun, belum pun setahun, pernikahan mereka mula bergolak dan selalu bergaduh. Banyaklah sebab, antaranya, katanya suami mengabaikan nafkah dan hidup mereka tidak bahagia.
Ingat Semula Keluarga
Bila ni berlaku, perempuan ingat semula keluarga di kampung yang sikit pun tak tahu dia dah nikah. Akhirnya, perempuan lari balik kampung meninggalkan suami dia. Kemudiannya, perempuan dan bapanya datang ke pejabat agama berkenaan kes ini. Perempuan mendakwa dia bernikah secara sendiket. Memang dari dulu dia tahu nikah secara gelap macam tu, tapi dulu tak mahu pertikai. Biasalah, bila dah tak bahagia dan menyesal, diungkitnya pernikahannya, katanya tak sah. Bagaimana kesudahannya... ?
....BERSAMBUNG KE EPISOD 2
Lepas Nikah
Biasalah, lepas nikah berbulan madu dan katanya bahagia. Bagaimanapun, belum pun setahun, pernikahan mereka mula bergolak dan selalu bergaduh. Banyaklah sebab, antaranya, katanya suami mengabaikan nafkah dan hidup mereka tidak bahagia.
Ingat Semula Keluarga
Bila ni berlaku, perempuan ingat semula keluarga di kampung yang sikit pun tak tahu dia dah nikah. Akhirnya, perempuan lari balik kampung meninggalkan suami dia. Kemudiannya, perempuan dan bapanya datang ke pejabat agama berkenaan kes ini. Perempuan mendakwa dia bernikah secara sendiket. Memang dari dulu dia tahu nikah secara gelap macam tu, tapi dulu tak mahu pertikai. Biasalah, bila dah tak bahagia dan menyesal, diungkitnya pernikahannya, katanya tak sah. Bagaimana kesudahannya... ?
....BERSAMBUNG KE EPISOD 2
29 Januari 2013
26 Januari 2013
Suami Rujuk Semula Selepas Bercerai Dua Bulan
Seorang lelaki 30-an, bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan isterinya, juga 30-an kakitangan kerajaan juga. Hasil pernikahan mereka hampir 10 tahun, dikurniakan 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.
Satu hari tu, mereka bertengkar sehinggalah lelaki melafazkan cerai terhadap isterinya. Apa benda yang ditengkarkan dan apa puncanya, tak payahlah nak ditanya.
"Aku ceraikan kau". Kata lelaki kepada isterinya.
Waktu itu, mereka berdua sahaja di dalam rumah. Lepas melafazkan perkataan cerai itu, lelaki dan perempuan telah pergi ke pejabat agama untuk membuat aduan cerai. Dokumen yang perlu dibawa adalah surat nikah dan kad pengenalan. Mahkamah mengesahkan berlaku perceraian dengan talak satu.
Lepas bercerai tu, perempuan duduk di rumah itu bersama 3 orang anak iaitu kuarters kerajaan. Manakala lelaki tidak tidur di rumah iaitu tinggal di rumah bujang. Lelaki kadang-kadang datang rumah untuk ambil barang dan tengok anak. Kes ini sudah jadi heboh di pejabat kedua-duanya. Iaitu orang tahu kejadian cerai ini termasuklah siaran lansung dari ahli-lain mesyauarat tingkap kipas lipas. Kat kampung masing-masing pun dah heboh sama ada keluarga perempuan dan lelaki. Dah tu, mak ayah masing- masing nak menangkan anak masing-masing dah jadi macam peguambela.
Dua bulan hidup sebagai duda dan janda, akhirnya terbuka hati mereka untuk rujuk semula. Kedua-dua mereka datang ke pejabat kadi untuk proses rujuk. Sebelum dibenarkan rujuk, beberapa soalan dikemukakan, antaranya adalah, berapa jumlah talak dan dapat dilihat dengan keputusan bertulis mahkamah syariah. Jawapannya, cerai talak satu dan berbaki dua talak.
Kedua, adakah pasangan ini masih di dalam edah. Setelah dipastikan, mereka masih dalam edah dan ada ruang untuk rujuk. Kira bernasib baik juga masih dalam edah iaitu sudah penghujung, sudah dua bulan. Kalaulah kes ini sudah habis edah dan nak nikah semula, prosennya adalah lebih payah. Iaitu, mereka tidak boleh rujuk kecuali dengan pernikahan yang baru. Bagaimana nak nikah semula ?
