Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 Jun 2011

Bangla Ditahan Kes Khalwat


KLUANG - Seorang warga Bangladesh ditangkap kakitangan Penguatkuasa Pejabat Kadi Kluang dalam operasi cegah maksiat yang diadakan di sekitar daerah Kluang, malam kelmarin.

Kadi Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Jalan Mengkibol, Kluang kira-kira jam 11 malam setelah penguatkuasa Pejabat Kadi Kluang menerima aduan daripada orang awam.

“Lelaki tersebut berumur 24 tahun ditahan bersama pasangannya yang bukan Islam berusia 25 tahun.

“Semasa operasi dijalankan, pasangan tersebut ditahan sewaktu dalam keadaan berdua-duaan dan penguatkuasa bertindak menahan pasangan berkenaan apabila mendapat maklumat dari orang awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu Mohd Khalil berkata, lelaki berkenaan akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat dan akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan lelaki berkenaan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 16 Jun 2011)

1 ulasan:

  1. dia ingat dia bangla then pasangan bkn islam..dia leh lepas ke...eii silap la ahbang..jgn buat onar kat sini..agak2 rindu kt bini..pegi balik negara sana la.. :P

    BalasPadam

Dipersilakan komen.