Tetapi.... apa yang berlaku pada saya hari Sabtu lepas, menyedihkan saya. Lepas itu saya singgah di kedai tepi jalan minum air kelapa dan makan goreng pisang untuk menghilangkan rasa yang tak sedap tu. Selepas itu, saya meneruskan sesi ceramah saya dalam keadaan perut yang tak selesa.
11 November 2013
Kedai Asam Pedas Paling Teruk
Sabtu lalu, dari Kluang saya ke satu daerah untuk menyampaikan satu ceramah. Singgah di sebuah kedai 'Asam Pedas' di tepi jalan dalam jam 1.30 tengahari. Itu kali pertama saya ke kedai itu dan tertarik dengan beberapa kain rentang yang mempromosikan kedai tu. Sampai di kedai tu, nampaknya saya dan satu meja lagi saja yang ada orang, orang lain tak ada. Gambaran saya, tak ramai yang singgah ke kedai tu, mungkin disebabkan kedai baru.
Banyak Lalat
Masuk ke kedai tu, nampaknya banyak lalat, tapi tak apalah. Saya pernah berhenti tak jauh dengan kedai tu, tapi macam tak ada lalat. Saya tengok kat tempat lauk dan ada lauk seperti ayam dan ikan keli.
"Asam pedas apa ada kak?" Tanya saya kepada wanita dalam lingkungan 40-an tu.
"Ada ikan kembung dan ikan pari". Jawab kakak tu.
Saya pun mintak ikan pari dan dia masak dan katanya dalam 10 minit. Saya ambil nasi dan sayur sendiri. Air teh O kurang manis, sebab takutkan kencing manis, hehehe. Bila saya tengok nasi, nasinya panas tapi lembik. Pada saya,kalau nak niaga, janganlah nasi lembik, ini satu kesilapan yang dibuat oleh tuan kedai tu.
Ikan Pari Siap
Sambil tunggu ikan pari asam pedas saya masak, lalat nampaknya makin banyak. Saya tengok, tak ada pun alat perangkap lalat kat kedai tu. Tak lama kemudian, ikan pari saya sampai. Apa yang mengejutkan saya adalah bau ikan tu. Baunya lain macam saja tapi saya rilek saja pada mulanya. Bila saya cubit ikan tu, rupanya ikan tu mentah dan tak masak sepenuhnya. Saya cuba makan juga tapi tak boleh dan tekak loya.
"Kak... ikan pari ni tak masak kak" Kata saya pada tuan kedai tu.
"Minta maaf, tunggu sekajap yer". Kata kakak tu dan dia masak semula.
Lebih kurang 10 minit kemudian, kakak tu hantar ikan tu iaitu ikan tadi. Ada lagi kesan cubitan saya tadi. Tapi rasanya tetap berbau. Yang lagi buat saya tak makan sebab ikan pari tu siang tak betul iaitu dia masak dengan insang sekali. Lebih malang lagi, lalat semakin banyak masa saya makan sampai hinggap kat lengan saya. Ini semua pasal bau ikan pari tu kuat sangat.
Saya makan sedikit saja iaitu cubit di bahagian ekor sahaja. Tak habis nasi saya, suku saja. Kemudian saya panggil bayar, kakak tu kata RM 7.00.
"Minta maaf yer, ikan tadi tak masak". Kata kakak tu.
"Ermmm... tak apa" Kata saya sambil tersenyum.
Nak Berniaga Kena Betul-betul
Bukan senang nak berniaga terutama kedai yang diletakkan tema seperti "Asam Pedas". Saya selalu makan asam pedas di Parit Jawa, Sri Gading, Bukit Pasir Muar dan Parit Sulung, semuanya saya puashati. Sekali datang kedai tu, rasa nak datang lagi.
Tetapi.... apa yang berlaku pada saya hari Sabtu lepas, menyedihkan saya. Lepas itu saya singgah di kedai tepi jalan minum air kelapa dan makan goreng pisang untuk menghilangkan rasa yang tak sedap tu. Selepas itu, saya meneruskan sesi ceramah saya dalam keadaan perut yang tak selesa.