Biasalah, mula kena kursus kawin. Lepas tu ambil borang, buat test HIV, jumpa tok pengulu dan sebagainya. Lepas tu kena temuduga nikah, lepas tu kena daftar itu dan ini. Masa nikah pula kena ada wali, tak bolehlah nikah tanpa wali. Penyanyi kumpulan Wali Band nikah pun kena ada wali juga. Tapi kalau rujuk lain, rujuk tidak memerlukan wali.
Maka dengan rujuk ini, mereka sah semula sebagai suami isteri yang dah terputus dua bulan lalu.
21 Januari 2013
Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 73)
"Mak... Sebenarnya kak Syira bertengkar dengan abang Man kat JB". Kata Nizar selepas didesak dengan pelbagai soalan oleh maknya.
"Bertengkar.... kenapa ni Syira ?
(Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya : 0197526122 whataps)
19 Januari 2013
Tiada Yang Mustahil Dalam Perkahwinan dan Perceraian : Kisah Selepas 19 Tahun Bercerai
Assalamualaikum, ada satu kisah saya nak cerita hari ini.......
Lelaki dan perempuan ini umur 50-an berstatus duda dan janda. Dulu mereka suami isteri dengan dikurniakan 5 orang anak. Usia kebahagian dan perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Berakhir dengan perceraian. Anak-anak masih kecil-kecil waktu itu. Bila ditanya sebab perceraian, biasalah jawapannya, kerana tidak sefahaman. Dulu masa bercinta, katanya "lautan api akan ku renangi" Kini parit belakang rumah dia tak upaya menyeberang.
Lepas cerai, isteri bawa diri balik ke kampung, duduk rumah ibubapanya bersama 5 anaknya. Suami keseorangan dan lebih sibuk bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar. Isteri pula, dapat bekerja di sebuah kilang buat makanan di kampungnya untuk menyara hidup. Itu kisah 19 tahun lalu..... lama tu.
Sepanjang perceraian itu, suami tak abai nafkah anak walaupun tak bertulis dan bukan dalam arahan mahkamah syariah pun. Mereka dulu bercerai ala-ala orang tak berapa kisah pasal undang-undang. Maka tak adalah perintah nafkah atau penjagaan anak macam sekarang. Tapi suami tak abaikan semua itu. Sekali fikir, antara arahan mahkamah dan keihlasan, ada betulnya keiklasan yang lebih penting. Orang sekarang pun, arahan mahkamah setinggi mana pun, ramai yang tak patuh. Kerana apa ? Kerena tiada keikhlasan dan terpaksa saja.
Hubungan Baik
Suami kalau kelapangan, balik ke kampung melepas rindu pada anak-anak. Bukan setakat suami dengan anak-anak saja mesra, tapi dengan bekas isterinya pun baik. Tapi tak adalah berdating atau buat maksiat. Dengan ipar-ipar iaitu adik beradik isterinya juga dia rapat. Beberapa tahun lepas tu, ibu dan bapa perempuan meninggal dunia, dan perempuan ini terus duduk di rumah pusaka bapanya di kampung.
Tak Nikah Lagi
Sejak 19 tahun bercerai itu, si suami tak ada bernikah lain. Menghairankan juga kalau lelaki boleh bertahan sehingga selama itu. Nak kata muka tak hensem, muka kalau ambil jadi pelakon 'Ombak Rindu 2' pun boleh meletup. Bila ditanya, alasannya sibuk bekerja dan dia dah ada pengalaman bernikah serta bercerai. Hingga dalam hidupnya, dia lebih fikirkan anak-anak dan dia dah ada anak.
Juga dia rasa, isteri dia dulu seorang yang degil dan susah nak dengar cakap dia. Maknanya dia dah kenal wanita bergelar isteri. Macam dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus kata, nak buat macam mana, perempuan ini dah dilahirkan dengan sifat begitu, dari kilang yang sama. Lagi Ustaz Azhar Idrus kata, kalau nak lawan berlari, berenang, sukan, lelaki menang. Tapi kalau nak lawan bercakap, lelaki akan kalah.
