Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 September 2010

Datuk Sosilawati Disorok? Sila Bebaskan Segera...

Kalau baca akhbar Berita Harian hari ni, cerita kemungkinan Sosilawati disorok di satu lokasi rahsia. Entah sumber mana yang akhbar berkenaan petik, tapi sudah pasti ada sumbernya sehingga berita ini keluar dalam akbar itu.

Utusan Malaysia pula kata, menurut sumbernya, ada seorang lagi peguam disyaki terlibat. Apa kaitannya ? Menurut polis, motifnya masih samar dan tidak menolak kemungkinan atas sebab perniagaan juga.

Pesan saya kepada orang yang terlibat.....

Kepada sesiapa yang terlibat secara lansung atau tidak lansung   dalam kes ini, sila bebaskan Sosilawati. Orang yang menculiknya tak akan dapat ke mana. Akhirnya anda akan ditangkap juga, lebih baik menyerah diri saja. Sudah tentu, kamu menonton berita tv dan membaca internet dan mengikuti perkembangan cerita ini. Sedarlah, polis tidak berdiam diri dan sedang berusaha menyesaikannya. Malah, kenyataan seorang pegawai kanan polis dalam akhbar menyatakan, yakin akan berjaya menyelesaikan kes ini.

Jangan Apa-apakan Datuk Sosilawati

Jangan buat suatu yang di luar batasan undang-undang yang lain pula. Kalau kamu buat nyawa Sosilawati terancam, kamu akan menerima padah. Hukuman gantung menanti kalau sabit kesalahan, kamu tak akan dapat lari. Jangan dera atau cederakan Sosilawati sepanjang dia berada di bawah kawalan kamu.

Bebaskan Sosilawati

Bebaskan Sosilawati segera walaupun kamu sudah buat kesalahan. Kamu mungkin akan ditangkap dan dituduh ke mahkamah kerana kesalahan menculik atau lain-lain kesalahan. Hukumannya tak sampailah hukum gantung atau penjara seumur hidup. Kalau salah tu salahlah, tapi jangan buat kesalahan yang lebih berat lagi. Kalau kamu dituduh di mahkamah pun, kamu berhak lantik peguam yang handal-handal.

Fikirkan keluarga Sosilawati terutama anak-anaknya

Esok  Hari Raya, pasti anak dan keluarganya bersedih atas kehilangan misteri ibunya. Tiga orang yang hilang bersama Sosilawati juga semuanya ada isteri dan anak-anak yang masih kecil. Mereka meratapi ketiadaan suami dan bapanya di pagi Aidilfitri. Sungguh sedih....

Orang yang terlibat ini juga pasti ada anak dan isteri. Isteri kamu pasti sedih kalau kamu hilang dan tidak bersama mereka pada pagi raya esok.

Terima Ucapan Tahniah


Hari ini saya buka sebuah blog yang mengucapkan tahniah kepada saya kerana penulisan saya bertajuk 'Hantaran 10,000'. Lihat Sini.

Terima kasih saya ucapkan.

Kalau Dari Dulu Tak Main Judi, Sekarang Saya Dah Ada Duit Sejuta..

Tadi baru lepas duduk kat kedai mamak, ditemani seorang saudara baru Islam bangsa Cina. Lama gak jumpa, dari 10.30 sampai 12.15 malam. Saja berbual-bual, cerita-cerita. Kemudian datang kawan dia, lelaki Cina dalam umur 48 tahun, bukan Islam, kawan pada saudara baru tu. Lelaki tu nampak peramah, walaupun baru hari ni kenal. Yang seronoknya ialah cerita pengalaman lelaki tu, antaranya pengalaman dia main judi.

Dia sebelum ni pernah bekerja kat luar negara, gaji jangan tanyalah, mesti besar. Sekarang dah balik negara kita walau pun kerja sini tak sebesar kat negara luar tu. Dalam berbelas tahun kat luar negara dengan gaji besar, saya tanya dia, adakah untung kerja di luar ni dan berapa banyak wang simpanannya masa dia kerja sana....

Dia jawab, gaji memang besar, tapi dia tak ada duit simpanan, dia enjoy dan main judi. Banyak judi dia masuk, antaranya nombor ekor dan judi bola sepak. Dia cakap, kalau dia tak main judi, dia duduk luar negara dengan gaji besar tu berbelas tahun, dia dah ada kumpul duit sejuta ringgit. Tapi sebab dia main judi, dia macam tak ada duit sekarang.

 Sekarang dia cuma ada sebiji rumah yang masih ada loan dan sebiji kereta nasional baru beli setahun, loan  bank juga. Wang simpanan kata dia, tak ada. Kerja cuma cukup makan untuk anak dan isteri saja. Sekarang wang semakin kecil nilainya kata dia, untuk biayai isteri yang tak kerja dan anak-anak semuanya masih sekolah.

Dia pernah menyesal sebab terlepas peluang untuk menang main nombor ekor tempat pertama. Pernah dia ikut satu nombor 4 angka, setiap kali beli RM 60 nombor tu selama 6 bulan lebih. Kemudian dia berhenti beberapa minggu sebab nombor tu tak naik-naik. Tiba-tiba nombor yang selalu dia beli tu, menang nombor satu. Dia menyesal tak sudah, kalau tak, dia dah jadi jutawan..... Pengalaman tu menyebabkan dia susah nak berhenti main judi ni.  Sampai sekarang dia masih beli nombor ekor, tapi tak pernah kena yang besar, kecil ada 2-3 kali je. Dia masih berjudi dan mengharapkan satu hari nanti dia akan berjaya jadi kaya raya.

08 September 2010

Apa Hal Ni ? Raya Awal Dua Hari, Tak Faham...Tak Faham.


Tak faham saya, bila tahu ada satu kumpulan yang beraya awal, dua hari pulak awalnya tu. Kalau awal sehari, tu biasa dengar sebelum ni. Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, Perlis.

Kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada jam 8.30 pagi ini. Ketika ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu. Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun.

67 Orang Sudah Meninggal Dunia Kerana Balik Raya Tahun Ni, 19 Hari Ni


Sebanyak 19 kes kematian akibat kemalangan jalan raya dicatat pada hari kelima Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan bilangan yang terbunuh sejak operasi itu bermula Jumaat lalu kini berjumlah 67 orang.

HATI-HATI MEMANDU BALIK RAYA.
BIAR LAMBAT, ASAL SELAMAT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Warga Pejabat Kadi Kluang

Warga pejabat Kadi Kluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tiga Remaja Ditangkap Tak Puasa dalam Pusat Snooker


Semalam penguatkuasa Agama Kluang menahan 3 orang remaja sedang hisap rokok dalam sebuah pusat snooker di Kluang. Dua lelaki ini masih bersekolah tingkatan tiga sekolah menengah di Kluang, manakala seorang lagi tidak bekerja. Kesemuanya akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang selepas ini.

07 September 2010

Masalah Rumahtangga Isteri Kedua, Saya Jawab Soalan Puan Kay Bab Nikah Siam

Saya merujuk tulisan saya terdahulu mengenai masalah rumahtangga yang dialami Puan Kay.
http://kadikluang.blogspot.com/2010/09/masalah-rumahtangga-mohon-nasihat-dari.html

"Saya adalah isteri kedua. Saya telah berkawin di sempadan Thailand pada beberapa tahun lepas . Tapi suami enggan daftar kerana dia kata dia tak ada duit nak daftar. Sebelum berkawin saya maklum yang bakal suami saya tidak mampu dari segi kewangan untuk menyara dua isteri. Jadi saya redha dia tidak beri saya nafkah dari segi wang . Saya ada perniagaan sendiri waktu itu. "
Puan Kay.

Ulasan Saya:

Nikah di negara luar seperti Siam dan Indonesia boleh mendatangkan banyak masalah. Walaupun perkara ini salah di sisi undang-undang, orang yang bernikah luar tetap ramai. Antara sebab utama ke sana adalah lelaki berpoligami. Bagaimanapun, puan sudah bernikah di sana, sesalan puan tiada gunanya lagi kerana itu pilihan puan, bukan diaksa oleh sesiapa. Maka puan kenalah daftarkan segera pernikahan tersebut.

Sekiranya puan tidak daftar di negara kita, maka mahkamah syariah kebiasaannya akan menolak permohonan sesuatu permohonan puan. Di antaranya masalah percerian, puan dikehendaki ke Siam kalau nak cerai. Begitu juga dengan tuntutan lain di mahkamah seperti nafkah, harta sepencarian dan sebagainya, mahkamah Syariah memerlukan pernikahan yang dah disahkan di negara kita. Puan tidak boleh merungut kerana itu sudah termaktub dalam undang-undang keluarga Islam di negara kita.

