Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Disember 2010

Orang Vietnam Tanya Pasal Bolasepak Malaysia

Waktu saya di sebuah hotel di Hong Kong Ahad lalu, seorang lelaki, pelancong dari Vietnam berbual-bual dengan saya. Bila saya kata saya dari Malaysia, dia tanya bagaimana dengan pasukan bolasepak Malaysia lawan Indonesia. Mulanya saya tergamam juga sebab saya terlupa, hari Ahad tu perlawanan antara Malaysia dan Indonesia. Waktu itu dalam jam 8.00 malam, saya  kata perlawanan sedang berlansung.

Dia kata lagi, dia peminat bolasepak dan telah pergi ke stadium melihat perlawanan antara Malaysia dan Vietnam minggu lepas. Dia puji dan kata pasukan bolasepak Malaysia kali ini hebat. Wah... itu gambaran orang luar kepada pasukan kita kali ini, kira naik juga nama Malaysia kali ini. Lelaki tu baru sampai ke Hong Kong, naik penerbangan dari Hanoi satu keluarga.

3 ulasan:

  1. waahhhh
    terharunyeee
    bagusss cam ni laa bru semgat Malaysiaaa

    BalasPadam
  2. Salam Tuan,
    Blog menarik
    - wartamaya -

    BalasPadam
  3. dulu aku minat bolasepak malaysia tetapi lama-kelamaan,aku hilang mood pasal bolasepak malaysia tidak pernah menang pun dalam pertandingan bolasepak antarabangsa.TENGGELAM.apa sudah jadi dengan pemain bolasepak malaysia?bermain bolasepak kena lah bersungguh,makan bola tidur bola..bukan harap orang puji saja...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.