Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Extral dan Toyota Hilux yang dipandu dari arah bertentangan.
Ketua Cawangan Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Asisten Superintendan Azmi Suratman berkata, Nissan Extral yang dinaiki tiga kakitangan JKM Mersing itu dalam perjalanan balik dari Negeri Sembilan menuju ke Mersing telah bertembung dengan Toyota Hilux dari arah bertentangan menuju ke Kluang.
Akibat pertembungan itu menurutnya, Pegawai JKM Mersing, Mohd Fakhrul Bahari, 28 dan pemandu JKM, Mohd Ridhuan Yusof, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala, rakannya, Mohd Azahari Ya, 29, serta pemandu Toyota Hilux, Leew Yoon, 32, cedera parah.
“Kereta dinaiki Leew Yoon dari Mersing telah bergesel dengan kenderaan lain sebelum bertembung dengan Nissan Extral tersebut.
“Bagaimanapun, punca kejadian masih lagi dalam siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang awam yang menyaksikan kejadian ini diminta dapat memberikan maklumat yang tepat agar siasatan lebih terperinci dapat dilakukan,” katanya.
Manakala, jenazah Mohd Fakhrul akan dihantar dan dikebumikan di kampung halamannya di Langkawi manakala Mohd Ridhuan dikebumikan di Mersing, semalam.
maaf yer tuan punya blog...sila betulkan semula tajuk diatas yer... Kakitangan JKM Mersing bukan Kluang... terima kasih
BalasPadamAl fatihah.. Arwah ni merupakan kawan sekerja sebelum menjadi kakitgn JKM. :(
BalasPadam