Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Jun 2011

Isteri Kedua Mengadu, Suami Balik Rumah Untuk 'Projek' Saja


Beginilah nasib seorang isteri kedua bila bernikah secara senyap-senyap dengan suami orang. Katanya, suaminya balik ke rumahnya jarang-jarang, kalau balik pun, untuk buat projek saja. Katanya lagi, perkara lain banyak suaminya abaikan termasuk mengurus rumahtangga dan anak. Perbelanjaan harian juga kasi tak berapa cukup, cuma bayar rumah sewa saja yang betul. Mana boleh tahan, isteri kedua pun naik hanginnnnnnnn.

Dah nak buat macam mana, dulu nikah suka sama suka, bukan kena serkup kepala, paksa suruh nikah. Sanggup ke negara jiran pula tu bernikah di sana. Nak salahkan suami tak boleh juga. Dulu sebelum kawin, janji nak rahsiakan pernikahan dan sanggup jumpa suami sekali sekala.

Sekarang nikah pun dah masuk 5 tahun, anak seorang. Sampai bila keadaan macam ni ? Entahlah.

2 ulasan:

  1. itulah nasib menjadi isteri ke2...pada peringkat awal..semuanya wangi...masuk tahun dah mula kuar segala2 masalah yang kalau sebelum nie tk kisah bernikah secara senyap mahupun berjumpa sekali sekala spt diucapkn janjinya dolu...
    yang untungnya sapa?...sang suami jugak.. ;)

    BalasPadam
  2. biasa la tue...pandai buat pandaila tanggung....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.