Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Mac 2010

LAGI-LAGI CERAI SMS

Jam 2.00 petang tadi seorang suami hantar sms pada isteri, bunyinya lebih kurang begini.

"Mulai saat ini, aku ceraikan kau". Sms dihantar  suami  pada isterinya. Dia percaya sms itu sampai pada isterinya. Bila ditanya kenapa, katanya isterinya ada lelaki lain. Bila ditanya, hendak rujuk atau tidak, lelaki kata tidak. Tak apalah, masa edah lama lagi. Hari ini kata tak, esok lusa belum tahu.

Jam 2.30 petang, lelaki terus datang pejabat Agama, mengadu pasal perkara ini.   Kejadian ini berlaku sekelip mata, berlaku 2.00 petang, 2.30 terus datang ke pejabat. Kepada pasangan suami isteri, jangan main-main dengan sms. Isteri pun ada peranan, jangan suka cabar mencabar suami sehingga suami boleh terhantar sms yang sebegitu.

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam : EPISOD 2

Ramai juga yang masuk blog saya sebab nak cari kereta lelong kastam. Saya pun hairan kerana pembaca itu tersalah masuk ke blog saya, dia sebenarnya nak masuk laman web Kastam. Rupanya, kalau kita masuk carian Google, kita taip "kereta lelong kastam" salah satunya mempromosi blog saya. Ini kerana saya pernah menulis satu tajuk kereta lelong kastam pada 27 Nomber 2009 lepas. Alhamdulillah, maka ini menambah ramaikan pelanggan blog saya.
Beli Kereta Kastam
Tahun 2005 dulu saya beli masuk kereta lelong kastam dan berjaya menang lelongan tersebut. Harganya lebih sikit pada 9,000. Waktu itu, harga kereta itu di pasaran 38,000, mahal. Kereta tu saya pakai hingga sekarang dan tiada masalah atau kerosakan besar, cuma jaga servis dan pembaikan biasa saja. Honda Accord 2.0 atau SM4 mengikut geran tahun 1989, kalau sekarang dah kira 21 tahun usianya, kalau anak dara dah boleh nikah, hahaha.

Tengok Honda Accord Kat Kedai
Tahun 2005 tu, saya memang minat nak cari Acord tu, mana taknya, waktu tu orang yang gaji besar saja yang mampu pakai. Sebelum tu, saya pergi ke beberapa kedai saya cari yang injection dan auto tahun 1990 harga dalam 40,000 dapat kurang dalam 38,000. Saya mintak kurang nak beli 35,000 tauke tu tak kasi. Bila tengok yang tahun 1990 bukan injection tapi karburator harga dalam 25,000 boleh dapat. Tapi masalahnya nanti minyak akan lebih kuat berbanding injection. Kalau karburator auto, lagi kuat minyak. Maka waktu itu minyak naik mendadak, kena fikirkan masalah minyak.

Iklan Akhbar
Waktu ada iklan, kawan saya Faizal Bahrim beritahu saya ada iklan dalam akhbar dan dia jumpa saya mungkin sebab saya ada kemahiran dalam bidang tu. Saya rasa teruja nak tengok sebab ada 3 biji acord kesukaan saya nak lelong. Ada satu tahun 1989 dan dua biji tahun 1990. Waktu itu, kastam lelong tak letak harga. Jadi ikut suka kita nak masuk harga berapa. Sekarang ni kastam dah letak harga, maka ada susah sikit kepada orang nak masuk. Kekadang pembeli rasa harga itu tidak munasabah, cuma mungkin munaSarawak. Sebenarnya, kepada pembeli kena dapatkan harga murah, sebab kereta lelong kastam ni dah terduduk lama. Kereta accord tu saya rasa dah masuk 3-4 tahun tak jalan. Maka kos pembaikan kena fikirkan juga.

Tengok Kereta
Waktu lelong saya dan Faizal pergi tengok pada hari pertama di Menara Kastam Larkin. Macam biasa, nak masuk kena tulis nama kat pondok tu. Bukan pondok pintu depan tapi pondok kat stor Bahagian Pencegahan kat belakang tu. (Sekarang ni Kastam sedang buat stor untuk barang-barang termasuk kereta di tempat baru di UDA di hadapan FELDA dan JPAM, tak lama siaplah tu). Hari tu, kereta lelong dalam 30 biji, tak berapa ingat dah. Ada 3 Accord, semuanya warna sama. Yang tahun 1989 tu nampak paling teruk. Tayar 4 semua kempis, spotrim takde, cat bumper depan dan belakang teruk, ada kemik kat 'mudgurt' iaitu atas tayar sebelah kanan. Tapi tengok dalam semua elok, macam kereta baru. Bila intai meter, baru 60,000 km, macam tak sampai setahun pakai kalau orang Malaysia pakai. Plat Singapore masih tampal kat kereta tu.

Enjin kereta tu tak boleh buka. Bila tanya kastam yang jaga tu, ikut peraturan memang dia tak kasi buka sebab dulu masa boleh buka, ada barang hilang kena rembat. (Sekarang lelong rasanya dah boleh buka enjin semula, peraturan berubah dari masa ke semasa). Saya pening juga, cuma nak tahu kereta tu injection ke karburator, yang saya tahu enjin auto saja. Kalau enjin injection dan gear auto memang berbaloi. Itu membuatkan saya berfikir semula.
Kereta 2 biji tahun 1990 kedua-duanya memang cantik tapi tak berani nak lawan sebab mesti orang masuk harga tinggi-tinggi. Lebih baik ambil yang teruk sikit, boleh repair sendiri, tak berapa mahal. Maka saya buat keputusan nak ambil yang tahun 1989 tu, tak kisahlah injection ke karburator. Jadi tak bolehlah masuk tinggi-tinggi, 9,000 lebih sikit je, lebih berapa, lebihkanlah dalam RM 150.00. Jangan masuk tepat 9,000 nanti bimbang ada orang sama harga.

Pergi Tinjau Kos Pembaikan
Mula-mula ke Taman Mount Austin, sana banyak kereta potong. Tanya dia, kereta Acoord tu banyak dan senang ke. Tauke tu kata barang Honda paling banyak dan paling murah. Dia kata, kereta Jepun Honda paling murah, kedua Toyota, Ketiga Nissan.Ingatkan main-main, rupanya betul, 2-3 kedai semua cerita yang sama. Saya tanya mudgurt Accord berapa harga, rupanya murah saja RM 60.00 saja. Maka kira confirm ler nak ambil kereta tu.

Masuk Lelong
Pergi bank dulu buat bank draft 10 peratus dari harga kita masuk tu, kalau 9,000 cuma 900 saja. Hari lelong tu saya hantar hari last tutup, saja sebab dalam hati rasa kena masuk di saat akhir hari penutup. Ini memang cara orang masuk lelong, jangan tanya kenapa. lu pikir le sendiri kenapa.....
.
BERSAMBUNG KE EPISOD 3

SIVAKUMAR TEGASKAN DIA MASIH SPEAKER DUN PERAK

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hanya mengeluarkan notis untuk 54 daripada 59 wakil rakyat bagi menghadiri Sidang DUN pada 30 Mac ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dipanggil menghadiri sidang itu kerana pengantungan selama 18 bulan berkuatkuasa pada 3 Mac 2009 masih berjalan.
 
