Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Jun 2011

Isteri Pukul Suami Dengan Penyapu...Apa Kena Pulak Ni ?


"Tuan kadi, program itu hari bagus, sambutan baik dari kaum ibu. Harap dapat buat lagi program macam tu.". Kata Puan tu, salah seorang peserta kursus tu.

"Terima kasih. Puan dan jawatankuasa puan boleh kumpulkan lagi, kalau sambutan baik boleh kita buat lagi". Kata saya.

"Yer tuan kadi. Masa panjang tapi rasa macam singkat sangat hari tu. Yang sedapnya, pendengar tak habis-habis tanya soalan, sampai tak cukup masa. Jawapan pula jelas dan banyak manfaat.". Kata puan tu.

"Macam-macam rupanya masalah rumahtangga ustaz. Satu kes tu dia tanya soalan, berdosakah dia pukul suami dia dengan penyapu ?". Kata puan tu lagi. Memang pandai dia bercerita, danmenarik ceritanya itu. Agak kalau tolong habiskan novel Sudah Nasibku Mat Burger  bagus juga ...hehehe.

Alamakkkkk... pukul dengan penyapu pulak. Orang tua-tua kata kalau pukul dengan senduk, nanti tumbuh ekor jadi monyet, masuk hutan. Dengan penyapu tak tahu pulak jadi apa... hehehe.

Kenapa jadi begini yer ?

2 ulasan:

  1. apabila sudah tersasar drpd matlamat yg sebenar, beginilah jadinya

    sbb tu kita disarankan dlm Islam supaya tetapkan nawaitu dlm nak melakukan sbrg perkara supaya dpt mengelakkan kita drpd berbuat kemungkaran

    ingatkan diri, perkahwinan adalah satu peluang drpd Allah utk kita tambah pahala berganda

    BalasPadam
  2. Apa peliknya. Sbb perempuan tu pun manusia juga, ada perasaan & nafsu. Kena cari sebabnya.

    Program2 utk lelaki tak de ke?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.