13 Ogos 2019
Setiap Hari Beri Makan Kucing
Pemuda ini setiap pagi dan petang datang dan beri makan kucing di sini. Saya sempat berkenalan dengan pemuda ini. Dia berniaga sendiri dengan pendapatan lebih kurang rm60 sehari. Setiap hari, dia belanjakan rm20 untuk beli makanan kucing. Maknanya dalam sebulan, rm600 duit dia keluarkan. Itu duit dia sendiri, bukan ada orang kasi dia duit. Kucing ini kebanyakannya orang buang di pasar ini. Dia cerita, sejak dia beri kucing makan percuma dalam setahun ini, jiwanya sentiasa rasa tenang dan rezeki juga bertambah.
24 Januari 2019
Ya Allah.... Jauhkan Aku Dari Sifat Riya'
Riya’ sudah jadi satu perkara yang sukar dielakkan dalam diri tiap manusia. Meskipun dari setiap orang itu berbeza, tetapi tujuannya adalah sama, iaitu ingin mendapat pujian dari manusia dan tidak ikhlas. Mari kita fikirkan.
Oleh itu, selalu saya berazam setiap kali berbual dengan orang dan menulis dalam facebook, supaya saya tidak tergolong sebagai orang yang riya ini.
Riya’ berbahaya karana merupakan salah satu daripada penyakit hati yang menjadikan seseorang itu golongan orang munafik..Masyaallah, besarnya dosa aku dan beratnya seksaan api neraka jahanam.
Dalam bercakap saya akan berusaha untuk tidak bercerita hal-hal yang menyebabkan orang memuji kehebatan kita. Dalam berbual, harap saya sentiasa merendah diri seperti orang tidak berilmu, tidak berpangkat, tidak segak dan tidak berharta.
Menulis dalam facebook lagi mencabar sebab masing-masing termasuk kita, sentiasa nak menunjuk sesuatu. Kita jarang berfikir bahawa yg kita tulis atau gambar yg kita paparkan itu menjadikan kita manusia yg riya'. Ya Allah... Ampunkan segala dosa-dosaku. Bersihkan hatiku supaya tidak menjadi kotor.
Oleh itu, selalu saya berazam setiap kali berbual dengan orang dan menulis dalam facebook, supaya saya tidak tergolong sebagai orang yang riya ini.
Riya’ berbahaya karana merupakan salah satu daripada penyakit hati yang menjadikan seseorang itu golongan orang munafik..Masyaallah, besarnya dosa aku dan beratnya seksaan api neraka jahanam.
Dalam bercakap saya akan berusaha untuk tidak bercerita hal-hal yang menyebabkan orang memuji kehebatan kita. Dalam berbual, harap saya sentiasa merendah diri seperti orang tidak berilmu, tidak berpangkat, tidak segak dan tidak berharta.
Menulis dalam facebook lagi mencabar sebab masing-masing termasuk kita, sentiasa nak menunjuk sesuatu. Kita jarang berfikir bahawa yg kita tulis atau gambar yg kita paparkan itu menjadikan kita manusia yg riya'. Ya Allah... Ampunkan segala dosa-dosaku. Bersihkan hatiku supaya tidak menjadi kotor.
15 Januari 2019
Bertemu lagi kita
Perubahan iklim dan teknologi, maka blog semakin saya tinggalkan. Sekarang, facebook lebih ramai orang baca berbanding blog. Menaip dan memuatkan Cerita pun lebih mudah di facebook apabila kita guna telefon bimbit. Jangan lupa ikuti saya di facebook.
Subhanallah.... Diam tak diam, usia blog saya dah genap 10 tahun. Kalau anak tu, ibarat sudah darjah 4.
Subhanallah.... Diam tak diam, usia blog saya dah genap 10 tahun. Kalau anak tu, ibarat sudah darjah 4.
25 Mei 2018
22 Disember 2016
Beromen Dalam Kereta Dengan Kawan Sekolah
Seorang lelaki umur 18 tahun dan masih bersekolah tingkatan 6 keluar bersama perempuan yang juga umur 18 tahun dan satu tingkatan dengannya di sekolah yang sama. Mereka berkenalan sebagai kawan sekolah seperti biasa. Kawannya mengetahui yang mereka berdua pasangan kekasih. Semasa cuti sekolah bulan Disember, mereka sering mengambil kesempatan untuk berjumpa di luar berdua.
