Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Mac 2013

Suami Kawin Dua, Tembelang Dah Pecah, Tak Dapat Cover Lagi Dahhhh


Lain kali, lelaki kalau nak kawin dua secara rahsia kena betul-betullah skrip dia. Jangan skrip mula-mula cantik, tapi hujungnya entah apa-apa. Bila dah pecah tembelang, Ahmad Nisfu pun dah tak boleh halang.

Lelaki ini 40-an,  suami punyai 3 anak bernikah perempuan cun awal 30-an. Lelaki ini bahagia dengan isteri dia 40-an dan tak ada apa-apa masalah. Tapi nak buat macam mana, bila dah kena serang angau, doktor pun belum cipta ubat angau. Maka lelaki ini  bernikah di luar senyap-senyap.

Dalam hati dia, bukan tak mahu beritahu isteri, tapi katanya belum sampai masa. Bila tanya bila nak sampai masa, entahlah bila nak sampai masa. Lepas nikah, isteri pertama dia dengan isteri kedua jaraknya dalam 6 km saja dan taman berlainan, daerah yang sama.

Disebabkan Surat

Entah macam manalah satu hari tu, surat dihantar ke rumah. Isteri pertama dia mula curiga sebab surat itu ada cop mahkamah syariah. Sebelum ini isteri dia tak pernah pun buka surat dia. Terkejut isteri dia sampai terkentut. Rupanya itu surat panggilan suami dia dengan isteri kedua ke mahkamah syariah di Johor Bahru. Tembelang dah pecah, tutup hidung pun tetap ada bau telur tembelang. Nak buat macam mana, terimalah seadanya. Nak cerita pun tak guna, benda dah jadi.

Tujuh Bulan Saja Bergolak

"Sekarang dah okey Tuan Kadi" Kata lelaki ini selepas 7 tahun dia kantoi.

Entahlah...... apa yang dah okey tu. Nak tanya lanjut, nanti orang kata kadi lebih-lebih ini macam kadi pulak ada cita-cita nak kawin dua, hehehe.

7 ulasan:

  1. kisah biasa ni ustaz..
    cuma nak tambah skit..


    "Nak tanya lanjut, nanti orang kata kadi lebih-lebih ini macam kadi pulak ada cita-cita nak kawin dua-tiga, hehehe.."

    BalasPadam
  2. kalau dah jodoh kadi, apa salahnya..hehe

    BalasPadam
  3. Apa masalahnya kadi nk pligami?
    Kita mcari contoh pligami dlm islam yg baik
    Tp kalu org mcm kadi pun kena sakit TB smpai bile pun pligami d lihat negatif

    BalasPadam
  4. perjuangan menegakkan yang hak sepatutnya kaum kadi dan seangkatannyalah yang mengetuainya. kenapa perkara yang halal digembargemburkan dengan pandangan yang lebih kepada negetif. alangkah baiknya kaum hawa yang ada kemampuan melebih 51 % peratus membantu kurangkan bilangan kaum hawa yang masih keseorangan. malah ada yang sanggup bersekedudukan dengan kaum sejenis (lesbian) kerana tidak menemui nikmatnya memiliki seorang suami. kaum hawa sepatutnya menjadi pendorong kepada kaum adam yang mempunyai kelebihan fizzikal, material dan pengetahuan agama supaya terjun dalam perjuangan untuk menyelamatkan kaum hawa yang memerlukan bantuan dari seorang lelaki.

    BalasPadam
  5. bkn saja Kadi & yg seumpamanya takut bini (TB), ustazah2 popular kat TV jdik penceramah pandai bercakap hebat tapi knp kalu betul bahagia & nak amalkan islam, tak rela pinangkan ppuan lain utk jadik madu?????

    BalasPadam
  6. pada pendapat saya bukan masaalah tuan kadi dan kaumnya kena sakit TB,. memang mudah untuk berkahwin tapi disebabkan fikirkan tanggungjawab dan prinsip keadilan dan amanah, itu yang jadi penyebab dilupakan hasrat untuk berpoligami..

    BalasPadam
  7. Ustaz, saya rasa tak berkahwin lebih baik daripada berkahwin sebagai isteri kedua secara rahsia. Makan hati dan terpaksa telan seadanya. Tiada pulak yang bersimpati. Ramai pulak yg akan kata padan muka, itulah sapa suruh rampas laki orang. Org selalunya simpati kpd isteri pertama. Isteri kedua dirasakan memang patut pun terima balasan. Sebab cuba bina kebahgiaan atas air mata orang lain. Hukum karma katanya. Saya yg jahil ini nak bertanya - adakah ini ajaran islam. Sementara ustaz fikirkan jawapan, saya dah bertekad takkan berkahwin pun. Itu sahaja jalan terbaik supaya tidak memadukan atau dimadukan. Supaya tak terlibat dengan hukum karma.. Cuma yg tak puas hatinya, dah elok tekad, berani pulak mrk yg berstatus isteri pertama mengata mrk yg lebih rela membujang nih..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.