Jadi kalau kawin lain, dia rasa dia belum tentu boleh bahagia juga. Si bekas isteri juga, bila ditanya oleh Tok Kadi, kenapa tak nikah lagi. Pertama, nasib baik Tok Kadi yang tanya, kalau setakat Mat Burger tanya, dah tentu kena cili dan dimayoniskan mulut Mat Burger tu.
"Bukan orang tak nak kan saya Tuan Kadi, ada ramai. Tapi bila fikirkan anak-anak, rasa lebih baik hidup seorang.". Kata wanita 50-an ini.
Selepas 19 Tahun, Bernikah Semula
Selepas 19 tahun berstatus janda dan duda, akhirnya mereka berdua dengan rela hati, terbuka hati mereka untuk bernikah semula. Bila ditanya, yang memainkan peranan utama pernikahan ini adalah anak-anak yang semua dah umur lebih 20 ini. Pekerjaan anak-anak dia hebat dan berkelulusan tinggi.
Anak Semua Belum Nikah
Bila ditanya, anak dah bernikah ke belum, jawabnya anaknya ramai yang perempuan dan belum seorang pun yang dah bernikah. Bila ditanya lagi oleh Tok Kadi, sekali lagi mak dia kata nasib baik Tok Kadi yang tanya, kalau Tok Mudin yang tanya, dengan Tok-Tok Mudin sekali terjun lari ikut tingkap kena sergah.
Katanya, anaknya takut perkahwinannya nanti jadi macam perkahwinan mak ayah mereka, kata mak dia. Oooooo itu macam ker......
Maka, hari yang mulia, Jumaat, penghulu segala hari ini, pasangan ini dinikahkan semula. Sangat menarik cerita ini iaitu apabila 19 tahun sudah bercerai, akhirnya nikah semula dengan pasangan yang sama. Sekali lagi pasangan ini naik pelamin dan duduk dia nampak kekok tapi apa-apa pun orang nak kata, mereka tetap pengantin baru.
SELAMAT PENGANTIN BARU.
16 Januari 2013
Kerja Cuci Pinggan Restoran, Juga Pelacur Sambilan
Dalam satu serbuan penguatkuasa Jabatan Agama, menahan seorang lelaki warga Indonesia bertaraf permastautin tetap umur 54 tahun, kerja tukang rumah. Dia sudah mempunyai isteri dan anak-anak yang duduk di daerah ini.
Pada hari itu dalam jam 6.00 petang, dia melanggan seorang pelacur bukan Islam umur 41 tahun di sebuah 'hotel ayam'. Janganlah tanya hotel ayam ini apa, tau takperrrr.
Perempuan ini masih anak dara walaupun tupai sudah tebuk dia. Bila disoal siasat, perempuan ini kerja cuci pinggan di sebuah restoran takde tanda halal dan kerja sambilan dia adalah melacur. Bayaran yang dikenakan adalah 'mesra pelanggan' iaitu RM30 sahaja sekali projek, tak boleh kurang lagi.
11 Januari 2013
Masa Bila Taukey Ni Tahu Tarikh Nikah Saya ?
Saya ke sebuah bengkel untuk servis kereta. Sebelum tu saya ke kedai alatganti kereta beli minyak hitam RM 45 dan oil filter RM 6. Masa kat bengkel tu, sementara menunggu minyak hitam dibuang habis, saya berbual dengan taukey tu. Nampak umur dia antara 50-65 tahun.
"Taukey, ini bengkel sudah berapa lama bukak ?" Tanya saya.
"Haiyaaa... sudah lama loo. You belum kawin lagi, ini kedai sudah ada". Kata taukey tu sambil mengelap peluh.
Kemudian dia terus sambung bikin kereta saya. Dah siap, upah RM 10 saja. Begitulah rutin saya jaga kereta, tukar minyak 5,000km sekali, biasa 2-3 bulan sekali. Tak pernah saya beli minyak hitam dan oil filter kat bengkel.
Masa Bila Dia Tahu Tarikh Saya Nikah ?
Balik tu, saya termenung memikir, itu taukey kata,
"you belum kawin lagi, ini kedai sudah ada."