Tetapi.... apa yang berlaku pada saya hari Sabtu lepas, menyedihkan saya. Lepas itu saya singgah di kedai tepi jalan minum air kelapa dan makan goreng pisang untuk menghilangkan rasa yang tak sedap tu. Selepas itu, saya meneruskan sesi ceramah saya dalam keadaan perut yang tak selesa.
Bukan senang nak masak asam pedas. Kita kena ada ilmu antaranya yang tukang masak di Parit Jawa kata, ikan hendaklah ikan baru dan jangan simpan dalam peti ais terlalu lama. Kalau hendak simpan dalam peti pun, ada caranya iaitu hendaklah disiang dan dibuang perut dulu. Cara masak asam pedas kena pandai terutama untuk berniaga. Kat kedai semalam tu rasanya pedas dan saya tak pernah jumpa asam pedas macam tu.
Ceramah Kepada Usahawan
Peristiwa makan asam pedas ini boleh jadi modal dalam ceramah saya kepada usahawan. Ramai juga peniaga kecil, bakal usahawan dan peniaga restoran yang panggil saya beri ceramah dan saya cerita perkara-perkara seperti ini. Bukan niat saya nak jatuhkan sesiapa terutama peniaga baru, tapi sebenarnya peniaga itulah yang menjatuhkan dirinya sendiri kerana masakan entah apa-apa.
Lalat
Ramai orang kita yang kalau kedai dia banyak lalat, dia kata kedai dia kena ilmu hitam. Kedai ini tak berapa jauh dengan kedai lain tapi kedai lain tak banyak lalat. Pada saya, peniaga kena jaga kebersihan kedai. Kalau perut ayam dan perut ikan, janganlah simpan lama-lama dalam tong sampah. Kena cepat-cepat buang jauh-jauh. Kalau benda itu ada di kedai dan dibiar lama baru dibuang, maka berpestalah lalat kat sini. Lagi satu, gunakan perangkap lalat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kisah di sebuah kedai 'Asam Pedas ikan pari tak masak/nasinya lembik'
BalasPadamkebanyakan para perniaga makanan bermasak ni ndak2 pulak yg tepi2 jln ni..
bukannya ambik kira sedap xsedap...
asalkan ada/ramai pengunjung.. hidangan habis...
esok masak lagi.. xsedap lagi.. usah kata nasiknya lembik.. sudu garpunya pun lembik jugak..
blum sebut bab kertas tisu.. dah tentunya xde !!
ada sesetengah tu pulak.. budak2 muda/anak2 yg masih mentah lagi yg buat keja2 memasak ni..
tujuannya.. 'laku/ada untung'.. !!
smpi skrg sy x pandai masak asam pedas
BalasPadamlagi2 ikan pari sbb ikan tu hanyir
Ruginya Irfa belum pandai masak asam pedas ikan pari sbb itu antara kekuatan org pompuan Johor... Kena belajar dulu pilih ikan pari yang tak hancing... Boleh belajar kt abg2 kt pasar, org2 yg otai masak atau abg2 yg kaki pancing. Kalau setakat hanyir senang nak atasi... Tp kena belajar ya
PadamTolong ajarkan, saya pun tak pandai sangat, maklum le dulu2 tinggal asrama, masuk u, kerja terus kawin. Makan kat kedai, sekarang ni terfikir nak masak sebab puas hati, dapat pahala lagi masakkan utk suami & keluarga.
PadamKalau awak siarkan petua2 tu, ramai pula yg ikut, subhanaullah, banyaknya ganjaran kebaikan yg Allah akan beri insyaAllah. Irfa & saya termasuk Ustaz pun insyaAllah dapat saham kebaikan sbb usulkan dlm topik ni. Tak gitu ustaz.
Kalau nak ikan pari yang tak hancing, beli pari yang ada tanda atas badan nya..(titik-titik hitam), basuh bersih-bersih pakai air asam jawa. Masak asam pedas kena cukup rasa masam dan pedasnya. Baru le jadi asam pedas. Cheeewaaahhh...
BalasPadam