Sebenarnya, sebelum ini janda anak tiga ini merahsiakan hasrat hendak bernikah dengan suami orang ini kepada ketiga-tiga anaknya. Dua dari anaknya perempuan dan duduk di asrama manakala yang ketiga lelaki masih sekolah rendah dan duduk dengannya. Cuma sebelum ini pernah juga dia bawa ketiga-tiga anaknya berjumpa bakal suaminya di kedai makan dan makan bersama. Masa itu, dia kata lelaki itu sebagai kawan saja, tidak terlintas di hati anak-anak sampai hendak mendirikan rumahtangga.
Pada si anak yang lebih rapat dengan ibunya selepas ibu dan bapanya bercerai. Bapanya juga sering berjumpa dengannya di asrama dan tidak putus dalam memberi belanja sekolah. Kira-kita 3 minggu lagi nak nikah, kebetulan kesemua tiga orang anaknya cuti penggal persekolahan selama seminggu dan balik ke rumah. Orang lain seperti adik beradik dan mak dia dah tahu cerita, cuma tinggal anaknya sajalah. Yer, pada ibunya, kira inilah masa yang sesuai untuk beritahu anak-anaknya yang maknya dah tak tahan dan gersang nak bernikah, hehe...
Rasanya tak susah sangat nak beritahu anaknya sebab sebelum ini pun anaknya pernah jumpa di kedai makan dulu, di bawah sinaran lampu kedai tomyam tu. Selama sembilan hari anaknya di rumah, sebenarnya berat rasa wanita ini nak buka mulut cerita bab ini. Tapi abang sayang dia iaitu bakal suaminya beri dia kekuatan dan pil peransang supaya dia perlu juga berterus terang pada anak-anak.
Hingga pada hari Ahad, dalam perjalanan menghantar anaknya ke asrama, barulah dia gagahi juga untuk berterus terang. Dalam jam 3.00 petang di kedai makananan segera KFC, itulah masanya untuk luahkan semuanya yang sebelum ini rasa macam sembelit jer nak cerita. Ketiga-tiga anaknya terutama kedua-dua anak perempuan yang sekolah menengah itu mendengar dengan penuh debaran dan kejutan.
"Mak nak cakap sesuatu, harap anak mak dapat terima apa yang berlaku selepas ini dalan keluarga kita....." Kata mak dia dan kedua anak perempuan berhenti makan seketika. Seorang lagi anak lelaki yang sekolah rendah itu buat tak kisah saja.
"Emak....Emak....Mak akan bernikah tak lama lagi......". Kata emak dia dalam keadaan yang payah.
Tahulah anak dia cerita yang dia nak bernikah dengan lelaki suami orang yang dah ada anak 5 orang itu.
"Tidak mak... tidak... kenapa mak nak kawin lagi, kenapa ?". Kata anak pertama dia sambil menangis.
Wanita ini gelisah dan malu kepada pelanggan lain di KFC itu seterusnya meneruskan perbualan di dalam kereta. Emaknya cuba menjelaskan situasi dan perasaannya, tetapi kedua-dua anak perempuan yang akan dihantar sebentar lagi ke asrama tetap tidak dapat menerimanya.
Di asrama, kedua-dua anaknya kemurungan, menangis siang dan malam, pelajarannya terjejas dan kesihatannya terganggu. Kedua-dua anaknya dipanggil oleh guru kaunseling dan diceritakan apa yang terbuku kepada guru kaunselingnya. Hingga lima hari selepas itu, ibunya dipanggil ke sekolah oleh guru kaunseling berkenaan anaknya.
Wanita ini menangis di hadapan guru kaunseling wanita itu.
Dia akui yang kedua-dua anaknya tetap tidak dapat menerima kehadiran 'bapa tiri' dalam hidupnya. Pelajaran anaknya terjejas teruk sehingga kedua-dua anaknya berhasrat hendak lari dari asrama serta tidak mahu jumpa ibu dia sampai bila-bila kalau ibu dia kawin lagi. Sampai satu tahap, anaknya memberitahu guru kaunseling, iaitu kalau emak dia hendak nikah, nikahlah semula dengan bapanya iaitu bekas suami ibunya. Mengalir air mata wanita ini mendengar cerita ini.
Wanita ini tidak marah pada kedua-dua anaknya ini, sebaliknya meminta maaf kepada anak-anaknya atas apa yang berlaku. Seminggu lebih lagi tarikh perkahwinannya dengan suami orang ini, wanita ini terpaksa membatalkan hasrat bernikah. Dia minta maaf banyak-banyak kepada lelaki ini dan berterus terang bahawa pembatalan ini bukan kerana diri dia, tetapi adalah soal anak-anak dia.
