Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Jun 2011

'Bomoh Hujan' Cabut Lari, Hujan Lebat, Bapa Pengantin Kecewa


Balik dari majlis pernikahan beramai-ramai di Masjid Pasir Gudang tadi, saya singgah di satu kedai. Biasalah, kat kedai makan tu, kalau hujan, ramai orang berhenti selain makan, sembang lama-lama sikit tunggu hujan berhenti.

Terdengar seorang tu sedang seronok bercerita bersama dua orang kawan dia. Ceritanya, hari ini nampaknya hujan lebat dan jiran dia buat majlis kawin. Dia kata, bapa penganti marah-marah pada bomoh hujan. Katanya duit dah bayar 300 pada bomoh tu tapi hujan makin lebat dan tak berhenti. Jadi marahlah bapa pengantin. Hehehe....

Cerita macam ni pun boleh berlaku yer.... Janganlah kita terlupa, kembalilah ke pangkal jalan, hujan atau tidak adalah kuasa Allah Taala, kita tak mampu merubahnya. Anggaplah hujan itu rahmat yang besar walaupun rasa susah sikit sebab majlis kawin dia ada masalah sikit.  

Memang saya dari JB ke Kluang tadi hujan lebat sepanjang jalan. Kalau hujan berpanjangan, boleh sampai banjir di kawasan rendah.

3 ulasan:

  1. Time2 coti sekolah nie banyak majlis kawen...selain bomoh ujan..ada plak suh campak kain atas bumbung umah...kuasaNya kalau nk ujan..ujan jugak..hujan tuh kan rahmat....sejuk bumi Allah ini...

    BalasPadam
  2. zaman skrg ada lagi org yg percaya benda2 mcm ni..

    BalasPadam
  3. dari bayar kt bomoh mahal2..baik buat kt dewan ke hotel. senang skit..xde la nk takut kalo hujan/ribut taufan melanda...;)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.