Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Januari 2016

Pejabat Diserbu Agensi Dadah?


Beberapa hari lepas, saya buat satu perjumpaan semua pegawai dan kakitangan saya. Lepas sesi ucapan, di penghujung tu, ada kira-kira 4 lelaki masuk. Siapa lelaki itu? Saya tak terkejut tapi buat-buat terkejut. Iaitu dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Semua pegawai dan kakitangan di pejabat saya dikehendaki buat ujian air kencing secara mengejut. Pegawai AADK mengiringi hingga ke tandas dan pintu tandas tidak boleh ditutup semasa proses itu. Sehinggalah proses itu selesai.

Sebenarnya, arahan kepada AADK untuk buat 'saringan penyalahgunaan dadah' kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan adalah arahan Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd Fuad bin Radzuan. Pemeriksaan pula hendaklah dibuat secara mengejut tanpa diketahui oleh kakitangan lain.

Rakan-rakan saya di jabatan lain di KLuang ada cerita yang AADK buat pemeriksaan di jabatan berkenaan. Ada macam-macam cerita termasuk ada juga kakitangan yang dikesan mengambil dadah. Kemudian tindakan diambil oleh pihak berkuasa dan jabatan berkenaan terhadap kakitangan yang melakukan salahlaku itu.

Perlu Diperluaskan

Langkan AADK ini saya rasakan sangat baik. Cuma, kalau boleh diperluaskan kepada sektor lain seperti swasta, kedai-kedai dan lain-lain secara mengejut. Dengan itu, dapat dibendung kes dadah yang masih berleluasa dalam masyarakat kita. Di pejabat agama, ada aduan kes rumahtangga yang disebabkan suami mengambil dadah sehingga melakukan tindakan melampau terhadap isteri dan anak-anak. Sehinggalah rosak rumahtangga itu. Begitu juga banyak kes lain berkaitan dadah seperti memandu secara merbahaya, bunuh, rompak dan HIV.

Untuk Jadi Rakan Facebook Saya, Klik Sini


20 Januari 2016

Miliki Buku Ada Unsur Ajaran Syiah, Lelaki Didakwa di Kluang


Seorang lelaki berumur 47 tahun hari ini didakwa di Mahkamah Syariah Kluang kerana memiliki buku yang boleh dikaitkan dengan unsur ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lelaki ini  mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan tiga ribu ringgit bersama dua orang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan pada Mac 2016.

Lelaki ini berasal dan menetap di Batu Pahat, bekerja sebagai pekebun kelapa sawit. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sewaktu tangkapan dibuat, lelaki ini berada di depan sebuah kedai makan di Taman Sri Impian, Kluang bersama 3 lelaki lain. Hasil pemeriksaan, lelaki ini memiliki buku yang boleh dikaitkan dengan unsur ajaran syiah.

Beliau dituduh di bawah seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

12 Januari 2016

Barang Terpakai Jangan Dibuang, Banyak Gunanya

Barang terpakai seperti botol air dan lain-lain jangan dibuang atau dibakar. Ada banyak gunanya. Sekarang punya jam kena jimat cermat.
 
2
3
 4

 5
6
7
8
 
9



06 Januari 2016

Kenapalah Restoran Tu Nasi Lembik


Tengahari semalam saya jalan-jalan ke sebuah taman. Masuk masa nak makan tengahari, saya jumpalah satu kedai. Dari luar tulis 'asam pedas' di deretan rumah kedai kat taman tu. Masuk kedai tu, adalah asam pedas dalam 3 jenis lauk. Lauk lain pun ada juga. Jadi, kira bolehlah saya nak cuba makan kat kedai tu kali pertama.

Tapi malangnya nasinya lembik. Bila dah banyak kat bekas tu, nasinya melekat dan berketul-ketul. Itulah silapnya kedai tu. Patutnya nak niaga kedai makan, nasinya janganlah lembik macam tu. Walaupun kedainya bersih dan lauknya sedap juga, tapi disebabkan nasinya macam tu, nampaknya hari tu sajalah saya ke kedai tu. Kepada pelanggan lain, silalah tegur tuan kedai tu. Kesian juga tengok orang kita berniaga, tapi dia kurang pengetahuan dalam menyediakan nasi. Kesian kat dia.

Nasi lembik kalau kat rumah sendiri bolehlah. Tapi restoran ni bukan macam ni caranya. Pergilah kursus masakan. Saya sendiri pernah pergi kursus masak nasi ayam di Melaka. Nak tau cerita, KLIK SINI . Ini orang kita berniaga tapi kursus pun taknak pergi. Sekali sekala kenalah pergi kursus untuk tambah ilmu.

Dulu saya pernah tegur sebuah kedai di JB buat teh tarik tak sedap. Lepas tu, dia perbaiki dan lepas tu ramai pelanggan kat kedai dia.

Nikah Sendiket Di Malaysia, Dapat Surat Nikah Seberang, Nak Cerai Pula


Seorang wanita umur 30-an bernikah sebagai isteri kedua senyap-senyap di sebuah negeri di Malaysia. Pasangan ini dinikahkan oleh seorang 'imam' di situ. Dia kemudian dapat surat nikah dari sebuah negara jiran walaupun dia bukan nikah di sana. Beberapa tahun hidup bersama, kemudian pasangan ini dilanda masalah rumahtangga.

Suaminya telah melafazkan cerai melalui perbualan telefon. Suami mengatakan cerai talak tiga terhadap isterinya itu. Wanita ini bertanya saya soalan ini. Pertama, adakah nikahnya sah atau tidak. Kedua, bagaimana kedudukan perceraiannya.
...................

