2005: Dividen: 7.25% Bonus: 1.75%
2006: Dividen: 7.3% Bonus 1.25%
2007: Dividen: 8% Bonus: 1%
2008: Dividen:7% Bonus: 1.75%
2009: Dividen: 7.3% Bonus: 1.25%
Blog ini dibangunkan pada 14 September 2009. Dahulu dikenali sebagai Blog Kadi Kluang. Memaparkan semua perkara yang terlintas di fikiran, termasuk isu semasa, agama, politik, ekonomi, kemasyarakatan, sejarah,dunia,sukan, hiburan, kereta, lelong, masakan dan lain lain. Segala tulisan dan komen di dalam blog ini adalah bersifat peribadi, tidak semestinya pendapat yang mewakili mana-mana jabatan atau organisasi. Boleh dihubungi melalui Mahkota2009@gmail.com Facebook saya 'Kadi Pontian'.
Kursus Pra Perkahwinan, anjuran Badan Kebajikan Pejabat Kadi Pontian pada Sabtu dan Ahad setiap minggu pertama setiap bulan. Tarikh terdekat:
7-8 Julai 2018
Bermula jam 8.00 pagi di Pejabat Agama Pontian. Bayaran RM 120 seorang (termasuk sijil, makan minum, nota dll). Sijil laku seluruh negara dan diberikan pada hujung kursus. Sijil tiada tamat tempoh, tempat terhad. Untuk tempahan melalui Telefon 013-7655687 (Puan Hamizah)
Untuk perhatian, kursus diadakan setiap bulan pada minggu pertama dan ketiga, kecuali ada pindaan yang akan dimaklumkan melalui blog ini.
Badan Kebajikan Pejabat Kadi Pontian mendapat tauliah untuk menganjurkan kursus pra perkahwinan mengikut Garis Panduan Pengawalan Perlaksanaan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) 2003 pindaan 2006 di bawah seliaan Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor.
Peserta kursus hendaklah memakai baju Melayu. Seluar jean dan tshirt tidak dibenarkan memasuki dewan kursus.
Kene bijok dalam bebelanje la kite
BalasPadamUstaz, Apa hukum menyimpan atau melabur dalam ASB ?
BalasPadamSila rujuk Majlis Fatwa Kebangsaan yang lebih arif dan pakar kalau nak dibanding dengan saya.
BalasPadamKUALA TERENGGANU 3 Feb 2008. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).
Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.
‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.
Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.
UTUSAN MALAYSIA