Untuk mendaftar perkahwinan ini mungkin jadi masalah pada puan. Puan dinasihatkan supaya menasihati suami puan supaya mendaftarkan segera sebelum masalah lain timbul. Kalau suami enggan, puan hendaklah bertindak sendiri mendaftarkannya, jangan tunggu suami kalau suami enggan. Mungkin puan tidak memiliki dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan di mahkamah. Mungkin juga dokumen ini disimpan oleh suami puan.

Antara dokumen yang perlu semasa pengesahan di mahkamah syariah adalah surat nikah Siam, pasport, surat pengesahan kedutaan dan lain-lain yang berkaitan. Sekiranya dokumen ini puan tiada, puan dinasihatkan supaya terus mendaftarkan juga walaupun rumit. Puan boleh dapatkan sendiri di Siam atau melantik peguam Syarie untuk menguruskannya. Selagi puan tidak mengesahkan pernikahan ini.

Apbila puan mendaftarkan pernikahan ini di mahkamah Syariah dan pejabat Kadi, puan boleh dituduh atas tiga kesalahan iaitu nikah luar daerah tanpa kebenaran, bersubahat poligami kerana mengetahui lelaki sudah beristeri dan lewat mendaftarkan pernikahan. Bagaimanapun, puan dinasihatkan mendaftarkan juga kerana semakin lama, semakin banyak kesusahan yang puan perlu tempuh nanti. Ada beberapa kes, sehingga suami sudah meninggal dunia, baru isteri kedua berusaha mendaftarkan perkahwinan. Ini tentu merumitkan kerana pertikaian dengan iateri pertama dalam merebut harta pusaka.

Datuk Sosilawati Beli Kerepek Sebelum Hilang ?

Pengusaha  kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dilihat membeli kerepek dan kuih di sebuah kedai di Kampung Sungai Lang, Banting di sini untuk diberikan kepada kakitangannya sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma sebelum dilaporkan hilang sejak seminggu lepas.

Menurut seorang pekerja di kedai kerepek berkenaan, Kerepek House Fazz Enterprise kira-kira dua kilometer dari pekan Banting, Sosilawati dan seorang lelaki datang ke kedai itu Khamis lepas. Pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Ina itu berkata Sosilawati datang kira-kira pukul 2 petang sebelum membeli beberapa jenis kerepek termasuk kerepek pisang, bawang, jejari bilis serta kuih dam, sanggul mak dara dan almond london.
"Dari perbualan saya dengan Datuk (Sosilawati) ada beritahu kuih itu untuk kakitangannya, saya berbual kerana sebagai pekerja saya melayan Datuk selaku pelanggan.

"Lebih-lebih lagi saya pengguna produk kecantikan yang diasaskan Datuk iaitu Nouvelle Visages," katanya yang menambah Sosilawati memakai baju warna merah jambu dan seluar jenis legging hitam ketika datang ke kedai itu.

Ina berkata dalam perbualan itu, Sosilawati hanya memaklumkan beliau ada urusan perniagaan di pekan Banting. Katanya Sosilawati dan lelaki yang dipercayai peguamnya itu beredar dari kedai berkenaan dua jam kemudian. Ahad lepas, Sosilawati dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak.

 

Perkembangan Kes Datuk Susilawati Lawiya: Kereta Dah Jumpa, Orang Entah Ke Mana

Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 di sini pukul 9.45 malam tadi.

Selepas itu polis menerima satu lagi maklumat mengatakan kereta jenis BMW M5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett di sini. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.

Rasidi Bebas Tuduhan Membunuh Di Gemencheh, Ditahan Di Penjara

Mahkamah Tinggi Seremban membebaskan Rasidi Ismail, 34, daripada tuduhan membunuh empat ahli keluarganya tetapi ditahan di Penjara Kajang hingga perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Rasidi, didakwa membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuknya, Atan Daud, 87, dan neneknya, Sufiah Katas, 80, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara jam 7 pagi dan 11 pagi 5 Januari lalu. Sebelum ini mahkamah diberitahu, menurut laporan pakar, Rasidi tidak siuman.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 40

Malam tu, Man dan Aboi niaga macam biasa. Pelanggan mereka tetap ramai seperti biasa. Dalam jam 10, Man ke kedai mamak tak jauh dari situ sebab dah janji nak jumpa ustaz Khalil. Namun, dah dekat 15 minit, ustaz Khalil tak muncul. Man sms ustaz Khalil, takut kalau-kalau ustaz Khalil terlupa. Lepas tu ustaz Khalil kata dia ada kerja dan minta maaf tak dapat jumpa malam tu.

Ustaz Khalil di pejabat  bersama penguatkuasa lain, mengatur perancangan untuk membuat serbuan mengenai kegiatan nikah sendiket. Salah seorang ahli keluarga pengantin perempuan mengadu bahawa akan ada pernikahan di sebuah rumah. Menurut pengadu, jurunikahnya tidak bertauliah dan selepas nikah akan dapat surat nikah Siam. Pengadu tu tak puashati kerana kenapa perempuan dan bapa sebagai wali boleh setuju buat perkara begitu.

Penguatkuasa dalam 15 orang sudah berkumpul di lokasi, tidak jauh dengan rumah yang diadu. Dua orang penguatkuasa berjaya menyamar sebagai jurugambar dengan bantuan pengadu dan bebas keluar masuk rumah. Perempuan itu umur 19 tahun, sudah mengandung dalam 5 bulan. Lelaki pula 26 tahun, masih bujang. Keluarga perempuan termasuk bapanya malu kerana anak perempuannya sudah ditebuk tupai sebelum nikah. Maka jalan yang diambil adalah dengan nikah Siam. Oleh kerana kos terlalu mahal nak ke Siam dan masalah lain, maka mereka cadang nak nikah sini saja. Tapi mereka dapat surat nikah Siam.

Pengantin lelaki dan perempuan dah ada kat rumah bersama dalam 20 orang ahli keluarga. Mereka sedang tunggu jurunikah sampai, tak diketahui dari mana. Tak lama kemudian, sebuah kereta sampai ke rumah dan yang keluar itu adalah 4 orang lelaki termasuk seorang imam jurunikah. Mendapat isyarat itu, ustaz Khalil dan penguatkuasa menghampiri kawasan rumah iaitu rumah teres sederhana rendah di taman itu.

Jurugambar penguatkuasa mengambil gambar jurunikah, pengantin dan sekalian yang hadir dari pelbagai sudut. Nampak gaya macam profesional, orang tengok, bayarannya pasti beratus tu. Majlis akad nikah dah nak  mula. Jurunikah bercakap dengan wali dan berbisik untuk bayaran upah nikah dulu. Bapa perempuan menghulurkan sampul surat warna coklat.

"Berapa semua ni ?" Tanya jurunikah tu.

"Seperti dijanjikan, tiga ribu" Kata bapa perempuan tu.

"Betul ni tiga ribu ?" Tanya jurunikah tu semula.

"Yer betul, boleh kira". Kata bapa perempuan.

"Okey tak apa, kita mulakan akad nikah". Kata jurunikah tu.

Jurunikah tu menghulurkan satu surat dalam sampul dan bapa perempuan buka sampul itu. Itulah dia surat nikah Siam. Sebelum nikah pun, surat nikah dah dapat dulu, lengkap dengan nama pengantin dan lain-lain.

Majlis bermula dengan bapa membaca tulisan yang disediakan jurunikah tu iaitu untuk menyerahkan wakil wali kepada jurunikah. Kemudian jurunikah baca khutbah nikah. Selepas tu, nak mulalah akad nikah. Waktu ini, dua orang penguatkuasa tu macam bersedia dan duduk sebelah jurunikah tu. Pesan ustaz Khalil tadi, kalau nak mula akad nikah saja, sila bertindak. Jurunikah belum lafaz lagi tapi cuba-cuba dulu. Bila selasai cuba-cuba dan dah nak mula, penguatkuasa menepuk bahu jurunikah dan memperkenalkan diri.

Dengan serta merta juga ustaz Khalil dan beberapa orang penguatkuasa masuk. Jurunikah ditangkap dan yang mengejutkan ustaz Khalil, jurunikah itu adalah orang yang sama yang ditemuinya beberapa hari lepas. Orang itu adalah agen nikah Siam, biasa bawa orang nikah ke Siam. Cuma kali ini, dia nikahkan orang di JB juga sebab orang tu taknak ke Siam. Turut ditemui dan dirampas adalah duit RM 3,000 dan surat nikah Siam yang sudah lengkap. Lama juga ustaz Khalil meneliti surat nikah itu. Rupanya tarikh nikah dalam surat nikah itu diawalkan 8 bulan dari tarikh hari tu. Fahamlah ustaz Khalil, mereka nak halalkan perzinaan dan menutup kes mengandung luar nikah itu. Jurunikah dibawa ke balai polis dan ditahan ke dalam lokap.

