Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Oktober 2010

Adik Marah Abang Kawin Lagi Satu, Sokong Kakak Ipar

Beberapa bulan bernikah, lelaki ni dah tak dapat sorok lagi yang dia dah nikah isteri muda. Macam cerita Madu Tiga ler agaknya. Lelaki umur 40-an, isteri pertama juga 40-an, nikah isteri muda 20-an, muda lagi macam baru keluar plastik lagi gitu.

Yang marah lebih-lebih, adik perempuan lelaki tu. Katanya sokong kakak ipar sebab simpati dengan nasib kakak iparnya. Simpati apa yer ?

CUEPACS Mahu Jumpa Perdana Menteri Pasal Bonus Kakitangan Kerajaan

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam menghantar telegram kepada Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatakan rasa tidak puas hati kesatuan itu kerana tiada peruntukkan untuk bonus dalam Bajet 2011.

Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya juga mahu mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung isu itu.

Jerubu Melanda



Beberapa tempat di Johor dilanda Jerubu. Muar antara daerah paling teruk, Batu Pahat dan Kluang juga merasai kesannya. Dipercayai akibat peningkatan titik panas di Sumatera, Indonesia.

"Harapkan Padi , Padi Makan Pagar"


Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri harta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiga hari lalu. N. Jayamaran, 57, didakwa mencuri satu pagar besi berukuran 2.7 meter panjang dan 1.2 meter lebar milik PDRM di Batu 2 1/2 Jalan Cheras di hadapan tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini pada pukul 4 petang, 16 Oktober lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lelaki Buat Laporan Polis Nafi Culik Tunang


Tunang kepada seorang gadis, Rozaliya Mat Lazim, 20, yang hilang ketika membeli-belah barangan persiapan perkahwinannya di sini minggu lalu, hari ini menafikan dakwaan dia melarikan bakal isterinya itu. Mohd. Hilmi Mohd. Nor, 24, juga menolak andaian kononnya dia mempunyai krisis besar dengan tunangnya itu sehingga menyebabkan Rozaliya menghilangkan diri.

"Pada hari kejadian, saya mengambil Rozaliya dan menghantarnya ke pasar raya Mydin di sini untuk membeli barang sebagaimana diminta sebelum kembali bertugas.

19 Oktober 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 52

Kereta Kancil itu berhenti di sebelah kereta Waja Man. Kereta tu dipandu Cikgu Syikin dan bersamanya dua guru lelaki iaitu Cikgu Zaman dan Cikgu Amri. Mereka semua bersalaman dengan keluarga Man. Cikgu Zaman, cikgu yang paling senior memberitahu yang mereka nak buat temuramah dan ambil video dan gambar mengenai keluarga pelajar cemerlang Syira dan Nizar.

Rasa terbakar Syira pada Cikgu Syikin sudah reda nampaknya. Tak eloklah tunjukkan reaksi tak elok pada guru-gurunya yang datang tu. Kelihatan keluarga Man tak kekok kali ini berdepan kamera video kerana ini merupakan kali kedua. Selesai temuramah dan mengambil video, mereka mengambil gambar keluarga Man. Gambar pertama, gambar keluarga Man iaitu mak, ayah, Syira, Nizar dan Man. Tapi selepas itu gambar keluarga itu dan gurunya. Masa gambar bersama gurunya, hanya Cikgu Syikin yang masuk, cikgu Zaman dan Cikgu Amri tak masuk. Cikgu Syikin duduk di hujung sebelah kiri manakala Man di hujung sebelah kanan. Baju Man dan Syikin sama warna iaitu biru gelap, seakan jadi pengapit sebelah kiri dan kanan.

Sebelum pulang, Cikgu Syikin sempat main mata dengan Man. Seperti ada kenyit menyenyit juga. Seakan ada bahasa isyarat dari jauh antara mereka. Lepas tu Man angkat ibu jarinya seperti isyarat sesuatu yang bagus. Syira perhatikan saja Man memberi isyarat tu pada Syikin dan Syira diam saja. Apa tanda ibu jari itu ? Kenapa  Man beri isyarat 'good' ? Hairan Syira dibuatnya.

Malam tu Syira rasa hendak juga telefon Yanti tapi Syira jadi serba salah juga. Tapi tak patut juga kalau dia tak beritahu kejayaannya itu.

Malam itu juga, Syira terima panggilan telefon dari Yanti. Dail kali pertama, Syira macam takut nak jawab tapi panggilan kedua Syira jawab juga. Syira tahu, Yanti mesti nak tahu keputusan peperiksaan STPM Syira dan SPM Nizar.

"Alhamdulillah kak, Syira dan Nizar berjaya muncul pelajar terbaik di sekolah". Kata Syira.

"Tahniah Syira dan Nizar. Kakak tumpang gembira walaupun......" Kata kata Yanti terhenti, dia tak habiskan ayat itu.

"Terima kasih Kak Yanti. Terima kasih atas bantuan, galakan dan semangat yang kakak berikan pada kami sekeluarga. Kajayaan kakak masuk ke universiti dan dapat pekerjaan baik, jadi pendorong kepada Syira". Kata Syira.

"Syira, kakak harap Syira dan Nizar  terus sambung belajar hingga ke universiti, teruskan cita-cita dan gembirakan keluarga Syira" Kata Yanti.

"Yer kak, esok Syira dan Nizar nak isi borang universiti. Abang Man nak sangat tengok Syira dan Nizar supaya masuk universiti macam kak Yanti". Kata Syira.

Yanti terdiam seketika. Terkejut Yanti dan perasaannya terus berubah apabila Syira menyebut nama Man. Tambah lagi ayat "Man nak tengok...... masuk universiti macam Yanti". Yanti cuba menahan sebak, dia terus sedih bila nama Man disebut. Syira perasan bila mengetahui Yanti tiba-tiba berubah, bila menyedari suara Yanti berubah jadi sayu. Syira sedar, dia tidak sepatutnya menyebut nama Man pada Yanti kerana boleh menyinggung perasaan Yanti.

Malam itu Man teringat Ustaz Khalil. Berita adiknya berjaya dalam STPM dan SPM itu pun sepatutnya diceritakan pada Ustaz Khalil juga. Sebab, itu peristiwa besar dalam keluarganya yang Ustaz Khalil patut tahu juga dan pernah diceritakan pada Ustaz Khalil sebelum ni. Sekarang Ustaz Khalil sudah jarang datang ke kedainya sebab dah pindah rumah. Ustaz Khalil dah beli rumah lelong dan duduk rumah sendiri, agak jauh juga dengan kedai Man. Mulanya Man hairan ke mana menghilangnya Ustaz Khalil, mulanya ingatkan ada terasa hati. Sebelum ini Man ada telefon Ustaz Khalil dan tahulah cerita Ustaz Khalil dah pindah rumah. Agak lega juga, ingatkan kerana merajuk dengan Man. Malam itu, Man telefon Ustaz Khalil

"Ustaz, senang-senang malam ni boleh kita jumpa" Kata Man dalam telefon.

"Malam ni ? Mintak maaflah, saya tak ada di JB ni. Ada tugas kat luar daerah. Ada apa perkara penting ke Man ?". Tanya Khalil.

"Tak ustaz, biasa jer. Adik Man lulus cemerlang STPM dan SPM hari ni". Kata Man.

"Tahniah kepada Man juga. Inilah hasil keringat Man sendiri sehingga mereka berjaya. Tahniah sekali lagi Man". Kata Khalil.

"Terima kasih ustaz. Tapi ustaz ada satu perkara yang sangat penting juga nak jumpa ustaz ni. Kalau tak dapat jumpa malam ni pun tak apa. Esok boleh ke ustaz ?" Tanya Man.

"Penting ? Okey Man, esok malam kita jumpa dalam pukul 10.00 malam kat Restoran Osman". Kata Khalil.

Malam tu, Man rasa dia perlu sangat beritahu Ustaz Khalil cerita yang penting tu. Sebenarnya sudah lama Man nak beritahu Ustaz Khalil tapi Man tunggu sehingga adik-adiknya selesai perperiksaan dan berjaya dulu. Sekarang sudah berjaya dan Man rasa amat sesuai.

