30 Januari 2012
Bukan Skim Cepat Kaya, Ini Pelaburan, Hujung Nanti Kena Tipu
Ada sebuah akhbar harian terkenal hari ini buat satu iklan. Lebih kurang bunyinya, yang dia kata dia bukan skim cepat kaya tapi adalah pelaburan. Lebih kurang iklan ini, adalah skim tanaman yang akan mengeluarkan hasil lumayan dalam tempoh tertentu.
Pelabur tak perlu susah-susah menanam, lagi pun bukan semua orang ada tanah. Serah duit saja harganya ribuan satu lot. Beberapa bulan nanti, duit pokok dan keuntungan akan diserahkan kepada pelabur. Ermmm... sekali baca macam bagus projek ini. Siapa taknak untung atau taknak senang macam iklan ini cerita.
Akhbar Kena Bertanggungjawab
Saya dah tahu jawapan dari pihak akhbar yang dia kata, dia cuma iklan saja. Soal betul atau tidak, ada lesen atau tidak, itu cerita lain. Oh yer, kalau diminta lesen, syarikat tu mungkin boleh beri tapi entah apa-apa punya lesenlah. Jadi, pada saya, sebaiknya perlu wujudkan satu undang-undang di mana setiap perniagaan yang hendak diiklankan, hendaklah mendapat kebenaran dari Bank Negara atau pihak berkuasa lain..
Akhbar boleh jawab, kalau semuanya berlesen, alamat tak ramailah orang buat iklan di akhbar mereka. Hingga kalau seorang nak jual moto kapcai sendiri pun kena lesen juga. Atau perlu pihak akhbar jadi pegawai penyiasat, kena tengok salinan geran yang asal dan penama moto itu, susahlah gitu.
Lepas Dapat Duit Cabutttt
Saya bukan nak menuduh, tapi seperti penipuan yang sebelum-sebelum inilah, jadi pengajaran pada kita. Lepas dia orang dah dapat duit yang sampai target dia orang, dia orang akan cabut lari. Nanti lot saham entah ke mana, tanaman entah ke mana, penipu licik ini sudah hidup senang lenang. Walaupun dia kata ada perjanjian bertulis, tapi pelabur nak buat apa dengan perjanjian itu ?
Nak pergi mahkamah ? Bukan senang nak tuntut di mahkamah, lagi pun dia ambil duit bukan sampai puluhan atau ratusan ribu. Nanti pelabur akan kata, dari keluar duit peguam mahal-mahal, baik diamkan sajalah, tak memadai dengan kos peguam dengan duit yang nak dituntut. Maka orang kita akan anggap tak ada rezeki, itu saja.
Laburlah Pada Institusi Berlesen
Ada banyak institusi berlesen, tapi orang kita suka ikut pintu belakang untuk jadi kaya. Akhirnya jadi macam Mat Jenin yang jatuh pokok kelapa. Juga macam Lebai Malang yang kempunan makan dua kenduri. Dulu orang kita dah ramai kena tipu saham lintah, saham rumpai laut, saham ketam batu, saham kambing dan lembu, saham ikan patin dan banyak lagi, tapi sikitpun tak beri pengajaran pada kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
yea..
BalasPadambetoi setuju sgt tu..
ni skim tanaman serai ke.. ustaz...?
saham kambing ok lagi tu...
tp... bab lembu tu....
hati2 skit.. ustaz...
tgh hangat2 panas ni..