17 Mac 2013
Suami Tangkap Isteri Curang Dengan Jantan Lain
Sudah lama juga suami 30-an kesan isteri dia 30-an yang selalu keluar rumah. Bila ditanya, jawabnya sibuk dengan bisnes. Bila orang beritahu suami dan suami tanya isteri, isteri kata lelaki yang dia keluar tu kawan biasa, rakan sebisnes.
Sehinggalah satu malam, suami pasang penyiasat persendirian (P.I) tak berbayar. Bukanlah P.I bagus sangat tapi geng-geng rempit gitu. Maka penyiasat tu kata, isteri dia sedang bercengkerama di bawah sinaran lampu suram di sebuah bilik hotel.
Walaupun dihalang oleh pekerja hotel, suami and the gang pun ketuk pintu bilik hotel dan bila dibuka, memang betullah isteri dia dengan seorang lelaki dalam bilik tu. Dia kata tak ada belasah pun. Amboiiiii, yer ker tak belasah. Tengok muka lelaki tu lebam saja, entah-entah muka dah kena tuam.
Maka si suami pun menghantar kes ini ke penguatkuasa jabatan agama untuk diambil tindakan. Jabatan agama, tak mahu panjang cerita, terimalah saja apa yang ada.
Pesanan Saya, Jangan Tangkap Sendiri
Cuma saya nak pesan, sebaiknya buatlah laporan kepada penguatkuasa dan biarlah penguatkuasa yang bertindak. Mereka lebih mahir dari segi undang-undang dan mempunyai kuasa dalam membuat tangkapan. Kalau orang lain termasuk suami, kuasa menangkap dan kepakaran sangat meragukan.
Okey, kalau si suami kata dah buat aduan tapi pengatkuasa tak datang, bagaimana ? Bagaimana apanya, serahkan saja kepada penguatkuasa untuk bertindak, janganlah paksa-paksa. Ada sesetengah kes, mungkin penguatkuasa tidak bertindak terus tetapi ada beberapa perkara yang difikirkan terlebih dahulu. Lagi pun, jumlah penguatkuasa bukan ramai, bukan seramai anggota polis yang ada sekarang. Cuba-cubalah faham tugas penguatkuasa walaupun anda suami yang dah menyirap darah bila tahu isteri dia dah syok kat lelaki lain.
Okey, kalau penguatkuasa terus tak datang dan lelaki dan perempuan itu dah keluar dari hotel, bagaimana pulak ? Jawapannya, rileklah, rilek. Tadi kata isteri dah lama buat kerja macam ni, masuk hotel dengan lelaki. Jadi, biarkan saja dulu dan selepas ini kemungkinan besar akan dilakukan lagi, mungkin di hotel yang sama atau lain. Jadi, ini kerja penguatkuasa untuk lengkapkan tugas perisikan dia, pengadu jangan lebih-lebih pulak. Tanyalah penguatkuasa yang dah lama kerja termasuk saya, lambat laun kalau mereka tak taubat atau kembali ke pangkal jalan, akan tertangkap juga.
Ada Kes Yang Tidak Didakwa Lansung
Seorang cerita pada saya mengenai satu kejadian di sebuah negeri, bukan di Johor. Lelaki telah menangkap isterinya dengan lelaki lain dalam rumah dia sendiri. Kemudian diserahkan kepada jabatan agama di negeri berkenaan. Si suami membuat laporan polis dan diambil keterangannya untuk melengkapkan siasatan.
Dalam pada itu, suami menfailkan kes rumahtangga di mahkamah syariah iaitu perceraian dan kecurangan isteri. Peguam lelaki perlu membuktikan kecurangan isteri untuk mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya. Bagaimanapun, kes khalwat isterinya dengan lelaki itu lansung tidak dituduh di mahkamah pun. Si suami tak puashati dan membuat tuduhan menyatakan jabatan agama mengamalkan pilih kasih pulak.
Bila soalan ini diajukan kepada saya, saya taklah rujuk khusus kepada kes yang terjadi itu saja. Tapi pengalaman saya jadi pendakwa syarie, kuasa pendakwaan itu adalah terletak kepada pendakwa syarie. Sekirannya pendakwa beranggapan kes itu tidak perlu dituduh di mahkamah, maka tidaklah dituduh. Kalau nak tuduh, maka dituduhlah. Kedua-duanya ada alasan tersendiri nak tuduh atau tidak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.