Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Mac 2013

Duit Baru 20 Ringgit Mengelirukan Atau Saja Buat keliru


Semalam saya ke sebuah stesen minyak setelah saya biarkan minyak kereta saya sampai tanda amaran. Kerana minyak macam di paras rendah, saya nak isi petrol RM 70.00. Iaitu saya kasi satu keping duit RM 50 dan sekeping duit RM 20.

Bila saya isi minyak, hanya boleh isi RM 60 sahaja. Saya rasa, minyak itu tak penuh sebab penuh boleh sampai RM 100. Lagi pun, kenapa dia berhenti tepat pada RM 60. Saya rasa ini mesti juruwang tadi tekan RM 60, bukannya RM 70. Saya syak, ini mungkin disengajakan atau mungkin dia tersalah.

Juruwang tu beritahu, dia ingatkan saya kasi RM 60, rupanya RM 70. Saya tak marahlah pada dia dan saya minta duit baki RM 10. Dia kasi saya RM 10, sengaja saya tak mahu tambah minyak RM 10 lagi.

Mungkinkah Duit RM 20 dan RM 10 hampir Serupa

Mungkin juga duit RM 20 dan RM 10 hampir-hampir serupa. Saya pun pernah terkena, almaklumlah, umur dah tua sikit, mata pun dah tak macam mata orang muda. Pernah sekali tu,  kat satu kedai lepas beli ayam dua ekor, saya tanya semula kepada tuan kedai tu yang dia pulang duit baki saya tak cukup. Tapi dia kata cukup. Saya kira sekali lagi, saya kata tak cukup juga. Akhirnya saya mengaku salah sebab saya ingat duit RM 20 yang dia kasi tu duit RM 10.

Duit 20 dan 10 ini kena berhati-hati sikit. Kekadang kita nampak macam sama. Kalau malam, lagilah kena berhati-hati.

Pernah Juga Stesen Minyak Tipu Saya

Bab juruwang stesen minyak ini, dah ada beberapa kes juga termasuk yang saya kena. Satu stesen minyak tu, saya bayar RM50 tapi bila tuang, cuma RM40 saja. Saya jumpa juruwang tu dia kata tak sengaja. Tapi kalau saya tak perasan, cammana...Saya pun pernah tulis kat blog saya sebelum ini,..klik sini.

4 ulasan:

  1. betul lah ustaz. smlm suami sy letak not mmerah atas meja bila kata nk bli ikan. Dlm hati sy kata hemm. 10 rm dpt ke ikan yg sy nak tu. tapi sy diam je.entah macamna sy tak jadi g bli sbb sibuk. dan not merah tu sy selit je celah2 kertas. (takut terbang)
    esoknya sy g keje dan not itu ada lagi kat celah2 kertas yg sy bw. sy pun ambil dan letak elok2 dlm purse. Baru sy perasan bahawa itu not rm20. Wahh,, sy betul2 rasa tersilap sbb mengata walau dlm hati.....(mf kan aku ya..)

    BalasPadam
  2. Salaam Ustaz, kalu kat pam minyak tu, bila bayar mintak la resit dulu sebelum isi minyak. Mungkinkah juruwang tu sengaja input jumlah yg rendah daripada apa yg kita bayar??? Hmmmm macam2 orang didunia ni, tapi yang jujur susah jumpa.....

    BalasPadam
  3. lg bhaya duit RM1 trtukar ngan RM50..

    BalasPadam
  4. Duit syiling 20sen dan 50sen serta 10sen dan 5sen pun mengelirukan...selalu tersilap bagi waktu bayar tol

    BalasPadam

Dipersilakan komen.