Katanya, enam lagi exco yang digantung selama 12 bulan daripada menghadiri Sidang DUN sudah tamat tempoh pengantungan dan dibenarkan hadir. "Tiga Adun Bebas juga tidak dipanggil menghadiri Sidang DUN kali ini kerana saya sudah menerima surat perletakan jawatan mereka pada Februari 2009.

"Mahkamah juga masih belum memutuskan sama ada mereka masih wakil rakyat yang sah kerana semakan kehakiman yang difailkan oleh saya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum dibicara," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sivakumar juga menegaskan beliau masih Speaker yang sah kerana usul perlucutan Speaker dan usul pelantikan Speaker baru pada 6 Mei 2009 sudah ditolak oleh beliau ketika Sidang DUN 7 Mei belum diadakan.

RujukBerita Harian Online:

17 Mac 2010

Pengantin Lelaki 'Ajaib'.... Wali Kena 'Pukau' JANGAN TERTIPU

Siapalah yang menggelarkan lelaki yang kawin dengan budak umur 11 tahun itu 'ajaib', ajaib apa bende nyer. Siapalah yang kata wali kena 'pukau', apa benda pukaunyerrrr. Tak tahulah siapa yang memulakan perkataan 'ajaib' dan 'pukau' ni.

Adakah gelaran ajaib sebab dia boleh pukau, siapa yang boleh buktikan dia pukau. Betul ke dia pukau bapa budak tu, atau ada sebab lain sehingga bapa tu menikahkan anaknya. Ada kemungkinan ada faktor dorongan, pujukan, wang, kebendaan atau kepentingan lain yang penguatkuasa boleh siasat dalam setiap aspek. Jangan terus kata pukau, tak habis-habis orang kita ni dengan benda-benda mengarut ni.

Pada saya, kalau boleh wali ini jangan dilepaskan begitu saja, kalau Ketua Pendakwa berpuashati, sila siasat dan dakwa di Mahkamah Syariah. Jangan jadikan alasan kena pukau  maka dia boleh lepas. Kalau begitu, senanglah orang yang mengandung luar nikah atau khalwat kata dia kena pukau maka tak didakwa. Nak buktikan pukau ni benda 'mistik' yang tak boleh dibuktikan. Maka jangan mengada-ngada nak buat cerita macam ni.

Nak kahwinkan anak umur bawah 16 tahun kena masuk mahkamah syariah, kes ini masuk mahkamah ke tak. Kalau tak masuk mahkamah, maka bapa dia yang salah sebab tak bawa anak ke mahkamah dulu. Pada saya yang paling salah dalam hal ini adalah wali sebab wali dia yang menikahkan atau jadi wali dalam pernikahan. Kalau wali tak nikahkan tak jadi le cerita ni. Orang yang menikahkanlah yang pertama bersalah dan patut dituduh.

 Selepas dituduh bapanya, barulah boleh dituduh pengantin lelaki pula. Kalau tak dituduh, macam ada suatu yang tak kena. Contohnya kes orang menjual makanan di kedai pada bulan Ramadhan, maka orang yang makan dulu mesti dituduh, barulah penjual boleh didakwa. Kalau tiba-tiba saja penjual dituduh, maka dia dituduh menjual pada siapa ?

Pengantin lelaki belum tentu bersalah sebab dia bukan bawah umur, dia dah lebih umur. Kenapa pulak dia yang salah, bapa budak tu nak jodohkan dia, pucuk dicita ulam mendatanglah. Salah ker ? Cuma mungkin lelaki ini salah dalam kesalahan lain seperti nikah tanpa kebenaran, poligami tanpa kebenaran dan lain-lain.

Saya harap, pendakwa syarie jangan ketepikan peranan bapa sebagai wali yang menjadi perancang utama dalam kes ini. Semoga menjadi pengajaran kepada bapa-bapa yang lain, jangan buat perkara seperti ini.

Suami Jangan Main-main Dengan Talak

Hari ni ada satu kes, lelaki umur 20-an dan isterinya 20-an juga. Pasangan ini hadir untuk mengesahkan perkataan yang telah ditulis melalui sms iaitu.

Perkataan suami itu lebih kurang begini:

"kalau tak jawab telefon, jatuh talak".  Selepas hantar sms, lelaki ini telefon isterinya, isteri tak jawab. Kemudian barulah rasa talak dah jatuh maka mengadu ke pejabat Agama. Saya minta kes ini dirujuk ke Mahkamah Syariah.

DIGIGIT BUAYA : DAPAT PAMPASAN

KUALA LUMPUR 17 Mac – A' Famosa Golf Resort Berhad hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini supaya membayar ganti rugi RM43,000 kepada seorang ahli perniagaan yang diserang dan digigit oleh seekor buaya ketika bermain golf di resort tersebut di Melaka, enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Harmindar Singh Dhaliwal memerintahkan demikian selepas A'Famosa bersetuju membayar ganti rugi dan kos guaman terhadap Hong Kee Siong atau Terry Hong, 48, yang memfailkan saman kecuaian terhadap syarikat itu pada 18 Mei 2004.

KANAK-KANAK HILANG DITEMUI

KUALA LUMPUR – Budak lelaki berumur enam tahun yang dilaporkan hilang Sabtu lepas di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras, dekat sini selamat kembali ke pangkuan keluarganya hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, Muhammad Adam Haikal dipertemukan dengan kedua-dua ibu bapanya oleh jiran mereka yang menjaga kanak-kanak itu selepas menemuinya di sebuah masjid berhampiran pada hari kejadian.

"Pada hari kejadian, mangsa keluar bermain dan ingin pulang ke rumahnya namun sesat. Mangsa kemudian ditemui seorang lelaki dan perempuan yang kemudian cuba membantu, tetapi mangsa lupa jalan ke rumahnya,” kata Chin Wah kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, pasangan itu kemudian meninggalkan Haikal di sebuah masjid sebelum ditemui seorang lelaki yang juga jiran kepada ibu bapanya. Haikal kemudian dihantar ke rumahnya, namun ibu bapa kanak-kanak itu tidak ada di rumah menyebabkan jiran tersebut memutuskan untuk membawa Haikal pulang ke rumahnya yang berada di tingkat lain di pangsapuri berkenaan, katanya.

Ibu kanak-kanak itu, Normayanti Abdul Manan, 30, membuat laporan polis berkenaan kehilangan Haikal semalam

16 Mac 2010

RUMAH LELONG : TUNGGU DULU (Episod 6)

Dalam episod 5, Siti Murni bangkitkan beberapa persoalan:

"Beli rumah lelong banyak risiko nya. perkara yg perlu dipertimbangkan -- penting -- hutang-hutang tertunggak oleh pembeli terdahulu. sesetengah bank akan tanggung hutang sehingga ke tarikh lelongan, sesetengah nya ditanggung pembeli baru. Dan jangan lupa buat carian rasmi atas hartanah yang nak dibeli tu..."

OK. Lelongan rumah ada dua tempat iaitu pertama Mahkamah dan kedua pejabat pelelong. Di Johor Bahru di Mahkamah Tinggi, sebelah pejabat pos. Manakala pelolong berlesen ada banyak, rasa 30 lebih. Lelong di Mahkamah biasa rumah yang sudah ada geran atau hak milik penuh. Manakala di pelelong berlesan bagi rumah bagi yang belum ada hak milik. Biasanya rumah dilelong kerana tidak dapat bayar pinjaman bank. Jadi kalau ada beli rumah dengan pinjaman bank, jangan leka kerana dengan beberapa kali notis, rumah anda boleh dilelong walaupun tanpa izin kita.