Pada malam itu, masing-masing memberi alasan kepada keluarga masing-masing untuk pergi ke majlis kahwin kawannnya. Bagaimanapun mereka telah pergi ke sebuah restoran di Pusat Perdagangan Pontian iaitu berhampiran pantai.
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Pontian (JAIJ) setiap hari membuat rondaan di lokasi berkenaan dalam operasi maksiat. Kebiasaannya terdapat pasangan yang 'buat kerja' di dalam kereta, atas moto atau di tepi laut berkenaan. Perkara seperti ini telah mencemarkan nama baik kawasan berkenaan yang menjadi tempat tumpuan orang ramai terutama waktu malam.
Kena Tangkap
Pada jam 1.40 pagi, penguatkuasa telah melihat dari jauh sebuah kereta yang berhenti dan enjinnya dihidupkan. Penguatkuasa nampak dalam cahaya bulan yang agak terang iaitu sesuatu yang mencurigakan. Apabila penguatkuasa dan kenderaannya menghampiri kereta tersebut, dilihat lelaki berada di tempat pemandu tetapi sebahagian badan dan kepalanya dialihkan ke kerusi sebelahnya. Lelaki ini bingkas bangun dan terkejut dengan kehadiran penguatkuasa. Ditemui di kerusi sebelahnya adalah seorang perempuan dalam keadaan kerusi dibaringkan. Kedua-duanya ditangkap oleh penguatkuasa setelah didapati tiada hubungan mahram. Pasangan ini bakal didakwa di Mahkamah Syariah Pontian dalam tempoh terdekat.
Ulasan dan Pengajaran
Kepada ibu dan bapa perlulah menjaga pergerakan anak-anak terutama dalam usia meningkat remaja ini. Anak-anak sanggup membohongi ibu dan bapa dengan mencipta alasan untuk melakukan perkara seperti ini.
05 Disember 2016
Projek Dalam Kereta Jam 1.00 Pagi Sampai Mengandung
Penguatkuasa JAIJ Pontian telah menerima satu aduan dari orang awam. Maka tertangkaplah satu pasangan di sebuah rumah atas kesalahan persetubuhan luar nikah. Perempuan berumur 29 tahun dan tidak bekerja telah mengandung anak luar nikah lebih kurang 5 bulan. Pengesahan mengandung telah disahkan oleh pihak klinik. Lelaki pula berumur 32 tahun, bekerja sebagai buruh binaan warga Indonesia dengan pendapatan RM3,500 sebulan. Lelaki ini sudah mempunyai isteri dan 2 orang anak.
Hasil soal siasat oleh penguatkuasa, pasangan ini mengaku telah melakukan hubungan seks di dalam kereta milik lelaki itu yang berhenti di Pusat Perdagangan Pontian kira-kira jam 1.00 pagi pada 5 bulan lepas. Pasangan ini bakal dituduh di Mahkamah Syariah yang boleh membawa hukuman denda sehinga RM 5,000 atau 3 tahun penjara atau 6 kali sebatan atau ketiga-tiga hukuman ini.
15 Julai 2016
Makcik Tua Doakan Kesejahteraan Saya, Alhamdulillah
Semalam saya ke sebuah bengkel kereta. Sedang pomen tu betulkan kereta saya, Saya lihat seorang makcik usia 50 atau 60-an pergi ke bakul sampah. Rupanya makcik tu cari barang kitar semula seperti botol plastik atau kotak. Lepas tu makcik tu sampai ke bengkel tu dan masuk ke kedai. Nampak tuan kedai tu membiarkan saja makcik tu.
Makcik tu cari botol plastik minyak hitam dan kotak. Ada satu botol makcik tu campak tak masuk dalam beg hitam. Saya pun pergi kat botol tu dan campakkan dalam plastik. Makcik tu ucap terimakasih kat saya.
Lepas tu saya seluk poket dan ambil sejumlah duit dan kasi kat makcik tu. Makcik tu terima dengan gembira. Tapi lepas makcik tu tanya nama saya dan tinggal di mana. Saya jawablah. Kemudian makcik tu tanya dah kawin ke belum dan anak berapa orang. Saya jawablah.
Lepas tu saya nampak makcik ni tadah tangan macam berdoa dan memang dia berdoa. Secara spontan, saya juga menadah tangan berdoa dan aminkan doanya.
