Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Jun 2011

Mee Bandung Muar Tiruan


Buka kedai makan tu agak-agaklah kalau nak promosikan makanan dia. Biasalah, kekadang ada sesuatu kedai ada  'killer menu' untuk menarik pelanggan. Tapi saya nak beritahu juga, kedai mamak tak ada pun killer menu, orang pun penuh juga.

Satu kedai ni, dalam satu daerah di negeri johor, bukan dalam daerah Muar tapi daerah lain. Tulisan besar kat kedai tu, 'Mee Bandung Muar'. Saya singgahlah kat kedai tu sebab tahu, kalau mee Bandung Muar memang special, mana-mana tempat kat Johor ni tak boleh lawan. Nak diberitahu juga, bukan semua mee bandung Muar tu special, ada tempat-tempatnya.

Tapi bila makan mee bandung kat kedai tu, alamakkkkkkk......Rasa silap oder pun ada. Rasa macam makan mee hailam lah pulak. Kuah dia tak jadi lansung, telur cara dia pecahkah tak menjadi. Rasa pun tak sedap. Cuba bayangkan, kalau tekak saya sudah membayangkan makan mee bandung Muar tapi kena makan mee lain, tekak pun tak berapa boleh terima. Dah oder, kenalah makan sampai habis, nak buat macam mana, habis juga.


8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ustaz,
    minggu lepas dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke JB saya ada ternampak kedai ni.. tapi di mana ya..

    Memang besar signboard tulis Mee Bandung Muar tu.. sangat menarik perhatian tapi tak terlintas pulak saya nak singgah.

    BalasPadam
  2. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm HALAL KAH SPERMA KUDA TOK MINUM?

    BalasPadam
  3. daya penarik namanya tu tuan, dan biasanya tukang masak belajar ikut buku resepi je...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Ustaz. Saya ada singgah di daerah Ustaz. Mee Bandung, selang 2 kedai jual lori... Rasa mmg kurang... n Service mmg out.... sedih jugak laa... :(

    BalasPadam
  5. salam..ustaz sye makan mee bandung muar kat kdai signboard 'MEE BANDUNG MUAR' sedap jew.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu tandanya orang yang tak tahu menilai mee bandung muo. rasanya bukan macam asam pedam ke, me tom yam ke, mee kari, mee udang ke. dia special. lain dari yg lain. ni anak jati muo

      Padam
  6. Assalamualaikum.

    Cuba try mee bandung batu pahat pulak :)
    www.meebandungbp.com

    BalasPadam
  7. hehehe.... macam2 taktik org berniaga

    BalasPadam

Dipersilakan komen.