Ashari Muhamad Pernah Taubat
09 November 2013
Semoga 'Taubat' Pengikut Al-Arqam, Akan Berakhirlah Episod Kesesatan Al-Arqam
Dua tiga hari lepas, Ummu Jah, isteri kepada Ashari Muhammad bekas pemimpin Al-Arqam dijatuhkan hukuman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Selangor. Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memerintahkan berkelakuan baik selama setahun serta mengenakan hukuman denda RM1,000 atau 14 hari penjara terhadap Ummu Jah bagi kesalahan menerbitkan buku yang bertentangan dengan hukum syarak.
Dalam hukuman ini, saya nampak, langkah hakim turut mengenakan hukuman 'berkelakuan baik' selama setahun adalah amat wajar. Bagi saya, kes yang melibatkan ajaran sesat perlu ditambahkan hukuman 'berkelakuan baik' ini sekiranya difikirkan perlu. Sememangnya kes ajaran sesat ini bukan mudah untuk dibenteras. Ajaran itu bukanlah baru, pengikut pun ramai, kemewahan dan keistimewaan dalam gerakan itu pun tinggi. Semua ini sebenarnya bukan semudah itu untuk dihentikan kegiatan sesat ini.
Saya ingin menambah lagi, iaitu apabila hukuman penjara dikenakan ke atas pengikut atau ketua ajaran sesat, program pemulihan khas hendaklah diperkasakan di dalam penjara, selama menjalani hukuman penjara.
Majlis Taubat
Semalam pula, satu majlis diadakan di sebuah hotel di Selangor yang turut dihadiri oleh beberapa orang tokoh agama terkenal. Saya tidak pasti siapakan yang memberi idea atau merancang 'majlis taubat' ini sama ada pihak berkuasa agama atau Ummu Jah dan pengikutnya sendiri. Mungkin juga Ummu Jah dan pengikutnya yang rancang setelah menghadapi hukuman dan perintah mahkamah supaya 'berkelakuan baik'. Kalau nak tahu, dalam tempoh setahun berkelakuan baik ini, kalau ada saja Ummu Jah terlibat dalam kegiatan 'ajaran sesat', itu dianggap melanggar perintah mahkamah dan akan dihukum. Yang pasti, majlis taubat ini mendapat liputan media yang meluas.
Apa yang saya faham, dalam majlis ini, Ummu Jah katanya bertaubat dan tidak akan mengulangi kesilapan atau 'kesesatan' bekas pengikut Al-Arqam dan pengikutnya yang lalu. Kita harapkan 'taubat' ini benar-benar dilaksanakan. Tapi janganlah 'taubat' ini hanya manis dibibir sahaja. Yang lebih penting adalah untuk merealisasikan atau bahasa orang kampung lebih faham adalah untuk melaksanakannya.
Dalam majlis taubat itu semalam Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar berkata, beliau yakin taubat dilafazkan oleh Ummu Jah semalam dilakukan penuh ikhlas.
“Bila seseorang bertaubat dengan ikhlas minta ampun dengan ALLAH tak perlu sebut ciri-ciri dosa dilakukan kerana semua kesalahan disedari atau pun tidak akan diampunkan ALLAH,” katanya.
Saya menyokong kenyataan Timbalan Mufti Selangor ini. Kita sebagai seorang Islam tidak sepatutnya curiga kepada seseorang apabila menghulurkan tangan kepada kita untuk bertaubat dan itulah cara Islam yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam sejarah Islam, bagaimana Nabi boleh menerima taubat Wasyi seorang pembunuh kejam yang membunuh Saidina Hamzah dalam Perang Uhud. Nabi juga boleh menerima keislaman Khalid Al-Walid yang menjadi musuh dan pemusnah kepada kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud. Nabi turut menerima keislaman Abu Supyan dan Hendon yang menjadi penentang Islam cukup kuat pada awal permulaan Islam sehinggalah zaman Hijrah.