Yer ker dia tahu bila saya nikah. Oh tidak.... entah-entah saya belum kawin, dia belasah saya dah kawin saja. Tapi jawapannya itu, cukup membuatkan saya dah tak tahu nak cakap apa lagi.
"you belum kawin lagi, ini kedai sudah ada."
Yer ker dia tahu bila saya nikah. Oh tidak.... entah-entah saya belum kawin, dia belasah saya dah kawin saja. Tapi jawapannya itu, cukup membuatkan saya dah tak tahu nak cakap apa lagi.
Nak cerita pagi Jumaat ni, inilah uniknya Malaysia. Ada pelbagai bangsa dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan. Saya berbual dengan orang Cina, bahasa Melayu dia ada lain. Pergi gunting rambut kedai India, bahasa Melayu dia lain pula. Makan kedai mamak, bahasa Melayu dia lagi ada beza. Pergi Mydin JB tanya pekerja Bangla tu dah dapat gaji ke belum, dia pulak yang tanya saya dah dapat gaji ke belum.
09 Januari 2013
Budak Sekolah Khalwat, Main Nyorok-nyorok Bawah Katil
KLUANG - Bahana tidak berfikir panjang dan terlalu mengikut nafsu, seorang
pelajar perempuan tingkatan lima sanggup ponteng sekolah kerana ingin berjumpa
teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar ini, pagi
semalam.
Malangnya, mereka dicekup berkhalwat dalam serbuan dilakukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) kira-kira jam 9 pagi. Pegawai Tadbir Jaij daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat awam.
“Sewaktu operasi dijalankan, lelaki berusia 18 tahun berkenaan yang bekerja di pasar malam membuka pintu bilik hotel, manakala pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menyorok di bawah katil lengkap berpakaian sekolah dan bertudung.
“Hasil soal siasat dijalankan, pelajar tersebut pada mulanya pergi ke sekolah tetapi tidak masuk ke kelas sebaliknya menunggu teman lelaki mengambilnya di sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan akan di dakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan, ibu bapa pasangan tersebut akan dipanggil untuk ke pejabat agama malah, pengetua serta guru kaunseling turut dimaklumkan mengenainya.
Malangnya, mereka dicekup berkhalwat dalam serbuan dilakukan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) kira-kira jam 9 pagi. Pegawai Tadbir Jaij daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, serbuan dilakukan hasil aduan dan maklumat awam.
“Sewaktu operasi dijalankan, lelaki berusia 18 tahun berkenaan yang bekerja di pasar malam membuka pintu bilik hotel, manakala pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menyorok di bawah katil lengkap berpakaian sekolah dan bertudung.
“Hasil soal siasat dijalankan, pelajar tersebut pada mulanya pergi ke sekolah tetapi tidak masuk ke kelas sebaliknya menunggu teman lelaki mengambilnya di sekolah,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan akan di dakwa di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan, ibu bapa pasangan tersebut akan dipanggil untuk ke pejabat agama malah, pengetua serta guru kaunseling turut dimaklumkan mengenainya.
Dipetik dari Akhbar Sinar Harian 9 Januari 2013
08 Januari 2013
Cerai SMS
Entah apalah masalahnya, pada jam 1.52 pagi, si suami menghantar sms kepada isterinya. Sms berbunyi''''
"Saya ceraikan awak". Sms dari telefon suami ke telefon isteri.
Ini tak lain, adalah kes gaduh. Keesokan harinya, si suami membuat aduan di pejabat agama dan mendaftarkan perceraiannya di mahkamah. Perbicaraan berlansung di mahkamah dan ringkas ceritanya, mahkamah membuat keputusan.
" Lafaz melalui sms yang dihantar oleh (L) pada tarikh .... jam 1.52 pagi untuk bercerai talak satu adalah sah".
Pasangan ini bernikah pada tahun 1994 bermakna sudah kira-kira 18 tahun perkahwinan mereka dengan dikurniakan beberapa orang anak. Bagaimanapun, kebahagian rumahtangga ini runtuh kerana perceraian ini.
04 Januari 2013
Akibat Zalim Bunuh Katak, Anak Mati Katak ?
