Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Jun 2011

Harga Nasi Lemak Telur RM 2.50 Sepinggan, Okey Ker Tak ?

Pagi tadi makan di sebuah kedai di Kluang. Makan nasi lemak telur goreng (harga 2.50) dan teh tarik (harga 1.20).

Pertama, harga dia tu, okey ker tak ? Ini kali pertama makan nasi lemak telur harga 2.50 kat Kluang. Biasa dalam RM 2.00 tu biasa ler.

Kedua, bukan sedap sangat nasi lemak dia. Nasi lemak kalau nak sedap, sambal kena sedap. Satu lagi, nasi kena janganlah lembik. Seeloknya kukus sekejap, tapi kalau taknak kukus, janganlah lembik gitu.

Teh Tarik

Terus terang cakaplah, teh tarik dia tak sedap. Harga 1.20 kira okeylah sebab kebanyakan kedai dah naikkan harga ke 1.20. Saya nak beritahu juga, kedai jual teh ini untung sangat-sangat. Modal dia paling tinggi pun termasuk harga susu, teh, gas masak air dan lain-lain, tak lebih dari 40 sen. Jadi kalau jual 1.20, untung lebih dari 80 sen segelas teh.

Rasa Teh

Rasa teh dia tak lulus lansung. Itu mesti tak belajar buat teh, terus nak buka kedai. Nak beritahulah, teh janganlah pakai teh wangi, itu nak buat teh O boleh ler. Jangan malas menuntut ilmu terutama pada peniaga. Kesian juga saya, bimbang pelanggan lari terus dan peniaga terpaksa tutup kedai. Dahlah mahal, tak sedap pulak.

Maaflah kalau bahasa saya ada cakap kasar sikit. Belajarlah dengan saya cara buat teh, percuma saja.... klik sini

9 ulasan:

  1. nasi lemak,nasi ayam,nasi minyak,nasi jagung,nasi beriani.....dan yang sewaktu dengannya.........paling pantang jangan lembik.....kena berderai-derai baru kira lulus......

    sakit jiwa kalau makan nasi lemak lembik ni.....

    BalasPadam
  2. dgn kenaikan harga brg dan kegawatan ekonomi diri sendiri buat masa ni, sy membuat pilihan membawa bekal

    dah rasa x mampu nak mkn kat kedai :-)

    BalasPadam
  3. Begitu le ustaz ye.. kita tolong org dlm bagai2 cara. Memang le berkata benar tu pahit utk diterima. Reaksi spontan --> kata pakar2 motivasi.

    Lepas ustaz tegur..mesti dia cuba punya resipi ustaz nanti. Caya le..

    Nak lebih mudah, ustaz print siap2, & beri kat kedai2 yg teh tariknya x sedap.

    BalasPadam
  4. Salam...

    amat setuju dgn gym_midas ...

    ....."kena berderai-derai baru kira lulus"......

    itu nasik nak makan sendiri..
    sanak sdra nak makan.. ;)


    ....."sakit jiwa kalau makan nasi lemak lembik ni".....

    nasik mcmni.. nak buat jualan..
    dgn anggapan "apa haku peduli, lembik ke.. keras ke.....
    bukanya haku / sanak sdra haku nak makan. !!


    renung2kan la..
    wahai para peniaga berbangsa melayu...

    BalasPadam
  5. Asalammualaikum Ustaz,

    Harga tu kira o.k pada saya memandangkan kadar kenaikan harga susu tin dan gula. Di sini (Klang) harga teh tarik dari RM 1.80 hingga RM2.00 di restoran mamak . Saya pernah minum teh O panas di gerai tom yam dan dikenakan bayaran RM1.80.

    BalasPadam
  6. kena bagi tau ustaz kedai mana? boleh terus pergi test ..kalau tak? hehee

    BalasPadam
  7. kat sini biasanya nasi lemak + telo goreng dalam RM2..teh tarik Rm1.50...kdg2 dapat teh tarik yg dah bape kali ditapisnya tuh..dh ujung2 rasa teh warna pun xmenarik..roti canai kosong sekeping pun dah RM1..kalau sidai leh nampak orang seberang jalan...punyerr nipis..harap ukurlilit besar jerr..kuah dhal mencair..celup roti canai..macam cicah air kosong...dhal/kari pun xbape nk serap..:(

    BalasPadam
  8. Alhamdulllah nek tak selalu makan luar. Klu temankan anak2 & tok, nek share dia org punya order.

    Untung sapa2 yg ajak nek makan luar.

    nek

    BalasPadam
  9. Dok KL RM2.50 ok ler tu. Murah. Kalu tak Nasi Lemak KL RM3.00 belum air lagi. Nasi ikan, sayur RM5.00 utk makan tengahribelum air lagi . Campur udang seketoi ka, sotong seketoi ka mau sampai RM9.00. Tak caya mai kat Jln Tun Ismail, Jln Raja Chulan, KL Kos brg2 naik, sewa kedai depa kocik sampai RM3000 sebulan. Mano taj mahal nasi lomak tolur.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.