Mari Sama-sama Kita Fikirkan
Bagaimanapun, saya ingin melontar beberapa isu, sekadar untuk kita berfikir secara bijak dan lebih jauh. Kita sebagai orang Islam hendaklah belajar dari sejarah silam. Pihak berkuasa terutama penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah tidak berdiam diri sahaja. Iaitu, janganlah anggap isu ajaran Al-Arqam yang sudah bertapak lama ini akan tamat hari ini. Pihak berkuasa Agama dan Polis perlu terus membuat risikan, mengumpul maklumat, mengawasi dan memantau kegiatan ini. Kalau ada saja penyelewengan akidah, tindakan tegas hendaklah dijalankan.
Ashari Muhamad Pernah Taubat
Kalau kita masih ingat dan saya masih pun ingat, iaitu sekitar tahun 90-an dahulu selepas penangkapan Ashari Muhammad dan pengikutnya secara besar-besaran, satu majlis taubat diadakan di Masjid Negara. Bukan itu saja, majlis ini mendapat liputan luas media dan turut disiarkan secara lansung dalam TV. Dalam majlis itu, Ashari Muhammad dan orang kanan Al-Arqam melafazkan taubat. Bekas pengikut Arqam juga bersetuju mengubah imej dan cara berpakaian serta akan mengikuti program pemulihan yang diatur pihak berkuasa. Kita sebagai masyarakat mengganggap bahawa isu Al-Arqam sudah selesai. Tapi apa kesudahannya.
Tapi lafaz taubat itu hanya sekadar lafaz sahaja. Al-Arqam terus bergerak walaupun bukan menggunakan nama A-Arqam. Banyak nama digunakan dan berselindungan di bawah syarikat dan perniagaan yang hahikatnya pergerakan Al-Arqam tetap di hati mereka. Ciri-ciri lama Al-Arqam tetap ada walaupun ada penjenamaan semula dan pembaharuan untuk menutup penyelewengan mereka.
Tindakan Tegas Hendaklah Diambil
Jika kegiatan sesat terus berjalan, tidak kiralah namanya Al-Arqam atau nama lain, tindakan tegas hendaklah diambil tidak kiralah orang itu sudah menyatakan dalam 'majlis taubat' atau tidak. Taubat itu datangnya dari hati dan keihklasan. Kita tidak mahu 'majlis taubat' itu hanya tinggal janji manis sahaja atau satu taktik untuk terus bergerak dalam diam.
Sekian pendapat peribadi saya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sy rse susah mereka nk berubah sbb saudara sy sndri al arqam n terkini mereka tidak menggunakan nama al arqam..
BalasPadamSaya bersetuju dengan anda. Saudara saya sbg peguam sivil dan peguam syarie,,satu2nya peguam dlm jemaah tu pun sama. Malah, dia yg bertindak sbg peguambela Ummu Jah ni. Katanya kpd kami yang tidak sehaluan.. "Kerajaan hendak kita berbuat demikian, kita ikut je lah.. Kamu sbg orang awam mananya nak faham bab2 dalam macam ni."
PadamTidak ke itu taqiyyah namanya?
Dalam kes ahli yang mereka kuarantinkan sebab suami telah keluar dari gerakan mereka ... harap kerajaan cuba pulihkan semula hubungan suami isteri ...
PadamSayang kan ustaz, seingat saya, peringkat awal penubuhannya memang bagus, ramai yg dulu2 lalai bila ikut Arqam berubah kembali pada agama, perniagaan pun maju, dakwah mereka masuk ceruk2 pendalaman tanpa penat lelah, Sayang seribu kali sayang .. bukan calang2 setan yang mengacau, para jeneral syaitan, maka akhirnya tewas juga.
BalasPadamSaya kenal AsmaulHusna pun dari keset2 alarqam le. Semuga mereka betul2 ikhlas utk kembali pada Allah & dipanduNya.