Ada suatu yang sangat penting ? Tertanya-tanya juga Khalil. Apa yang penting itu ? Khalil rasa, itu pasti perkara penting. Kalau tak penting, takkanlah Man kata penting. Okey, Ustaz Khalil cuba luangkan masa walaupun sibuk. Tapi apa yang Man nak beritahu yer ?

....BERSAMBUNG KE EPISOD 53
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-53.html



Nak Nikah, Bapa Tak Mahu Jadi Wali

Seorang perempuan umur dalam 22 tahun, nak nikah dengan seorang lelaki pilihannya umur lewat 20-an. Masalahnya, bapanya tak mahu walikan. Bila ditanya apa sebabnya, perempuan tu terus menangis menceritakan kenangan silamnya pada usia 18 tahun, kira-kira 4 tahun dulu.

4 tahun dulu, perempuan ini pernah terlibat dalam satu kes maksiat. Bila keluarga tahu, semua marahkan gadis ini. Paling marah adalah ayahnya, sampai mengeluarkan perkataan tak mengaku anak. Diceritakan, sampai nak makan bersama semeja pun taknak, lalu di depan ayahnya pun tak boleh. Sejak kes tu, gadis i ni duduk di rumah sewa di bandar dan selalu juga balik ke rumah ibu bapanya walaupun bapanya tak mengaku anak.

Okeylah, dah 4 tahun berlalu dan gadis ini nak bina hidup baru dengan lelaki pilihannya, nak berkahwin secara sah. Masalahnya, nak buka mulut cakap dengan ayahnya pun tak boleh. Ibu dan kakaknya sudah tahu tapi tak dapat menolongnya.

Kenapalah ayahnya begini, saya faham perasaan seorang ayah yang marah pada anaknya. Tapi dalam hal ini, tak bolehkah maafkan kesalahan anak ini ? Jika dibiarkan anak gadis ini berterusan begini, kalau dihalang mungkin boleh terjebat dalam kancah maksiat. Dia mahu bernikah dan bina hidup baru serta menyesal atas perbuatannya selama ini.

18 Oktober 2010

Akhbar dan Wartawan Disaman Kerana Laporan Kes Pembunuhan Noritta Samsudin

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Khamis depan bagi keputusan kes seorang pengurus pemasaran produk yang memfailkan saman fitnah RM18 juta terhadap media berkaitan laporan kes bunuh eksekutif pemasaran Noritta Samsuddin.

Mikko Kauko Johannes Jarva, 35, warga Finland, memfailkan saman terhadap beberapa syarikat akhbar dan editor mereka berhubung penyiaran artikel serta gambarnya dalam laporan kes bunuh Noritta kira-kira tujuh tahun lepas.

Pada 9 April 2004, Jarva menamakan New Straits Times Press, New Straits Times Sdn. Berita Harian Sdn. Bhd., Utusan Melayu Berhad dan beberapa wartawan sebagai defendan-defendan.

Ibrahim Ali Selamat Jalani Pembedahan Jantung

Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung kini selamat menjalani pembedahan. Ibrahim dimasukkan ke bilik pembedahan kira-kira jam 10 pagi tadi dan pembedahannya  itu bermula selama dua jam mulai 1.00 petang tadi.

Jatuh Miskin Sebab Buat Pinjaman ASB ? Kisah Benar Ni

Lelaki ni umur lewat 40-an, kerja kerajaan, gaji dalam 1,700 lebih. Anak dia 5 orang, masih sekolah semuanya, isteri tak bekerja. Sekarang dia menghadapi masalah kewangan yang berat. Sewa rumah dalam 200, belanja anak sekolah, pinjaman kereta 300 dan lain-lain.

Satu hutang yang paling besar dia buat adalah pinjaman ASB dari sebuah bank iaitu 900 lebih sebulan. Pinjaman dia ni dah masuk 3 tahun. Sekarang baki gaji lepas tolak semua tu hampir tak ada, malah perbelanjaan bulanannya sering tak cukup.

Okey, pada saya gaji 1700 tu dah kira besar juga kalau duduk Kluang ni. Tapi mengapa masih tak cukup ? Jawapannya ialah, tidak merancang kewangan dengan betul. Cukuplah, ringkas saja huraian saya kali ni. Panjang-panjang nanti, ada pulak orang tak setuju.

Isteri Bising-bising Suami Balik Lambat, Hulur Duit Baru Diam


Dalam forum Ehwal Islam Sabtu lepas, Ustaz Morsid Mahrof buat satu cerita yang agak kelakar juga. Ceritanya pasal ada seorang lelaki tu, isterinya suka bising-bising sebab suami selalu balik lambat sampai jauh malam. Suami bukan buat kerja tak baik pun, tapi ada mengajar kelas di Singapura. Biasalah Ustaz Morsid kata, kalau mengajar di Singapura ni dapat duit banyak dan duit dia dua kali ganda dengan RM.

Orang tu tanya kat Ustaz Morsid, macam mana nak kasi isteri dia jangan bising-bising lagi. Ustaz Morsid kata, kalau balik tu hulurlah duit dalam RM 50 ker, mesti isteri terdiam punya. Betul juga, orang tu kata duit tak ada masalah dan orang tu pun hulur duit dalam RM 50 setiap kali balik jauh malam dari Singapura tadi.

Memang betul, tiap kali ketuk pintu, isteri dia dah tunggu depan pintu. Buka jer pintu, suami terus hulur duit. Lepas tu, isterinya dah tak bising-bising lagi, seronok pulak dapat duit. Itulah antara cerita Ustaz Morsid Mahrof tentang 'kuasa duit'. Forum di Kluang malam tu ahli panel saya dan Ustaz Morsid, dipengerusikan ustaz Hamizan Sayuti, berjaya menarik minat orang ramai.

Gadis Bakal Pengantin Kena Culik di Kuantan ?

Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 12 November ini dilaporkan hilang dipercayai diculik ketika membeli-belah di bandar Kuantan, Pahang, Rabu lalu.

Rozaliya Mat Lazim (gambar), umur 20 tahun, dikatakan keluar dari rumah keluarganya di bandar ini, bersama tunangnya untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi.

Orang ramai yang mengetahui atau boleh membantu dalam kes ini, sila hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5132222.

17 Oktober 2010

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 51


Syira tak tegur pun Cikgu Syikin, sebaliknya terus menuju ke motosikal tak jauh dari situ. Nizar pergi ke Cikgu Syikin dan bersalaman sambil mencium tangan cikgunya itu. Cikgu Syikin mengusap-usap kepala Nizar sambil mengucapkan tahniah. Lepas tu ada kawan Nizar yang baru keluar dari kawasan sekolah berbual keriangan bersama Nizar. Mereka bincang pasal masa depan selepas SPM tu, nak mohon ke mana pula lepas ni dan lain-lain cerita. Syira keseorangan di sebelah motosikal, menunggu Nizar. Syikin memerhatikan saja Syira.

Man menuju ke kereta dan ajak Syira pulang bersamanya, Nizar okey saja, sempatlah dia berbual lama dengan kawannya. Dalam kereta sepanjang perjalanan tak sampai 10 minit itu, Syira diam saja, sepatah pun tak berkata-kata dengan abangnya. Man buat biasa saja, dia nampak perubahan ketara pada Syira, dia tahu, ini kerana tersinggung kerana dia bersama Cikgu Syikin tadi. Man pasang radio dan kuatkan radionya, untuk melayan perasannya. Man pun ada menyesal juga, dia tak sangka adiknya itu keluar dari sekolah pada waktu itu masa dia sedang berbual mesra dengan Syikin. Kalau Man tahu, mesti dia duduk jauh-jauh dengan Cikgu Syikin, kan dah selalu jumpa di JB.

Sampai di rumah, mak dan ayah Man sudah tunggu di depan beranda. Mereka memang tak ke mana-mana hari itu,  kerana hendak tahu sangat keputusan periksa Syira dan Nizar. Tapi yang datangnya kereta Man dan bila dibuka, ada Syira dalam kereta tu. Syira keluar dari kereta dan menutup kereta dengan menghampas pintu kereta sekuat hatinya. Man sedar, Syira menunjukkan kemarahan padanya. Syira memeluk ibu dan bapanya dan memberitahu kejayaan mereka sebagai pelajar terbaik di sekolah. Ibu dan bapanya turut menangis kegembiraan kerana sejarah tercatat di kampung itu, anak orang kampung yang ibu bapanya kerja kampung boleh mencapai kejayaan sebegitu. Anak orang yang baik-baik seperti anak cikgu dan anak orang kaya pun tak sama kejayaan yang anaknya nikmati.

