Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Januari 2015

Coach Baha Cerita Pasal Bisnes Kelapa

Perkongsian ilmu bisnes KELAPA.
Salah seorang guru bisnes saya adalah seorang ustaz dari seberang. Dia sudah 30 tahun di Malaya , datang dari tanah besar indonesia.
Dia mengajar saya tentang bisnes. Katanya dalam bisnes perlu kuasai 3 ilmu
1. Ilmu barang
2. Ilmu dagang
3 ilmu orang.
Saya selalunya perlukan masa untuk faham setiap formula yang dia kongsikan dengan saya.
Salah satu perkara yang dikongsikan pada saya adalah " jangan buat bisnes apa yang orang lain buat kerana disitu bisnes kita dikawal orang ".
Buat duit dari kelapa
=================
Ramai orang ada tanah dan mereka tanam sawit. Ramai yang tak tahu potensi menanam pokok kelapa. Kat kampung kelapa bersepah, sampai bertombong tak dikutip.
Begini ceritanya.
Sepohon kelapa mawar akan mengeluarkan lebih kurang 30 tandan kelapa setahun. Setandan ada 15 biji kelapa.
Berapa lama proses kelapa dari putik hingga boleh dikait. Kelapa perlukan setahun dari kecil hinggalah besar.
Formulanya macam ni.
15 biji ×30 tandan × sebatang pokok / setahun.
15 biji x 30 x 60 pokok se ekar
27,000 biji x 5 ekar
= 135,000 biji × RM1 ( jual terus )
=RM135,000.
Kalau jual kelapa muda sebiji RM2.50
135k × RM2.50 = RM335,500.00
Kenapa tak percaya itu pendapatan anda setahun?.
Bukan saya main-main
Kalau anda nak pencen 5 tahun lagi. Tanamlah kelapa. Sebatang benih baru RM40. Kurang penjagaan nya..kurang baja. Bila pencen esok ada aset.
......Tulisan Coach Baha



3 ulasan:

  1. Kira2 mudah yang boleh dibuat...saya terfikir nak beli tanah dan tanam kelapa pulak. Sebji di di Kajang Rm3.8 dijual oleh penjual air.

    BalasPadam
  2. Amboi... senang nya kira2. Sekarang ni nak cari tukang kait kelapa pun tak ada. Berok yg nak manjat pun tak ada... memang nampak meletop hasilnya, tapi bila pokok dah besar, buah dah banyak, masaalah atas tidak selesai... jadi kelapa tombong juga akhirnya.

    Tanam jelah sawit... hasil kecik laa, tapi infra struktur utk pungut hasil dah well establish....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sawit pun bila tinggi susah nak turunkan hehehe

      Padam

Dipersilakan komen.