Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Mac 2010

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam : EPISOD 2

Ramai juga yang masuk blog saya sebab nak cari kereta lelong kastam. Saya pun hairan kerana pembaca itu tersalah masuk ke blog saya, dia sebenarnya nak masuk laman web Kastam. Rupanya, kalau kita masuk carian Google, kita taip "kereta lelong kastam" salah satunya mempromosi blog saya. Ini kerana saya pernah menulis satu tajuk kereta lelong kastam pada 27 Nomber 2009 lepas. Alhamdulillah, maka ini menambah ramaikan pelanggan blog saya.
Beli Kereta Kastam
Tahun 2005 dulu saya beli masuk kereta lelong kastam dan berjaya menang lelongan tersebut. Harganya lebih sikit pada 9,000. Waktu itu, harga kereta itu di pasaran 38,000, mahal. Kereta tu saya pakai hingga sekarang dan tiada masalah atau kerosakan besar, cuma jaga servis dan pembaikan biasa saja. Honda Accord 2.0 atau SM4 mengikut geran tahun 1989, kalau sekarang dah kira 21 tahun usianya, kalau anak dara dah boleh nikah, hahaha.

Tengok Honda Accord Kat Kedai
Tahun 2005 tu, saya memang minat nak cari Acord tu, mana taknya, waktu tu orang yang gaji besar saja yang mampu pakai. Sebelum tu, saya pergi ke beberapa kedai saya cari yang injection dan auto tahun 1990 harga dalam 40,000 dapat kurang dalam 38,000. Saya mintak kurang nak beli 35,000 tauke tu tak kasi. Bila tengok yang tahun 1990 bukan injection tapi karburator harga dalam 25,000 boleh dapat. Tapi masalahnya nanti minyak akan lebih kuat berbanding injection. Kalau karburator auto, lagi kuat minyak. Maka waktu itu minyak naik mendadak, kena fikirkan masalah minyak.

Iklan Akhbar
Waktu ada iklan, kawan saya Faizal Bahrim beritahu saya ada iklan dalam akhbar dan dia jumpa saya mungkin sebab saya ada kemahiran dalam bidang tu. Saya rasa teruja nak tengok sebab ada 3 biji acord kesukaan saya nak lelong. Ada satu tahun 1989 dan dua biji tahun 1990. Waktu itu, kastam lelong tak letak harga. Jadi ikut suka kita nak masuk harga berapa. Sekarang ni kastam dah letak harga, maka ada susah sikit kepada orang nak masuk. Kekadang pembeli rasa harga itu tidak munasabah, cuma mungkin munaSarawak. Sebenarnya, kepada pembeli kena dapatkan harga murah, sebab kereta lelong kastam ni dah terduduk lama. Kereta accord tu saya rasa dah masuk 3-4 tahun tak jalan. Maka kos pembaikan kena fikirkan juga.

Tengok Kereta
Waktu lelong saya dan Faizal pergi tengok pada hari pertama di Menara Kastam Larkin. Macam biasa, nak masuk kena tulis nama kat pondok tu. Bukan pondok pintu depan tapi pondok kat stor Bahagian Pencegahan kat belakang tu. (Sekarang ni Kastam sedang buat stor untuk barang-barang termasuk kereta di tempat baru di UDA di hadapan FELDA dan JPAM, tak lama siaplah tu). Hari tu, kereta lelong dalam 30 biji, tak berapa ingat dah. Ada 3 Accord, semuanya warna sama. Yang tahun 1989 tu nampak paling teruk. Tayar 4 semua kempis, spotrim takde, cat bumper depan dan belakang teruk, ada kemik kat 'mudgurt' iaitu atas tayar sebelah kanan. Tapi tengok dalam semua elok, macam kereta baru. Bila intai meter, baru 60,000 km, macam tak sampai setahun pakai kalau orang Malaysia pakai. Plat Singapore masih tampal kat kereta tu.

