29 Januari 2012
Lagi Kisah Tukar Tayar Kereta (Episod 23)
Isteri saya kasi duit untuk tukar tayar kereta dia dua biji lagi. Berbalik cerita pasal tukar tayar kereta sebulan yang lalu, rupanya terkesan juga sikit-sikit cakap tauke tayar tu. Itu tauke takut-takutkan kalau tak tukar 2 biji tayar lagi, mungkin akan pecah tengah jalan lagi.
Yer le, betul juga, kalau terjadi betul kat tengah jalan kan susah, lagi pun tayar dah lama juga. Sekali fikir, macam serba salah juga. Tapi sorilah taukey, ini kali gua tak pergi lu punya kedai, gua sudah serik, gua mahu cari lain punya kedai.
Semalam saya balik dari Batu Pahat ke Kluang, saya singgah di satu kedai tayar. Dalam hati saya, harap-haraplah kedai tu tak auta macam kedai itu hari. Tanya harga tayar 17 inci, buatan China RM250 dan dapat kurang 230, kalau dua biji 460. Kalau yang Jepun mahal sikit, 350 satu. Kira saya setuju nak ambil buatan China tu.
Tanya Dulu Betul-betul
"Taukey, ini harga 460 siap balancing dan tukar ke depan sekali ker ?" Tanya saya.
Dia kata, yer. Dia kata kalau alignmet tambah RM 20 lagi. Okeylah, kalau itu macam saya setuju.
Buka Tayar
Taukey tu buka 4 tayar sekali, yang depan nak pindah ke belakang dan yang baru nak letak depan. Kemudian taukey tu kata tayar depan makan tak rata dan mesti buat alignment. Saya kata okeylah, baru RM 20.
Sambil dia pasang tu, saya rilek-rilek baca suratkhabar. Nampaknya taukey tu tak banyak cakap, dia buat kerja saja dan saya tengok.
Ada Perempuan Senyum-senyum
Tengah saya duduk tu, ada pulak perempuan pakaian ala-ala amoi. Perempuan tu senyum saja kat saya. Muda lagi perempuan tu, awal 20-an. Hairan juga saya, sapa perempuan tu. Saya tengok dia masuk dalam kereta dan dari dalam kereta dia pandang saya lagi, senyum pulak tu, bertambah hairan juga saya. Mana tak hairan, itu bukan kat Kluang, kalau Kluang mungkin dia kenal saya. Rasanya dia servis kereta kat situ juga.
Lepas pasang tayar, tauke tu buat alignment. Dia kata ada lari sikit dan dia betulkan. Lepas tu bayar, semua sekali RM 480 iaitu 460 tayar dan alignment 20. Kira murah tu. Kalau kat Kluang atau JB, alignment kira lagi mahal lagi pada tu. Kesimpulannya, kedai tu bagus, buat kerja kemas dan harga berpatutan.
Siapa Perempuan Tadi ?
Lepas bayar tu, taukey Cina itu kata.
"You kerja agama punya tempat ker ?". Kata tauke tu, umur dalam 30-an.
"Yer, mana you tahu ?" Tanya saya.
"Tadi perempuan cakap". Kata tauke tu.
"Oh... yer ke? " Terkejut gak saya, dia kenal saya rupanya.
.....BERSAMBUNG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Suspen. Bila agaknya sambuung citer ni.. jgn lambat sangat ye tuan kadi!
BalasPadamtokcik
Macam drama bersiri..
BalasPadamhahaha !!..
BalasPadamsy dah dpt tangkap...
siapa ppuan tadi tu...
dia penah kena tangkap kes khalwat la tu...
xgitu ustaz... ??
sib baik...
bukannya sy kat tpt ustaz tu..
kalu tidak..
habiss.. lingkup sy..
kena godaa !!! hahahah !!!
hehehe...wahh menarik dan mendebarkan kan ni...
BalasPadamAssalamualaikum Tok Kadi.
BalasPadamCara penulisan bagai buku ilmiah, ada bab dan tajuk. Dan cerita yang tersusun mudah difahami.
TQ
Tulisan tuan kadi banyak ilmu yang kita dapat termasuk pasal tayar kereta. Tahniah ustaz, teruskan menulis.
BalasPadam