Rumah Ada orang

Ada beberapa rumah yang dilelong ada penghuni. Bila disiasat, rumah itu dihuni pemiliknya sendiri. Kalau kita tanya pemilik itu, kebanyakannya kata rumahnya tak akan dilelong sedangkan akan dilelong juga. Ingat, dengan beberapa notis dari peguam bank, pihak bank boleh melelong rumah tersebut.

Hutang Bank

Jangan risau kerana kalau kita beli rumah lelong, kita tidak perlu membayar hutang-hutang bank berkenaan. Sebaliknya pihak bank akan menuntut di mahkamah dari pemilik pertama. Contohnya kita beli lelong rumah itu 40,000 sedangkan hutang pemilik pertama ada 60,000, maka 20,000 lagi bank akan tuntut dari pemilik pertama. Kalau dia enggan bayar, boleh dibawa ke  mahkamah. Jadi pembeli rumah lelong tak perlu bayar lagi hutang tersebut.

Cukai Pintu dan Cukai Tanah

Kebanyakan bank akan membayar cukai pintu dan cukai tanah dari pemilik sepenuhnya. Bagaimanapun, pembeli rumah lelong kena bayar dulu kemudian buat tuntutan semula pada bank. Tetapi ada sesetengah bank yang minta pembeli rumah lelong bayar dan tak boleh tuntut (ini 'cokia' punya bank).  Apa-apa hal sebelum beli kena buat kajian dulu.

Bil Air, Letrik dan Telefon

Pembeli rumah lelong tak perlu takut sebab bil letrik dan air yang lama dibayar oleh orang lama. Kita yang masuk rumah lelong kena daftar baru dan bayar deposit guna nama sendiri. Kos dia tak mahal.

Kos Penyelenggaraan Kondo atau Pangsapuri

Sebelum beli kondo atau pangsapuri mesti ingat, bahawa rumah yang kita duduk itu bukan free, kena bayar bulanan. Sebelum beli, sila buat semakan di pejabat pengurusan kondo berkenaan hutang tertunggak penyelenggaraan. Kalau kondo, tak mustahil sampai berbelas ribu atau dua puluh ribu. Kebanyakan bank minta kita bayar dulu dan boleh dituntut semula. Ada juga bank yang dia bayar terus, kita tak bayar apa-apa, bagus bank ini antaranya Ambank. Jangan terperangkap sebab ada bank 'cokia' yang minta pembeli rumah lelong bayar tapi tak boleh tuntut. Jadi pembeli jangan terperangkap.

Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah

Kalau anda bergaji besar dan tidak ada kelayakan untuk membeli rumah kos berkenaan, mesti hati-hati. Jangan lepas beli, tiba-tiba tak boleh tukar nama. Eloknya bincang dulu dengan peguam dan cari peguam yang pernah ada rekod kerja yang baik untuk tukar nama pemilik. Jangan anggap mudah dengan tak lantik peguam kerana anda mungkin gagal tukar nama.

Bumiputera atau bukan

Kalau anda India Muslim atau Cina Muslim, anda belum tentu boleh beli rumah bumiputera. Waktu lelong, anda mungkin boleh menang sebab pelelong tak menyangka anda bukan bumiputera untuk beli rumah yang dikhaskan kepada bumi. Jadi buat semakan dulu.

Lagi Kanak-Kanak Hilang

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Seorang ibu membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang baru berumur enam tahun di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras di sini, Sabtu lepas. Normayanti Abdul Manan, 30, berkata kali terakhir anaknya, Muhammad Adam Haikal dikesan ialah ketika dia pulang ke rumah neneknya di tingkat tiga di tingkat tiga pangsapuri pada kira-kira pukul 4.30 petang untuk mengambil gasing sebelum turun semula ke taman permainan itu.

Beliau berkata anak sulungnya itu kemudiannya tidak pulang ke rumah neneknya menyebabkan beliau dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Pudu kira-kira pukul 11 malam. Bercakap kepada pemberita, beliau berkata Haikal ditinggalkan di rumah mentuanya setiap hari apabila beliau dan suami keluar bekerja memandangkan rumah mereka terletak berhampiran.

"Haikal sudah biasa dengan kawasan ini dan selalunya dia akan pulang ke rumah neneknya pada pukul 7 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.

RUMAH LELONG: TERUS BERHATI-HATI (Episod 5)

Lelong Kondo Bukit Alif tinggal beberapa hari lagi. Namun saya masih memikirkan, wajarkan saya beli rumah itu. Ini bukan sebarangan beli, bukan semudah beli telefon bimbit. Kalau telefon bimbit yang harga bawah 1,000 kalau rasa tak sedap pakai, letak saja kat rumah atau jadikan telefon kedua. Ini rumah, kalau silap beli, merana seumur hidup tau.

Jangan Gopoh

Ramai yang beli rumah pada usia muda, seawal berkhidmat dengan kerajaan dan swasta pada usia 25 tahun. Pada saya, umur 25-30 itu adalah proses mematangkan diri, tambah lagi dalam perancangan kewangan. Yer,beli rumah ini masuk dalam bab perancangan kewangan, bukan sebarangan beli. Kenapa baru kerja dah nak beli rumah ? Ini selalu orang cakap,

"baru-baru kerja ni elok beli rumah". Pada saya pendapat ini lebih banyak tak betul dari betul. Ini lebih pada ayat jurujual rumah untuk lakukan yang dijualnya. Katanya, beli pada usia muda untung dan boleh ikat pinjaman lebih panjang. Betul, itu memang betul tapi umur seawal 25 tahun masih belum matang nak pilih rumah. Sudah saya nyatakan dalam episod 1-4 yang terdahulu dalam bab pemilihan beli rumah.

Hati-hati beli rumah baru.

Ada kawan saya beli rumah di Larkin, sebelah stadium larkin tahun 1997. Sampai sekarang rumahnya tak siap-siap. Tak  jauh dengan masjid larkin pun begitu, rumahnya tak siap sampai sekarang. Jadi pembeli tetap kena bayar duit bank atau pinjaman kerajaan. Di Kluang rupanya ratusan orang terutama kakitangan kerajaan terpaksa membayar dalam lingkungan 600-800 sebulan sedangkan rumahnya tak siap sejak lebih 10 tahun dulu di Jalan Mengkibul. Kasihan. Maka gaji orang ini sudah kurang, kena sewa atau beli rumah lain pula.

Buat pinjaman paling panjang

Penting kalau beli rumah, sebaiknya buat pinjaman paling panjang. Kalau boleh 35 tahun, 30 atau 25. Mungkin itu sebabnya sesuai beli rumah pada usia muda. Jangan ikat  pendik untuk habiskan cepat pinjaman kita contohnya 10 tahun. Ikat panjang supaya bayaran bulanan kita rendah, kalau ikat pendik nanti mahal. Biarkan dia panjang sebab rumah kita ini kita bayar setiap bulan dengan hasil gaji kita dan sewaan kita, jadi memadailah dengan harga murah. Kalau mahal nanti, tentu membebankan gaji kita atau sewa bulanan tak boleh tampung.