Syira nampaknya tak ceria dan terus masuk ke bilik, menutup pintu dengan kuat dan mengunci bilik dari dalam. Man nampak sangat Syira terasa hati sangat padanya. Namun mak dan ayah Man tak terasa apa-apa, yang mereka rasa Syira begitu kerana terlalu gembira. Man jadi tak sedap hati dan rasa kehadirannya di rumah itu seperti tidak dihargai.

"Mak, Man nak balik JB sekarang". Kata Man pada emaknya di ruang tamu.

Syira di dalam bilik dengar perkataan itu dan mula memasang telinga untuk ayat seterusnya yang bakal diperkatakan Man.

"Kenapa cepat sangat nak balik Man. Mak pun tengah nak masak nasi ni. Mak hari ni masak istimewa untuk anak-anak mak. Mak gembira sangat sampai tak terkata". Kata mak Man. Man terdiam seketika. Dia sedang memikirkan alasan yang nak diberikan.

"Mak. Man dah janji dengan orang nak hantar barang rumah Man tengahari ni. Kalau Man tak ada, susahlah". Kata Man.

"Yer ke Man. Telefonlah dia, mintak hantar lewat sikit". Kata mak Man.

"Tak boleh mak, Man kena balik juga ni".Kata Man.

Syira rasa bersalah dan tahu Man tergesa-gesa nak balik macam cacing kepanasan adalah kerana sikap Syira tadi. Syira yang masih baring di katil menangis, seakan menyesal kerana telah melukakan hati abangnya. Syira rasa, abangnya balik kampung untuk meraikan kejayaannya tetapi layanan yang Syira berikan adalah sebaliknya. Tidak sepatutnya begitu..... Lagi pun, abangnya sudah banyak berkorban wang ringgit untuk pelajaran adik-adik, tapi kenapa Man dilayan sebegitu selepas adiknya mencapai kejayaan ?

Sedang baring, Syira ternampak hadiah yang diberikan Yanti beberapa bulan dulu untuk diberikan pada Man. Sekali lagi dia teringatkan Yanti dan rasa marah pada Cikgu Syikin. Syira anggap, Cikgu Syikin hendak rampas Man dari Yanti. Kejam sungguh Cikgu Syikin, bisik hati kecil Syira. Hendak saja Syira baling muka Cikgu Syikin dengan hadiah itu dan beri amaran padanya supaya jangan mengganggu Man. Tapi itu cakap Syira saja, kalau berdepan dengan Cikgu Syikin, Syira terdiam juga. Dia sebenarnya terlalu hormat pada cikgunya itu.

Timbul pula perasan bersalah Syira kerana tidak bersalaman dengan Cikgu Syikin di sekolah tadi, sedangkan Nizar bersalaman. Ucapan tahniah Cikgu Syikin pun dia tak jawab, kira anak murid tak mengenang jasa ni. Yer, Cikgu Syikin banyak ambil berat sehingga mereka adik-beradik berjaya. Bukan saja waktu sekolah, Cikgu Syikin banyak buat kelas tambahan percuma kepada pelajar-pelajar di kampung tu termasuk Syira dan Nizar. Oleh kerana Syira pun sudah rasa pengalaman beberapa bulan jadi cikgu ganti, jiwanya juga terasa sebagai seorang guru juga. Apa kata kalau anak murid Syira tak hormat padanya ? Jadi, tadi kenapa berlaku kurang sopan pada cikgu Syikin itu ?    Kenapa begitu ? Terus hadir perasaan menyesal dalam diri Syira.

Tak lama kemudian, Syira terdengar bunyi alarm kereta Man, tentu menandakan Man sudah hendak balik. Syira cepat-cepat turun dari rumah menuju ke kereta Man. Ayah dan mak Man ada di situ. Syira terus menerpa ke arah Man yang baru saja buka pintu nak masuk ke dalam kereta. Syira memeluk Man dan menangis sepuasnya.

"Abang...maafkan Syira. Maafkan Syira". Kata Syira.

Mak dan ayah Man hairan apa yang berlaku dan merasakan ada sesuatu yang berlaku antara mereka adik beradik. Masa itu juga Nizar sampai dari sekolah naik moto kapcainya. Nizar bersalaman dengan ibubapanya sambil menunjukkan keputusan SPM nya. Ibubapanya meraikan kejayaan Nizar itu walaupun dah tahu keputusan SPM Nizar dari Syira tadi.

Tak lama selepas tu, ada satu kereta datang menuju ke rumahnya, baru belok dari simpang, kereta Kancil warna merah. Man, Nizar dan Syira tahu itu kereta siapa tapi tak kata apa-apa. Itulah kereta Kancil Cikgu Syikin. Man tunduk tanpa berkata apa-apa. Syira dan Nizar terdiam. Mak Man masih tertanya-tanya,

"Kereta siapa yang datang tu yer ?". Kata mak Man.

Betul. Itulah kereta Cikgu Syikin. Tapi kenapa dia datang ke situ ? Untuk apa ? Yang paling gementar adalah Man dan Syira, jantung mereka berdebar. Nak saja Man telefon Cikgu Syikn supaya jangan datang, tapi dah tak sempat, kereta dah nak sampai. Man dan Syira berpandangan antara satu sama lain.
Apa cerita sebenarnya yer ?




Penyanyi Indonesia Aida Saskia Tuduh Ulama Zainudin MZ Merogolnya

Penyanyi terkenal Indonesia,  Aida Saskia, 25, menuduh ulama Zainuddin MZ merogolnya, namun pemimpin agama itu menafikan tuduhan terbabit, menurut media Indonesia minggu lalu. Aida mendakwa, kejadian rogol itu berlaku di sebuah vila di Bogor, Jawa Barat, ketika dia berusia 16 tahun.

Pada saya, keadilan hendaklah ditegakkan pada kedua-dua belah pihak. Sekiranya benar tuduhan ini, tindakan dan hukuman hendaklah dilaksanakan, tidak kira jawatan. Peristiwa ini didakwa berlaku 9 tahun dahulu, kenapa sekarang baru membuat pengakuan ? Sekiranya tuduhan ini ternyata palsu, orang yang menuduhnya sepatutnya diambil tindakan undang-undang juga.

Banyak lagi cerita menarik di muka depan. Klik Sini

16 Oktober 2010

Pelakon Veteran Yalal Chin Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Yalal Chin, 67, menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini pada 12.15 pagi ini. AlFatihah.

Isteri Jadi Singa, Ada Untung Ker ?

Seorang isteri 30-an, punyai 2 anak yang masih kecil, hadapi masalah yang kusut juga. Sekarang ini, ada masalah antaranya dengan suami sejak 5-6 bulan ini. Akibatnya, suami selalu keluar rumah, kekadang tak balik rumah lansung. Saya dengar cerita atas cerita, saya tak berdepan pun dengan orang ni.

Sebelum ini, rumahtangga yang terbina lebih 5 tahun itu bahagia. Perempuan ada kerja yang baik, gaji ijazah, suami pun ijazah juga. Cuma akhir-akhir ini, suaminya dikatakan ada wanita lain yang menjadi punca berkocaknya rumahtangga itu. Satu hari tu, adik kepada perempuan terserempak dengan suaminya begitu mesra dengan seorang gadis cantik lagi gedik di sebuah kedai makan. Maka diberitahu kepada isteri, hingga isteri yang baik sudah jadi singa jadian.

Perang Dingin

Suami balik saja ke rumah, peperangan pun berlaku. Penjelasan dan penafian sudah tidak didengari lagi kerana isteri terlalu percayakan pada adiknya. Katanya, adiknya tak pernah berbohong. Suami tetap menafikan dan bermulalah gelora dalam rumahtangga mereka. Isteri seterusnya menyimpan spy menjejaki suaminya yang hensem itu. Maka dapatlah satu cerita lagi yang suaminya memang selalu jumpa gadis ini di luar. Isteri pula membuat andaian yang suaminya nak kawin dengan gadis itu tetapi hanya andaian saja.

