17 Jun 2011
Anak Luar Nikah Menangis Teresak-esak Semasa Majlis Nikah
Sudah pasti ada yang sangat menyedihkan bagi seorang gadis 20-an apabila dia menangis teresak-esak pada hari pernikahannya. Sebaik saja jurunikah dan pengantin lelaki selasai ijab dan qabul, perempuan mula menangis. Mulanya sedikit, kemudian semakin banyak dan teresak-esak. Orang lain yang melihatnya semacam hiba juga dan pasti kesedihan itu berjangkit kepada orang lain.
Mungkin juga, sebelum ini dia rasa, dia punyai ayah yang disayanginya. Tapi semasa bernikah, ayahnya ada di situ, dalam majlis itu juga. Tetapi tidak seperti bapa orang lain, bapanya tidak boleh mewalikanya. Tapi bagi gadis ini, ayahnya bertindak sebagai penonton saja seperti bukan ayahnya.
Mungkin semasa hantar borang permohonan nikah yang perlu disertakan dengan surat nikah mak-ayah, rahsia perbuatan mak-ayah dia berzina sebelum nikah terbongkar. Sebagai anak, dia tidak mampu menafikan suratan takdir Allah Taala seperti peristiwa sedih yang menimpa dirinya ini.
Bersabarlah semoga Allah memberikan ketenangan pada jiwa kita,. Semoga berbahagia dan Selamat Pengantin Baru saya ucapkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam ustaz .. jadi status anak luar nikah ni banyak juga masalahnya .. si bapa takleh jadi wali, si anak takleh mewarisi pusaka .. lagi apa lagi ya ustaz?
BalasPadamsedih ada, malu pun ada. kesian dia..
BalasPadamsedih,kecewa,malu..pelbagai2 perasan bercampur baur...alhamdulillah pernikahan diteruskan jua..cuma selepas nie hendaknya jgnlah diungkit kisah lama oleh mana2 pihak..yg lepas biarlah berlalu..dia pun tk mahu jadi sebegini...kita doakan terbaik untuknya..selamat pengantin baru..
BalasPadamnikah siam beres. no shame. wanna create free apps? here sample http://www.freeblogapps.com/d/94461c/nikah-siam with barcode some more http://3.bp.blogspot.com/-9fY_LBnXqvU/TfnxhAw_NTI/AAAAAAAAPFU/smNUBUwgicg/s220/chart.png . rapidpg got qr barcode too? easier to scan instead!
BalasPadam