Jangan Beli Rumah Tunai

Elakkan beli rumah secara tunai walaupun kita mampu. Kalau beli tunai, duit kita habis. Contohnya kita ada duit tunai 100,000 jangan beli sebiji rumah saja yang harga 100,000. Sebaiknya beli 10 biji rumah yang harganya 100,000 dengan keluar duit 10,000 setiap rumah, selebihnya buat pinjaman.

Mana lebih Untung, ada duit atau ada rumah ?

Jawapannya ada duit lebih  untung. Maksudnya, lebih baik kita ada duit di tangan daripada kita ada rumah. Duit boleh beli apa saja yang kita nak, tapi rumah tak boleh buat apa. Kita hanya dapat apa hanya selepas kita jual rumah itu. Jadi janganlah kita bangga kononnya kita ada rumah mahal. Sedarkah kita, rumah adalah rumah, kalau harganya mahal sekalipun, dia bukan duit. Rumah itu hanya akan bertukar jadi duit kalau kita jual. Tapi ramai orang, jual rumah pun tidak tapi bangga dengan rumah mahalnya. Sedangkan orang ini tak berapa banyak duit di tangan sebab bayar tinggi pada bank.

Kenapa Beli rumah ?

Jadi kenapa ada orang suka beli rumah sedangkan dia tak ada duit ? Sebab cakap-cakap orang yang merisaukan kita. Sebenarnya, hidup ini biarlah orang nak cakap apa tapi kita sendiri yang merancang kewangan kita. Saya tak ada rumah sejak mula kerja, cuma tahun 2008  saya baru nak beli rumah, sedangkan saya mula kerja kerajaan 1995.  Itupun saya beli rumah lelong, adakah saya silap ?  Ok, kalau saya beli rumah dulu tahun 1995, saya dibebani hutang dalam 600 sebulan. Jumlah 600 itu cukup tinggi sedangkan gaji saya belum cukup tinggi lagi waktu awal bekerja, tak seperti sekarang. Itu belum kira duit untuk kereta dan perbelanjaan lain pula. Jadi, kalau saya beli rumah di awal bekerja, saya cuma bangga sebab ada rumah tapi saya tiap bulan tiada duit di tangan.

Lebih baik tak ada rumah Lansung

Sebenarnya, adalah  baik juga kalau kita lansung tak ada rumah. Sekarang kita duduklah rumah sewa atau kuarters kerajaan. Senang kita cari rumah kat tempat kita kerja. Nanti kalau kena pindah, kan susah nak cari penyewa, belum tentu boleh sewa lebih tinggi dari bayar bulanan kita. Lebih susah lagi kalau kita taknak sewakan rumah kita sebab sayang. Maka kita lebih sanggup biarkan rumah  tu kosong saja, ini sangat rugi.

Lebih baik dia dapat gaji penuh setiap bulan, tak pening kepala pikir masalah hutang rumah. Mesti orang tanya, takkanlah tak ada rumah lansung, nanti dah pencen tak ada rumah, macammana ? Pada saya biar kita tak ada rumah pun. Masa pencen tu kan ada duit banyak, pada yang tak pencen, ada KWSP. Waktu itu belilah rumah idaman kita. Tidakkah harga naik waktu itu ? Pada saya, rumah ini ada had kenaikannya. Harga rumah tak akan naik macam harga makanan. Kalau harga makanan, tak turun tapi sama ada kekal atau naik saja. Tapi rumah tak begitu. Tengok dulu tahun 1996 harga rumah di JB dalam 160,000 sekarang selepas 14 tahun pun begitu juga. Malah ada juga rumah yang turun sebab ada banyak rumah.

Adakah rumah sekarang adalah rumah idaman masa kita pencen nanti ?

Jawapannya sudah tentu tidak. Waktu saya pencen nanti, akan wujud banyak lagi rumah idaman. Contohnya, rumah idaman sekarang adalah rumah teres jenis yang ada sekarang. Pencen nanti macam-macam model rumah baru dan lokasi baru yang muncul. Jadi rilek lah, tak payah beli rumah sekarang.

Hubungi Bank

Saya teruskan untuk beli rumah di Bukit Alif. Sebelum itu saya temui seorang pegawai bank, Susan (bukan nama sebenar) di Johor Bahru, dia umur 50-an. Susan saya kenal di tempat lelongan waktu beli rumah pertama dulu. Dia nampaknya peramah dan suka  membantu. Dia kirakan bayaran yang perlu saya bayar kalau nak beli dengan harga 79,000. Nampaknya bayarannya rendah. Saya pegi ke bank yang kedua. Bila saya ke kaunter bahagian pinjaman, seorang wanita Melayu lewat 20-an melayan saya. Tapi saya nampak dia ada sedikit gugup dan tak berapa berpengalaman layan pelanggan. Bila saya tanya beberapa soalan mengenai kadar bayaran, dia tak berapa boleh jawab, dia kata dia nak tanya pegawai dia dulu. Kejap-kejap dia masuk bilik jumpa pegawai dia, susahlah macam ni. Saya pun balik, susahlah kalau bank macam ni.

Jadi saya cadang nak ambil pinjaman dengan Susan  kalau saya menang lelong nanti. Cuma saya tak beritahu dia rumah mana saya nak ambil. (bahaya kalau beritahu rahsia ni pada orang lain, termasuk orang bank).

BERSAMBUNG KE EPISOD 6

15 Mac 2010

Mayat Bayi Dalam Plastik Sampah

SEORANG anggota polis melihat keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui berhampiran surau di sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini. Mayat bayi baru lahir itu ditemui di dalam bekas plastik sampah yang ditinggalkan di atas rumput kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

FACEBOOK AYAH PIN ?

Ketua kumpulan ajaran sesat ‘kerajaan langit’, Ayah Pin yang menyepi diri sejak sekian lama, kini muncul kembali cuba menyebarkan ajarannya dengan kaedah lebih canggih menggunakan laman sosial Facebook.  Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 68, yang mendakwa dirinya wakil kerajaan langit dikesan mempunyai akaun Facebook sendiri baru-baru ini dan dipercayai akan meneruskan dakyah sesatnya di laman web sosial itu. Ayah Pin, sebelum ini dikatakan uzur dan tahun lalu beliau dipercayai sudah kembali semula ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa.

Beliau sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa dan tidak lagi menganjurkan sebarang kegiatan songsang kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Ayah Pin secara rasmi mengisytiharkan dirinya keluar Islam pada 2 Ogos 1998. Bagaimanapun, kemunculan semula Ayah Pin melalui laman web itu membimbangkan banyak pihak kerana ada kemungkinan pengikutnya kembali semula dan orang ramai yang sering menggunakan laman sosial itu mungkin terpengaruh dengan ajarannya.

LEE CHONG WEI JUARA SELURUH ENGLAND

LONDON: Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki Seluruh England sebentar tadi selepas menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19.

14 Mac 2010

Kerbau Mengamuk

KANGAR 14 Mac – Seorang petani, Osman Mat Ya, 70, parah selepas diserang oleh seekor kerbau jantan yang mengamuk di Kampung Alor Redis dekat sini hari ini. Kejadian dilaporkan berlaku pukul 10 pagi ketika warga tua itu terserempak dengan haiwan itu, yang sedang bersembunyi dalam semak berhampiran rumahnya.

