Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Julai 2014

Makanan Macam Mana Paling Best Bulan Puasa? Tidur Masa Bila Paling Best Bulan Puasa?


Saya nak tanya soalan iaitu, makanan apa paling best bulan puasa ni? Ni kira macam teka teka juga lah.

Soalan kedua, tidur masa bila paling best bulan puasa ni?

Jawapan:

Jawapan pada soalan pertama, jawabnya, makan paling best adalah...... makan-makan curi siang hari bulan puasa. Sedap sangat rasanya. 

Tapi kalau tak bernasib baik, nikmatnya sekejap saja. Tak lama lepas tu, kena tangkap dengan penguatkuasa. Ada setengah tempat, lepas kena tangkap, kena bawak dalam van jenazah pulak tu. Van ni pulak terang dan lulus puspakom, tak ada tinted punya. Jadi orang yang kena tangkap tu orang boleh nampak kena ayak keliling bandar dan kampung. 

Ada juga setengah tempat, orang yang kena tangkap ini kena pegang makanan dia tu kat tangan sampailah ke pejabat agama. Maknanya kalau kena tangkap tadi tengah pegang gelas, dia kena pegang gelas macam nak hirup air dalam van tu. Kalau dia kena tangkap masa makan nasi, dia kena pegang pinggan tu sambil tangan buat aksi nak menyuap.

Cerita tu di setengah tempatlah, saya pun tak tahu kat mana tempatnya dan saya pun dengar-dengar orang cerita kat kedai mamak.

Jawapan soalan kedua, tidur masa paling nikmat adalah tidur masa kena kejut bangun sahur terutama bila dah tamat bolasepak piala dunia ni. Kalau masa piala dunia, ada rajin sikit nak bangun dan waktu itu dikira bukanlah masa paling nikmat nak tidur.

Yang paling nikmatnya adalah bila kena kejut sahur, malas sangat nak bangun waktu itu. Tengok jam pulak baru jam 5.00 pagi. Waktu itulah rasa nak tidur semula dan dalam hari mengumpat isteri, katanya kenapalah cepatnya kejut sahur. Masa itulah terlena sekejap dan terjaga semula bila kena kejut 5 hingga 15 minit selepas tu. Maka terpaksa bangunlah nak makan sahur. Dalam hati, terpaksalah meninggalkan nikmat tidur yang paling nikmat itu untuk makan sahur.

Minta maaflah... cerita ini saya buat lawak saja, hehehe.

2 ulasan:

  1. Betullah ustaz...itulah rasa tido yg paling best..bagi saya pulak..tido paling best..bila terjaga..tengok jam baru pukul 4 pagi.....yeahhh...bile tido lagi setengah jam...sebelum bangun masak sahur pukul 4.30

    BalasPadam
  2. Makan siang hari di bulan puasa paling tak besttttttt....walaupun pempuan ada waktu tak boleh puasa tapi saya tetap berpuasa macam orang lain sebab menghormati bulan Ramadan. Pelik tengok orang yang tak puasa tapi boleh makan di khalayak ramai....tak der perasaan ke apa.???

    BalasPadam

Dipersilakan komen.