27 Januari 2012
Pasangan Tak Sempat Kursus Kahwin, Kena Tangkap Dalam Hotel
Lelaki orang JB, tunangnya dari daerah lain, datang JB petang Jumaat untuk nak kursus kahwin keesokannya. Maka lelaki menyewakan hotel untuk tunangnya di JB.
Mulanyanya nak hantar saja tunangnya ke hotel tapi akhirnya lelaki temankan tunangnya tidur sekali. Jam lebih kurang 12.00 malam, penguatkuasa Jabatan Agama Johor buat pemeriksaan hotel dan menangkap pasangan ini. Dia antara beberapa pasangan yang ditangkap dalam operasi di hotel-hotel di JB sempena Tahun Baru Cina.
"Tolonglah ustaz, esok saya nak pergi kursus kahwin di JB". Kata lelaki ini.
Akhirnya pasangan ini bermalam di dalam lokap dan diikat jamin keesokannya oleh sepupunya. Mereka tak jadi pergi kursus kahwin kerana kejadian yang menimpa mereka ini. Dalam masa terdekat, pasangan 20-an ini akan dituduh di bawah kesalahan khalwat di mahkamah syariah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
orang zaman skrang. walopun dah tunang, tp dah menghalalkan sndiri hubungan. kenape tak aje suruh kawan atau family laki tu yang perempuan temankan tunang dia aje kt hotel? boleh tido hotel free lagi tu.
BalasPadamdan jugak skrang ni tgk orang bertunang pun dah mcm majlis nikah/sanding. ape la nak jadi ni...