Seorang lelaki menceritakan pada saya pengalaman zaman silam dia. Dia cerita, dulu dia jahat dan banyak abai perintah agama. Sehinggalah satu peristiwa aneh yang dialaminya, memberi keinsafan yang mendalam pada dirinya. Ceritanya, dulu masa isterinya sedang mengandung, rumahnya banyak katak waktu musim hujan.
Seorang lelaki menceritakan pada saya pengalaman zaman silam dia. Dia cerita, dulu dia jahat dan banyak abai perintah agama. Sehinggalah satu peristiwa aneh yang dialaminya, memberi keinsafan yang mendalam pada dirinya. Ceritanya, dulu masa isterinya sedang mengandung, rumahnya banyak katak waktu musim hujan.
Bunyi katak mengganggu tidurnya setiap malam. Oleh kerana terlalu marah, dia telah bertindak menghimpunkan kayu di tempat katak itu berkumpul. Kemudian dia bertindak membakar kayu tersebut dan membunuh banyak katak di bawah himpunan kayu itu. Maka tidurnya lena kerana tiada lagi bunyi katak dekat dengan rumahnya. Yang ada hanyalah katak yang jauh-jauh.
Ceritanya lagi, apabila anak lelakinya lahir, anaknya ada penyakit kulit ganjil. Kulitnya merekah, tersiat, bernanah dan mengeluarkan darah. Bila sembuh, kulitnya seperti kulit katak. Kemudian sakit yang sama datang berulang. Sudah banyak tempat dia berubat termasuk doktor kerajaan dan swasta namun sakit anaknya berulang lagi.
Hampir setiap hari anaknya tidak lena tidur kerana kesakitan ini. Kemudian, pada usia dua tahun, anaknya ini meninggal dunia. Sebagai seorang bapa, dia redha dengan ketentuan Allah Taala yang mengambil nyawa nak kesayangannya ini. Dia berpegang kepada qada' dan qadar Allah Taala.
Cerita ini diceritakan kepada saya dan dia minta pandangan dari saya. Beberapa kali dia ulang perkataan, iaitu bukan dia hendak percaya kepada kuasa lain selain kuasa Allah. Tetapi, sampai sekarang dia tak tahu apa penyakit kulit anaknya itu. Dan adakah kaitannya kejadian dia berlaku 'zalim' sehingga membunuh katak-katak semasa isterinya mengandung ?
Pandangan Saya
Saya jelaskan, ini adalah kuasa Allah. Kita kena letakkan kekuasaan Allah pada tempat yang tertinggi. Janganlah terlalu percaya dengan kejadian membunuh katak itu yang menyebabkan anaknya jadi begitu. Kalau terlalu berpegang pada itu, saya bimbang akidah kita boleh tergelincir. Sakit itu adalah ujian Allah kepada kita supaya kita insaf. Maka jadikanlah kesilapan yang lalu sebagai pengajaran kepada kita.
Ada orang yang Allah uji dan hukum kita di dunia lagi kerana kezaliman kita. Sebahagian umat-umat terdahulu termasuk umat Nabi Noh, Nabi Lut, Nabi Musa dan lain-lain diazab di dunia kerana kejahatan mereka. Begitu juga dengan umat Nabi Muhammad seperti peristiwa Alqamah yang tidak boleh syahadah waktu nazak kerana kederhakaan dia pada ibunya.
Dalam Islam bukan semua binatang boleh dibunuh, apatah lagi dibunuh secara zalim sebegitu. Adakah binatang itu mengancam nyawa kita ada mendatangkan mudarat kepada kita ? Sekadar dia mengganggu tidur kita saja kan ?
Pengajarannya
Janganlah kita berlaku zalim sesama manusia dan makhluk Allah yang lain. Setiap makhluk yang Allah cipta itu pasti ada kebaikannya yang kekadang kita tidak ketahui.
02 Januari 2013
Bank Ini Menipu Orang Ramai Pasal Dividen ASB
Saya ke sebuah bank dan mendapati sebuah bank terkenal ini ada kaunter pinjaman ASB di kaki lima bank tu. Yer, bank itu agen ASB yang sah. Penuh bank tu hari ini terutama kepada yang nak tengok dividen ASB mereka.