Biasalah Lelaki

Betul atau tidak suami ada wanita lain di luar, itu saya tak nafikan. Mungkin betul atau mungkin tuduhan saja. Biasalah lelaki kan suka tengok gadis cantik di luar. Walaupun isterinya kata dia pun cantik, sebenarnya pada pandangan mata lelaki, gadis yang diluar itu lebih cantik.

Kalau kata ajak keluar makan, itu biasalah pada lelaki. Kalau lelaki ajak anak dara keluar, anak dara pun nak, biasalah tu. Keluar pun senyap-senyaplah, buat apa berlaku jujur pada isteri. Kalau jujur dan nak beritahu isteri, kan nanti jadi perang gerila. Maka setakat pergi makan ditemani gadis ayu, lelaki mana yang berjaya tepis, itu peluang baik.

Isteri Jangan Jadi Singa

Sekarang suami selalu keluar rumah, isteri pula datang mengadu. Pertama, ini menunjukkan isteri masih sayangkan suaminya. Betul ? Kalau tak sayang, dia tak mengadu kan ?

Melampau sangat saya kata isteri jadi 'singa'. Perkataan ini dari tak jadi singa pun boleh jadi singa. Bukan apa, saja nak bakar sikit perasaan isteri-isteri, biar isteri menyinga sikit. Tapi untung ke jadi singa ?

Okey, kalau dia sayangkan suami dia, kenapa jadi singa dan melenting tak tentu pasal. Sekarang suami selalu keluar dan kekadang tak balik. Dia rasa suaminya duduk rumah gadis cun melecun tu. Yer ke ? Jangan buat tuduhan tak berasas. Kalau betul, sila buktikan. Sekadar andaian, lebih baik tak payah.

Suami Kepanasan di rumah

Jawapan yang saya berikan adalah suami tak selesa duduk rumah. Masuk saja rumah, isteri membebel dan ungkit semua kesalahan suami. Kalau dah tak tahan bebel, suami pun jawab juga. Bila dijawab, bukan boleh berhenti, habis semuanya keluar dari mulut si isteri macam bertih jagung. Mampukan suami duduk rumah ? Issssh, mana boleh tahan beb. Jadi kalau ada tempat tidur lain, rumah kawan ke, pejabat ke, lebih tenang tidur di situ. Duduk rumah dengan isteri dah tak tenang.

Betul Suami ada salah, tapi.....

Betul suami ada salah, manusia mana yang tak ada salah. Tapi sebagai isteri, takkanlah tak boleh maafkan suami. Suami nakal-nakal sikit kat luar itu perkara biasa. Suami tu kan manusia, bukan mesin. Nak tuduh dia buat benda berat-berat, tak boleh juga, tak ada bukti. Kenapa tak maafkan suami ? Hari raya pandai minta maaf yer.. 

"Tak, ini melibatkan hati, sekali hati perempuan dah terluka, takkan maafkan suami lagi"
Perkataan ini selalu keluar dari mulut isteri. Suami pulak kalau dengar perkataan ini, suami pasti kata yang isterinya tak boleh memaafkannya.

Sebenarnya ini melibatkan perasaan dan tolak ansur dalam rumahtangga. Kalau isteri tetap taknak maafkan, sampai bila benda ini nak selesai. Jadilah isteri yang pemaaf. Tak boleh ke lupakan saja cerita tu, cerita suami keluar dengan perempuan tu ler.

Suami tak mahu berubah, kenapa isteri perlu berubah ?

Bila nasihatkan isteri suruh berubah, susah sangat isteri nak terima. Lawan cakap Kadi tu dah perkara biasa. Sampai Kadi pulak dituduh bersubahat dengan suaminya. Mintak maaflah nak subahat-subahat ni, banyak lagi kerja lain. Suami dia tu bukanlah orang hebat sangat, nak subahat dengan dia pulak.

Isteri beri syarat, macam perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824 pulak. Syarat dia, dia boleh berubah kalau suami dia berubah dulu. Cakap isteri ni memang mudah tapi boleh ke nak laksana. Nak beri syarat tu pada lelaki bukan senang, biasalah lelaki. Jadi nak tunggu sampai bila isteri nak berubah, nak tunggu juga ke sampai suami berubah. Kalau suami taknak berubah ?

Isteri Berubahlah

Jalan terbaik, isteri berubah dulu.......... Mana boleh! Tidak! Tidak!

"Suami yang salah dialah kena berubah. Dia kena minta maaf dengan saya".
Biasa kita dengar perkataan ini keluar dari mulut isteri. Maknanya isteri taknak mengalah.

Kalau dah nama lelaki, bukan senang nak mengaku kesilapan dan minta maaf. Kenalah kenal, itulah lelaki. Ingat, suami anda lelaki bukan maknyah. Lelaki susah nak minta maaf. Mengalah dengan suami apalah yang rasa ruginya. Kat tempat kerja tu pandai mengalah dengan bos, kan ? Kalau bos cakap, walaupun dia tak setuju tapi ikut juga, kan ? Itu bos tempat kerja. Ini suami, dulu sebelum kawin janji nak taat pada suami. Nampaknya janji tinggal janji saja, mungkin tertinggal kat pelamin masa kawin dulu atau tertinggal kat tukang andam maknyah yang tukang mekap dia dulu.

Jadi, isterilah yang kena berubah dulu. Mudah-mudahan kalau dia berubah, suaminya akan dapat ketenangan. Lama kelamaan suami akan berubah juga, saya amat pasti.


Tak Nak Dengar Nasihat Sudahlah

Tak ada orang lain yang boleh merubah sesebuah rumahtangga kecuali suami dan isteri itu sendiri. Kadi, ustaz dan lain-lain semua tak boleh ubah, cuma boleh beri nasihat, itu pun kalau boleh dengar nasihat.

(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)


15 Oktober 2010

Lelaki 53 Tahun Nikah Gadis 21 Tahun, Isteri Kedua


Lelaki ni 53 tahun, kerja sendiri, berniaga, ada isteri dan anak 6. Dah jodoh dia nikah lagi satu dengan gadis 21 tahun. Nikah pun ikut prosedur yang betul dan Kadi Kluang yang nikahkan.
Selamat Pengantin Baru.

Elaun Imam Naik, Imbuhan Guru KAFA Naik Juga


Elaun bulanan bulanan imam juga akan dinaikkan dari RM450 kepada RM750. Manakala imbuhan bulanan guru KAFA dinaikkan kepada RM800 berbanding RM500 berkuatkuasa Januari 2011.

Budget 2011 : Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus RM 500, PTK Mansuh

Alhamdulillah, penjawat awam gred 54 ke bawah dapat bonus RM 500. Kira ok ler tu dari tak dapat lansung. Jangan lupa, dulu Hari Raya pun dah dapat RM 500, kira dapat RM 1,000 ler tahun ni.

Yang paling seronok, PTK yang banyak orang pertikai tu akhirnya dimansuhkan. Bagus sangatlah tu.

Kes Datuk Susilawati : Dua Mengaku Salah dan Dipenjara Tujuh Tahun Lupus Bahan Bukti

Dua lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting atas tuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang masing-masing menghadapi empat pertuduhan melupuskan bahan bukti, didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap.Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan di antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lalu.




Belanjawan Hari ni, Ada Bonus Ke tak ?

Ramai penjawat awam, kalau masa belanjawan ni mesti tertanya-tanya. Adakah ada bonus ? Adakah kenaikan gaji ? Adakah elaun cola naik ? Adakah elaun perumahan naik ?

Apa-apa hal, tunggu petang ni.