Lelaki itu yang parah pada bahagian rusuk kirinya akibat ditanduk oleh haiwan itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. Pemilik haiwan itu, Yusni Hat 35, berkata, kerbau itu sepatutnya disembelih awal hari ini bersama seekor lembu bagi tujuan kenduri di Kodiang, Kedah.
Bagaimanapun kerbau jantan itu mengamuk ketika menunggu masa untuk disembelih, menyebabkan ikatannya terputus dan berlari sejauh 20 kilometer dari Kodiang di Kedah ke Alor Redis di Perlis.Selepas menanduk mangsa, haiwan itu dikatakan melarikan diri ke tengah sawah dan anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang datang membantu hampir menjadi mangsa serangan kerbau itu.

Bagaimanapun hasrat mengendurikan kerbau itu akhirnya tercapai juga apabila haiwan itu ditembak dengan bahan pelali oleh pasukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum disembelih penduduk tempatan dan dijadikan hidangan.

13 Mac 2010

Salah Buat Teh Tarik

Oleh kerana sekarang banyak kedai salah buat teh tarik, maka saya ulang semula artikel ini yang pernah saya tulis pada 22 September 2009 iaitu cara buat teh tarik yang betul. Sekarang ni, banyak kedai mengurangkan kepekatan teh untuk teh boleh pakai banyak kali dan mengurangkan susu untuk jimat kos yang meningkat harganya.

Sebenarnya, itu merugikan peniaga sendiri. Percayalah, bahawa pelanggan anda akan lari seorang demi seorang dan menjejaskan perniagaannya. Kalau anda seorang peniaga yang dah tutup  kedai, mungkin penyebabnya adalah tak menyediakan teh tarik yang betul.

BAHAN-BAHAN:
1. Serbuk Teh Tarik Boh. Boleh juga guna teh cap masjid atau istana, atau serbuk teh tarik lain yang dijual secara timbang kilo (biasa untuk kedai makan). Jangan guna teh boh biasa, pasti tak menjadi.Jangan tersilap beli teh Boh yang tidak ada tulis teh tarik, itu salah, itu sesuai untuk buat teh O saja.

2. Tapis yang diperbuat dari kain putih untuk merendam teh.
3. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.
4. Susu pekat manis, sebaiknya jenama cap Teko atau F&N sahaja. Guna susu lain pun boleh tetapi kurang enak, kalau di rumah, susu lain pun boleh. Disyorkan pada peniaga kedai makan, gunakan susu cap Teko atau F&N kalau untuk buat teh tarik. Kalau untuk buat milo atau kopi boleh guna susu jenama lain yang lebih murah.
5. Sudu teh (sudu kecil).

CARA BUAT:
Ambil satu sudu teh serbuk teh. Rendam dalam tapis dan diletakkan di dalam cawan (kalau nak minum ramai, gunakan teko). Rendam lebih kurang seminit, pastikan air menjadi hitam. Selepas itu, angkat tapis. Selepas itu, letak susu 3-4 sudu kecil. Pastikan rasanya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Kacau dan tarik dengan menggunakan satu lagi cawan (kalau boleh cawan yang satu lagi lebih besar). 2-3 kali tarik sahaja dan siap untuk diminum... Emmmmpp......... pasti sedap rasanya.

PERHATIAN:

1. Jangan minum teh tarik kalau ke kedai tomyam yang peniaganya orang Siam, pasti teh tak sedap. Kalau pegi, minum teh O saja.
2. Teh tarik sedap di kebanyakan kedai mamak, tapi bukan semua kedai mamak tehnya sedap. Kalau anda tinggal di sekitar Bandar Baru Uda, sila ke kedai mamak di Jalan Persiaran Tanjong Bukit Alif, belakang Shell. Teh tariknya sedap.
3. Ada banyak juga warung Melayu yang teh tariknya sedap, anda kena biasakan mencuba dahulu, baru tahu.
4. Kalau anda tidak biasa pergi ke sesuatu kedai, jangan terlalu cepat minta teh tarik. Seeloknya tengok orang lain yang minum teh tarik. Tengok gelas orang itu, kalau tehnya cair saja atau terlebih susu, jangan minum teh di situ.
5. Teh tarik yang dibuat mengikut kaedah yang betul, tidak akan menyebabkan kita sakit perut kalau minum.
6. Ada orang kata, banyak minum teh tarik boleh menyebabkan kita kena sakit kencing manis. Saya rasa ini tidak betul, saya mesti minum teh tarik setiap pagi. Kadang-kadang dalam sehari sehingga 3 gelas teh tarik kalau dikira dengan sebelah petang dan malam. Minggu lepas saya periksa kandungan gula saya pada paras yang normal (5.5).
7. Satu perkara yang perlu diingat, minum teh tarik setiap hari boleh menggemukkan. Kalau boleh, minum pada sebelah pagi saja satu gelas.
8. Seeloknya buat sendiri teh tarik di rumah. Sekilo serbuk teh tarik Boh harganya RM 12.90, boleh tahan lebih 6 bulan seperti di rumah kalau jarang-jarang minum. SELAMAT MENCUBA
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PENIAGA TEH TARIK SEKALIAN..

Cerita Pasal Kopi Janda, KLIK SINI

ISU KETUA POLIS LETAK JAWATAN : AKHBAR DIBERI TUNJUK SEBAB

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar berbahasa Cina, China Press, berikutan penyiaran laporan berita eksklusif yang menyatakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan telah mengemukakan surat peletakan jawatan.


"Berita ini didapati tidak benar dan tidak disahkan betul,” kata KDN dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, akhbar China Press diminta mengemukakan penjelasan secara bertulis kepada KDN dalam tempoh tujuh hari.Tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). Akhbar itu, dalam laporannya menyebut Musa akan bersara sebelum Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempat beliau akan diganti oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.
Sumber akhbar terbabit menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menerima surat itu.



Hishammuddin dan Musa hari ini menafikan laporan akhbar itu

Bowling di Pacific Mall Batu Pahat

Pagi tadi, semua staf pejabat Agama Kluang bersama keluarga ke Pacific Mall Batu Pahat, main bowling. Perlawanan dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pejabat Agama Kluang.








Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang.

Pengantin 11 Tahun Ditemui di Batu Cave

KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak perempuan, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh berusia 41 tahun dan dilarikan lelaki terbabit ditemui di sebuah masjid berhampiran Batu Caves, Selangor, semalam. Siti Sarnan Mat Ail, 42, ibu kanak-kanak itu berkata, beliau dihubungi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan mengenai penemuan anaknya itu.
 
"Kira-kira jam 6.30 petang semalam saya terima satu panggilan dari seorang lelaki yang memberitahu anak saya berada di sebuah masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera dekat Batu Caves. "Mulanya saya ragu-ragu kerana tidak mungkin anak saya dibawa hingga ke Selangor tetapi apabila dibenarkan bercakap dengan anak saya barulah saya percaya," katanya di sini, hari ini.

Katanya, sebaik mengetahui anaknya ditinggalkan di surau terbabit, beliau segera menghubungi salah seorang saudaranya yang menetap berhampiran Batu Caves supaya pergi menemui Siti Nur Zubaidah.

"Saudara kakak kemudian menemui Siti Nur Zubaidah dalam keadaan lemah tidak bermaya dan membawanya ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan penemuan sebelum membawanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan separuh sedar di Masjid Al-Ikhwan, Taman Samudera Batu Caves oleh bapa saudara kanak-kanak itu pada kira-kira jam 7.15 malam.  Siti Sarnan berkata, sehingga kini anaknya itu masih dirawat di hospital terbabit dan beliau dimaklumkan saudaranya, Siti Nur Zubaidah berada dalam keadaan stabil tetapi enggan bercakap kerana masih dalam keadaan trauma.

