Pagi-pagi lagi makcik ini telefon pejabat, macam ada suatu yang penting saja. Dia pula taknak cakap dengan orang lain, nak cakap dengan Kadi saja. Apa yang pentingnya dia nak beritahu atau tanya ni? Mari kita dengar perbualannya satu persatu....
"Saya nak tanya Tuan Kadi. Kalau orang meninggal, kita kena hebahkan atau beritahu orang kan? Terutama orang yang kenal kan? Betul tak Tuan Kadi?"
Oleh kerana makcik ni buat soalan dan dia yang jawab sendiri kata yer, maka kena jawab yer lah kan. Makcik ni bercakap lagi.
"Mak dia ni dah tiga hari meninggal baru makcik tahu. Jenazah tu kebumi kat kampung dia bukan kat sini. Tak puashati betul makcik dengan anak dia. Bila makcik tanya ada beritahu orang ker, anak dia jawab dah beritahu dalam group whatsApp. Makcik ni tak ada whatsApp, manalah makcik tahu...."
Pasal WhatsApp Rupanya
Oh... baru ler saya faham sikit-sikit, pasal whatsApp rupanya. Makcik ni pulak tak ada whatsApp. Jadi makcik ni tak dapat berita kematian ler. Sedar-sedar dah dikebumikan kat kampung. Makcik ini terus bercerita.
"Dia ingat makcik dah tua ni ada whatsApps ker?". kata Makcik ni.
"Ohhh... Tak apa makcik, doakan arwah tu ditempatkan bersama orang-orang soleh di alam barzakh dan akhirat nanti." Kata saya.
"Tak... Bukan masalah tu, masalahnya dia beritahu dalam whataps, makcik tak ada whataps. Patut kenalah telefon makcik terus". Kata makcik ni.
"Ohhh... Mungkin anak dia tengah bersedih dan tak sempat nak beritahu. Maafkan dia makcik". Kata saya.
"Makcik memang tak puashati. Dia ingat semua orang ada whatapas ker". Kata makcik ni lagi. Rasa dah makin panjang pulak makcik ini bercerita.
Nampaknya cerita makcik ini macam tak ada kena mengena juga dengan kerja saya. Tapi takpelah, kurang-kurang kita dapat dengar keluhan dia. Mungkin dah banyak sangat dipendamkan dalam diri dia. WhatsApp punya cerita pun nak mengadu kat saya. Saya pun tak tahulah nak jawab macam mana. Cuma saya tanya sepatah jer kat makcik ni.
"Jadi makcik bila nak ada whatsApp ?" tanya saya dalam nada lembut."
"Eeeeee... Nak whatsApp apa, makcik dah tua, manalah pandai nak whatsApp..... Okeylah, terimakasih sajalah Tuan Kadi."
Terus makcik tu letak telefon dan hilang macam tu jer. Agaknya soalan saya tu macam dia tak boleh terima ker atau agaknya berkasar dengan dia, entahlah. Hehe
tulah orang skarang ni guna whatAp je..whatAp group pula tu..kalau tak join group takde dapat info.. Anak2 tu pon patut fikir..seeloknya telefon, bukan whatAp gitu je..saya ada whatAp pon kadang2 tak on9
BalasPadamTelegram app lbh cool. Guna PC je
BalasPadam"Jadi makcik bila nak ada whatsApp ?" tanya saya dalam nada lembut."
BalasPadamhaha...punchline ni saya bagi 5 bintang Tuan kadi... :)
Tak pe warga emas..maafkan jer lah....luahan perasaan tu..mungkin makcik ni fkr kalo luahkan kat tuan kadi tmpt trbaik bg dia...sbb biasenye org2 mcm tuan kadi lbh cool, pndengar trbaik & penasihat trbaik.
BalasPadamTp makcik ni xkn xde saudara mara lain yg berkaitan dengan dia..biasanya klau kes kematian saudara mara yg akan sampai mnyampaikn..sbb kita dlm keadaan mcm ni x dpt nk ingt semua saudara yg ada....klau ade whatsapp pn yg dpt info pn bole smpaikn...just sharing pngalaman saya la....
BalasPadamAnak2 pun bukan kenal semua kawan2 mak dia kan...jadi hebah2an secara umum jelah. Biasanya kematian ni tak delah nak pi bagitau sorang2 lagipun keluarga simati sedang bersedih kita kena fahamlah.
BalasPadam