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam (Episod 6) Ada Pertanyaan Untuk Saya Jawab

Ini soalan yang saya terima melalui email saya. Saya cuba jawab berdasarkan pengalaman saya. Kalau nak jawapan yang tepat, boleh tanya Kastam.
.
1. Harga kita tetapkan atau KASTAM tetapkan?
2. Adakah perlu mengisi dokumen?
3. Kalau dah dapat kereta tersebut, boleh x buat loan dulu baru bayar ataupun kena bayar tunai?
4. Dinyatakan atau tidak kereta tersebut samada dh dipotong @ sambung, takut kalau dh beli x boleh register dgn JPJ
5, Di mana tempat nak tengok kereta tersebut...
Harap ustaz dapat membantu saya, sebab saya mmg sedang mencari2 kereta untuk dibeli, mudah2an mcm ustaz dapat sebuah yang masih baik... amin....sekian
.
Jawapan Saya
1. Harga Kastam letak contohnya RM 2,000. Kita kena masuk 2,000 atau lebih pada itu.
2. Ada isi borang yang disediakan. Kemudian buat bank draf 10 persen dari harga kita nak masuk.
3. Dah dapat kereta kena bayar tunai pada Kastam, lepas tu terpulanglah nak buat loan atau tidak.
4. Kastam tak lelong kereta potong kecuali dinyatakan demikian. Kereta yang dilelong boleh jalan dan sudah didaftarkan di JPJ.
5. Nak tengok kereta, pergi ke pejabat Kastam atau stor simpanan kereta. Kalau di JB di menara Kastam Larkin.
Sekian. Mudah-mudahan serba sedikit membantu.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 7
http://ustazkhalil.blogspot.com/2011/02/kereta-lelong-kastam-episod-7.html

14 Oktober 2010

Jom Balik Kampung Noreh....

Pekebun kecil di seluruh negara bakal menikmati pendapatan lumayan berikutan kenaikan harga getah di pasaran mencecah RM11.90 sekilogram hari ini iaitu yang tertinggi dalam tempoh 57 tahun.

Selaras dengan itu juga, pendapatan pekebun kecil yang selama ini antara RM2,000 hingga RM3,000 dijangka bertambah berikutan kenaikan harga komoditi di pasaran.  Siapa yang ada kebun getah kat kampung, baliklah kampung, pergi noreh. Tapi jangan pergi curi getah beku orang, sudahlah.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 50

"Sebelum tu, kakak suka kalau Badrol berterus terang" Kata Azizah.

Badrol terdiam seketika, seakan kurang faham apa yang dimaksudkan Azizah.

"Begini Badrol.... Kakak nampak Badrol dan Yanti sesuai sebagai pasangan hidup. Tak ke begitu Badrol ?" Kata Azizah.

Badrol tersenyum kerana seakan tak menyangkan Azizah kata begitu pada Badrol yang malu-malu kucing tu.

"Tapi kak, Badrol risau kalau cinta Badrol  tak berbalas" Kata Badrol ringkas.

"Apa maksud Badrol ? Tak berbalas ?" Kata Azizah.

"Yer, sepanjang Badrol kenal Yanti, dia sering menolak kalau diajak berbual pasal cinta. Apatah lagi cerita pasal nak jadikan sebagai pasangan hidup" Kata Badrol.

Aziazah senyap seketika kerana tekaannya tak berapa tepat. Dia sangka Yanti dan Badrol sedang bercinta, rupanya bukan begitu. Azizah terdiam seketika dan memikirkan yang cinta Yanti pada Mat Burger tu masih kuat. Tapi sikit pun Azizah tak cerita pasal Mat Burger pada Badrol, bimbang Badrol tawar hati. Kemudian Azizah berkata.

"Badrol taknak masuk meminang Yanti ?" Kata Azizah

"Meminang ? Haha... mengarutlah. Persetujuan dari Yanti pun belum, takkanlah nak masuk meminang". Kata Badrol.

Terdiam sekali lagi Azizah, betul juga. Nanti boleh jadi malu rombongan meminang kalau pinangan ditolak. Orang sekarang meminang bukan macam orang tua lama. Dulu lain, dulu main pinang-pinang saja kalau berkenan. Kekadang perempuan tak kenal pun bakal tunang, cuma tengok gambar saja.

Pertemuan Azizah dan Badrol hari tu seakan tidak ada yang dapat dibawa balik. Azizah buntu juga dan macam kurang berjaya juga untuk membuka jalan supaya menjodohkan Badrol dan Yanti. Cuma Azizah masih berharap kalau Badrol dan Yanti lama kelamaan akan semakin rapat dan bercinta, kemudiannya berakhir di pelamin. Entah bila, lama ke sekejap, itu tak tahulah.

Keadaan Fuad terus koma dalam seminggu tu. Dia dipindahkan ke hospital Kuala Lumpur. Walaupun dekat, Yanti lansung tak jenguk.  Sebulan lepas tu, Fuad dibenarkan keluar tetapi dia tak boleh berjalan. Kedua-dua kaki dan tangannya yang patah masih belum sembuh. Percakapan Fuad sudah bukan macam biasa lagi, kesan kecederaan pada kepalanya. Fizikal Fuad sudah banyak berubah, dari seorang lelaki yang garang dan bengis, sekarang jadi pendiam kerana perkataan yang keluar dari mulutnya sudah seakan tidak difahami orang lain. Kekadang terutama semasa tidur, Fuad sentiasa meracau, mungkin akibat kesan kecederaan di kepalanya.

Cikgu Syikin dan Man masih meneruskan hubungan intimnya setiap hujung minggu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Syikin ada cerita pada Syira yang dia jumpa Man di JB tapi tak cerita lebih dari itu. Oleh kerana rapatnya Syira dan Syikin di sekolah, Syira tidak ada rasa marah lagi pada Syikin dan Man.
Keputusan perperiksaan SPM dan STPM akan diumumkan serentak beberapa hari lagi. Syira sudah berhenti mengajar sebagai guru ganti sebab tiada kekosongan lagi. Nizar pun sudah balik kampung seminggu lebih awal dan berhenti sekejap menjual burger. Hampir setiap malam Syira dan Nizar solat hajat, moga dikabulkan cita-cita untuk dapat kejayaan yang besar dalam peperiksaan mereka. Tidak ketinggalan, Syira dan Nizar mohon doa semoga abangnya bahagia dunia akhirat dan mendapat dijodohkan dengan seorang isteri yang baik.

Hari keputusan SPM dan STPM pun tiba. Nizar dan Syira naik moto kapcai ke sekolah pagi-pagi lagi. Mulanya Syira tertanya-tanya, di mana cikgu Syikin ? Mungkin ada kelas. Bila masuk ke bilik guru, seluruh guru ucapkan tahniah pada mereka. Syira dan Nizar hairan juga sebab masih belum tahu keputusannya. Berdebar sungguh rasanya bila masuk ke pejabat tu.

Bila tengok keputusan, yahoooooo, sungguh menakjubkan. Keputusan itu di luar jangkaan sekali, kejayaan luar biasa buat Nizar dan Syira. Betul, mereka pelajar paling cemerlang dalam STPM dan SPM. Sejarah tercatat kepada kedua-dua adik beradik itu. Nizar dan Syira berpelukan sambil diperhatikan dengan gembira oleh guru dan beberapa pelajar lain.

"Nizar... Kakak nak telefon abang Man dulu. Nak sampaikan berita gembira ni" Kata Syira sambil keriangan.

Baru saja Syira nak telefon Man, dia dihampiri dan diserbu kawan-kawannya yang mengucapkan tahniah padanya. Sehingga Syira terlupa nak telefon Man kerana sibuk melayan kawan-kawan dan guru-guru. Lepas tu, Syira dan Nizar melangkah ke luar pagar menuju motosikal yang diletakkan dekat dengan pintu masuk pagar sekolah. Tiba-tiba, Syira dan Nizar terkejut, terkejut yang amat sangat.....Kenapa terkejut ?

 Dilihatnya Man dan Cikgu Syikin berdua menyambut Syira dan Nizar dengan senyuman di luar pintu pagar sekolah. Syira dan Nizar terdiam, terkejut dan terpaku.

"Tahniah !" Kata Cikgu Syikin. Man pun turut senyum bersebelahan Syikin.

Man pula tak kata apa-apa terus tersenyum keriangan. Syira tak jawab lagi, dia masih tertanya-tanya. Kenapa Man ada di situ ? Kenapa balik di kampung tak singgah rumah ? Yang sangat menghairankan, Cikgu Syikin dan Man bajunya sama warna iaitu biru tua. Syira tahu, itu baju baru Man sebab dia tahu semua baju lama Man. Apa ini semua yer ? Sungguh hairan.