Suratan Takdir
Wanita ini anggap, ini adalah ketentuan dan suratan takdir yang kita manusia tidak berjaya mengubahnya. Dari dia ada skandal kecil dengan lelaki ini masa dia ada suami lagi dalam 4-5 tahun dulu. Hinggalah lelaki ini menjadi tempat dia mengadu semasa dia ada krisis rumahtangga dengan suami. Hinggalah dia bercerai dan menyampaikan 'berita gembira' perceraiannya kepada bos besar ini.
Masa itu, bukanlah dia nak rampas suami orang atau nak rampas kebahagian rumahtangga orang. Bukan juga dia nak pangkat dan harta kekayaan orang, tapi hatinya sudah terpaut dan sekali dia terpaut, sukar dia hendak merungkaikannya. Arus sungai itu cukup deras dan dia seolah terpaksa berpahut ke dahan itu untuk selamatkan diri.
Hinggalah dia pernah diserang oleh 'singa betina' iaitu isteri pertama lelaki itu dengan kata-kata sial, perampas, perempuan pelacur dan sebagainya. Dia juga dituduh pengamal ilmu hitam dengan guna minyak dayak yang dia tak pernah tahu pun apa itu minyak dayak. Semua dia sudah rasa dalam kepayahan sebagai seorang janda bergetah. Dalam pada dia hampir membatalkan hasrat bernikah kerana ranjau duri itu, bakal suami dia pula yang datang memujuk. Dengan janji-janji manis yang bakal ditaburkan nanti setelah mahligai itu terjalin. Itulah menifesto atau akujanji suaminya selepas bernikah nanti.
Dia berusaha yakinkan wali iaitu adiknya yang dia nak nikah dengan suami orang. Mulanya adiknya melenting dan tak bertegur sapa tapi berjaya dipujuk juga. Dia gagahi juga masuk ke mahkamah syariah dan permohonan berpoligaminya berjaya. Semua sudah cukup, tunggu tarikh nak nikah saja.
Tapi, ini soal anak-anak.....bukan perkara kecil. Antara cinta kepada suami buat kali kedua yang belum tahu bahagia atau tidak nanti, dia tak mahu menanggung risiko itu. Dia yang melahirkan ketiga-tiga anak dia, bukan bekas suami dia yang meneran dan terkangkang kat hospital, dia juga yang berpantang 60 hari. Dia tak mahu kehilangan anak-anak, dia tak mahu anak-anak yang belajar pandai-pandai tapi gagal dalam pelajaran. Apa yang dia fikir adalah anak, anak, anak... Itu saja, nokhtah di sini.
BalasPadamhmmm..
"menifesto"...
mcm penah dgr..
di mana yea...?
memang pompuan mcm tu... byk fikir ttg anak2, kbykan lebih rela membesarkan anak sendirian dari berduaan...
BalasPadamsalam....apa penting dalam setiap perkara yang kita hendak
BalasPadampilih 1) niat kita kahwin tu untuk apa? 2) jangan fikir untuk kebahagiaan
diri sendiri tetapi orang lain juga kena fikir dan kesannya
3) fikir akan risiko yg perlu dihadapi dan jangan cepat melenting
dan ingat Allah SWT setiap masa, insyallah akan diberi petunjuk dan
hidayah mungkin bukan pada masa sekarang tapi akan datang or
diakhirat nanti
Sekian.....
benda yang baik kenapa tidak diteruskan...
BalasPadamperkahwinan adalah sunah..menjauhkan syaitan..
moral dari kisah diatas antara lain ialah, para wanita yg bergelar isteri, kalu ada masalah rumahtangga jgn senang2 nak bercerita dgn org lain terutamanya lelaki yg bukan muhrim.
BalasPadamkalu tak tahan sangat, dan tak ada wanita lain yg boleh memahami diri ini, cari lah lelaki muhrim kita yg bole diharap, kalu tak de juga boleh pergi dptkan kaunseling kat jabatan agama (jika ada).
tapi yg paling penting, kepada para lelaki yg bergelar suami, marilah sama-sama kita pertingkatkan ilmu komunikasi kita. marilah kita berazam jadi pendengar yang baik kpd isteri kita. Jangan biarkan isteri kita cari alasan utk mencari2 calon suami baru. mulakan sekarang!
Kasih ibu tiada sempadan, Sanggup korbankan kebahagian & kehendak sendiri utk anak2. Harap2 anak2 nya sedia berkorban sedemikian bila keadaan memerlukan.
BalasPadamYe lah esok2 bila dah ibu dah tua. Anak2 pulak buat tak peduli, Bila ibu nak kawin tak bagi, bila dah tua tak mau jaga pulak nanti.
mz3
Kalau anak yg sulung sekolah menengah tentu umur maknya dalam likungan 30an. . . Hmm betul x Tuan Kadi..
BalasPadam-OrangKampungKuDiSini-
Kes ini sama spt kes kwn sy, skrg hmpir 20 thn dia mjanda ank2 semua mlnjut pelajaran k IPT. Krn ank2 dia sanggup single sampai skrg.
BalasPadam