"Ya Allah... Engkau berilah rezeki yang melimpah kepada Khalil. Ya Allah, Engkau berikanlah kejayaan kepada anak-anaknya sehingga berjaya di dalam pelajaran. Aminnnn".
Tersentuh hati saya petang semalam.
29 Jun 2016
Kebakaran kereta di Stesen Minyak, Apa Kisah Sebenarnya?
Semalam berlaku satu kejadian yang menggemparkan di sebuah stesen minyak iaitu kebakaran kereta sewaktu mengisi minyak di stesen minyak. Kejadian dikatakan berpunca dari sikap pemandu itu menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak.
Masalahnya, betulkan itu puncanya yang sebenar? Pada saya, mungkin juga itu puncanya dan mungkin ada punca lain.
Setakat menggunakan telefon bimbit bercakap atau buka internet adalah perkara yang kita biasa lihat. Ini termasuklah keluarga saya yang kadangkala juga menggunakan telefon bimbit semasa saya berhenti mengisi minyak.
04 Mac 2016
Atok 69 Tahun Kena Tangkap Dengan Pelacur Nyonya 58 Tahun
Di satu tempat dalam jam 2.00 petang seorang lelaki berumur 69 tahun pergi ke bandar. Dia singgah di sebuah rumah tumpangan dan berunding dengan seorang wanita. Mereka berdua kemudian masuk ke bilik rumah tumpangan itu. Kira-kira 15 minit selepas masuk ke bilik tu, kebetulan pencegah maksiat sedang buat operasi.
Maka tertangkaplah lelaki ini berumur 69 tahun dengan nyonya pelacur ini berumur 58 tahun. Lelaki ini bekerja kampung, mempunyai beberapa orang anak dan cucu. Menurut kata nyonya ini, bayaran yang dikenakan adalah 20 ringgit saja. Kebiasaannya bayaran yang dikenakan kepada pelanggan lain adalah 40 ringgit. Menurutnya lagi, pada hari-hari biasa, dia dapat pelanggan antara 4-6 orang dari pagi hingga ke petang. Pelanggan kebanyakannya adalah warga asing.
"Jadi, kenapa ini hari mintak 20 ringgit saja?", tanya penguatkuasa.
"Ini orang tua...", kata nyonya tu.
Maknyanya ada diskaun 50 persen kepada warga emaslah. Turut dirampas oleh penguatkuasa adalah kondom yang sudah digunakan oleh lelaki ini sebagai barang kes,
19 Februari 2016
Siapa Wahabi ?
KESESATAN PEMIKIRAN WAHHABI BERDASARKAN KITAB-KITAB TOKOH MEREKA
1) Al Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaithon di dalam riwayat Imam Al Bukhari.
2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirim orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab dan selain keduanya.
(4/262ج ) المحتار رد حاشية و 276 ص) الوابله السحب
3) Ulama sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan Abangnya As-Syeikh Sulaiman. Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad B Abdul Wahhab. Pertama
فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب
kedua
الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية
begitu juga gurunya memberi amaran seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al Fatawa.
4) Golongan wahabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada akidah yang kufur ini. Sila rujuk
(كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)
5) Golongan Wahabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada akidah yang membawa kekufuran ini. Rujuk kitab-kitab berikut
موافقة صريح المعقول (ج1/75)
ومنهاج السنة (ج1/24) ونقد مراتب الإجماع
168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387
6) Golongan wahabi mengatakan Allah Ta'ala ada mulut seperti yang tertulis alam kitab mereka yang bernama As-Sunnah mukasurat 77.
7) Golongan wahabi mengatakan : Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka lebih teruk daripada syirik menyembah berhala. Rujuk kitab
281 و 266 ص التوحيد مجموعة.
8) Wahabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Irak dan Mesir. Rujuk kitab
217 ص المجيد فتح
1) Al Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaithon di dalam riwayat Imam Al Bukhari.
2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirim orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab dan selain keduanya.
(4/262ج ) المحتار رد حاشية و 276 ص) الوابله السحب
3) Ulama sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan Abangnya As-Syeikh Sulaiman. Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad B Abdul Wahhab. Pertama
فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب
kedua
الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية
begitu juga gurunya memberi amaran seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al Fatawa.