Pasangan pengantin juga ditahan atas kes nikah sendiket dan persetubuhan luar nikah sehingga mengandung. Keduanya ditahan ke dalam lokap juga. Beberapa orang termasuk wali, saksi dan tuan rumah turut dibawa ke balai polis tetapi diberi jaminan selepas itu, tidak dilokapkan. Tuan rumah itu sebenarnya adalah bapa saudara kepada perempuan bukannya rumah perempuan. Majlis diadakah disitu bertujuan untuk merahsiakan majlis itu. Bagaimanapun, akhirnya mereka tumpas juga ditangan penguatkuasa.

Semua yang ada dalam majlis itu diambil pengenalan diri dan diarahkan hadir ke pejabat untuk membantu siasatan kes. Seorang lelaki tidak membawa kad pengenalan dan ustaz Khalil menengking orang itu.

"Apa lah kad pengenalan tak ada!". Tengking ustaz Khalil.

Lelaki itu terdiam tak kata apa-apa. Orang lain tengok macam pucat. Rupanya lelaki itulah pengadu dalam kes ini. Ustaz Khalil saja menengking orang itu sebagai lakonan saja, supaya orang lain tak syak yang dia tu pengadu dalam kes ni. Bukan setakat orang lain tak tahu dia pengadu, penguatkuasa pun tak syak siapa pengadu. Selepas tu, di luar ustaz Khalil meminta maaf pada orang tu dan jelaskan, dia tengking sebab nak melindungi pengadu. Lelaki itu tersenyum saja.

Dalam kereta, ustaz Khalil yang satu kereta dengan Razali berbual mengenai kes itu.

"Puashati saya malam ni. Orang yang kita cari tu dah kena tangkap. Tak sangka juga dia jurunikahnya". Kata ustaz Khalil.

"Yer le tuan. Dia guna banyak nama kejap nama tu, kejap nama ni. Nombor telefon pun dia tukar-tukar tapi orang yang sama juga. Saya pun tak sangka dia yang kena tangkap tu" Kata Razali.

"Yer..tapi saya rasa yang buat kerja ni bukan dia seorang. Kalau dia seorang, takkanlah ramai yang boleh pegi nikah Siam dan Indon. Masalahnya orang kita tak mahu buat aduan dan anggap orang macam ni sebagai tempat minta tolong." Kata Ustaz Khalil.

Dua hari kemudian, kes itu dapat liputan meluas dalam akhbar harian mengenai kejayaan penguatkuasa membenteras sendiket pernikahan itu. Pagi tu, Man baca akhbar dan nampak muka ustaz Khalil  bersama penguatkuasa lain. Man minat baca cerita tu dan ada kaitan ceritanya pada ustaz Khalil sebelum ni. Man terus sms ustaz Khalil untuk tahu cerita lanjut.

"Ustaz, tahniah berjaya tangkap jurunikah sendiket". Sms Man.

"Terima kasih. Malam ni saya telefon, kalau ada masa boleh jumpa". Sms Khalil.

Malam tu mereka jumpa di kedai mamak Osman, tempat biasa dalam pukul 11. Ustaz Khalil cerita kes itu dan memberitahu yang ditangkap itu adalah orang yang sama yang Man telefon sebelum ini. Man terkejut dan seakan tak percaya.

"Yer ke ustaz ? Macammana ustaz tahu tu orang yang sama ?". Tanya Man.

"Man, saya dah telefon orang tu lepas Man kasi nombor telefon hari tu. Orang saya dah jumpa orang ni kat restoran Osman ni dan berbincang. Biasalah, orang saya menyamar buat-buat nak pergi nikah Siam" Kata Khalil.

"Oh yer ke ustaz. Ustaz tak beritahu saya pun sebelum ni" Kata Man.

"Man... kerja macam saya ni tak boleh sebarang-sebarang cerita. Kes belum selesai kita tak boleh cerita, nanti bimbang mengganggu siasatan. Hari ni dah bolehlah cerita, kes pun dah selesai. Dah masuk akhbar pun, biar jadi pengajaran pada semua". Kata Khalil.

"Betul ustaz. Lepas baca akhbar tadi, macam nak gugur jantung saya. Yer le, nasib baik saya tak terlibat. Kalau tak, kena tangkap masuk surat khabar malu orang kampung tengok." Kata Man.

"Itu satu Man. Saya rasa mungkin ada orang lain lagi yang buat kerja macam ni, jadi broker nikah Siam. Orang yang kena tangkap ni pun, lepas ni dia bukan serik juga. Takmustahil lepas ni dia buat kerja ni lagi. Semua duit punya pasal, kerja macam ni lumayan". Kata Khalil.

"Betul ustaz. Yang penting orang kita juga, masalahnya orang kita juga nak cari cara macam ni. Kalau agen saja bergerak, kalau orang kita taknak ikut, tak akan jadi" Kata Man.

"Yer.. tengok penguatkuasa nak benteras satu kes macam ni, bukan kerja mudah. Saya dah beberapa lama melayan kes ni, barulah dapat tangkap" Kata Khalil.

Topik perbualan mereka banyak pasal nikah sendiket tu. Kemudian Man lari topik lain pasal cerita dirinya dan keluarganya.

"Ustaz, hari tu mak, ayah dan adik Man datang rumah. Berlaku sedikit lagi pertengkaran". Man

"Pertengkaran ? Janganlah bertengkar lagi Man. Hormatlah mak ayah". Khalil.

"Bukan ustaz, Man tak bertengkar tapi adik Man, Syira bertengkar dengan mak ayah pulak. Syira membela Yanti dan Syira kalau boleh mahukan Man teruskan perhubungan dengan Yanti". Kata Man.

"Masalahnya sekarang, hidup Man semakin serba salah. Man sebenarnya nak bersendirian, tak mahu tekanan. Syira tu tahun ni STPM, Man tak mahu dia rasa kecewa dengan Man sehingga boleh menjejaskan pelajaran dia". Kata Man lagi.

"Apa yang patut saya buat ustaz ? Man semakin buntu sekarang". Kata Man.

"Rilek Man.. Saya rasa Man perlu elakkan pertengkaran dengan keluarga pasal Yanti ni. Saya rasa, perbincangan biasa pun boleh jadi pertengkaran nanti. Tunggulah lepas-lepas STPM nanti. Betul juga, nanti pelajarannya boleh terjejas" Khalil.

'Okey ustaz... pasal Yanti, patutkan Man hubungi Yanti buat masa ni ?" Tanya Man.

Khalil terdiam seolah-olah sedang memikirkan sesuatu, kemudian menjawab dengan serba salah dan tak berapa yakin.

"Entahlah Man. Man rasa macammana ?" Kata Khalil.

"Man..Man rasa taknak telefon. Nanti menambah serabut lagi. " Kata Man.

"Okey, kalau itu yang baik untuk Man, elok Man berdiam diri dulu sekarang". Kata Khalil.

"Ustaz...." Kata Man. Kemudian Man terdiam dan tunduk. Khalil seakan hairan dengan Man.

"Yer Man, kenapa ?" Tanya Khalil nakkah jawapan Man.

"Ustaz.. Man dah ada keputusan sekarang ni mengenai hubungan Man dengan Yanti. Man dah fikir banyak hari. Walaupun berat, Man perlu buat keputusan sekarang. Man..." Kata Man.

Man kemudian menutup mukanya dengan tangan. Air matanya mengalir. Khalil diam saja, mengetahui betapa sedih dan beratnya untuk Man meneruskan kata-kata. Khalil tetap hairan, kenapa Man jadi begitu.

"Keputusan apa Man.. ceritalah kalau Man tak keberatan". Kata Khalil.

"ustaz. Man mahu ustaz rahsiakan dari sesiapa. Man percaya, ustaz seorang yang boleh memegang rahsia ini". Kata Man. Man terdiam dan terus menangis lagi, kali ini semakin deras air matanya mengalir.

"Man...Man nak putuskan hubungan dengan Yanti". Kata Man ringkas.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 41


Nak Bersedekah ? Hati-hati

Pagi tadi saya ke CIMB Bank Kluang. Masa keluar dari bank tu, saya nampak seorang lelaki pungut derma, dia pun pandang saya. Lelaki tu saya kenal, sebelum ini pernah saya beri teguran. Saya perhatikan dari jauh, lebih kurang 5 minit, ada beberpa orang Islam yang baru keluar dari bank beri derma pada dia.

