21 November 2013
Bangla Potong Rumput Dapat Ribu-ribu Sebulan
Kawan saya yang mengendalikan kerja-kerja pembersihan di pejabat di Johor Bahru, bercerita mengenai masalah pekerja. Dia mempunyai berpuluh orang pekerja termasuk warga tempatan dan asing. Masaah utama di dalam kerjanya adalah untuk mencari pekerja.
Dia selalu panggil pemotong rumput warga Bangladesh secara sambilan dengan bayaran yang agak tinggi. Apabila nampak pekerja Bangla ini kerja bagus, dia hendak ambil pekerja Bangla ini secara tetap dengan gaji RM 1,500 sebulan, termasuk rumah percuma dan kemudahan lain termasuk permit kerja. Bagaimanapun, pekerja Bangla ini menolak. Kenapa tolak ?
Boleh Dapat Lebih 5,000 Sebulan?
Akhrnya kawan saya ini dapat jawapannya. Iaitu pekerja Bangla ini bekerja potong rumput dari rumah ke rumah dengan bayaran lumayan. Contohnya, kerja memotong rumput di sebuah rumah taman sebesar saiz meja makan, bayaran yang dikenakan adalah RM 20. Kerja memotong dan menyapu rumput seluas ini hanya memakan masa tak sampai 10 minit. Dalam sehari, Bangla ini kayuh basikal dan potong rumput dari rumah ke rumah dalam berpuluh-puluh rumah. Kawan saya ini congak-congak, rupanya Bangla ini lebih lumayan dengan bekerja sendiri.
Kita Kena Rajin
Saya bawa cerita ini, supaya kita orang tempatan rajin bekerja untuk menambah pendapatan yang halal. Kalau orang asing boleh bekerja, kenapa ada orang kita yang kata tak ada kerja. Kalau orang asing boleh rajin berusaha, kenapa ada orang kita yang lebih suka habiskan masa dengan hiburan dan cerita hantu saja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mereka gigih bekerja sebab di tempat depa hidup sgt susah kadi bila ada peluang dpt duit lebih memang depa kerja sungguh2. Rakyat kita semua mudah sebab tu kerja lebih kurang dah senang nak semakin senang masalahnya nak senang tanpa ada usaha.
BalasPadamfaedah bermusafir ;)
BalasPadamnak jugak tanya kawan ustaz tu...
BalasPadambangla potong rumput tu ada facebook dak..?
tang tu yg bangla potong rumput tu kalah... !!
org kita xbekerja xpe...
asalkan status fb mau update..
hahaha !!
aku setujuuuuuuuu...hahaha... bila tua, baru salahkan ora lain sebab masa muda tak beringat
Padamtak tau macam mana nak kasi sedar org kita ni. termasuk le aku ni, kalau tak hadap fb rasa tak lengkap. FB 2 jam aku tahan, mengaji 10 minit rasa lama sangat. Puas mak aku suruh berjamaah di masjid/surau, aku buat deekkk aje,
Ustaz, ubat macam mana untuk aku ni, ustazzzz?
Salam.saya ada lah salah seorang potong rumput.kadang 2org kita pun susah bila rumput panjang tinggii baru nak potong.bila tanya tak nak.dah panjang nak murah.
PadamBangla pun dah pandai buat bisnes kat negara kita.
BalasPadamdapat gaji lebih kenalah bayar zakat @ income tax harta tak gitu ustaz
BalasPadamMASALAH ORANG MELAYU (melayu)...diorang nie nak keje janji bunyi sedap...takpe kalau gaji rendah pun...contoh "lagi bagus jadi store kilang walaupun gaji sikit dari potong rumput wat malu je orang dengar..NI LA MENTALITI MELAYU nsb baik aku indon...meniaga burger ade la gaji 2500 sebulan..jadi lah kan...:)
BalasPadamas salam.saya sekarang kerja makan gaji.ni kumpul modal beli 4 or 5 mesin rumput.teringin nak upah mesin rumput ni.minat lak mesin rumput.berbaloi x.heheh
BalasPadam