4) Golongan wahabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada akidah yang kufur ini. Sila rujuk
(كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)
5) Golongan Wahabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada akidah yang membawa kekufuran ini. Rujuk kitab-kitab berikut
موافقة صريح المعقول (ج1/75)
ومنهاج السنة (ج1/24) ونقد مراتب الإجماع
168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387
6) Golongan wahabi mengatakan Allah Ta'ala ada mulut seperti yang tertulis alam kitab mereka yang bernama As-Sunnah mukasurat 77.
7) Golongan wahabi mengatakan : Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka lebih teruk daripada syirik menyembah berhala. Rujuk kitab
281 و 266 ص التوحيد مجموعة.
8) Wahabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Irak dan Mesir. Rujuk kitab
217 ص المجيد فتح
15 Februari 2016
Kisah Member Menang Nombor Ekor RM180,000 (Episod 2)
"Jef... Apa macam dengan Man, nombor dia ada naik ker?" Kata Wan sedang mereka jumpa dekat punchcard.
"Tak adalah, aku tengok muka Man sugul jer tadi. Kalau dapat, tentu dia gembira jer", kata Wan.
Lepas tu mereka 4 orang iaitu Man, Wan, Jef dan Epol pergi sarapan kat kedai Mak Janda kat tepi padang bola dalam jam 10.00 pagi.
"Aku tak putus asalah, aku rasa tak lama lagi nombor aku ni akan naik" Kata Man.
"Kenapa ko macam yakin sangat nombor ko nak naik" Tanya Epol.
"Ko tahu tak, semalam aku pergi tuang minyak moto. Aku berhenti kat pam tu dan nak bayar duit kat chasher. Yang aku terkejut, aku keluar jer, ada seorang apek tua nak bukak tangki minyak aku dan nak isi minyak. Terkejut aku dan aku sergah apek tu. Terketar-ketar dia. Rupanya dia tersilap moto, moto dia kat pam sebelah. Nombo moto dia lebih kurang aku juga tapi ada pusing sikit... Ini mesti ada tanda-tanda nak menang ni", kata Man.
"Hahahaha..... Ko ni Man ada-ada saja cerita lawak ko", kata Wan.
"Ko janganlah gelak sakan kat aku. Nanti kalau aku menang betul, ko gelaklah puas-puas sampai terkeluar anak tekak ko. Masa tu ko jangan nak terkising-kising kat aku lagi", Kata Man.
"Tak per Man, kita orang 3 orang simpan rahsia ko ketat-ketat. Dengan syarat, percutian ke Langkawi tu ko jangan tak jadi pulak", Kata Jef.
"Ermmmm, ehhhhh... kita bila gaji yer?" Tanya Man.
"Gaji? Kan baru 2 minggu masuk gaji, jadi tunggulah lagi 2 minggu gaji masuk", kata Epol.
"Ermmmm 2 minggu. Lama lagi tu. Ermmm... macam inilah. Aku nak pinjam duit ko sorang 50 ringgit boleh ker?" tanya Man.
Wan, Epol dan Jef berpandangan sesama sendiri. Lepas tu Jef bersuara.
"Ermmm... aku tiap bulan duit aku kasi bini aku pegang. Senang bini aku tak boros macam aku" Kata Jef. Kemudian Wan pula menyampuk.
"Aku sejak anak aku masuk sekolah asrama ni belanja aku meningkat jer. Aku pun tengah tunggu gaji ni", kata Wan. Kemudian Epol pula sahut.
"Ermmm... aku minggu lepas kereta aku gearbox buat hal. Kena juga aku 600 ringgit. Itu pun separuh lagi aku hutang kat Kedai Mat Tayar tu", kata Epol.
Lepas tu semua terdiam.
"Tak apalah ko. Tak bagi pun tak apa. Aku nak pinjam bukan nak mintak. Lagi pun sebelum ni aku hutang kat kawan-kawan, mana ada aku tak bayar. Okeylah... kau taknak kasi aku pinjam tak apa, aku pinjam kat tempat lain. Tapi korang ingat... kalau betul aku dapat nombor satu, ko jangan nak himpit-himpit aku yer", kata Man macam merajuk.
"Ishhh jangan macam tu Man, kita orang ni pun bukan berduit sekarang ni, bulan tengah gelap pulak tu. Nanti dapat gaji kita orang kasi ko pinjam yer. Kita orang tengah tunggu gaji ni."
"Kalau ko nak tahu, duit yang aku nak pinjam tu bukan nak beli nombo tapi nak buat belanja pasar. Aku kalau menang nombor pun, aku tak belanja untuk anak bini, aku pun tahu duit tu tak berkat, anti jadi darah daging pulak", kata Man.