Saya hubungi penguatkuasa Agama supaya datang dan tangkap lelaki itu dan saya tunggu di sini untuk tangkap bersama. Dalam 2-3 minit kemudian lelaki ini berkemas dan pergi dari situ, mungkin secara kebetulan atau dia cam saya dari jauh, saya tak pasti. Kebetulan sebelum itu, saya memang lalu depan dia masa keluar bank, mungkin dia perasan saya tadi. Saya hubungi penguatkuasa semula, katakan lelaki tu dah tiada.

Saya nak nasihatkan kepada orang Islam yang nak bersedekah, bersedekah itu digalakkan terutama dalam bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba ini. Tapi kenalah kena dengan tempatnya agar sedekah  kita sampai kepada matlamatnya. Lelaki ini pungut derma atas nama anak yatim, sangat meragukan. Sebelum ni saya pernah dedahkan kegiatan lelaki ni yang pungut derma depan Maybank Kluang. Klik ..sini

Kalau nak derma, carilah orang susah, fakir, miskin atau anak yatim kat kampung tu. Terus sedekah pada dia atau dermalah kat tabung masjid. Itu lebih boleh dipercayai dari derma kat orang ni.

06 September 2010

Kehilangan Jutawan Kosmetik, Datuk Susilawati Masih Jadi Tandatanya

Kehilangan Datuk Susilawati bersama peguamnya, pegawai bank dan pemandunya masih menjadi tandatanya. Pelbagai spekulasi dibuat selepas berita ini tersebar melalui tv dan akhbar hari ini. Adakah ada unsur jenayah atau kemalangan ?

 Setakat petang ini, belum ada berita terbaru di media mengenai kehilangan ini...

Sampaikan Bantuan Kuih Raya dan Duit Raya di Hospital Kluang

Tadi baru selesai sampaikan bantuan duit raya dan kuih raya di Hospital Kluang. Penyampaian diketuai oleh Haji Abdul Karim bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Kluang. Semoga dapat mengembirakan sedikit kepada mereka yang terpaksa berhari raya di hospital tahun ni.

Turut hadir ialah Dr Azizah binti Riduan, Pengarah Hospital Kluang dan Ustaz Yusree bin Ikhsan, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan, Jabatan Agama Johor.


Nikah Dah 20 Tahun, Tapi Tak Ada Surat Nikah

Ada seorang lelaki datang jumpa saya, kata ada masalah besar. Dia berkahwin kira-kira 20 tahun dulu di rumah  pengantin perempuan, berwalikan bapa. Masa kawin tu dapat surat nikah, dia anggap surat nikah tu betul. Ramai orang cerita-cerita, kononnya jurunikah yang dia bernikah tu tak ada tauliah iaitu jurunikah sendiket. Dia waktu tu tak berapa kisah sangat dengan cerita-cerita macam tu.

Beberapa tahun lepas nikah, surat nikah dia hilang, dia pegi ke pejabat Agama untuk mintak salinan. Rupanya memang tiada dalam rekod, dia mendakwa dia tak tahu itu nikah sendiket dan tiada pendaftaran dibuat.

Bila datang jumpa saya, saya cadangkan dia ke Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan pernikahan tersebut. Saya juga meminta dia menyediakan saksi-saksi termasuk wali pernikahan tersebut. Saya diberitahu, ramai saksi dah meninggal dunia. Saya minta dia segerakan ke mahkamah dan biarlah mahkamah menentukan status perkahwinan itu.

Dia sudah mempunyai 5 anak yang sudah sekolah menengah dan rendah. Jadi, dengan dia tak ada surat nikah, satu masalah yang besar padannya. Saya katakan pada dia, kalau lagi lambat uruskan perkara ini, nanti semakin sukar. Ini termasuk kalau anak masuk ke universiti dan anak perempuan  berkahwin nanti.

Keluarga Buat Laporan Polis, Kehilangan Seorang Pengasas Kecantikan, Sosilawati

Pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak seminggu yang lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis yang menerima mendapat laporan Sosilawati tidak pulang ke rumah akan menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kehilangan jutawan itu, yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Nash.

Difahamkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya yang beliau mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini (Ahad)

05 September 2010

Kemalangan Maut di Labis, Hati-hati Balik Raya.

Empat sekeluarga maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 150.7, Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran Sungai Karas, Labis, Segamat, Johor, 5 Sept 2010.

Nak Puasa Ramadhan Dua Bulan ?


Tadi saya hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Badan Kebajikan Saudara Kita (BKSK) Kluang. Dapatlah beramah mesra dengan ramai saudara baru. Ada beberapa orang saudara baru yang baru kali pertama berpuasa tahun ini. Ada seorang lelaki berbangsa Cina baru masuk Islam kira-kira tujuh bulan lalu satu keluarga termasuk isteri dan anak-anaknya. Dia hadir ke majlis itu bersama anaknya yang masih sekolah rendah.

Bila saya tanya bagaimana pengalaman berpuasa kali pertama ini, dia jawab sangat menyeronokkan dan dia berpuasa penuh, tidak tinggal puasa walau sehari. Setiap malam juga, dia dan anaknya bertarawih di bangunan badan kebajikan itu. yang menariknya, dia tanya saya satu soalan.

"Ustaz, boleh ker kalau saya nak sambung lagi berpuasa, kalau boleh dua bulan berturut-turut ?" Tanya lelaki tu pada saya.

Saya tersenyum, dalam hati saya nampak dia ni seronok dan merasa nikmat berpuasa. Kemudian, seorang saudara baru yang dah lama masuk Islam, menyampuk dan beritahu dia.

"Kita puasa Ramadhan ni sebulan saja. Lepas ni kita raya, tak boleh puasa masa hari raya. Lepas tu kita boleh puasa semula, buat puasa sunat. Boleh puasa enam hari selepas raya". Kata lelaki yang dah lama Islam itu.


04 September 2010

Petua Nak Tinggalkan Kereta Kat Rumah Sempena Raya (Episod 12)


Ramai orang sekarang ada lebih dari satu kereta, atau satu suami satu lagi isteri punya. Cuti raya yang panjang ni, nak tinggalkan kereta kat rumah tu kena ada cara.  Kalau dibiarkan lebih dari 3 hari tak start enjin, nanti bateri boleh lemah. Nanti balik rumah semula, kereta tak boleh start pulak. Jadi macam mana ?

Cabut Kabel

Kena cabut satu dari 2 kabel yang lekat pada kepala bateri tu. Cabut satu saja, tak payahlah sampai dua sekali. Yang senang, cabut yang 'negatif' sebab tak banyak wayer kat situ. Senang jer, pakai spanar yg saiz skru tu atau spanar bunga. Buat sendiri jer. Kalau dah cabut tu, tinggal lama pun tak apa 2-3 bulan pun boleh.

Jadi tak payahlah suruh jiran sebelah tolong startkan.  Nanti bimbang masalah lain pulak timbul. Mana ler tahu, dia pergi bawak kereta kita pergi jalan-jalan pulak. Bukan nak suruh sangka buruk, tapi berhati-hati.

Banyak Mahal Harga Bateri Sekarang


Nak mengata sikit ni, bukan mengumpat....Bateri sekarang mahal harga, biasa naik harga jer, turun jarang sekali. Kalau kereta Proton atau Honda sekitar RM 135 kalau jenis NS 60.  Kalau Peugeot, bateri dia banyak mahal woo, saya dapat dalam RM 240 satu, murah lagi dah tak jumpa. Nak beli bateri jangan kat bengkel atau kedai aksesori, harganya boleh sampai RM 200 untuk Honda dan RM 35O untuk Peugeot, banyak rugilah itu macam.

Kat Mana Nak BeliBateri Murah ?

Belilah kat kedai alat ganti kereta atau kedai bateri. Bateri lama pulak jangan buang, kedai ambil RM 10 setiap bateri lama. Kalau hantar kat barang lusuh, boleh sampai RM 20, ikut berat. Yang senangnya, masa beli bateri, terus tolak bateri lama. Pasang sendiri jer, bukan susah. Kalau di kedai, dia ambil upah sampai RM 20 untuk pasang bateri. Beli spanar pun tak sampai harga tu. Sebab tulah rumah saya banyak spanar, ada masa terluang tu, boleh juga repair kereta sikit-sikit. Bukan buat benda yang berat ler, kecil-kecil jer.

Cerita Kereta Episod 13, klik sini

Modal Cuma RM 200, Nanti Dapat RM 7,000, Jom Jadi Jutawan ?


"Salam Sahabat. Saya ada potensi bisnes untuk dikongsi bersama. Insyaallah.... modal kecil je... dalam RM 200 tapi cukup mudah untuk balik modal dan kaut untung berlipat ganda...paling-paling pun RM 7,000 sebulan.
Bisnes ni hakmilik Bumiputra 100 persen, bukan MLM tapi dah meluas sampai 14 negara termasuk US. Ada kesinambungan dengan facebook dan e-bay. Ayuh sama-sama mengorak langkah bersama penyanyi ABC dan XYZ (dia tulis 2 penyanyi terkenal).