"Mungkin dia lemah kerana tidak makan dan trauma apabila dilarikan lelaki itu sehingga ke Selangor. Saya tidak sabar untuk berjumpa anak saya itu selepas 20 hari dia hilang," katanya.

Siti Sarnan berkata, beliau dan suaminya meneruskan perjalanan ke Selangor pagi ini untuk menemui Siti Nur Zubaidah.

ANJING REMPIT

Gambar ini saya ambil pagi tadi, dalam perjalanan Kluang ke Batu Pahat.

RAJA ZARITH SOFEA LAWAT MANGSA AMUK DI TADIKA MUAR

RAJA ZARITH SOFEA bertanya khabar dengan Nur Nadhrah Nabila yang cedera diketuk dengan tukul besi ketika melawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru semalam.

Siasatan kes amuk di Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Sinario di Muar, Rabu lalu hingga menyebabkan tiga murid dan pengetuanya cedera menunjukkan perkembangan positif apabila polis telah mendapat imej penyerangnya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, imej suspek itu diperoleh melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di satu lokasi yang dirahsiakan.

"Jika perlu, kita akan mengedarkan gambar fotofit suspek terlibat kepada media. Usaha mengesan suspek semakin rancak dengan kita telah menambahkan bilangan perisik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam

MAYAT REMAJA DISUMBAT DALAM KERETA

MELAKA 12 Mac – Empat sekawan yang cuba menyembunyikan kematian seorang remaja lelaki dalam but kereta terbongkar apabila ditahan polis di Jalan Tun Razak, Ayer Keroh, di sini awal pagi tadi. Mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun ditahan setelah memberhentikan kereta di tepi jalan, kira-kira 150 meter dari sekatan polis pada pukul 1.15 pagi.

Curiga dengan perbuatan suspek itu, polis yang melakukan sekatan jalan memaklumkan kepada unit peronda untuk membuat pemeriksaan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, pemeriksaan unti peronda kemudian menemui mayat seorang remaja lelaki di dalam but kereta itu.

“Ketika ditemui mangsa, Yap Wai Seng, 18, dari Taman Seri Krubong lengkap berpakaian.
“Pemeriksaan menemui kesan jerutan di leher selain beberapa kesan luka di badan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, polis turut menemui sebatang besi pendek yang mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan. Polis kemudian menahan keempat-empat suspek yang dipercayai datang dari arah pusat bandar menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh untuk siasatan lanjut.

11 Mac 2010

Warga Emas 72 tahun Kaki Judi

Di Mahkamah Rendah Syariah Kluang pagi tadi, 10 lelaki didakwa atas kesalahan judi nombor ekor. Di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, membeli atau berada dalam rumah judi adalah satu kesalah yang boleh dihukum denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Yang menjadi tumpuan, kes lelaki umur 72 tahun, pesara kerajaan, mempunyai 5 anak dan ramai cucu, mengaku salah membeli tiket judi 5 keping, seringgit setiap satu. Pendakwaan dilakukan pendakwa Syarie Hafizul Hakim bin Ibakarim di hadapan hakim Mohd Zahri bin Salikin. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM 2,000 kepada warga emas ini. Sebelum menjatuhkan hukuman, Yang Arif menasihati beliau supaya  insaf dan bertaubat serta tidak mengulangi kesalahan ini pada masa akan datang.

25 Orang Ditahan Kesalahan Judi

Semalam, Rabu,  25 orang lelaki ditahan atas kesalahan judi nombor ekor di Johor Bahru. Penguatkuasa dari daerah Kluang turut membantu dalam penyamaran dan tangkapan ini.

Ziarah Persekutuan Melayu Kluang

Petang tadi, saya dengan beberapa staf pejabat, termasuk imam masjid Kluang, melawat Perseketuan Melayu Kluang. Ini merupakan ziarah biasa untuk kenal lebih dekat dengan persatuan yang mempunyai banyak sejarah ini. Difahamkan, persatuan ini sudah ada sejak sebelum merdeka lagi. Alhamdulillah, pertemuan ini merapatkan hubungan Pejabat Agama Kluang dengan NGO Melayu ini.

Masuk Penjara

Pagi tadi, Khamis saya berceramah sempena Maulidur Rasul kepada warga penjara iaitu kepada banduan. Seperti biasa, telefon tak boleh bawa masuk. Maka lebih kurang 3 jam tu kira terpenjara juga sebab tak ada telefon kat tangan.

Di pintu masuk, sempat tengok gambar penghuni. Ada kes hukuman reman, penjara seumur hidup, seumur hayat dan lain-lain. Ada gambar tu kes rogol, dalam 12 orang yang ada gambar di situ, 10 Melayu manakala 2 bangsa India. Kebanyakannya usia emas, biasanya kes bapa rogol anak. Ada seorang saja kes muda 20-an, saya diberitahu, itu kes abang rogol adik.

Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh

Semalam, Rabu sempat melawat Kg Orang Asli Pengkalan Tereh, Kluang. Beri sedikit tazkirah selepas maghrib dan menyampaikan sumbangan kepada orang asli di sana. Ada 10 keluarga Islam termasuk Tok Batinnya.

Sungai Utama di Kluang Kering Terus

Sungai Sembrong kering terus, tiada ada mengalir lagi. Kalau dari Kluang hendak ke Mersing perlu melalui jalan ini. Gambar ini diambil di dalam kenderaan sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh semalam, Rabu. Menurut masyarakat di sini, sungai ini tidak pernah kering. Dulu masa banjir besar tahun 2006 dan 2007, ada rumah di tepi sungai dihanyutkan air dan jambatan tidak boleh dilalui. Ini mengakibatkan jambatan runtuh dan belum siap sepenuhnya sehingga sekarang.

Sungai ini merupakan sumber air mentah ke rumah-rumah, menyebabkan catuan air dikenakan di Kluang sejak beberapa minggu ini. Dua hari ada air, sehari tiada. Kedai yang menjual tong dan bekas air besar juga mengambil kesempatan menaikkan harga.

Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menurunkan rahmat hujan ini. Sudah dua hari ada sedikit hujan turun dengan lebat tapi tak lama. Tadi sewaktu saya ke penjara Kg Gajah Kluang, sungai ini masih surut.

LINTAH BUNUH MANUSIA

JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatak an ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang. Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.
Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman. Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.
..............

Sebelum ini, pada 15 September 2009, saya tulis satu artikel TajuK LINTAH MEMBUNUH sila baca http://kadikluang.blogspot.com/2009/09/lintah-boleh-membunuh.html

Ini kisah orang mati selepas 'bekam lintah'. Ingat, bekam bukan boleh sebarang bekam, boleh membawa maut.

10 Mac 2010

Nyaris Dikerjakan Gagak Hitam

PETALING JAYA 10 Mac – Tiga lelaki Afrika ditahan untuk siasatan berhubung kejadian cuba merogol seorang pelajar kolej swasta di sebuah apartmen di sini tengah malam tadi. Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berumur 24 tahun itu pergi ke rumah berkenaan dipercayai selepas dihubungi oleh seorang rakannya.