Yang lain mengangguk semacam mengiyakan.
"Aku rasalah, lepas ni aku nak ikut nombo moto aku tu 90 ringgit sekali beli, baru berbaloi kalau menang", kata Man.
"90 ringgit? Banyak tuuuu. Kalau seminggu dua kali dah 180 ringgit. Sebulan dah dekat 600", sampuk Epol.
"Yerlah.... kita nak berjaya dan nak jadi jutawan ni kenalah berkorban. Biar susah dahulu, senang-senang kemudian", kata Man.
...........BERSAMBUNG KE EPISOD 3
Kalau nak baca episod 1, klik sini
"Kalau ko nak tahu, duit yang aku nak pinjam tu bukan nak beli nombo tapi nak buat belanja pasar. Aku kalau menang nombor pun, aku tak belanja untuk anak bini, aku pun tahu duit tu tak berkat, anti jadi darah daging pulak", kata Man.
Yang lain mengangguk semacam mengiyakan.
"Aku rasalah, lepas ni aku nak ikut nombo moto aku tu 90 ringgit sekali beli, baru berbaloi kalau menang", kata Man.
"90 ringgit? Banyak tuuuu. Kalau seminggu dua kali dah 180 ringgit. Sebulan dah dekat 600", sampuk Epol.
"Yerlah.... kita nak berjaya dan nak jadi jutawan ni kenalah berkorban. Biar susah dahulu, senang-senang kemudian", kata Man.
...........BERSAMBUNG KE EPISOD 3
Kalau nak baca episod 1, klik sini
12 Februari 2016
Perlukan Ramai Pekerja Asing Untuk Ladang Sawit
Saya berbual dengan kawan saya yang ada jawatan dalam sebuah syarikat perladangan besar. Apabila saya tanya tentang pekerja tempatan, katanya pekerja tempatan sekarang semakin berkurangan berbanding sebelum tahun 90-an dahulu. Orang tempatan sudah tidak mahu bekerja di sektor perladangan kerana pekerjaan lain ada banyak lagi dan kerjanya tidaklah seteruk kerja ladang.
Pekerja Lombok Terbaik
Bila saya tanya, warganegara mana dari kalangan pekerja asing yang sesuai kerja ladang. Kawan saya kata, orang Indonesia dari Lombok adalah yang terbaik. Selain rajin bekerja, orang Lombok pandai hormat orang tempatan. Bagaimanapun, orang Lombok yang nak masuk ke Malaysia berja di ladang sawit sudah makin kurang. Katanya, sekarang orang LOmbok lebih suka bekerja di bandar buat bangunan yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.
Sesuai Bangladesh?
Bila saya tanya, adakah pekerja Bangladesh sesuai bekerja di ladang. Katanya, dari segi kemahiran dan cermat bekerja, orang Indonesia lebih baik dari Bangladesh. Bagaimanapun, pihak ladang sudah tidak ada pilihan dan terpaksa mengambil warga Bangladesh bekerja di ladang. Sekarang ini jumlah pekerja Bangladesh sudah meningkat di ladang.
Oleh kerana kesukaran mencari pekerja tempatan lagi, maka pihak ladang akan berusaha menambah lebih ramai warga asing untuk mengusahakan ladang sawit yang luas.
Kalau Kerajaan Berhentikan Pekerja Asing?
Saya tanya, bagaimana keadaannya kalau kerajaan menghalang terus kemasukan pekerja asing bagi sektor ladang. Kawan saya tu mengeleng-ngelengkan kepala. Dia kata, industri sawit negara kita akan terjejas teruk.
Apa kesan Kalau Levi Naik?
Saya tanya, apa kesan apabila kerajaan bercadang menaikkan levi. Kawan saya kata, pihak ladang akan tetap ambil pekerja asing kerana keuntungan syarikat masih boleh menampung. Kalau tidak, siapa pula yang nak bekerja?
Harapan Perniagaan Sawit dan Turun Naik Harga?
Saya tanya, sekarang harga sawit macam tak berapa mahal (konon-konon macam saya tahu sangatlah harga sawit ni). Saya tanya, bila agaknya harga sawit akan naik semula. Dia kata, minyak sawit adalah industri makanan dan semakin bertambahnya penduduk, semakin banyak minyak sawit diperlukan. Negara pengimport minyak sawit utama adalah China, India, Bangladesh dan Pakistan yang penduduknya juga semakin meningkat.
