Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Januari 2016

Abah Saya Pesan, Jangan 'Berkira' Keluar Duit Belanja Anak Sekolah


Sampai bila-bila saya tak lupa pesanan arwah abah saya pasal pelajaran anak. 
"Sebagai bapa, kita jangan berkira untuk keluar duit belanja anak sekolah", kata abah saya.

Ayah saya selalu sebut ayat ini terutama pada ibu bapa yang merungut perbelanjaan anak-anak meningkat. Saya sebagai anak, saya yang dengar pesanan abah saya ini. Dia bukan cakap pada saya,  pada orang lain, tapi saya selalu dengar. Jadi saya ingat sampai sekarang. Abah saya cakap lagi.

"Janganlah kita tulis-tulis pula apa belanja yang kita dah keluar pada anak. Kalau dengan anak pun kita nak berkira-kira, nanti jangan sampai rezeki kita, Allah akan berkira-kira dengan kita pula".

Ini arwah ayah saya yang dah 20 tahun meninggalkan saya pesan. Saja jer saya nak kongsi cerita.

1 ulasan:

  1. Skrg ni gaji sebulan banyak, kalau laki bini keje dah double gaji. Anak pulak bukan ramai mana, 2-3 org saje.

    Dulu mak bapak kita gaji kecik, keje kebun, ada hasil ada duit, tapi leh sekolahkan anak sampai 14 org..dah tu semua berjaya. Tu namanya keberkatan dalam rezeki. Banyak macam ner pun kalau tak berkat mana nak cukup.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.