Tukang masak yang mengaku Islam itu bekerja di sebuah restoran di Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands yang menghidangkan pelbagai makanan antarabangsa, semalam.
“Walau pun mereka memakai kopiah tetapi tetap mengundang rasa curiga pasukan pemeriksa. Telahan tersebut ternyata berasas apabila kedua pekerja tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah dan gagal membaca surah al-Fatihah,” katanya selepas
membuat pemeriksaan di restoran itu, semalam.
Katanya, lebih mengecewakan, restoran berkenaan menggunakan tulisan halal dan kalimah Bismilah pada papan tanda di luar restoran.
“Mereka mempamerkan tulisan halal sedangkan ada pengendali makanan bukan beragama Islam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mengelirukan,” katanya.
Noridzuan berkata, restoran itu diperiksa Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barang Gunaan Cameron Higlands berdasarkan aduan awam yang mencurigai status halal restoran itu.
Menurutnya, restoran yang baru memulakan operasi beberapa bulan lalu itu menarik pelanggan dengan pelbagai jenis hidangan Melayu, barat dan makanan arab.
Bagaimanapun, katanya, Jaip mengambil langkah tegas dengan memberi notis amaran kepada pemilik restoran kerana kesalahan kerana menggunakan pernyataan Halal dan Kalimah Bismilah yang disiasat berdasarkan Akta Perihal Dagangan 2011.
“Pemilik restoran bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika sabit kesalahan dan ternyata tidak peka dengan sensitiviti umat Islam,” katanya.
Tulisan dipetik dari akhbar Sinar Harian.
Satu kedai sehari kena SIta, jika 25 hari bekerja, dah aman malysia..hui bisness malaysia boleh..25 buah sebulan pun jadilahhu..b
BalasPadamkat sebelah ofis saya juga ada kedai serupa. hati saya tertanya2 soalan yang sama disebabkan rupa/wajah mereka 'islam ker?'
BalasPadamKedai ni awal2 pagi dah penuh.
Ohh negara ku
kenapalah jadi macam ni.
mudah sangat penipuan status2 halal dan penggunaan ayat2 merata2 dlm kedai.