Katanya, sejak dulu sektor perladangan tetap untung walaupun dalam ekonomi yang suram, cuma keuntungan itu tidaklah semewah dahulu.
11 Februari 2016
Pakai Ubat Mata Untuk Taknak Pakai Cermin Mata
Tiga hari lepas, periksa mata kat kedai cerminmata kat Gaint Kuala Terengganu. Katanya mata kanan okey tapi ada silau. Mata kiri pula kena tambah power 50 dan ada silau. Tapi malasnya nak pakai cermin mata ni. Dulu masa jadi cikgu kat Sekolah Teknik Port Dickson tahun 1996 dan buat cermin mata tapi tak pakai pun. Masa tu, pakai ubat mata Qurrotaini. Terus tak pakai. Cerminmata pun entah campak kat mana dah.
Oder Online
Hari ni saya baru bayar RM 52 dan harga pos RM 6, jumlah RM58. Esok baru pos dari Kuantan.Bukan nak promosi, tapi saya dah kenal ubat ni dah lebih 25 tahun. Rawat mata secara tradisional. Asal ubat ni dari Temerloh, sekarang dah pindah ke Kuantan tepi sungai.
Insyaallah, dapat membantu rawatan mata kita dengan izin Allah.
Artikel saya sebelum ni pasal ubat Qurrotuaini, KLIK SINI
Untuk Jadi Rakan Facebook Saya, KLIK SINI
Insyaallah, dapat membantu rawatan mata kita dengan izin Allah.
Artikel saya sebelum ni pasal ubat Qurrotuaini, KLIK SINI
Untuk Jadi Rakan Facebook Saya, KLIK SINI
06 Februari 2016
Kisah Mak Andam, Pelamin Lesap
Semasa berunding dengan Mak Andam ni, katanya nak sponser pelamin sekali. Maka tak perlulah tuan rumah pengantin nak tempah pelamin. Akhirnya setujulah tuan rumah dengan bayaran tertentu. Kira murahlah juga harga tu kata tuan rumah sebab pelamin free.
Sehari Lagi Nak Majlis
Bagaimanapun, sehari sebelum majlis kawin tu, tuan rumah sekali lagi hubungi Mak Andam tu. Yang tuan rumah terkejut, Mak Andam kata dia tak dapat sediakan pelamin sebab dia cari tukang pasang pelamin katanya sibuk. Mak Andam cakap, dulu masa tempah dia tak janji nak sediakan pelamin tu. Katanya 'sekiranya ada' saja. Jadi dah tak ada nak buat macam mana, jelas Mak Andam lagi.
Maka terpaksalah tuan rumah pengantin cari pusing keliling untuk cari pelamin tu. Lepas seorang demi seorang dia telefon sampai tersilap nombor kedai jual gas pun ada. Hehe... Takkanlah nak bersanding atas tong gas pulak esok, hehehe.
Untuk Jadi Rakan Facebook Saya, KLIK SINI
Untuk Jadi Rakan Facebook Saya, KLIK SINI
04 Februari 2016
Rahsia Suami Kekal Cergas, Walau Punyai Dua Isteri
Sedang seorang ustaz minum di sebuah kedai mamak dengan seorang kawan dia dalam jam 9.30 malam, datang seorang lelaki.
"Assalamualaikum Ustaz... Lama kita tak jumpa...." kata lelaki tu.
Ustaz tu pelawa lelaki tu duduk dan minum sama. Maknanya bertigalah kat meja tu. Lelaki ini umurnya sudah 60 tahun, kerjanya berniaga macam-macam niaga. Ramai orang tahu yang isterinya ada dua. Seorang umur 50-an dan isteri mudanya lewat 20-an.
Kemudian bukalah cerita pasal kawin dua.
"Saya ni tak kisah nak kongsi pengalaman kawin dua. Sapa-sapa nak kawin dua, kawinlah, janji cukup perbelanjaan", kata lelaki tu.
"Masa kawin dua tu isteri pertama okey ker? Boleh terima ke?", tanya ustaz tu.
"Oh... masa mula kawin tu rahsiakan tapi beberapa bulan lepas tu rahsianya terbongkar. Maka mengamuklah isteri pertama. Tapi kan ustaz... bergolaknya dalam 2-3 bulan jer, lepas tu okeylah sampai sekarang. Dengan isteri pertama anak 5 dan isteri kedua anak 1.", ceritanya.
