Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 Mac 2010

Banyak Pusat Sembelih Ayam Ditutup

Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) menutup 14 daripada 20 buah pusat pemprosesan dan penyembelihan ayam yang beroperasi secara haram di sini sejak awal tahun ini.

"Tiga buah pusat telah diheret ke mahkamah manakala tiga lagi sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen bagi beroperasi," kata Datuk Bandar Johor Baharu, Jaafar Awang. Beliau berkata dengan beroperasi secara haram, pusat-pusat tersebut telah mengabaikan cara penyembelihan dan pemprosesan yang tidak mengikut syarak selain keadaan premis yang kotor.

Jaafar hadir pada majlis perasmian Pusat Pemprosesan dan Penyembelihan Ayam Pandan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini Khamis. Mengenai pusat di Pandan itu, beliau berkata orang ramai boleh memperolehi bekalan ayam yang halal dan bersih daripadanya.

"Walaupun ia menggunakan peralatan moden dari aspek pemprosesan, namun penyembelihan masih dilakukan secara manual mengikut hukum syarak dan juru sembelihnya mendapat pentauliahan dari Jabatan Agama Islam Johor," katanya. Dibina dengan kos RM17 juta, pusat berkenaan mampu memproses 60,000 ekor ayam selama 12 jam sehari.Ia juga mesra alam apabila hanya air yang dirawat sahaja yang dilepaskan olehnya ke sungai serta bebas daripada sebarang bahan pencemaran.

1 ulasan:

  1. bagus ada pusat sembelihan yang berpusat ini....tiap kalai sya ingin ke pasar pandan untuk membeli bahan dapur saya akan melalui pusat sembelihan ini...namun....bau yang tidak menyenangkan akan menyentak kehidung saya....adakan disebabkan pusat sembelihan tersebut atau pun bau daripada pasar borong yang berdekatan.......

    BalasPadam

Dipersilakan komen.