Beri peluang pada diri anda dan hubungi saya untuk keterangan lanjut. Bukan paksaan hanya sekadar ingin berkongsi. TQ."

Ulasan Saya:

Saya dapat sms di atas melalui telefon saya semalam. Siapalah yang hantar ini, tak kenal saya. Niaga apa ni ? Sistem piramit ker ? Sudah-sudahlah orang Melayu kena tipu, nak jadi jutawan punya pasal, akhirnya kayap.

Sekarang banyak skim cepat kaya berlindung di sebalik benda-benda lain termasuk perniagaan yang tak tahu statusnya. Kalau betullah perniagaan tu, sms saja nama syarikat dia, boleh kita kaji. Ni nak suruh telefon dia, apa dia nak ?

SUDAHKAH KITA MEMBAYAR ZAKAT ?

Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi. Sudahkah kita menunaikan zakat fitrah? Dalam Islam, menurut hadis yang sahih, ibadat puasa kita tergantung kalau kita tidak menunaikan zakat fitrah.

Rakat fitrah ramai yang tahu, tapi bagaimana pula dengan zakat harta ? Adakah kita tergolong daripada orang yang layak membayar zakat ? Kalau yer, silalah sempurnakan zakat kita.

Kunjungilah pejabat Kadi di setiap daerah di negeri Johor yang dibuka setiap hari, 7 hari seminggu termasuk hari Ahad. Pertanyaan dan pembayaran boleh dibuat di sana.

Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri


Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita.

Zakat harta di Malaysia

Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:
1. Zakat pendapatan
2. Zakat wang simpanan
3. Zakat saham / pelaburan
4. Zakat emas dan perak
5. Zakat perniagaan
6. Zakat binatang ternakan
7. Zakat hasil pertanian
8. Zakat hasil laut
9. Zakat rikaz dan ma'din
10. dan lain-lain.

Minyak Sapi 'Pure Ghee' Halal Diragui


Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.

Sila Baca Lanjut di Berita Harian

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 39

Yanti pagi Ahad tu tak ke mana-mana, cuma basuh baju dan kemas rumah. Dia tak balik ke rumah ibu bapanya. Memang dia jarang balik, adalah dua tiga kali jer, itu pun tak tidur. Sejak dia berkrisis dengan keluarga dan adik beradik, sikap Yanti berubah dari seorang yang ceria kepada pendiam dengan keluarganya.

Nani ajak Yanti pergi ke Komplek Pertama, Kuala Lumpur, nak beli-beli persiapan terakhir perkahwinan Nani yang tinggal tak sampai sebulan lagi. Yanti setuju nak pegi sama. Sedang Yanti bersiap, Badrol telefon Yanti, ajak keluar jalan-jalan. Badrol ajak Yanti ke PWTC, ada pameran kereta antarabangsa di situ. Yanti bab kereta ni minat juga, sesuai dengan jiwa lincahnya. Yanti ajak Nani ke PWTC sama dan Nani setuju. Jadi, mereka nak ke PWTC dulu lepas tu barulah ke Pertama.

Yanti dan Nani jumpa Badrol yang seorang diri di PWTC. Badrol belanja bayarkan tiket masuk ke pameran tu yang mahal juga tapi Yanti tak ingat berapa harga sebab Badrol yang belanja. Mereka jalan bertiga di dalam pameran tu, mereka bertiga nampak ceria. Banyak kereta model baru dari luar yang belum ada di pasaran negara kita turut dipamerkan.

Keluar dari pameran tu, mereka minum di kedai makanan segera di situ. Lama juga mereka makan sambil berbual-bual. Sementara itu, bila makanan Nani habis, Nani mintak izin untuk berjalan sebentar untuk tengok-tengok barang yang di jual di situ dan meninggalkan Yanti dan Badrol berdua saja di situ. Dalam hati Nani, ada juga perasaan nak meninggalkan  insan itu berdua, dia tak mahu kacau daun sangat..... Yanti dan Badrol nampak intim, berbual dan kekadang diselangi dengan gelak ketawa. Perbualan mereka tertumpu pada kertas gambar kereta yang banyak didapati dari dalam pameran tadi.

Sedang mereka seronok berbual, tiba-tiba ada seorang perempuan menegur Yanti dari belakang. Yanti terkejut juga. Rupanya yang tegur itu adalah kakaknya Azizah dan bersama Azizah adalah suaminya dan dua orang anak dalam sekolah rendah. Yanti terkejut, sebab waktu itu sedang asyik bercerita dan bergelak ketawa dengan Badrol. Badrol juga terkejut bercampur takut. Ditambah pula, Badrol lihat muka kakak Yanti tu macam serius saja pada mulanya. Tapi kemudian Azizah tersenyum pula.

"Yanti.. tengok pameran ker ? Kakak baru sampai nak tengok pameran gak " Kata Azizah.

"Yer kakak, kami dah masuk tadi, dari pagi lagi. Seronok kak, banyak model baru, yang tak pernah tengok pun banyak. Erggg kak, kami bertiga sebenarnya, tadi ada Nani. Tapi entah, tadi dia kata nak tengok-tengok barang kejap". Kata Yanti.

Azizah, suami dan anak-anak turut makan di meja sebelah. Sempat juga Azizah dan suaminya kenal-kenal dengan Badrol. Rupanya rumah Badrol dan Azizah tak berapa jauh, yang sama di Shah Alam. Tak lama kemudian, Nani datang semula, ada juga beli tudung tadi. Yanti nampak ceria berbual dengan kakaknya, macam tak ada perselisihan. Yanti nak cover supaya Badrol tak tahu dia ada krisis. Pada Nani, Yanti tak kisah sangat, banyak rahsia Yanti beritahu pada Nani.

Selesai makan dan berbual dalam sejam, Badrol minta diri nak balik dulu dan meninggalkan yang lain di situ.

"Kakak, abang, saya nak balik dulu. Ada hal lain lepas ni" Kata Badrol.

"Aik, tadi datang sendiri ker bertiga ?" Tanya Azizah.

"Naik kereta seorang kak".  Kata Badrol.

"Badrol. Mintaklah nombor telefon, nanti boleh le jumpa kat Shah Alam ker, jiran rupanya". Kata Azizah.

Yanti macam terkejut bila Azizah mintak no tel. Tapi Badrol kasi saja. Badrol pun balik. Kemudian Yanti dan Nani pula ke Pertama teman Nani beli pakaian di situ. Tak lama lepas tu, Yanti terima sms dari Badrol. begini bunyinya.

"Aduhhhh...Rasa nak gugur jantung jumpa kakak u tadi. Nasib baik ler kakak u ok jer". Sms Badrol.

Tergelak Yanti membacanya sehingga disedari Nani.

"Kenapa ketawa sampai macam tu Yanti ?" Tanya Nani macam pelik juga.

"Haha.. kau tengoklah mamat ni, jumpa kakak aku pun dah gabra habis. Belum jumpa bapak dan abang aku lagi. hehehe". Kata Yanti.

"Yer le, mana tak gabranyer, dia ingatkan kakak Yanti nak serang dia. Marah-marah depan orang ramai, bawak keluar anak dara orang tak beritahu". Kata Nani semacam bergurau.

Di Angsana JB, Syira dan Nizar seronok beli buku berdua. Mak dan ayahnya pergi ke tingkat lain, cari barang lain. Habis semua mata pelajaran dia beli, harga dapat diskaun 10 peratus bila Syira buat kad dengan bayar RM 5. Semua sekali beli buku dalam RM 250.00, ok ler tu, tadi Man kasi RM 400 untuk berdua. Dalam hati Syira dan Nizar, banyak-banyak terima kasih pada abang Man. Petang tu mereka terus balik kampung dan sampai sebelum Maghrib.

Malamnya, Syira telefon Man, untuk ucap terima kasih dan nak beritahu dah sampai kampung.

"Abang Man, tadi buku dah beli. Seronoknya, semua sekali ada. Lepas ni tak payah beli lagi". Kata Syira.

"Okey. Cukup  ker semua duit tu ?". Kata Man.

"Cukup sangat, Syira dan Nizar cuma RM 250 saja". Kata Syira.

"Tak apa, yang lebih tu simpan buat belanja sekolah". Kata Man.

Selain itu, Syira nak beritahu sesuatu pada abangnya yang dari tadi dia nak beritahu. Syira nak minta maaf atas apa yang berlaku siang tadi.

"Abang Man, Syira minta maaf kalau Syira salah siang tadi. Syira tak sepatutnya cakap begitu. Syira gagal kawal perasaan siang tadi, maafkan Syira abang Man". Kata Syira.