Muka Muda
Tengok pada muka macam umur 48 jer, nampak muda. Tapi umurnya memang betul 60. Cergasnya pula mengalah orang muda.
"Bang... apa petua nampak muda dan bertenaga jer, ada apa rahsia?" tanya ustaz tu.
"Oh.. takde rahsia, biasa-biasa jer. Saya memang dari dulu tiap hari makan vitamin B dan C, tak pernah tinggal tu", ceritanya lagi.
Lepas tu dia terangkan pulak apa jenis vitamin B dan C tu, tak kedekut ilmu.
02 Februari 2016
Cerita Pasal Kawan Sekerja Dapat Nombor Ekor 180,000 (EPISOD 1)
Di sebuah pejabat, empat orang ini selalu keluar minum bersama. Salah seorang daripada 4 orang tu, namanya Man, kuat main nombor ekor. Umur dia 30-an, sudah berkahwin dan ada 2 orang anak yang masih kecil. Isteri dia memang tak tahu dia ni kuat main nombor ekor sebab dia berlakon alim kat rumah depan isteri dan anak-anak.
Beli Moto Baru
Apabila dia beli sebuah motosikal baru, lagi kuat dia main nombor ekor. Dia ikut beli nombor moto dia setiap hari sejak beli moto itu iaitu nombor 32XX. Dalam seminggu, dia beli 2 kali. Mulanya RM20 sekali beli. Lepas tu dia beli RM60 pula sekali beli nombor 32XX tu.
"Malam tadi aku mimpi nombor moto aku naik 'first prize'", kata Man kat kawan dia selepas 2 minggu beli moto dan 2 minggu beli nombor.
"Alahhh... Sudahlah ko ni Man. Ko simpan duit lagi bagus, daripada ko main nombo macam ni", tegur seorang kawan dia bernama Wan.
"Yer lah betul. Malam tadi aku mimpi moto aku diiringin ramai polis trafik masa aku nak ambil duit tu. Ni mesti nak naik betul nombor moto aku ni", kata Man.
"Hahaha..... Ko ni Man. Entah-entah moto ko tu nak kena saman sampai polis trafik pergi iring ko pergi balai, hahaha", kata Wan sambil gelak-gelakkan Man.
Dua orang kawan yang lain tu pun turut gelak dan sindir-sindir Man. Lepas tu Man cakap.
"Okey, Korang kan, kalau betul akau dapat first prize, aku belanja ko 3 orang naik kapal terbang pergi Langkawi. Siap penginapan dan duit poket seribu seorang aku kasi ko." Kata Man.
Terdiam juga kawan dia tu.
"Oh itu beres jer. Man, nanti kalau betul ko dapat nombo satu, ko jangan lupa kita orang yer", Kata seorang lagi kawan dia nama Jery.
Esok Tengok Surat Khabar
Esoknya, masuk pejabat, dia orang cari suratkhabar. Rupanya suratkhabar ada dalam bilik bos. Wan pergi mintak suratkhabar kat bos dia.
"Bos... pinjam suratkhabar kejap, nak tengok cerita sukan ni", kata Wan.
Lepas itu dia orang berkumpul 4 orang.
"Man... tak naik pun nombo ko aku tengok tadi", kata Wan.
"Yer ler, malam tadi aku dah tengok kat kedai ekor, memang tak kena. Tapi aku tak putus asa juga. Tetap aku nak beli lagi lepas ni sampai naik nombo moto aku", kata Man.
Berapa ringgit ko beli Man?", kata Wan.
"Macam biasa ler, 60 ringgit", Kata Man.
Apa Itu Ajaran Sesat 'Millah Abraham' ?
Hari ini, beberapa orang didakwa di Mahkamah Syariah di Selangor kerana kesalahan ajaran sesat Millah Abraham. Apa itu ajaran sesat Millah Abraham ini?
.
Ajaran Millah Abraham adalah salah satu daripada ajaran sesat yang menyelinap masuk di negara ini, khususnya di Negeri Selangor. Ajaran ini berasal dari Bogor, Indonesia. Pengasasnya bernama Ahmad Musaddeq yang mengaku sebagai rasul baru yang dibangkitkan membaharui ajaran dan membentuk kerajaan Islam yang sebenar.
.
