Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Julai 2014

Pengutip Derma Tanpa Kebenaran Akan Dikejar Habis-habisan


Tadi saya selesai membuat pemeriksaan di beberapa tempat termasuk di hadapan bank, pasaraya dan bazar ramadhan. Target utama pemeriksaan ini adalah untuk mengesan kes pemungut derma tanpa kebenaran. Tahun lepas saja, beberapa tangkapan dan pendakwaan dibuat dalam kes ini. 

Bagaimanapun, ramadhan tahun ini belum ada tangkapan. Minggu lepas, seorang pemungut derma berjaya melarikan diri sebaik dihampiri oleh penguatkuasa di hadapan sebuah bank. Saya menegaskan, sesiapa yang terlibat dengan memungut derma tanpa kebenaran ini akan dikenakan tindakan tegas. Mereka dan sendiket mereka akan diburu dan dicari habis-habisan di daerah Kluang.

Sudah tamat masa untuk berlembut dan bersimpati kepada mereka. Tidak kiralah mereka tunjukkan surat sokongan dan gambar-gambar untuk dapat simpati orang menderma. Oleh kerana mereka tak ikut prosedur, jadi kita tak mahu cakap banyak. Biarlah mahkamah yang mengadili dan membicarakan mereka. Jangan sampai dah didenda dan dipenjara baru nak sedar diri. Denda boleh sehingga RM3,000 dan 2 tahun penjara.

Poster dan sticker juga ditampal di beberapa lokasi tumpuan pemungut derma ini. Harap semua bank memberikan kerjasama. Ada bank yang bersetuju dan secara sukarela menampal poster ini di pintu bank mereka seperti Bank Simpanan Nasional. Tahniah atas kerjasama.

Ada bank yang beri alasan kena tunggu kelulusan dari ibupejabat mereka untuk tampal sticker ni. Poster dan sticker yang kita beri sebelum ini lansung tidak ditampal.  Harap semua faham dengan kerja kita, sudah ramai orang Islam tertipu dengan sendiket pemungut derma seperti ini. Tumpuan utama pemungut derma adalah di luar bank sebaik saja orang ramai ambil duit di mesin ATM. Sebab itu kita banyak tumpu di lokasi bank.

4 ulasan:

  1. Assalammualaikum tuan
    bagaimana pula kalau yang mengutip derma didepan pintu masjid & pagar masjid pada setiap lepas solat Jumaat

    BalasPadam
  2. Kalau itu macam, AJK masjid kena halanglah. I

    BalasPadam
  3. tuan,law nak tangkap pon susah tuan,sbb operasi mereka ada wt jualan sekali......law x nak beli bleh wt sumbangan ikhlas katenya..

    BalasPadam
  4. Untuk makluman, jualan amal pun kita tangkap. Contohnya jualan untuk sumbangan kpd anak yatim. Kali ni kita tak akan beri peluang lagi. Nak cerita banyak, cerita dlm mahkamah.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.