06 Januari 2015
Khalwat Punya Cerita, Ingatkan Janda, Rupanya Bukan Janda (Episod 2)
Dalam jam 4.00 petang lebih, penguatkuasa telefon saya. Ada tangkapan kes khalwat di sebuah hotel. Katanya, yang ditangkap itu adalah seorang lelaki bangsa asing yang bukan beragama Islam dengan pasangannya seorang perempuan berstatus janda.
Siasatan Lanjut
Apabila dibuat siasatan lanjut di pejabat, rupanya perempuan itu bukanlah janda seperti pengakuan awal dia. Dia masih ada suami tapi katanya dalam proses nak cerai. Maknanya dia belum cerai dan dia masih ada suami. Status dia bukan jandalah.
Perempuan ini umur awal 30-an, mempunyai seorang anak. Dia bekerja di sebuah kilang dan sama tempat kerja dengan lelaki yang ditangkap dengannya itu. Lelaki ini warga asing, umur lewat 20-an, katanya belum berkahwin dan dia bukan beragama Islam.
Sewa hotel itu RM37.00 yang lelaki ini belanja penuh. Sedang mereka berdua berasmaradana dalam bilik yang ada aircond tu, bilik kena ketuk. Cepat-cepat mereka pakai pakaian masing-masing dan terus buka pintu. Rupanya pencegah maksiat beberapa orang dah ada kat pintu. Tak boleh nak buat apa dah dan terpaksa turutkan sajalah.
Akan Didakwa
Perempuan ini tak lama lagi akan didakwa di mahkamah syariah. Kes ini boleh membawa hukuman denda sehingga 3,000 ringgit atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Apa-apa nak rayu, rayulah di mahkamah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
.. Eloklah dilepaskan jika suaminya tidak dayus. Mungkin dah setakat itu jodohnya.
BalasPadamMoga wanita ini belajar tentang maruah dan harga diri
kerja kilang mana tu
BalasPadam