13 November 2013
Main Spider, Mainan Kegemaran Masa Kecil Dulu (Episod 3)
"Abah... spider ni bahaya ker?" Kata anak saya yang sekolah darjah 3.
Saya tengok kat dinding. Alahai... dalam hati saya tu bukan spider, tu labah-labah. Saya kata kat anak saya, tu bukan spider, dia kata tu lah spider. Baru saya teringat yang saya salah cakap dan teringat zaman saya sekolah rendah dulu. Pada saya, spider tu yang kita cari kat pokok dan boleh lawan. Kalau yang besar tu saya panggil labah-labah.
Syok Main Spider
Saya tak tahu sekarang, ada lagi ker budak sekolah rendah main cari dan lawan spider. Entah tahu entah tak dia orang cari spider. Ehtah kenal ker tak dengan rupa spider. Saya sampai sekarang masih kenal spider tu dan rasa takkanlah spesis spider tu dah pupus sekarang. Rasa saya, minat orang kita saja yang pupus.
Dapat Spider
Ini kisah saya cari spider zaman sekolah rendah dulu. Saya masa tu berdua, kalau tak silap hari Ahad, pergi dari rumah ke rumah. Yang saya tahu, spider ni ada kat rumah orang jer, kat hutan besar tak ada. Kena tengok pokok yang daun dia berkapit. Antaranya pokok bunya, pokok jambu, pokok sirih, pokok keladi dan lain-lain.
Kalau jumpa daun berkapit, kena intai dulu dan pastikan berkapit itu sambil melekat iaitu melekat disebabkan sarang spider. Masa intai tu menyeronokkan. Kalau ada spider, sambil kita intai dia tu, spider tu intai kita juga. Maka kita nampaklah penyepit dan gigi spider tu. Biasa masa tu, saya akan panggil kawan seorang lagi bantu nak tangkap. Kalau bawah pokok tu tak ada rumput, kira macam mudah sikit. Kalau ada rumput, nanti kalau spider tu jatuh dalam rumput, susah nak cari.
Spider Garang dan Liar
Suatu hari tu, kita orang pergi ke satu pokok yang tak pernah kita orang pergi. Nampak daun melekat dan bila diintai, nampak macam ada spider kat situ.
"Spider.. spider.." Kata saya dan kawan saya bantu.
Usaha menangkap berjaya dan kira saya punyalah spider tu. Wah.... spider tu nampak garang dan liar. Terus saya letak kat dalam kotak mancis. Lepas tu kat pokok yang saya, kawan saya pun dapat spider juga. Nampaknya dia dapat yang garang dan liar juga. Seronok betul kita orang berdua dapat spider dan tak sabar nak balik rumah untuk lawan.
Lawan Spider
Kita dua orang keluarkan spider masing-masing dan lawan. Memang pertarungan hebat sunggut hari tu. Agak kalau wresling zaman sekarang macam Undertaker lawan Stone Cold. Hari tu spider saya menang dan kawan saya kalah. Lagilah seronok saya. Saya dan kawan saya simpan spider tu semula dalam kotak mancis. Kita orang janji nak lawan semula hari esok.
Spider Betina
Tak lama lepas tu, ada 3 orang budak datang. Tapi kita orang kira itu budak kecil. Yerler, masa tu kita orang dalam darjah 5, budak tu dalam darjah 3 dan 4, kira baru nak belajar main spider. Dia orang datang dan ajak lawan spider dengan kita orang. Kita orang pun setujulah. Tapi bila dia orang bukak, saya terkejut. Alamak.... ni spider betina, mana boleh lawan dan saya taknak lawan.
"Betina pun boleh lawan lah, kita orang dah try". Kata budak tu.
Nak puas hati dia orang, saya keluarkan hero saya, sipder jantan tadi. Nampaknya memang dia taknak lawan. Spider tu kenal jantan dan betina. Lepas tu budak seorang lagi kata dia ada spider betina. Maka dia nak lawankan antara spider betina dengan betina. Kira itu kali pertama saya tengok perlawanan betina lawan betina.
.... BERSAMBUNG KE EPISOD 4
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dulu masa kecik2 suka main kumbang yang selalu ada kat pokok kelapa, ikat kakinya pakai tali lepas tu buai-buaikan dia. Bila dia terbang rasa seronok sangat. Nakalnya la masa kecik2 dulu.
BalasPadamSalam,rasanya budak-budak sekarang dah tak kenal spider lagi.Dia lebih suka main iphone dan ipad je.
BalasPadamMungkin itulah antara punca yang menyebabkan budak-budak sekarang dah tak reti bergaul dengan masyaraka.
Saya pun pernah main laga spider dan juga semut hitam. Semut hitam ni kena buang sesunggut nya dulu dan lepas tu lagakan. Nak tangkap semut ni kena pancing dengan bunga rumput padang kedalam sarang lubang semut. Kalau kena gigit pun sakit jugak. Teringat pernah kena gigit dengan kumbang buntut kuning. Apalagi sapu spirit sebagai ubat. Kelas gitu.... Budak sekarang nampak kalkatu pun takut katanya nanti kena gigit.
BalasPadamyg jantan org panggil KING
BalasPadamBetine pnggl MAK BON.....
memang lagend...pokok pling best nk cari, pkok pandan..puas hati ,kalu jmpa mst besar...tiap hari cari semut, bg mkn kt king...mak bon amek ugak bg king buat bini...haha
BalasPadam