Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Jun 2011

Bagaimana Saya Nak Nikah Lagi Satu ?


Datang Johor Bahru semalam, jumpa kawan-kawan lama. Seorang ni jumpa saya dan ajak saya berbual, nampaknya ada cerita menarik.

"Ustaz, saya nak nikah lagi satu macam mana ? Boleh tolong ker ustaz ?". Kata lelaki ni.

"Boleh. Tapi isteri pertama macam mana ? Kasi ker ?" Tanya saya.

"Itu masalahnya ustaz, dia tak izin. Ada jalan ke ustaz saya nak kawin ?". Tanya dia lagi.

"Tak pastilah boleh ker tak, tapi masih ada jalan. Yang penting mahkamah syariah benarkan, kena bawa ke mahkamah dulu" Kata saya.

"Dah tu, kalau bawa ke mahkamah, mahkamah izinkan ker ustaz ?" Tanya dia.

"Itu kita serahkan pada mahkamahlah, nak izinkan atau tidak". Kata saya. Lelaki ni nampaknya lega juga dengan penjelasan saya. Sebab apa, sebab nampaknya masih ada jalan walaupun isteri tak izin.

Lelaki ni umur 40-an, isteri dia pun 40-an juga, isteri kerja kerani. Anak 5 orang semua tengah sekolah. Dia nak nikah dengan janda 30-an, bercerai setahun lalu, kerja kerani swasta. Katanya punca bercerai dengan suami lama sebab nikah 8 tahun tak ada anak.

5 ulasan:

  1. Tentulah seronok nikah lagi satu , cuma perlulah berlaku adil kepada kedua-dua isteri.

    BalasPadam
  2. tentu dia bahagia kalau dapat nikah lagi satu, tapi cukupkah dia membahagiakan isterinya tu selamanya disisi?

    BalasPadam
  3. Hampir 99.9% (sori klu silap)lelaki nak berpoligami, cuma ada faktor2 tersendiri yg menyebabkan tak melakukan. Yg tok tau, permohonan utk poligami akan diluluskan biasanya klu suami mampu dari segi kewangan.

    Tok heran, kenapa org besar2 (berpangkat & of course berduit), sering keluar s/kabar kena serbu khalwat sedangkan mereka bole mohon & 99% akan lulus sbb mampu. Buat mcm Saleh Yakub, relax aje. Ok ape.

    Atau pun dah mohon tapi tak lulus atau lambat sangat kelulusan? Tok tak nampak sebab2 utk lengahkan permohonan depa2 yg mampu ni.. Atau depa2 ni dah tak sabar2 tunggu 2,3 bulan (klu sbb tu, tak dapek nak tolong).

    tok

    BalasPadam
  4. kalau bab nak menikah/pasang satu lagi...segala cabaran sanggup direnangi dan onak duri belukar sanggup ditempuhi katanya...tapi jika telah dinikahkan..adakah perjalanan yg dipilih kali kedua itu menjanjikan kebahagiaan atau lebih tepat KETENANGAN yang dicari2...bukan ape..jika dua2 gunung berapi meletus...bimbang bukan takat laharnya yang panas..tp tsunami pun leh datang dgn tetibe tanpa diduga...renung2kan selamat beramal...

    BalasPadam
  5. pergi lah ke selatan thailand. kat sana tak ada halangan lahhhh. tapi kenalah fikirkan baik buruknya dulu dan cubalah mengutamakan orang lain. jangan nak pentingkan diri sendiri jeeee.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.