Man terdiam seketika, kemudian Man jawab.

"Tak apa, abang tak apa. Abang tak terasa hati pun".

"Abang, maafkan Syira sebab sebut nama Kak Yanti, dia seorang yang baik. Kenapa mak dan abah marah bila Syira sebut nama seorang yang baik dan boleh menjadi contoh dalam hidup Syira ?". Kata Syira.

Man terus terdiam, dia mula sebak.

"Abang, kenapa abang menjauhkan diri dengan kak Yanti ? Adakah abang sudah terpengaruh dengan kata-kata mak dan abah ? Lupakah abang, kak Yanti sanggup bercuti, sewa hotel dan jenguk abang hari-hari di hospital dulu... Waktu Syira dan adik-adik dalam kesedihan beberapa hari itu, kak Yantilah yang berikan semangat supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian itu. Abang Man... sedara mara kita pun tak seperti kak Yanti, sanggup tunggu abang Man beberapa hari. Kenapa abang Man lupa semua ini, kenapa ?" Kata Syira.

"Syira, abang Man tahu semua ni. Tapi, abang Man kena fikir banyak benda dulu, banyak benda yang kena fikir". Kata Man.

Man cepat tamatkan perbualan dengan Syira. Dalam hati Man, Syira masih muda remaja, fikiran dan pergaulannya belum matang lagi. Tapi, bagaimanapun, katakata Syira tadi tetap menyentap ke lubuk hati Man. Apa yang dikatakan oleh Syira tadi ada juga banyak betulnya. Pertama, adakah wajar Man nenelefon Yanti ? Sudah lama, dah nak masuk 3 bulan tak telefon. Kalau dulu setiap hari, malah sehari sampai 5-6 kali, sampai 20-30 kali telefon sehari pun ada.

Man nak jumpa ustaz Khalil lagi malam ni. Man nak cerita peristiwa yang belaku siang tadi masa mak ayahnya datang. Dan soalan yang nak tanya ustaz Khalil, adakah Man perlu telefon Yanti ? Semalam ustaz Khalil kata "terpulanglah", hari ini mungkin jawapannya lain. Tapi kalau malam ni jumpa ustaz Khalil, sudah 3 hari berturut, kan ustaz Khalil sibuk tugas penguatkuasa, mungkin banyak operasi. Bila Man sms, ustaz Khalil boleh jumpa di kedai mamak tempat biasa jam 10.00 malam ni. Man gembira. Apa perbualan mereka hari ni ?

....BERSAMBUNG KE EPISOD 40
http://kadikluang.blogspot.com/2010/09/sudah-nasibku-mat-burger-episod-40.html

03 September 2010

Dua Tahun Bercerai, Akhirnya Nikah Semula

Seorang lelaki, bercerai dengan bekas isterinya, talak satu, dua tahun lalu. Hari ini bernikah semula dengan bekas isterinya itu. Suami umur 42 tahun, isteri 33 tahun. Anak ada 5 orang, paling besar 17 tahun, yang kecil 5 tahun. Masa tempoh bercerai tu, anak kadang-kadang duduk rumah mak, kadang-kadang duduk rumah ayah dia.
SEMOGA JODOH BERKEKALAN..

Masalah Rumahtangga : Nasib Isteri Kedua, Mohon Nasihat Dari Pembaca


"Saya adalah isteri kedua. Saya telah berkawin di sempadan Thailand pada beberapa tahun lepas . Tapi suami enggan daftar kerana dia kata dia tak ada duit nak daftar. Sebelum berkawin saya maklum yang bakal suami saya tidak mampu dari segi kewangan untuk menyara dua isteri. Jadi saya redha dia tidak beri saya nafkah dari segi wang . Saya ada perniagaan sendiri waktu itu.

Saya ada meminta suami membuat pinjaman bank dan saya janji membayarnya semula. Malangnya saya gagal untuk membayar balik wang itu pada masa yang telah saya janjikan. Suami saya kemudian menuntut saya membayar dalam jumlah seratus ribu.

Saya sekarang tak ada pendapatan tetap, perniagaan saya jatuh . Saya hidup sekarang cuma menumpang makan dari nafkah yang diberi oleh bekas suami saya kerana saya sekarang menjaga anak2 dari suami pertama. Suami sudah semakin jarang pulang ke rumah saya.

Pada tahun ni, saya minta dia jangan balik lagi jumpa saya, kerana rumah yang saya duduk sekarang sewanya di bayar oleh bekas suami saya . Dia jadikan ini sebagai isu yang saya isteri yang nusyuz dan kata saya tak layak terima nafkah walhal dari awal perkawinan dia tak pernah bagi saya nafkah.

Dia sekarang ni hanya suami pada nama sahaja. Adakah saya masih perlu pada redhanya?  Saya sebenarnya telah minta dia lepaskan saya. Tapi dia kata, selagi saya tak jelaskan hutang itu, dia tak akan lepaskan saya.

Tolong saya........ saya pening dan binggung, terutama bila dia kata saya tak akan masuk syurga kerana dia tak redha dengan saya kerana redha Allah s.w.t adalah bersama redha suami.
Akhirnya saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca masalaah saya . Saya harap  dapat memberi saya pencerahan dari kemelut saya ini ."
...Puan Kay.
Ulasan Saya :
Saya menerima email ini. Kepada pembaca yang ingin membantu memberikan nasihat, dialu-alukan. Insyaallah, saya akan beri sedikit ulasan nanti.

02 September 2010

Kereta Baru Ganti Waja ?


Yer ke ni kereta baru keluaran proton yang bakal menggantikan Waja ?

Kalau betullah, bentuk sebiji macam Mitsubishi Lanser Evo.  Sekarang ni harga mahal sangat, kawan saya ada pakai, beli dalam 100,000. Kalau keluaran proton, harap-harap janganlah tinggi sangat harga. Pada saya, tak kisahlah kalau kereta nasional tiru bulat-bulat kereta luar. Dulu proton Saga, Satria, Wira, Perdana pun tiru macam ni juga, berjaya juga. Yang Proton Juara tu, konon nak buatan tempatan sangat, terus tak laku.

Lagi satu, jangan bentuk saja Mitsubishi Evo, enjin kena power macam Evo jugalah. Semalam saya nampak kereta polis kat sini pakai kereta ni, nampak macam hebat jer. Yang paling penting kuasa pecutan dia.


Penulis Blog Hasan Skodeng Didakwa di Mahkamah

Seorang penulis blog, umur 36 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen bersifat palsu pada Mac lalu.

Beliau yang menggunakan nama Hassan Skodeng di laman web didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Beliau yang juga adalah editor eksekutif sebuah akhbar bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu memuat-naikkan artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini. Tindakannya itu menyaksikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat aduan rasmi kepada SKMM pada 2 April lalu.

Mahkamah Syariah: Roslin, Norhayati sah cerai talak satu


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, mengesahkan perceraian talak satu pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan pasangannya Norhayati Othman, pada 7 Ogos lalu. Hakim Syarie Mahyudin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan Norhayati, 38, yang juga Pengarah Pemasaran dan Promosi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dan Roslin, 35, dalam perbicaraan ringkas bulan lalu.

Ulasan Saya :

Oleh kerana perceraian talak satu, Roslin boleh rujuk kembali perkahwinannya pada bila-bila masa sekiranya beliau mahu. Rujuk adalah hak suami yang tidak boleh dipertikaikan. Rujuk ini tidak semestinya memerlukan izin dari isteri terlebih dahulu.

Dalam tempoh perceraian ini, nafkah tetap perlu diselesaikan oleh suami terutama nafkah tempat tinggal. Adalah lebih baik suami yang keluar rumah, bukannya isteri yang perlu keluar rumah dalam tempoh edah ini. Di dalam tempoh edah tersebut, perempuan tidak boleh berkahwin dengan orang lain. Mengikut prosedur juga, lelaki tidak boleh berkahwin dalam tempoh edah isterinya itu. Kalau mahu berkahwinan, perlu mendapat kebenaran mahkamah untuk berpoligami.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 38

Jam dah menunjukkan jam dua lebih. Man minta diri untuk bantu Aboi tutup gerai. Hari tu, malam minggu, gerai tutup agak lewat sikit.

"Ustaz, nanti bila-bila senang kita jumpa lagi. Seronok berbual lama dengan ustaz". Kata Man.

"Okey Man. Sebelum tu Man, kalau ada lagi orang yang ajak nikah Siam tu telefon, sila beritahu saya segera". Kata Khalil.

"Okey ustaz" Kata Man.