Syira dan Nizar memeluk Man sambil menangis, menandakan kepuasan yang amat sangat atas kejayaannya. Selepas itu Syira memandang ke arah Cikgu Syikin dan Syira masih tertanya-tanya kenapa ada bersama Man di situ, baju pun sama. Kenapa ? Sungguh menghairankan.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 51
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-51.html

Dah Boleh Tempah Proton Model Baru Ganti Waja, Proton Inspira



Wah, wah, wah.....dah boleh tempah Proton baru sekarang, namanya Inspira. Nama pun cantik, macam nama anak dara. Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000, tempahan bermula hari ini di semua cawangan Proton Edar. Dengar cerita, bentuk macam Mitsubishi Lanser yang harganya menjangkau RM 120,000 sekarang ni. Tapi enjin dia entah, entah laju macam Mitsubishi entah tidak. Jangan kalah berlumba dengan Peugeot saya sudahlah.

Sebelum ni berbual dengan seorang ni, dulu pakai Waja sekarang pakai Nissan Livina. Dia kata Proton ni okey, cuma pusat servis dia saja lembab, Nissan lebih bagus. Dulu member ni ada masalah pintu, dia pergi pusat servis, ambil masa berbulan juga nak ganti. Apa-apa hal, tahniah pada Proton dengan keluaran model baru ni. Semoga dapat sambutan. Pasal pusat servis tu kenalah perbaiki, jangan sampai jadi buah mulut orang, cerita benda tak baik.

Pasal harga tu, ada sedikit tinggi juga RM 79,888 tu. Dah  dekat-dekat dengan Toyota Vios dan Honda City. Cuma saya rasa Proton ni cc lebih besar, mungkin 1.8 atau 2.0, entahlah. Yang penting Proton kena bersaing dan biar  pembeli berpuashati dengan harga yang mereka beli walaupun agak mahal juga. Saya tak belilah nampaknya, taknak memadukan Honda dan Peugeot saya, cemburu dia nanti.

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam (Episod 5) Cepat-cepat, Jangan Lambat, Peluang Baik

(Toyota Alpart 110,000)

Kepada siapa yang berminat nak beli kereta lelong Kastam jangan lepaskan  peluang ini. Berkunjunglah ke pejabat Kastam berhampiran sebab sekarang tengah buka 'Tender Bersepadu Kenderaan Lucuthak Kastam Bil.2/2010'.

(Mercedes 50,000)


(Honda Accord 2,000)


(Mitsubishi 50,000)

Tawaran bermula 11 Oktober 2010 dan tutup  tender pada 1 November 2010. Boleh tengok kereta dari 11 Okt hingga 20 Okt kat tempat Kastam tu.

Beberapa jenis kereta juga dilelong kali ni seperti BMW, Toyota, Honda, Mercedes dan Mitsubishi.  Saya dah tengok kereta tu dan nampak ada juga yang menarik. Cuma kali ni saya taknak masuk lelong, taknak memadukan kereta-kereta yang dah sedia ada.

Tengok ler betul-betul sebelum masuk. Jangan fikir harga murah, nak masuk jer. Kena fikirkan kos pembaikannya dulu, jangan sampai rugi dan membebankan. Ada juga kereta yang nampak dah teruk dan murah sangat harganya. Cuba tengok betul-betul kereta tu, mungkin boleh beli. Kos pembaikannya mungkin tak seberapa. Ada masa lagi nak jenguk-jenguk kat kedai potong body, nak dapatkan anggaran harganya. Kalau di JB, pergilah tengok kat Taman Mount Austin, alat ganti berlambak dengan harga murah.

Untung beli kereta tender Kastam ni. Kalau kat Johor ni banyak kereta yang seludup dari Singapura yang masih baik-baik. Orang sana bukan selalu jalan jauh pun. Pada saya, rugi sangat beli kereta baru sebab ada peluang beli kereta lelong kastam, lelong bank dan kereta terpakai yang masih baik. Kereta baru harap mahal saja harganya, kualiti belum tentu baik macam kereta import ni.

Orang sekarang ramai beli kereta baru, hutang besar-besar tiap bulan. Sesetengah mereka gaji bukan besar sangat dan tak ada duit simpanan setiap bulan. Yang mampu tu lain ler. Saya lain ler, gaji tak berapa besar sangat. Nasihat saya pada semua, masa kita bekerja ni simpanlah duit, jangan boros dan belanja di luar kemampuan kita.

Ribut di Mersing

90 rumah di Gugusan Felda Tenggaroh, dekat sini rosak teruk apabila dilanda ribut petang kelmarin. Dalam kejadian 4.20 petang itu, kebanyakan rumah berkenaan rosak di bahagian bumbung apabila diterbangkan angin kencang.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ribut yang berlaku kira-kira 20 minit itu. Antara yang terlibat ialah 84 buah rumah peneroka di Felda Tenggaroh 5, dua buah rumah di Tenggaroh Timur 1 dan empat buah rumah Tenggaroh 7.

13 Oktober 2010

Ramainya Orang Muda Muflis


Sebanyak 1,046 kes muflis membabitkan kalangan mereka di bawah umur 25 tahun dicatatkan bagi tahun 2005 hingga Julai tahun ini. 

 Daripada kes itu, 487 atau 46.5 peratus diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang sewa beli kenderaan, manakala 354 orang (33.8 peratus) pula gagal menjelaskan pinjaman peribadi.

Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 49

"Apa ? Setuju nak jodohkan Yanti dengan Mat Burger tu ?" Kata Azizah sambil  merenung tajam suaminya yang sedang memandu itu.

Namun suaminya rilek saja, terus memandu dengan tenang. Suami Azizah yang tak menjawab malah terus mengukir senyum memandang Azizah, menambahkan lagi rasa sakit hati Azizah pada suaminya.

"Jadi, abang sanggup Mat Burger tu jadi sebahagian dari keluarga kita ?" Kata Azizah.

Suami Azizah tak jawab terus, tapi berfikir dulu untuk mengatur ayat paling sesuai.

"Kalau itu jalan yang dapat membahagiakan hidup Yanti, kenapa tidak ? Kenapa kita harus menghalang" Jawab suami Azizah ringkas.

Jadi hangat juga perbualan itu tapi perbualan terganggu kerana telefon Azizah berbunyi. Panggilan dari Kamal di Bentong lagi, sudah tentu perkembangan terbaru berita Fuad. Berita terkini, Fuad masih koma dan berada di ICU, ahli keluarga baru saja dibenarkan melawat. Doktor memberitahu, tangan dan kaki kanan Fuad turut patah dan cedera parah. Terkejut Azizah mendengar berita itu yang kecederaan Fuad amat serius tapi bersyukur kerana nyawa masih panjang.

Kereta sudah sampai ke pintu pagar rumah dan Azizah dan suaminya, terhentilah perbualan mereka pasal Yanti dan Mat Burger. Dalam rumah, mereka tak lagi bicara pasal itu kerana Azizah menahan sabar supaya tak  tercetus perang mulut dengan suaminya pula.

Malam itu, Yanti mengalami satu mimpi yang aneh. Bangun dari tidur, dia ingatkan semula isi kandungan mimpinya itu sebelum Yanti pergi mandi. Yanti bermimpi dia sedang main basikal di halaman rumah waktu Yanti masih kecil lagi. Sedang Yanti main basikal seorang diri, datang Fuad naik basikal juga mengacau Yanti. Yanti cuba kayuh basikal seakan nak melarikan diri dari Fuad. Tapi basikal Yanti terjatuh menyebabkan Yanti cedera di lutut dan peha. Fuad dengan segera membantu Yanti bangun dan merawat luka di kakinya itu.

Kemudian pula, datang ayahnya yang mengusap-usap kepala dan memeluk kedua-dua anaknya Fuad dan Yanti. Kemudian di luar pagar, tiba-tiba saja ada Man Burger yang masa itu masih kanak-kanak berbasikal dan memandang kepada Yanti, ayah Yanti dan Fuad. Man kelihatan tersenyum.

Mimpi itu walaupun Yanti tahu itu mainan tidurnya, tapi mendatangkan kesan mendalam juga dalam dirinya. Fuad dan ayahnya sekarang sedang sakit menambahkan persoalan dalam dirinya. Adakah orang yang hadir dalam mimpinya itu sudah tidak panjang lagi umurnya ? Tidak, semua itu karut, bisik hati Yanti. Itu antara soalan-soalan yang berlegar di fikiran Yanti yang dia sendiri tak tahu jawapannya.