Enjin kereta tu tak boleh buka. Bila tanya kastam yang jaga tu, ikut peraturan memang dia tak kasi buka sebab dulu masa boleh buka, ada barang hilang kena rembat. (Sekarang lelong rasanya dah boleh buka enjin semula, peraturan berubah dari masa ke semasa). Saya pening juga, cuma nak tahu kereta tu injection ke karburator, yang saya tahu enjin auto saja. Kalau enjin injection dan gear auto memang berbaloi. Itu membuatkan saya berfikir semula.
Kereta 2 biji tahun 1990 kedua-duanya memang cantik tapi tak berani nak lawan sebab mesti orang masuk harga tinggi-tinggi. Lebih baik ambil yang teruk sikit, boleh repair sendiri, tak berapa mahal. Maka saya buat keputusan nak ambil yang tahun 1989 tu, tak kisahlah injection ke karburator. Jadi tak bolehlah masuk tinggi-tinggi, 9,000 lebih sikit je, lebih berapa, lebihkanlah dalam RM 150.00. Jangan masuk tepat 9,000 nanti bimbang ada orang sama harga.

Pergi Tinjau Kos Pembaikan
Mula-mula ke Taman Mount Austin, sana banyak kereta potong. Tanya dia, kereta Acoord tu banyak dan senang ke. Tauke tu kata barang Honda paling banyak dan paling murah. Dia kata, kereta Jepun Honda paling murah, kedua Toyota, Ketiga Nissan.Ingatkan main-main, rupanya betul, 2-3 kedai semua cerita yang sama. Saya tanya mudgurt Accord berapa harga, rupanya murah saja RM 60.00 saja. Maka kira confirm ler nak ambil kereta tu.

Masuk Lelong
Pergi bank dulu buat bank draft 10 peratus dari harga kita masuk tu, kalau 9,000 cuma 900 saja. Hari lelong tu saya hantar hari last tutup, saja sebab dalam hati rasa kena masuk di saat akhir hari penutup. Ini memang cara orang masuk lelong, jangan tanya kenapa. lu pikir le sendiri kenapa.....
.
BERSAMBUNG KE EPISOD 3

8 ulasan:

  1. as-salam tuan,semua
    hati hati kereta lelongan kalau tk pakai spy orang dalam..


    ada sesiapa yang terkena oleh lelongan GMART??

    BalasPadam
  2. Yer ke gitu zeqzeq... itu mungkin lelong bank, jadi kena hati-hati. Tak boleh salahkan bank tu juga sebab dah banyak tangan sebelum proses lelong. Mungkin ada barang tak cukup sama ada kerja tukang tarik, orang bank, stor tempat simpan atau pelelong. Tak tahulah siapa punya keja.

    Tapi lelong Kastam ni bukan sebarang lelong. Saya dah ikuti dan sertai sejak tahun 1999 sampai sekarang. Cuma kalau ada sikit cacat, biasanya radio dan speaker hilang. Lain-lain tak pernah jumpa lak. Yang lain semua ok jer. Yang buat kerja dari tarik, simpan dan lelong semuanya orang Kastam, bukan orang lain, jadi terjamin ler.

    BalasPadam
  3. saya pon tgh usha kete skang nie... ingt nk angkat evo6. kt kastam ad x kete tu?? sbb kete tu da lm da... saya btul2 minat kt kete tu.. bl dan mcmmana saya nk tau kastam akan wat lelong nie??

    BalasPadam
  4. ada list kastam lelong tak?

    BalasPadam
  5. slm...wa untungla ustaz dpt beli kete lelong dgn harge murah gilee...ok lg x kete tue?
    bape dh berabis nk repair?

    bile kite nak tau kastam ade wat lelongan? kalo gie redah je boleh ke?

    BalasPadam
  6. Repair tak banyak sangat, yang penting kita cari barang sendiri, lepas tu pergi bengkel untuk upah pasang saja.

    Lelong tu ada tarikh tertentu, ada iklan dalam akhbar atau tanya kalau ada member kastam.

    BalasPadam
  7. Ustaz bila nk sambung episod 3????lama dah ni tggu episod seterusnyer

    BalasPadam
  8. hati2 juga dgn LELONGAN lain2 barang yg guna nama KASTAM bcoz KASTAM cuma LELONG KERETA je secara terbuka.
    yg lain2 tu PENIPU je semua.
    klw de yg ckp KASTAM LELONG
    PHONE, KOMPUTER, brg2 elektrik n elektronik tu bohong je.
    benda2 tu ne de cukai.
    Kastam pun x rampas benda2 tu..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.