Ustaz Khalil terus balik rumah, Man pula lepas kemas gerai terus balik rumah juga. Man tidur dengan nyenyaknya malam tu, cuaca sejuk, ada sikit-sikit hujan. Lepas subuh Man tidur semula. Dalam jam 10 pagi, Man terkejut, seperti ada beberapa orang memberi salam sambil mengetuk besi pagar dengan mangga. Man terus keluar dan terkejut, yang datang itu adalah mak, ayah dan adik-adik Man, Syira dan Nizar, adik-adik lain tak ikut. Man ambil kunci pintu pagar dan buka pintu.  Mereka datang satu kereta toyota SE, adik lain tumpang rumah makcik kejap.

"Mak, kenapa datang tak telefon dulu ?" Kata Man.

"Tak apa Man, mak taknak susahkan Man". Jawab mak Man ringkas.

Man bersalaman dengan semua. Dalam hati mak Man cukup gembira kerana Man seolah-olah tidak simpan dendam terutama kepada ayah Man.

"Mak, abah, jemput masuk. Maaf, tak sempat kemas rumah" Kata Man.

"Tak apa Man, kami datang ni nak tengok-tengok kau. Sihat ke tidak. Janganlah kerja sampai jauh malam sangat. Kau ni belum sihat sangat-sangat". Kata mak Man.

"Alhamdulillah mak, dah beransur sihat. Man tak kerja keras macam dulu. Aboi banyak bantu kerja Man. Man kalau rasa penat, Man balik rumah, biar Aboi yang uruskan". Kata Man.

Kehadiran keluarga Man ke rumahnya menyedihkan Man juga. Man rasa bersalah kerana balik ke JB dari kampung dulu seolah-olah macam melarikan diri. Lepas tu Man seolah merajuk dan tak ada telefon keluarga di kampung lagi. Hari ini seolah-olah Man sudah memaafkan semuanya, Man sudah tidak berasa hati lagi dengan keluarganya.

"Syira dan Nizar, macam mana belajar ? Dah tinggal sebulan lagi ni nak periksa STPM dan SPM ni" Kata Man pada adiknya.

"Yer abang Man, ingat Syira datang JB ni, nak ke Angsana, nak pergi Badan Cemerlang, sana banyak buku rujukan dan soalan ramalan periksa.". Kata Syira.

"Yer, lepas ni boleh le kita sama-sama pergi Angsana. Man dah lama sangat tak pergi sana walaupun dekat. Betul sana banyak buku. Syira dan Nizar pilihlah buku, nanti semua abang Man bayarkan". Kata Man.

"Terima kasih Abang Man". Jawab Syira sambil tersenyum memandang adiknya Nizar.

"Syira, Nizar, beritahulah abang Man, periksa percubaan baru ni dapat berapa. Abang Man kan belum tahu lagi." Kata mak Man.

"Oh yer, periksa percubaan baru ni macammana Syira dan Nizar ?" Tanya Man.

Mulanya Man hampir terkedu juga sebab dia sendiri terlupa yang adiknya baru periksa percubaan. Baru Man tersedar yang masalah dirinya baru-baru ni sedikit melupakan pelajaran adiknya. Sebelum ni Man tak begitu, sebelum ni Man selalu bertanya, sekurang-kurang telefon.

"Man... adik kau ni Syira pelajar terbaik dalam percubaan STPM dan Nizar terbaik dalam SPM di sekolah. Sampai mak dan abah kau dijemput ke sekolah minggu depan untuk majlis penyampaian hadiah.". Kata mak Man.

"Terbaik ? Alhamdulillah...." Kata Man, tiba-tiba kata-katanya terhenti seketika. Man sedih, kerana itulah harapan Man pada adik-adiknya selama ini untuk lihat adik-adiknya berjaya. Man tak mahu adik-adiknya tercicir macam Man, penjual burger jalanan. Man kenang semula zaman sekolahnya, bukan dia tak pandai, periksa biasa dapat nombor 3 dalam kelas hampir berturut-turut. Tapi kerana kesempitan kewangan, Man terpaksa korbankan cita-cita untuk terus belajar. Hari ini Man rasa bersyukur, dengan harapan periksa STPM dan SPM sebenar nanti, adik-adiknya akan mencatat keputusan yang cemerlang juga.

Syira turut sedih bila melihat Man mengalirkan air mata. Secara spontan, Syira berkata.

"Terima kasih Abang Man. Abang Man dan Kak Yanti sudah banyak membantu memberi semangat kepada kami. Syira mahu berjaya masuk universiti dan bekerja jadi pegawai macam kak Yanti. Kak Yanti berjaya merubah Syira dan Nizar dari pelajar yang malas belajar kepada rajin sehingga berjaya dapat keputusan sebegini.." Kata Syira.

Semua yang ada di situ terdiam. Ayah Man menjeling ke arah Syira seolah tak bersetuju dengan kata-kata Syira itu. Ayah Man macam nak suruh Syira berhenti bercakap, tapi ayah Man tidak bersuara.  Mak Man diam saja. Man pula tunduk, kemudian menutup muka. Lalu Man menangis teresak-esak. Mak Man mengurut-urut leher dan kepala Man.

"Man, sabar Man. Bertenang, jangan sedih Man..." Kata mak Man.

Kemudian ayah Man pula bersuara, yang dari tadi berdiam diri saja.

"Syira.. pergi ke sana Syira, cuba jangan ganggu abang Man lagi. Ini urusan orang tua berbual " Kata ayah Man.

Syira terasa hati dengan ayahnya. Pada Syira, dia tak salah, kenapa dia persalahkan. Dia sebut nama Yanti kerana Yanti adalah pemberi peransang dan motivasi kepadanya. Kenapa Syira tidak boleh menyanjung nama itu ?  Kenapa seorang yang baik di hatinya tidak boleh diberi penghargaan. Itulah yang membuatkan Syira naik angin juga.

"Mak.. Abah. Maafkan Syira.... kita semua sayangkan abang Man, kita banyak bergantung harap pada abang Man. Tapi kenapa kita tak mahu menjaga perasaan abang Man..." Kata Syira dengan nada yang agak tinggi.

Kata-kata Syira itu, merubah suasana dalam rumah itu dari tenang kepada tegang pula. Man terus teresak-esak dan menutup mukanya dengan tangan kirinya. Air mata Man terus mengalir.

"Sudahlah, sudah Syira, kita datang ni bukan nak berbalah sama-sama adik beradik". Kata mak Man.

Syira macam tak puas hati lagi. Darah mudanya sukar dikawal. Syira rasa, hari ni nak jadi apa, jadilah. Inilah peluang sama-sama duduk semeja. Syira rasa, Syira tak mahu pendamkan lagi apa yang terbuku dalam hatinya selama ini.

"Mak, abah... Kenapa kita halang jodoh abang Man dengan Kak Yanti. Kalau kita sayangkan abang Man, kita sepatutnya merasai perasaan abang Man. Tapi abah dan mak sanggup mengecewakan abang Man. Kita semua lupa, abang Man banyak berkorban untuk kita sekeluarga. Setiap malam berjaga sampai larut malam menjual burger untuk melihat mak, abah dan adik-adik cukup makan dan pakai. ....Kenapa kita lupa, kenapa ?..." Kata Syira.

Semua sekali terdiam bila Syira meninggikan suaranya, bercakap sambil menangis. Man terus terdiam, seolah-olah membiarkan Syira terus berkata-kata.

"Mak, abah.... Kalau abang Man tak sanggup berpisah dengan Kak Yanti, sebenarnya Syira dan Nizar juga tak sanggup berpisah dengan Kak Yanti. Kalau abang Man sanggup bertarung nyawa, sehingga hampir dibunuh waktu menjual burger di Johor Bahru, Syira dan Nizar juga sanggup bertarung nyawa untuk kebahagian abang Man. Kenapa mak dan ayah tak pernah fikirkan perasaan abang Man, kenapa ?" Kata Syira yang lebih menegangkan keadaan.

"Syira... bukan begitu Syira. Kita..." Kata ayah Man, tapi dipotong perkataan itu oleh mak Man. Mak Man seolah tak mahu ayahnya bersuara. Mungkin mak Man bimbang, ayah Man nanti tidak boleh mengawal kemarahan.

"Begini Syira...Siapa kata mak dan abah tak memahami perasaan abang Man. Mak dan ayah ni lagi banyak fikir. Mak takkanlah taknak tengok anak mak  bahagia, takkanlah macam tu. Cuma mak tak mahu Man dapat halangan, kalau terus nak kawin dengan Yanti. Kita fikirlah, Yanti tu anak orang berada, bukan macam keluarga kita orang kampung. Apa yang dah jadi pada Man, sampai Man hampir mati kena pukul. Nasib baik panjang umur, kalau tak ?...Sebab mak sayangkan Manlah, mak nasihatkan Man. Mak bukan halang, sapa kata mak halang". Kata mak Man.