Dalam perjalanan ke pejabat, mimpi malam tadi masih mengganggu Yanti. Kenapa pula Man Burger yang dah beberapa bulan Yanti cuba lupakan itu, tiba-tiba hadir dalam mimpinya ? Mimpi itu juga, ayah Yanti dan abangnya yang garang itu pun nampak Man di luar pagar tapi mereka tak marah atau halau Man. Kenapa Man datang ke rumah Yanti ? Ahhhh... itu semua mainan tidur Yanti. Tapi Yanti jadi terkesan sangat hari tu kerana  mimpi itu datang pada saat Yanti sedang bergelut dengan pelbagai lagi masalah baru.

Yer.... Yanti sangat teringat pada bapanya yang sedang terlantar itu. Pagi itu di pejabat, Yanti  rasa dia patut berpindah ke rumah ibubapanya. Yanti simpati sangat dengan susah payah ibunya menjaga dan merawat bapanya setiap hari seorang diri. Yanti ambil keputusan nak pindah dan duduk ke rumah ibubapanya pada sebelah petang juga seakan tidak perlu ditangguhkan lagi. Bibik Indon pun sudah berhenti kerja kerna udah dapat kerja di Indon, mengulik suaminya.

Hari itu juga Yanti telefon kawan serumahnya yang dia nak keluar rumah sewa dan akan bayar sewa terakhir akhir bulan tu. Yanti sampai ke rumah Ibu Yanti petang itu. Ibu Yanti menyambut Yanti dengan gembira dan bertambah gembira bila melihat Yanti bawa banyak barang. Yanti tak kata pada ibunya yang dia nak pindah terus tapi ibunya tahu apabila melihat banyak barang bersama Yanti. Apabila ibunya menjenguk ke luar rumah, rupanya ada sebuah kereta Pajero yang datang bersama Yanti tadi. Kereta siapa itu ?

"Assalamualaikum makcik". Seorang lelaki keluar dari Pajero itu dan bersamalam dengan ibu Yanti.

Mak Yanti terkejut juga walaupun menghulurkan tangan bersalaman. Yanti kemudian terus beritahu ibunya dan memperkenalkan lelaki itu adalah Badrol, kawan Yanti yang tolong Yanti pindah angkat barang.

Rupanya Yanti datang dengan dua buah kereta, satu kereta lagi, Pajero dipandu Badrol, kereta kepunyaan bapa Badrol. Tadi bila Yanti cerita kat Badrol dalam telefon yang dia nak pindah rumah, Badrol terus menawarkan diri membantu. Yanti nak tolak tak boleh juga, kalau tolak, bukan ada orang lain yang nak bantu dia.

Yanti tak kekok duduk di rumah itu, lagipun itu rumahnya. Satu yang paling penting, Fuad tak akan datang lagi ke rumah itu sebab masih di hospital. Mimpi malam tadi terus bermain di fikiran Yanti. Tiap kali menyuapkan makanan bubur ke  mulut ayahnya, Yanti menitiskan air mata. Sukar untuk Yanti memberi penjelasan, kenapa air mata itu senang-senang saja  menitis. Ayah Yanti turut bersedih bila melihat keadaan anaknya yang sedih itu. Ayahnya tahu makna titisan air mata anaknya itu tapi semuanya sudah terjadi.

"Yanti...duduklah rumah ni, abah gembira Yanti ada di samping abah". Kata ayah Yanti dengan suara yang terketar-ketar dan perlahan.

Suara itu membuatkan Yanti terus sedih dan semakin mencurah-curah air matanya mengalir. Ibu Yanti yang berdiri  di belakang Yanti turut mengalirkan air mata.

"Yer abah. Yanti dah duduk sini dan..... dan......" Kata Yanti tetapi dia tak berupaya menghabiskan ayat itu. Dia terus menangis dan menahan sebak di dada. Terpaksa Yanti lupakan saja, apa ayat yang nak diucapkan itu.

Mak Yanti cerita pada Azizah melalui telefon yang Yanti dah pindah balik ke rumah. Gembiranya rasa hati Azizah kerana itu yang diharapkan selama ini. Dan, satu cerita sensasi yang diceritakan ibunya adalah kehadiran seorang lelaki yang datang bersama  tolong Yanti angkat barang pindah. Bila ibunya cerita lelaki dengan menggambarkan fizikalnya, Azizah tahu itulah Badrol. Azizah terus anggap Yanti dan Badrol ada hubungan istimewa dan sedang bercinta walaupun Azizah tak berapa pasti semua itu.

Terfikir juga Azizah untuk berjumpa Badrol yang duduk setaman dengannya tanpa pengetahuan Yanti. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan beberapa perkara yang belum selesai, antaranya mengenai jodoh Yanti. Yer, Azizah cuba untuk rapatkan lagi Badrol dengan Yanti kalau benar mereka berdua sedang bercinta. Kalau boleh nak jodohkan Yanti dengan Badrol. Suami Azizah pun tak tahu pertemuan ini kerana Azizah bimbang kalau suaminya tidak menyebelahinya dalam perkara  ini. Mereka bertemu di sebuah restoran makanan segera di pasaraya IOI Mal Pucung.

Mereka berjumpa dari jam 5.30 hingga 6.30 petang di situ. Apakah hasil pertemuan ini ? Adakah Azizah berjaya menyatukan Yanti dan Badrol di atas pelamin ?  Tunggu kesudahannya....

...BERSAMBUNG KE EPISOD 50
http://kadikluang.blogspot.com/2010/10/sudah-nasibku-mat-burger-episod-50.html

Sultan Kelantan Lucut Gelaran Datuk Kepada Ibrahim Ali (Presiden PERKASA dan Ahli Parlimen Pasir Mas)


Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali.

Bagaimanapun, Ibrahim Ali masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

Ayah Dia Sebelum Meninggal Dunia Kuat Main Nombor Ekor

Seorang lelaki cerita, bapanya semasa hidup kuat main nombor ekor. Bukan rahsia lagi tetapi secara terang-terangan sehingga isteri dan anak-anak pun tahu. Bapanya meninggal 2-3 tahun dulu dalam usia 50-an kerana sesak nafas.

 Masa lepas meninggal, isteri dan anak-anak periksa barangan yang ditinggalkan, turut terjumpa slip nombor ekor dan buku catatan nombor ekor arwah. Diceritakan pada saya, kawan-kawan ayahnya masih jadi pemain nombor ekor tegar di Kluang ni.

Ambillah pengajaran, apa yang saya cerita ni.

Terkini Kes Bunuh Datuk Sosilawati : N Patmanabhan Dituduh di Mahkamah


Seorang peguam iaitu N Patmanabhan (Gambar) dan tiga yang lain dituduh di Mahkamah Majistret di Banting, membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30. Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 8.30 malam sehingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting di sini.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Terkini Kes Bunuh Datuk Sosilawati : Perkembangan di Mahkamah

Beberapa orang yang menjadi suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya  tiba di Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting pagi ini. Mereka tiba bersama dua lagi suspek, dalam jam 8.50 pagi tadi sebelum memasuki mahkamah.

Berkemungkinan mereka akan dituduh di mahkamah ini pagi ini.

Suspek Kes Bunuh Datuk Sosilawati Akan Didakwa Hari Ini ?

Betul ke suspek-suspek kes bunuh Datuk Susilawati akan didakwa hari ini ? Sebuah akhbar harian memetik, beberapa suspek  akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Banting, pagi ini. Akhbar ini juga mendapatkan pengesahan dari peguam suspek yang dikatakan  akan membuat permohonan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada saya, kalau betullah mereka didakwa hari ini, berita ini akan mendapat liputan luas media. Masyarakat tertunggu-tunggu dan masik tertanya-tanya beberapa perkara. Siapakah orangnya yang akan dihadapkan ke mahkamah ? Berapa ramaikah ? Apa kesalahan dan pertuduhannya ? Di mana lokasi bunuhnya ? Pukul berapa kejadian bunuh ini ? Senjata apa yang digunakan ? Sebenarnya semua orang tak tahu, termasuk peguam suspek pun tak tahu.

