18 Jun 2011
Manalah Tahu, Kalau Satu Hari Nanti Saya Dapat Nombor Ekor Sejuta Ringgit
Selepas selesai satu majlis, saya berbual dengan beberapa orang dalam lingkungan 50-an. Orang ini hidup agak susah juga dan berhajat untuk memohon bantuan dari Majlis Agama Islam Johor. Dalam perbualan itu, lelaki ini tidak mengenali saya dan jawatan saya.
Yang dia kenal adalah ketua kampung situ yang nampak peramah juga. Dalam perbualan tu, saya menyampuk juga, sebab dia sihat tubuh badan tapi tak mahu berusaha. Kerja dia cuma menyambil-nyambil saja dan bukan hari-hari. Malah isteri dia lebih rajin dari dia dan bekerja setiap hari menanggung perbelanjaan anak-anak.
Bila saya tanya soalan tu, dia jawab.
"Tak apalah tak ada duit sekarang. Manalah tahu, kalau satu hari nanti saya dapat nombor ekor sejuta ringgit...". Kata dia.
Bila cakap macam tu, ketua kampung tu macam bengang juga. Apa taknya, orang sebut pasal usaha, dia kata usaha nombor ekor pulak. Yang memalukan lagi, depan kadi pun cerita pasal nombor ekor. Rupanya lelaki ni kaki judi juga dan memahat cita-cita yang satu hari nanti dia akan menang nombor ekor. Dia ni rasanya kalau kenal saya ni Kadi, pasti dia tak cerita macam tu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Inilah dasar orang jenis pemalas, tulang 4 kerat lengkap tapi masih lagi menggantungkan harapan untuk jadi kaya pada nombor ekor.
BalasPadamKaya dengan rezeki haram ni tak kekal malah ramai yg haru biru jadinya.
BalasPadamDia punya ayat..nak nunggu 'satu hari' tuh ntah bila nye lah...silap sampai pejam mata...nih jenis tk mahu berusaha untuk kesempurnaan & mempertingkatkan diri dalam kehidupan..semuanya ambil mudah..tggu duit jatuh dari langit gayanya..
BalasPadam