Di luar itu siap ada DJ yang buat pengumuman dan sebagainya untuk promosi loan ASB bank itu. Yang saya dengar dan DJ tu sebut beberapa kali ialah.....
"Tahun lepas ASB memberikan dividen sebanyak 8.9 peratus".
Dalam hati saya, penipu punya bank. Kalau nak niaga dan nak untung pun, janganlah menipu. Mana datangnya keberkatan dalam perniagaan kalau dah dimulakan dengan menipu.
Sebenarnya, tahun 2012, ASB beri dividen 7.75 peratus saja, bukan 8.9 peratus. Tahun lepas juga ASB kasi bonus 1.15 peratus. Jadi, mengikut perkiraannya bukanlah dividen ASB 7.75 campur 1.15 peratus, bukan jadinya 8.9 peratus dividen.
Camner Nak Dapat Bonus ?
Syarat nak dapat bonus dan dividen kan lain. Nak dapat bonus, kena kira baki simpanan minimum kita selama 10 tahun iaitu 120 bulan. Kemudian, barulah dikira dengan 1.15 peratus.
Maaf bro.... 10 tahun tu lama. Jadi janganlah samakan dividen dengan bonus. Harap perbetulkan dan jangan menipu orang ramai.
Wanita Bersuami Dua ?
BATU PAHAT – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.
Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.
Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan. Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.
“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.
“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.
“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.
Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.
“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.
“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.
“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya.
Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.
Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan. Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.
“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.
“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.
“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.
Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.
“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.
“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.
“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya.
Dipetik dari akhbar Sinar Harian 2 Januari 2013.
28 Disember 2012
Wali Tak Mahu Jadi Wali, Salah Siapa ?
Seorang wanita berstatus janda 40-an hendak bernikah dengan seorang duda 50-an. Pernikahan dijadualkan akan berwalikan adik lelakinya. Bila disoal, katanya bapa dan atuknya sudah meninggal dunia dan mengemukakan surat mati. Hanya tinggal seorang sahaja adik lelaki yang layak menjadi wali pernikahan.
Sewaktu permohonan nikah, kakaknya itu kata adiknya 30-an itu bersetuju menjadi wali. Walau bagaimanapun, pada masa yang ditetapkan, wali tak hadir sedangkan jurunikah dan ahli keluarga hadir mengikut jadual. Apabila ditanya pada bakal pengantin perempuan, katanya dia ada krisis dengan adiknya. Rupanya masalah harta pusaka dan pembahagian harta yang belum diselesaikan.
Bercerita lanjut, katanya arwah bapanya dulu meninggalkan beberapa ekar tanah. Tanah itu pula tidak boleh ditukar nama tetapi yang boleh hanyalah mendapat wang setiap bulan beberapa ribu hasil sawit. Bakal pengantin adalah anak sulung yang katanya dia sebagai pemegang amanah. Bila didesak dengan beberapa soalan, timbullah cerita yang dia tidak membuat pembahagian yang adik beradik lain puashati. Dia ada alasan kerana katanya dia menanggung perbelanjaan di kampung termasuk makan minum ibu dan lain-lain. Ini telah menyebabkan adik beradik lain bermasam muka.
Tak Akan Jadi Wali
Maka masa kakaknya hendak bernikah ini, adik lelakinya terpaksa ungkit semua ini. Malah dia memberikan syarat iaitu tidak mahu menjadi wali sekiranya pembahagian harta ini tidak diselesaikan. Tetapi adik lelaki ini tidaklah kata tak mahu menjadi wali terus, dia kejap nak kejap taknak macam iklan coklat. Kalau terus terang tak mahu jadi wali, senang, boleh pergi mahkamah syariah dan lalui beberapa prosedur. Ini membuatkan bakal pengantin pening kepala terutama tibanya tarikh perkahwinan.
Perkara ini dikemukakan kepada Kadi dan bagaimanakah Kadi menyelesaikannya ? Perkara ini sudah selesai dan kisah ini diceritakan semula.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 2
25 Disember 2012
Kepala Saya Jadi Bahan Ujikaji Tukang Gunting
Saya ke kedai gunting rambut. Kedai itu memang saya setiap bulan pegi. Nampaknya hari ini kedai tu tak ada orang lain kecuali saya seorang saja. Tengah menggunting tu, tiba-tiba masuk dia orang lelaki, terus berbual dengan tukang gunting tu. Dia berhenti separuh jalan gunting rambut saya.
