Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Januari 2012

Mahal Sangat Harga Minuman di Warung Ni

Satu warung ni saya makan dengan famili malam semalam. Kira semua sekali, makanan dua, air tiga.  Bila nak bayar tauke tu beritahu harga dan saya terkejut. Saya bayar tapi lepas tu, saya tanya tauke kedai tu semula harga-harga makanan dan minuman tu.

Okey, kira makanan boleh dikatakan berpatutanlah, tapi air ?..... Dia kata milo ais RM 2.00. Ais limau (air, limau nipis, gula dan ais) harganya RM 2.00. Teh O gelas panjang sikit harga RM 1.50.

Soalnya patutkah harga milo 2.00, kan biasa 1.50. Limau ais patut dalam 1.20 saja bukan 2.00. teh O patut seringgit saja bukan 1.50. Bukan saya nak ungkit apa, tapi kesian pada orang lain dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang. Saya yang suami isteri bekerja ni pun rasa macam tak patut harga tu, apa lagi orang lain yang berpendapatan sederhana dan rendah. Itu bukan kedai besar, sekadar warung saja.

Sebagai peniaga Islam, janganlah terlalu mengejar   keuntungan sehingga memberatkan orang lain. Banyakkanlah sedekah dan jangan lupa bayar zakat sekiranya sudah cukup syarat-syaratnya. Mudah-mudahan rezeki kita diberkati dan lebih subur lagi.

5 ulasan:

  1. pd sy la.. ustaz...

    apa yg bermain dlm kotak akal/fikiran tokeh kedai mcm tadi tu...
    SBPA.. sudah mau mari...
    itu lah yg dia nampak...

    apa kata ustaz laporkan je..
    kpd SPRM...
    nnt tau la.. pihak SRPM tu nak salurkan aduan ustaz kpd pihak mana..
    mcm kisah "Cerita Kat Sebuah Kedai Mamak" dulu tu...

    BalasPadam
  2. Dia tak sempat pi majlis ilmu atau ceramah, sibuk meniaga memanjang kot. Ustaz yg ade autoriti boleh kasi sikit2 ilmu pun tak berani dakwah santai2, sedangkan peluang Allah dah beri.
    So bila agaknya dia nak berubah. Kesian kat dia kan? Kalau ramai cam dia, apa le nak jadi peniaga2 Islam ni . Tu lum lagi pelayan2 yg pakai seksi tak tutup aurat.

    BalasPadam
  3. boleh maklumkan kat mana lokasi warung tersebut agar saya/ kami tak terjerat dek fulus...

    BalasPadam
  4. di warong2 sekitar tempat saya milo ais RM2 tu dah lama dah, limau ais & teh ais RM1.50 tu biasa. peniaga2 memang ambik untung melampau. sebagai jalan penyelesaian, biasanya kami sekeluarga mengelak makan di luar bagi menu2 yang boleh dimasak sendiri (read: boikot peniaga2 cekik darah melayu). kalau sesekali nak tukar selera, pergi saja ke McD, KFC, Pizza & yang sewaktu dengannya.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.