"Selepas memasuki rumah itu, mangsa dipercayai cuba dirogol oleh tiga suspek namun dia sempat menghubungi rakannya yang memberitahu polis,” katanya. Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20-an itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta.

ORANG GILA MENGAMUK

MUAR: Tiga murid tadika cedera di kepala akibat diserang seorang lelaki kurang siuman dengan penukul besi selepas menceroboh ke dalam bilik darjah tadika berkenaan, di Jalan Abdul Rahman, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian jam 10 pagi itu, semua mangsa bersama 20 murid lain sedang mengikuti pembelajaran di tadika berkenaan sehingga mencetuskan panik. Ketiga-tiga mangsa dipercayai diketuk suspek sebelum mereka dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk rawatan lanjut.

AWAS: PESAKIT MENTAL TERLEPAS


PENULIS ASAL : Hazrey, Johor Bahru. 9 Mac 2010

Aku sungguh terharu kerana ada seorang blogger biarpun mengalami mental disorder tetapi sanggup bersusah payah memaparkan gambar aku di blognya yang tak ada manusia pergi. Mungkin blognya itu dikhususkan untuk jin semata mata. Mengalami delusion adalah satu penyakit yang agak kronik kerana mulalah mendengar bisikan bisikan dalam kepala. Haha.

"Tulissss.. ohh manusia.... uhhhhh.... tulissssss....(sila guna effect suara jin dalam movie Ahmad Albab)," mungkin itu bisikannya. Hahaha.

Selain mental disorder, dia jugak memiliki sifat ujub yang amat tinggi. Aku sungguh kesian dengan manusia seperti ini, dan kalaulah aku diberi peluang, aku nak sangat memberikan bantuan untuk ubatannya. Lebih kepada simpati dari benci sebab bila ada orang sakit, kita perlu berikan bantuan. Dan semua orang kena tahu, sakit macam dia tak boleh bagi plaster jek atau panadol. Memerlukan perhatian berpanjangan.

Dia aku mula nampak di blog Mazidul Akmal Sidik, dengan komen yang sungguh tak cukup umur menghentam the blog author dengan kata kata takbur melalui entry Perhimpunan Lancar. Sila lihat ruang komen entry itu. Hahaha. Terencat sungguh budak ini. Apabila aku gelakkan dia, dia letakkan gambar aku kat blog yang entah apa apa dia tu. Hahaha. Itu cara dia membalas dendam. Tak besh kan. Taknak kawan dengan dia tau. Mak kita marah tau. Assalamualaikum, tak jawab dosaaaaaaaaa. Hahah

Dari cara penulisannya, aku anggap dia seorang yang kekurangan perhatian sebab dulu kecik kecik tak puas menetek susu ibu. Kesian. Ramai spesis seperti ini di lembaran blog. Mungkin satu hari, mau sahaja aku menulis novel mengenai karektor ini. Itu satu penghormatan. Hahah. Ok takper, aku serahkan pada Zara untuk menulis. Hahaha.
Aku ingatkan dia berhenti di situ sahaja. Rupanya, seorang kadi yang dulunya Ketua Penguatkuasa dan Pendakwaan Jabatan Agama Islam Johor turut dijadikan habuan mental disorder nya. Hahah, kesian Ustaz Khalil. Hahah. Memanglah angin satu badan tok kadi tu, ada ke budak mental disorder ni pi advertise pakej nikah kat Siam kat blog orang tua tu. Hahaha.. Hahahah.. Mental tak? Hahahah.Hahahahah.. Gulung tikarlah Jabatan Agama camni. Hahahaha...
Nasib baik Ustaz Khalil cool. Hahah..

PENULIS ASAL : Hazrey, Johor Bahru.  http://bapak-gulagula.blogspot.com/ 

09 Mac 2010

AKHBAR DAN WARTAWAN KENA SAMAN 5 juta

SHAH ALAM: Seorang lelaki hari ini memfailkan saman fitnah ke atas akhbar Sinar Harian, menuntut RM5 juta ganti rugi kerana menyiarkan satu artikel yang menggambarkannya hidup dalam keadaan daif. Mohd Yazid, 40, selaku plaintif menamakan penerbit akhbar Sinar Harian, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (Karangkraf) dan tujuh yang lain daripada akhbar tersebut sebagai defendan.

Defendan lain ialah syarikat pencetak, Akhbar Cabaran Sdn. Bhd.; Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarang Kumpulan, Abd. Jalil Ali; Editor Kumpulan, Sri Diah; Editor Berita, Azmi Tarmizi; Editor Biro Selangor dan Kuala Lumpur, Lailatun Khalilah Nasir; dan wartawan, Nurul Huda Saiyuti. Writ saman difailkan melalui peguam, Muhd Azmi Talib dari firma guaman Tetuan Azmi Talib & Associates di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Mohd Yazid dalam pernyataan tuntutannya mendakwa artikel 20 Nov 2009 di akhbar itu bertajuk "UMNO Prihatin Nasib Rakyat Daif" menceritakan tentang aktiviti gotong-royong Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang di rumah plaintif yang dikatakan hidup dalam keadaan daif. Dalam artikel sama, turut dimasukkan satu kenyataan plaintif bahawa dia bersyukur dengan sumbangan berbentuk pembinaan atap rumah, sedangkan beliau mendakwa tidak pernah ditemuramah wartawan berkenaan.

Mohd Yazid mendakwa artikel sama juga secara lalai, sengaja atau berniat jahat memberikan kefahaman salah kepada orang ramai iaitu gambaran bahawa beliau selaku ketua pemuda Umno cawangan sanggup mengaku seorang yang daif hanya untuk mendapatkan bantuan dari Umno demi kepentingan peribadi. Disebabkan itu, plaintif mendakwa beliau dan keluarga kini mengalami tekanan emosi selain kerugian wang ringgit dan kehilangan reputasi. Selain ganti rugi am RM5 juta, Mohd Yazid juga menuntut bayaran kos peguam sebanyak RM20,000 serta kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai.

Penceramah Terlondeh

Ini cerita kisah benar. Beberapa tahun lepas, seorang penceramah yang hebat dalam mengupas sesuatu tajuk, berceramah  dalam suatu majlis rasmi. Majlis tu dihadiri oleh orang besar-besar juga dan ramai orang yang hadir.

Ceramah tu berjaya memukau pendengar hingga tiada seorang pun yang berganjak. Bagaimanapun, selepas berucap kira-kira 20 minit saja, penceramah berhenti. Orang yang hadir seakan tidak berpuashati kerana penceramah itu diundang dari luar, masa pun banyak lagi, sepatutnya sejam lebih. Tapi kenapa dia berhenti ?

Saya amat tertanya-tanya, kenapa penceramah tu berbuat demikian. Mungkin ada sebab tertentu kenapa dia berhenti cepat.... . Saya tanya kepada orang yang ditugaskan mengiringi penceramah itu. Tapi dia tak jawab, cuma dia senyum menahan ketawa. Saya terus tertanya-tanya.

Rupa-rupanya, seluar penceramah itu melurut dan hendak tercabut sewaktu berdiri memberi ceramah tadi. Sebab itu dia hentikan ceramah. Rupanya dia lupa nak kancing seluarnya bila ke tandas sebelum memulakan ceramah tadi. Dia pakai baju Melayu.  Saya nak tergelak juga, tapi macam tak elok pulak kalau saya gelakkan.