Saya tak faham apa yang dibualkan. Cuma yang saya nampak dan faham, dua lelaki itu hendak promosi pisau cukur yang baru. Mulanya tukang gunting tu kata dia dah ada banyak stok pisau cukur tapi lelaki itu kasi free satu kotak kecil untuk promosi.
Tukang gunting teruskan gunting rambut saya dan tiba masa nak cukur, dia gunakan pisau cukur yang baru tu. Pisau cukur ini jenis yang lama-lama yang orang dah tak pakai sekarang, tapi tukang gunting kena pakai. Iaitu setiap pisau dipatahkah untuk diletakkan dalam bekas dia. Pisau ni diganti setiap orang.
Masa dia nak test pisau cukur promosi tu, saya macam takut juga. Manalah tau kalau-kalau pisau tak tajam, boleh jadi terluka pulak nanti. Tapi nampaknya dia cukur macam biasa dan tukang gunting tu saya rasa dia ada puji juga, agaknyalah.
Lepas gunting, saya keluar dan pegi ke kedai depan. Keluar dari kedai depan tu, saya tengok lelaki itu bawa keluar sekotak besar dari dalam kereta. Maknanya jadilah tukang gunting tu beli banyak. Hehe... nampaknya kepala saya jadi bahan ujikaji pisau cukur tu.
24 Disember 2012
Lelaki Khalwat Lari Panjat Bumbung
Dalam satu kejadian, penguatkuasa membuat serbuan ke sebuah rumah. Keadaan rumah ini adalah rumah teres dan bersambung-sambung. Penguatkuasa mendapat aduan yang pasangan ini tidak bernikah dan lelaki selalu datang ke rumah perempuan ini.
Apabila sampai di lokasi dalam jam 1.00 pagi, penguatkuasa mengetuk pintu. Keadaan rumah samar-samar dan ada lambu yang menyala di dalam rumah. Pintu tidak terus dibuka. Tiba-tiba terdengar bunyi bising dari dalam rumah. Tak lama kemudian, seorang perempuan membuka pintu. Bila ditanya, dia kata dia seorang diri dalam rumah tu. Bila digeledah rumah tu, memang tiada orang lain.
Bagaimanapun, penguatkuasa mensyaki lelaki lari berdasarkan tangga yang digunakan untuk memanjat syiling. Apabila penguatkuasa turut sama naik ke syiling, rupanya boleh lari ke banyak arah termasuk rumah-rumah lain. Itulah cerita lelaki yang berjaya lari macam lipas kudung kerana buat kes maksiat.
20 Disember 2012
Isteri Menyesal, Dia Punya Hal, Suami Bakal Dituduh Di Mahkamah
Seorang isteri mengadu dan menceritakan kisahnya. Satu hari tu waktu dia datang bulan, dia bergaduh dengan suami. Masa tengah hebat perang mulut tu, Serta merta suami menyahut cabaran itu dan menceraikan isterinya dengan talak satu.
Bagaimanapun, selepas itu, si isteri yang sudah bergelar janda itu menyesal dan meninta maaf dengan si duda bekas suaminya itu. Beberapa hari selepas bercerai, mereka rujuk kembali dan berbaik semula.
Tetapi selepas itu, dia dapat satu surat dari penguatkuasa dan kes perceraian mereka itu dikira salah dan akan dituduh di mahkamah syariah. Katanya, suaminya melakukan kesalahan kerana menceraikan isteri di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah. Isterinya kata, dia tak tahu pun yang seorang suami menceraikan isteri sebegitu dikira salah dan akan didakwa.
Si isteri sangat menyesal dan takut sekiranya suaminya dihukum denda atau penjara nanti. Hukuman itu juga nanti katanya bakal mengakibatkan kerjaya suaminya turut terjejas. Yang isteri menyesal sampai tak tidur lena adalah, kerana kesilapan dia mendesak suaminya menceraikannyalah perkara ini terjadi.
Langgan:
Catatan (Atom)

