Yang sangat penting, siapakah mangsa bunuh ini sebenarnya ? Adakah Datuk Sosilawati ? Dia seorang saja atau bersama teman-temannya peguam, pegawai bank dan pemandu ? Lagi satu, ahli perniagaan India yang hilang, adakah suspek dituduh sama ? Juga ahli perniagaan tempatan yang hilang beberapa bulan sebelumnya, adakah suspek juga dituduh membunuhnya ?

Lagi satu, sama ada suspek didakwa hari ini atau tidak, sebenarnya belum pasti. kalau dah pasti pun, kalau tak didakwa pun boleh jadi juga. Apa-apa pun, kita tunggu hari ini sama ada betul atau tidak cerita ini. Akhbar itu sudah terbit, cetak dan jual pada orang ramai akhbarnya. Saya cuma baca melalui akhbar internet dan rasa seronok juga nak baca akhbar sebenarnya.

12 Oktober 2010

Kuih Pau Pun Naik Harga

Hari Sabtu hari tu saya pergi ke Air Hitam yang terkenal dengan tempat beli belah tu. Bukan jauh dengan Kluang, sekitar 20 km saja, 20-30 minit perjalanan. Tengok hari Sabtu ramai orang datang beli-beli terutama pasu bunga dan barang yang jarang orang jumpa kat tenpat lain. Kebanyakan yang saya tengok, orang dari luar Air Hitam seperti Johor Bahru, Singapura dan Kuala Lumpur.

Satu gerai tepi jalan yang jual kuih pau dan putu bambu yang terkenal kat Air Hitam, tak jauh dengan simpang empat, jalan menuju ke Kluang. Seingat saya, awal tahun 2010 harga kuih pau kacang 0.80 sen saja. Lepas tu naik jadi 0.90 sen dalam bulan Jun atau Julai. Sekarang dah naik jadi RM 1.00.

Di lebuhraya, kuih pau kacang RM 1.20 tapi harga dia dari dulu memang dah 1.20. Sebab tu saya tak bising sebab harga tak berbeza. Kalau saya berhenti tempat rehat lebuhraya terutama Pagoh, sedap makan kuih pau situ. Saya tahu, pembuat kuih tu orang Melayu di Pagoh. Dulu masa saya di Unit Halal JAIJ ada buat pemeriksaan kat rumah pembuat kuih pau tu.

Dah sampai gerai kuih pau Air Hitam tu makan jugalah, taklah saya merungut pasal harga tu. Cuma nak beritahu kepada semua peniaga dan pengeluar kuih pau tu. Kenaikan ini sebab apa ? Adakah sebab kenaikan harga gula ? Mungkin juga, tapi tambahan gula tak seberapa kan.

Adakah kesan kenaikan minyak 5 sen baru ni ? Betul juga, hantar kuih pau tu mesti guna kenderaan. Harap-harap kenaikan harga ni tak membebankan pengguna. Semua harga makanan tu bukan harga kawalan macam harga gula dan tepung. Saya bimbang kalau semakin orang susah sekarang walaupun punyai pekerjaan sebab kenaikan harga barang.

Terkini Kes Bunuh Sosilawati : Mahkamah Tolak Permohonan Suspek


Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Haiyoooo.... Minyak Hitam Sudah Naik Harga wooo

Tengahari tadi pergi ke kedai alat ganti kenderaan, beli minyak pelincir jenama yang memang saya dah biasa beli. Sebelum ni, sejak duduk Kluang, memang biasa beli kat kedai tu.  Minyak hitam tu sekarang sudah RM 40, naik harga nampaknya. Sebelum ni dalam sebulan dulu harga dia RM 38. Seingat saya, hujung tahun 2009 RM baru 36. Sebelum tu, awal 2009 dalam RM 34. Beli penapis minyak harga RM 6, ok ler tu, tak naik nampaknya.

Bila saya tanya kenapa harga dah naik, dia kata sekarang harga baru naik. Dia tunjukkan surat yang terlekat kat dinding dalam kedai tu tapi saya tak dapat baca sebab kertas tu dalam kedai. Kedai alatganti kereta mana boleh masuk sampai dalam.

Kalau beli di bengkel, harganya paling kurang pun RM 48. Kira jimat jugalah saya pakai kereta, minyak pelincir dan penapis minyak beli sendiri. Pergi bengkel upah semua sekali RM 10. Kira kos semua sekali, minyak hitam RM 40, penapis RM 6 dan upah RM 10, jumlahnya RM 56. Kalau terus pergi bengkel, boleh jejak sampai RM 100.

Putus Kawan, Sebab Nasihat Kawan Jangan Main Judi Nombor Ekor Lagi

Ada seorang ni cerita pada saya, dia dah putus kawan dengan seorang kawan baiknya, dah masuk 2 tahun. Satu hari tu dia nasihatkan kawan dia supaya jangan main nombor ekor lagi. Kawan dia ni dalam 40-an  dah kawin dan anak masik kecil dan bersekolah rendah. Kerja orang ni biasa-biasa jer, isteri pula tak bekerja. Kawan ni nasihatkan bukan apa, bukan nak masuk campur urusan orang tu, tapi sekadar nasihat sebagai kawan.

Perkataan yang dia cakap pada orang tu 2 tahun dulu ialah,

"Elok berhentilah main nombor ekor ni, bukan boleh jadi kaya pun. Kalau berhenti main nombor nanti, insyaallah nanti dapat rezeki lain yang tak disangka-sangka. Nanti makin murah rezeki kita...". Nasihat kawan tu.

Lepas tu, orang tu terasa hati sampai sekarang. Kalau jumpa kat mana-mana pun tak tegur dan dah lupa kawan dah.

Adik Perempuan Dia Dah Mengandung 6 Bulan


Semalam saya pegi ke sebuah kedai, ada beli barang sikit dalam jam 3.00 petang. Masa kat situ, ada seorang lelaki, jurujual kat kedai tu dalam umur 20-an, bercakap sesuatu dengan kawan dia. Mereka tengah bincang pasal satu cerita yang menarik perhatian saya juga.

"Aku nak balik rumah kejap lagi, bapak aku suruh balik. Adik aku dah menangandung 6 bulan, lelaki pulak dah lari". Lelaki pertama.

"Habis tu macam mana ?" Tanya lelaki kedua.

"Bapak aku nak suruh report  polis. Nak report kes rogol". Kata lelaki pertama.

"Kalau aku, aku belasah sampai lembik dulu lelaki tu. Lepas tu baru buat report". Kata lelaki kedua.

Lepas tu, lelaki pertama telefon tauke dia, dan kata nak tinggalkan kedai sekejap. Tapi yang saya dengar dia cakap dalam telefon tu, dia kata nak pergi mahkamah, bukan balai polis atau balik rumah. Lepas tu, dia terus keluar dari kedai tu bawa topi keledar.

Okey, ni cerita adik perempuan dia, lelaki ni tentulah abang dia. Sebab tu, ayah dia telefon tergesa-gesa suruh dia balik. Betul ke kes rogol ? Kalau rogol takkanlah 6 bulan baru report. Kena tengok umur perempuan tu dulu,kalau bawah umur bolehlah dikira rogol. Tapi kalau adik dia tu dah lebih umur ?

Pada saya, adik dia tu dengan lelaki buat hubungan sex luar nikah suka sama suka. Sebelum ni tak pulak buat laporan kena rogol. Tapi hari ni, tak tahulah macam mana kes boleh kecoh. Mungkin mak ayah sedar dengan perubahan fizikal yang anaknya sedang mengandung. Lepas tu anak pula mengaku pada bapa dia. Atau, hari ni juga perempuan mengaku pada mak ayah dia yang dia kena rogol sebab pakwe dia tu taknak kawin dengan dia. Dan, banyak lagi andaian yang boleh berlaku.

Itulah, masa seronoh bercinta tak jaga batasan pergaulan. Mak ayah juga perlu dipersoalkan juga, sudah tanggungjawab mereka menjaga batasan pergaulan anak dara mereka. Sekarang, dah jadi macam ni, sudah kecoh satu keluarga. Siapa lagi nak dipersalahkan ?

Gambar Keluarga Mangsa Kemalangan Ngeri 10-10-10





11 Oktober 2010

Muhasabah Diri (Siri 3)


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.