Syira sedikit terdiam, nada agresifnya tadi sudah semakin kendur dengan penjelasan maknya tadi. Kemudian ayah Man pula bersuara.

"Man, maafkan abah kalau Man terasa hati dengan abah di kampung dulu. Bukan niat abah nak halang kau kawan dengan perempuan kaya tu. Abah rasa, lepas ni, abah taknak campur lagi pasal jodoh Man. Man dah besar panjang, dah masuk 30 tahun, dah boleh fikir buruk dan baik." Kata ayah Man dengan nada yang lembut.

Tangisan Man sudah mulai reda walaupun suasana belum kendur lagi. Man bersuara seperti tidak mahu perbahasan isu ini diperdebatkan lagi.

"Mak, abah, Syira....Man minta maaf banyak-banyak pada semua. Man, kalau boleh, tak mahu isu ini dipenjangkan lagi. Izinkan Man bersendirian buat masa ini. Man mahu menghampirkan diri dengan Allah. Man akui, Man sebelum ini agak terleka dan kadang-kadang cuai dan tinggal sembahyang. Alhamdulillah, peristiwa lalu cukup jadi pengajaran pada Man. Syukur  Alhamdulillah, Allah memanjangkan umur Man. Mungkin sebab Allah memberikan masa untuk Man bertaubat dan memperbaiki diri Man...." Kata Man sehingga semua terdiam.

"Kalau umur Man tak panjang, ampunkan dosa Man pada mak dan abah. Man tak mahu jadi anak derhaka pada ibubapa. Syira dan Nizar, teruskan hidup dan jangan melawan cakap mak abah. Kalau dah berjaya dapat ijazah dan jadi pegawai tinggi nanti, jangan lupa mak abah di kampung. Dan jangan pandang rendah pada orang miskin termasuk orang jual burger tepi jalan..." Kata Man lagi.

Man rasa mak ayah dia dah lewat nak ke Angsana. Man yang mulanya kata nak ikut sama, nampaknya memberi alasan malas dan hendak sambung tidur. Man hulurkan duit dua ratus seorang pada Nizar dan Syira untuk beli buku. Mak ayah Man kata, dari Angana nanti akan terus balik ke kampung sebab adik-adik dia tak ikut.

"Man...maafkan mak dan abah. Jaga diri kau baik-baik nak. Kalau ada masa tu, baliklah ke kampung, jenguk mak.. Jaga diri baik-baik Man, kita hidup di tempat orang ni jangan suka cari gaduh dengan orang. Mak hari-hari risau pada dengan keselamatan kau Man". Kata mak Man waktu bersalaman dan Man cium tangan ibu dan bapanya.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 39

01 September 2010

Ketua Polis Negara : Ismail Omar Ganti Musa Hasan

Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan.


Isteri Tolak Hubungan Kelamin, Tuduh Suami Berzina

Seorang isteri telefon saya.. Dia sudah berumahtangga dengan seorang lelaki yang ada kerja hebat dan terhormat juga. Anak dah besar-besar, kecil pun dah darjah 5, yang besar dah sekolah menengah. Wanita ini umur 40-an sekarang. Masalahnya dia tak sefahaman dengan suaminya dah lama, masuk 4-5 tahun. Berdasarkan ceritanya, kira berat juga masalah ni.

"Tuan Kadi, saya nak tanya tuan kadi satu perkara, harap tuan dapat jawab". Kata wanita tu.

"Yer, silakan". Kata Saya.

"Saya sudah tak mahu buat hubungan kelamin dengan suami saya. Setiap kali dia nak, saya menolak, dah lama, dalam 4-5 tahun. Apa hukumnya tuan kadi, adakah saya berdosa ?". Tanya wanita ni.

"Okey, sebelum tu, kenapa puan taknak buat hubungan dengan suami puan ?" Tanya saya.

"Saya taknak, sebab saya rasa dia ada berzina dengan perempuan lain". Kata wanita ni.

"Berzina, ada bukti ker ? Ada buat laporan ker ?". Kata saya.

"Tak, saya tahu tapi saya diamkan saja." Kata wanita ni.

"Macamnana tahu tu, ada nampak ker ?" Tanya saya lagi.

"Saya tahu sebab dia ramai kenalan perempuan dan selalu jumpa di luar ". Kata wanita ni.

"Puan, jumpa di luar tidak semestinya berzina. Jadi kenapa taknak report pada penguatkuasa saja, biar penguatkuasa tangkap. Ada buat laporan ke sebelum ini ?". Kata saya.

"Tak ada, saya taknak dia tahu saya yang report". Kata wanita ni.

"Puan, kalau puan report, penguatkuasa akan rahsiakan. Kalau puan mengadu pada saya pun, saya akan rahsiakan, saya ada cara nak rahsiakan. Kenapa puan tak mengadu ?" Kata saya.

"Taknak, cukuplah saya tahu dia berzina dengan perempuan lain". Kata perempuan tu.

"Kenal ke perempuan yang puan kata berzina dengan suami puan tu". Tanya saya.

"Saya tak kenal tapi dia ada ramai perempuan". Kata wanita ni.

"Saya rasa, puan tak pasti mengatakan suami puan berzina. Jadi saya rasa tak elok puan buat tuduhan tanpa bukti yang jelas." Kata saya.

"Bukan apa tuan kadi, saya takut dia bawak penyakit HIV ke, sakit kelamin ke, sebab tu saya tolak". Kata wanita ni.

"Ada pengesahan dari doktor ke, suami puan mengidap penyakit tu ?" Tanya saya.

"Tak ada, tapi saya rasa ada". Kata wanita ni.

"Kenapa rasa-rasa, kita bukan pakar, doktor yang lebih tahu" Kata saya.

Wanita ini terdiam seketika, mungkin sudah tak boleh jawab beberapa perkara yang saya tanya tadi. Kemudian dia tanya lagi.

"Jadi Tuan Kadi, saya tolak hubungan kelamin dengan suami, apa hukumnya ? Adakah saya berdosa ?" Tanya wanita tu.

"Yer, boleh sampai hukumnya berdosa kalau tidak ada suatu sebab munasabah, lebih lagi sudah lama sampai 4-5 tahun. Itu adalah tanggungjawab seorang isteri melayan suami". Kata saya.

"Kenapa pulak saya berdosa ? Saya dah tak ada perasaan terhadap dia. Dia tu kaki perempuan". Kata wanita ni.

"Puan, yer ke suami puan kaki perempuan..... Kalau betul pun dia kaki perempuan, mungkin salah satu puncanya, sebab puan menolak hubungan kelamin dengan suami puan ni. Mungkin sebab inilah suami puan cari perempuan lain. Kalau puan layan suami dengan baik, jaranglah lelaki cari perempuan lain. Puan kena fikirkan juga, ini mungkin berlaku kerana kesilapan puan juga " Kata saya.

"Tak, saya rasa tindakan saya betul, saya dah tak ada perasan pada suami saya" Kata perempuan ni.

"Okey puan, kalau puan tak mahu dengar nasihat saya hari ni, tak apalah. Mungkin esok lusa, puan boleh terima. Lepas ni, puan fikirkan sendiri, kenapa masalah ini berlaku.  Puan, layan suami ni kena ada cara umpama menarik rambut dalam tepung. Puan, cuba puan berubah dahulu, tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kemudian tengok apa perubahan dalam diri dia." Kata saya, dia terdiam.

"Berubah ? Kenapa saya saja yang perlu berubah, dia tak berubah". Kata wanita ni.

"Puan...... Layan suami ni, kalau cukup layan makan minum, hubungan kelamin dan jaga hati suami, saya rasa suami tak jadi begitu. Sebenarnya, layanan sebegitulah  yang seorang suami hendakkan. Kalau salah satu yang saya kata tadi tidak ada, maka tidak mustahil lelaki akan cari perempuan lain. Puan buatlah perubahan, jangan harapkan suami puan nak berubah dahulu sedangkan puan masih tidak mahu berubah. Puan kena banyak bertolak ansur dan berubah dahulu" Kata saya.

Saya tak boleh layan perbualan ini terlalu lama. Saya minta dia datang ke unit kaunseling untuk cerita lanjut, tapi dia tak mahu. Tapi nampaknya, sepanjang perbualan, apa yang saya cakap, semua dia taknak terima. Ada saja jawapannya. Saya hairan juga, mula dia nak tanya hukum berdosa ke tak. Bila saya jawab berdosa, dia tak mahu terima pulak. Macam-macam jawapannya. Apa yang penting dalam rumahtangga adalah bertolak ansur, jangan rasa rendah diri kalau dirinya patut berubah dahulu.

Semoga apa yang saya katakan ini, yang baik jadikan pengajaran dan buruk jadikan sempadan. Suami dan isteri tak lari dari kekurangan dan kesilapan.