Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 November 2013

Isteri kena Campak Dalam Perigi Buta Sebab Banyak Membebel

Saya dengar satu ceramah pasal kisah rumah tangga. Tergelak besar juga saya dibuatnya bila penceramah tu cerita kisah seorang isteri yang kuat membebel kat suami dia. Siang membebel, malam membebel, ada saja yang tak kena. Hingga satu malam tu, suami dah tak tahan kena bebel, dia pun angkat isteri dia dan campak ke dalam perigi buta kat belakang rumahnya.

Rasa Sunyi Pulak

Lepas tu, si suami rasa sunyi pulak bila tak dengar bebel isteri dia dan pergi semula ke perigi buta tadi. Si suami lemparkan tali besar ke dalam perigi untuk isteri dia naik semula. Adalah  orang naik dan suami ingatkan isteri dia yang naik. Rupanya bukan isteri dia. Orang tu badan besar dan berbulu hitam.

"Awak ni siapa?" Tanya si suami pada makhluk berbulu tu.

"Saya jin, bukan manusia" Kata makhluk tu.

" Ohhh jin... dah tu kenapa awak panjat tali tadi". Tanya lelaki tu.

"Saya penghuni perigi buta ni. Tapi saya terpaksa lari, tak tahan dengar ada orang perempuan membebel dalam perigi ni". Kata jin perigi tu.

9 ulasan:

  1. Bahan lawak tapi ada iktibar yg perlu kita ambik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa setuju sgt2.. JunAina !!
      iktibar pd kaum/gulonagn wanita...
      jangan terlampau membebel..
      sy percaya ustaz punyai kisah isteri yg dicerai kerana terlalu kuat membebel !!

      Padam
  2. adoi la kelakar sungguh,ingat cerita serious tadi

    BalasPadam
  3. Suami ni penyabar Ustaz dengan kerenah isteri yang suka membebel tak tentu pasal.

    BalasPadam
  4. pernah bc cte niiii

    BalasPadam
  5. Tok Kadi.... Nak Tanya... isteri saya lebih mempercayai seorang bomoh berbanding suaminya. Kalau ada masalah rumahtangga, dia akan rujuk kepada bomoh ini melalui telefon dan ikut nasihat bomoh ini. Cakap suami dia tak berapa ikut, melah memenangkan bomoh ini. Bomoh ini katanya seorang perubatan tradisional Islam tetapi mengubat menggunakan asap yang dibakar menggunakan arang dan bau-bauan. Setahu saya, kalau berubat menggunakan bakar-bakar ini adalah memanggil jin, betulkah begitu ustaz?

    BalasPadam
  6. Lawakkkkkkkkk. Pecah perut den.

    BalasPadam
  7. saper suruh main tangkap muat masa nak berbini

    mujur bukan jenis makan luar

    lagi haru

    kat pejabat tutup litup tapi bila dah di luar... akhir zaman :-(

    BalasPadam

Dipersilakan komen.