Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Jun 2011

Bakal Isteri Kedua Ambil keputusan, Tak Jadi Nikah Di Saat Akhir

Entah apa yang berlaku, tiba-tiba seorang janda 30-an ambil keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya bernikah sebagai isteri kedua.

Sebelum ini, lelaki 50-an, seorang peniaga yang sudah beristeri telah membuat permohonan berpoligami di mahkamah dan berjaya. Bakal isteri keduanya pun bersetuju untuk jadi isteri kedua. Bagaimanapun, di saat akhir iaitu  pada tarikh perkahwinan, perempuan ini membatalkan hasratnya. Entah apa sebabnya, campurtangan pihak ketiga ? Merajuk ? dan sebagainya, tak tahulah.

Tapi masih ada peluang bagi keduanya, mungkin sekarang proses pujuk memujuk.

2 ulasan:

  1. Saya kenal seorg janda kes yang sama kira2 15 thn lalu, tapi saya x sempat & malu nak tanya kenapa dia tak jadi kawin di saat2 akhir. (masa tu kami tak berapa rapat sangat).

    Apa yg saya nampak dari zahir/luaran , selepas itu hingga sekarang, wanita tu maju dlm kerjaya, meningkat amalan agamanya (tutup aurat, selalu attend majlis ilmu, dah pi hj dll) & kelihatan gembira dgn keadaannya la ni. (apalagi anak tunggal kesayangannya dah sukses & berkeluarga).

    skdar kongsi2 (tapi x ngumpat kan ustaz?)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.