Lepas tu ada orang tanya saya, bukan seorang yang tanya, malah ramai juga. Saya tak kata apa-apa,

"tak tahulah yer, kena tanya orang iring dialah". Bukan taknak jawab, cuma taknak cerita aib orang.

NAK KAYA TAPI KAYAP

KUALA LIPIS: Seorang gadis hanya mampu menahan linangan air mata selepas mendakwa kerugian RM8,300 akibat ditipu sindiket cabutan bertuah yang menawarkan hadiah RM19,000, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang, mangsa berusia 19 tahun yang tinggal di Kampung Kemahang, dekat sini, menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada sindiket terbabit yang memberitahu mangsa memenangi cabutan bertuah daripada sebuah stesen minyak.

Curiga dengan SMS itu, mangsa kemudian menghubungi nombor telefon berkenaan sebelum sindiket terbabit menjelaskan kepada mangsa mengenai hadiah dimenanginya. Selepas berjaya meyakinkan mangsa, sindiket terbabit kemudian meminta mangsa pergi ke bank untuk membuat pemindahan wang selain diarahkan memberi nombor akaunnya.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata mangsa yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya, dekat sini, seperti `dipukau' mengikut semua arahan sindiket terbabit.

Menurutnya, mangsa kemudian pulang ke rumahnya selepas sindiket terbabit `berjanji' menyerahkan wang tunai RM19,000 yang dimenanginya dalam masa 12 jam.

08 Mac 2010

Cara Paling Senang Nak Kaya

JERLUN - Seorang pengusaha di sini berjaya memperdayakan ribuan pengguna sejak tiga tahun lalu dengan menghasilkan produk minuman penyejuk badan yang sebenarnya diperbuat daripada air paip. Teknik penghasilan produk itu amat mudah iaitu menggunakan air paip yang ditapis sebelum dicampur dengan sejenis bahan yang belum dikenal pasti dan dijual dengan harga RM1 sebotol.

Kegiatan pengusaha itu bagaimanapun dihidu pihak berkuasa sebelum premisnya di Jalan Alor Setar-Kangar di sini diserbu oleh lapan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu semalam. Hasil siasatan mereka mendapati produk itu juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

BLOG SAYA JADI TEMPAT PROMOSI NIKAH THAILAND

Kalau nak nikah, tu nikahlah di negara kita, dah tentu ikut undang-undang. Kalau betul pun nak nikah lagi satu pun boleh 'runding baik' dengan saya. Kalau kena pada tempatnya, saya boleh bantu. Dan memang sebelum ni pun saya banyak juga bantu orang nak bina 'masjid kedua' ni, tapi taknaklah cerita kat sini. Nikahlah sini, ini pergi nikah Thailand pula. Macammana dia pergi Thai dan Indon ? ada orang yang bawak, bukan free beb, mahal, kalau ke Indon tu udah tentu juta-juta pak. Orang ni kerja dia bawak orang nikah luar tanpa rujuk ke sini.

Kalau dah nak kawin sangat kat sana, nikahlah, sendiri pilih jalan tu. Tapi nanti kalau ada masalah, datang juga kat pejabat agama. Banyaklah kes, nak cerita pun panjang. Ada orang yang nikah Siam lepas tu bercerai jadi masalah kat sini, nikah yang dulu pun belum disahkan. Ada tu suami dah meninggal, baru isteri tahu dia dimadukan. Kalau madu nikah sini takpe, ni madu Siam. Jadi susahlah pembahagian harta pusaka. 10 tahun belum tentu boleh selesai. Ada pulak tu nikah Siam dijanjikan boleh daftar, tapi tak boleh daftar pulak kat sini sebab nikah sendikit. Ada juga nikah kat Malaysia, tapi dapat surat nikah Siam, ada juga. Malah banyak lagi.

Apa pasal pulak blog saya jadi tempat nak iklankan pakej nikah Siam orang ni, carilah tempat lain. Sebelum ini blog Mazidul Akmal pun, orang yang sama ada buat kacau. Jadi, mulai hari ini, nak komen kat blog saya, kena tapis dulu. Bukan tak suka orang beri komen, cuma taknak bersubahat dengan kegiatan yang menyalahi  undang-undang ni. Dulu masa saya jadi Pendakwa Syarie, saya lah orangnya yang dakwa orang nikah Siam, takkanlah saya nak subahat promosi nikah sana pulak.

Kepada teman-teman sekalian, teruskan membuat komen dalam artikel saya, komen anda saya hargai.

MACAM-MACAM CARA MENIPU

KUALA LUMPUR: Terdesak mendapat pinjaman peribadi, seorang lelaki terpaksa berputih mata selepas diperdaya seorang ‘pegawai bank’ yang menguruskan pinjaman kewangan berkenaan. Difahamkan mangsa berusia lewat 30-an itu diminta menyerahkan RM6,500 sebagai pendahuluan iaitu syarat untuk mendapat pinjaman wang tanpa masalah dan akan diluluskan dalam masa tempoh seminggu. Namun, selepas menunggu beberapa minggu, wang pinjaman dijanjikan tidak diterima dan wang diberikan kepada suspek juga lesap.

Mangsa yang mengesyaki ditipu lelaki menyamar sebagai pegawai bank itu kemudian membuat laporan polis. Menurut sumber, kejadian berlaku awal tahun ini apabila mangsa mahu membuat pinjaman RM70,000 dari sebuah bank.

Menurutnya, mangsa mengenali lelaki itu melalui rakannya yang mendakwa boleh membantunya mendapatkan pinjaman wang dalam masa terdekat dan kelulusan yang mudah. “Kerana percaya mangsa kemudian bertemu dengan ‘pegawai bank’ terbabit di sebuah restoran di Desa Tasik di sini.

“Dalam pertemuan itu, suspek meminta mangsa memberikan wang proses RM3,500 yang didakwa akan dipulangkan semula apabila pinjaman diluluskan,” katanya.

Suspek menyerahkan cek RM3,500 kepada mangsa, kononnya membayar semula wang proses yang pernah dibayar mangsa sebelum ini.
Sumber itu berkata, mangsa dihubungi suspek beberapa hari kemudian untuk meminta bayaran RM700 untuk melicinkan lagi proses pinjaman.

“Selepas beberapa hari, mangsa dihubungi seorang pegawai bank memaklumkan permohonan pinjaman RM70,000 diluluskan.

“Namun, mangsa terpaksa membayar RM2,500 kepada sebuah akaun bank. Dalam masa sama, ‘pegawai bank’ itu berjanji yang lelaki terbabit akan mendapat wang dipinjam dalam masa seminggu,” katanya.


Kerana percaya, mangsa membayar jumlah wang seperti diminta lelaki terbabit dan memindahkan wang ke nombor akaun diberikan suspek. Sumber berkata, mangsa bagaimanapun mula curiga apabila selepas beberapa minggu, pinjaman wang dijanjikan masih tidak diterima.


“Mangsa cuba menghubungi suspek, bagaimanapun lelaki terbabit gagal dihubungi.

“Dia (mangsa) yang khuatir ditipu dua lelaki terbabit segera membuat pemeriksaan di bank pinjaman dilakukan dan kecewa dimaklumkan namanya tiada dalam senarai peminjam.

“Mangsa juga bertambah yakin dia diperdaya suspek selepas gagal menunaikan cek RM3,500 yang diberikan sebelum itu,” katanya.