Antara penyelewengan yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut:
.
1. Mendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad SAW yang membawa ajaran baru, kerana ajaran yang dibawa oleh baginda telah tamat bahkan ajaran Islam yang diamalkan sekarang ini adalah palsu. Ini bererti akan muncul umat dan rasul baru atas nama kerajaan Millah Abraham.
2. Mereka menghukum golongan yang tidak mengikut ajaran Millah Abraham sebagai golongan yang syirik dan kafir, termasuk ibu bapa mereka, bahkan ulama-ulama muktabar yang terdahulu. Justeru mereka dikehendaki bertaubat dengan berpegang kepada deen Millah Abraham berdasarkan fahaman mereka. Bagi sesiapa yang menuduh ajaran Millah Abraham sebagai sesat pula, sebenarnya mereka telah memperbodohkan diri mereka sendiri.
3. Kumpulan ini terlalu taksub hingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan dan pasangan suami isteri. Kerana taksub, seorang anak sanggup membuang ibu bapanya hanya atas alasan tidak mahu mengikut ajaran Millah Abraham. Begitu juga bagi pasangan suami isteri. Seorang isteri yang mengikut ajaran Millah Abraham wajib menuntut cerai jika suami enggan menyertainya.
4. Menggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Mereka menggunakan kitab Taurat dan Injil disamping al-Quran (terjemahan) sebagai panduan bagi menegakkan agama yang dapat menerangi kehidupan.
5. Meninggalkan solat fadhu lima waktu dan solat Jumaat kerana mereka menafikan kefardhuan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.
6. Kumpulan Millah Abraham akan mewajibkan anggotanya membuat bai’ah atau sumpah setia. Disamping itu mereka memberi amaran kepada pengikutnya jika melanggar bai’ah tersebut.
Kena Tangkap Di Pejabat Agama, Rupanya Ada 'Waran Tangkap'
Sepasang suami isteri umur 30-an, ada anak seorang, datang ke pejabat agama untuk satu urusan. Hasil semakan, pasangan suami isteri memiliki 'Waran Tangkap'. Penguatkuasa telah mengambil tindakan kepada pasangan ini. Waran Tangkap ini adalah pada tahun 2014 iaitu kerana kesalahan khakwat. Kedua-duanya gagal hadir perbicaraan kes khalwat sehingga waran tangkap dikeluarkan.
Bernikah Selepas Kena Tangkap
Lelaki dan wanita ini telah bernikah selepas ditangkap khalwat. Hasil perkahwinan, dikurniakan seorang anak dalam usia setahun. Selepas bernikah, pasangan ini tidak layan mengenai kes khalwatnya dan sengaja tak hadir ke mahkamah syariah.
Tertangkap Juga
Akhirnya pasangan ini ditangkap di pejabat agama dan terus dibawa ke mahkamah syariah. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM 1,400 setiap pasangan. Sekiranya tidak membayar denda, pasangan ini boleh dipenjara.
Sakitnya Tuh Di Sini, Bapa Taknak Jadi Wali
Seorang wanita, anak dara 20-an hendak bernikah dengan seorang lelaki 20-an. Majlis pernikahan dijangka awal bulan Mac nanti. Masalahnya sekarang, bapanya macam yer tak yer untuk jadi wali. Wanita ini bimbang, kemungkinan bapanya tidak bersetuju untuk jadi wali pada majlis pernikahannya bulan Mac nanti.
.
.
Jadi Macam Mana Nak Buat Yer?
Pertama.....Diminta wanita ini memujuk wali dan menyelesaikan beberapa masalah peribadi. Sekiranya bapa tak mahu hadir dalam majlis pernikahan, boleh menyerah wakil wali kepada Kadi sebelum tarikh pernikahan.
.
.
Kedua.....Dicadangkan pasangan ini bernikah lebih awal lagi iaitu dalam tempoh terdekat ini. Sama ada, esok lusa atau hujung minggu ni. (Tarikh awal dicadang untuk nikah saja, manakala jamuan dan persandingan pada Mac nanti)
Ketiga... Kalau bapanya tak datang pada tarikh tersebut (contohnya hujung minggu ni), harap pasangan ini bersabar.
Keempat.... Sila buat permohonan di Mahkamah Syariah segera untuk memohon bernikah secara Wali hakim.
Langgan:
Catatan (Atom)






