Jawapan:

Pertama, di dalam masalah ini, sama ada nikah sah atau tidak, hendaklah dirujuk ke mahkamah syariah. Pasangan , atau salah seorang dari suami atau isteri boleh membawa nikah sendiket ini ke mahkamah syariah untuk disahkan. Mahkamah syariah mempunyai kuasa untuk mengesahkan pernikahan ini sah atau tidak. Sekiranya pernikahan sendiket ini tidak didaftarkan, mahkamah syariah tidak akan melayan apa-apa permohonan termasuk status perceraian, nafkah, penjagaan anak dan sebagainya.

Dicadangkan pasangan ini atau isteri yang mengadu melantik peguam syarie yang bertauliah untuk mewakilinya di mahkamah syariah.

Kedua, mahkamah syariah di Malaysia tidak boleh mendengar 'status perceraian' sekiranya pernikahan sendiket ini tidak didaftar dan disahkan oleh mahkamah. Begitu juga kalau pasangan ini bernikah di negara luar seperti Thailand, mahkamah syariah di Malaysia tidak akan mendengar kes perceraian sesuatu pasangan itu. Pasangan ini atau isteri boleh pergi ke mahkamah syariah diThailand untuk proses perceraian sekiranya pernikahannya belum didaftarkan di negara ini.

Daftar Cerai

Sekiranya pernikahan sudah didaftarkan, barulah mahkamah syariah di Malaysia boleh mendengar pengesahan cerai yang dikatakan talak tiga ini. Apabila berlaku lafaz cerai di luar mahkamah, itu adalah satu kesalahan di bawah Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM1,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Selepas permohonan pengesahan cerai ini, hakim akan memutuskan status perceraian ini. Hakim mahkamah syariah mempunyai kuasa menentukan sama ada jatuh atau tidak talak itu dan kedua, berapakah jumlah talak sama ada satu atau tiga.

04 Januari 2016

Duda Dengan Janda Duduk Serumah Sampai Ngandung

 
Bertindak berdasarkan aduan awam, penguatkuasa Jabatan Agama Johor membuat serbuan di sebuah rumah kedai pada jam 2 petang. Telah ditangkap satu pasangan lelaki umur 33 tahun berstatus duda anak 3 dan bertugas sebagai pengawal keselamatan. Perempuan pula berusia 36 tahun berstatus janda anak 2, juga bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Hasil pemeriksaan, mereka tiada hubungan mahram dan mengaku sebagai pasangan kekasih. Hasil pemeriksaan juga, perempuan ini telah mengandung antara 5-6 bulan dan sudah disahkan oleh pihak klinik. Menurut aduan yang diterima, pasangan ini telah duduk serumah seperti suami isteri tanpa nikah beberapa bulan lalu. Pasangan ini akan didakwa tidak lama lagi di mahkamah syariah kerana kesalahan khalwat dan zina.

Hukum Agama Yang Mengelirukan, Pengguna Facebook Jangan Share atau Kongsi

Dalam fb ada banyak artikel yang orang kita dapat dari rakan-rakan kita. Nasihat saya, jangan share/kongsi kalau kita tak tahu itu betul atau tidak. Kalau nak berdakwah dalam fb, itu bagus. Tapi janganlah benda yang mengelirukan dan menyebabkan perpecahan masyarakat terutama bab akidah dan hukum Islam kita sebarkan. Contohnya artikel mengenai:
.
1. Pasangan dianggap berzina sepanjang perkahwinan jika melakukan perkara tersebut. Antaranya bernikah semasa perempuan sedang mengandung anak luar nikah.
2. Hukum mengenai tak batal wuduk jika bersentuh dengan wanita. 
3. Tak dapat pahala kalau kita berniat ibadat untuk dapat ganjaran pahala.
3. Menyebarkan nama dan gambar barangan yang kononnya tidak halal.
.
Akibat Dari Perbuatan Kita Menyebar
Apabila kita sebar akibatnya banyak. Mungkin kita cuma hendak tanya hukum kepada ustaz tu, tapi kenapa  kita share pada umum pula. Eok tanya peribadi kepada ustaz tu. Lagi satu, ustaz kadang-kadang malas nak jawab dalam komen kerena sikap orang kita juga. Orang kita dalam fb sekarang seolah-olah 'hilang adap' semasa komen. Jadi ustaz tak mahulah terjerat dalam komen tersebut. Panjanglah cerita pasal adap ini.
.
Lagi satu, isu 'tak sah kawin masa mengandung' ini dah bertahun-tahun dulu sudah timbul dalam fb. Kira dah letih dah saya menjawab. Berhenti dan senyap sekejap, lama-lama keluar semula cerita yang sama. Yang sharenya orang lain pulak. Penatlah macam ni. Nasihat saya, jadilah pengguna laman sosial yang baik dan beretika.

03 Januari 2016

Abah Saya Pesan, Jangan 'Berkira' Keluar Duit Belanja Anak Sekolah


Sampai bila-bila saya tak lupa pesanan arwah abah saya pasal pelajaran anak. 
"Sebagai bapa, kita jangan berkira untuk keluar duit belanja anak sekolah", kata abah saya.

Ayah saya selalu sebut ayat ini terutama pada ibu bapa yang merungut perbelanjaan anak-anak meningkat. Saya sebagai anak, saya yang dengar pesanan abah saya ini. Dia bukan cakap pada saya,  pada orang lain, tapi saya selalu dengar. Jadi saya ingat sampai sekarang. Abah saya cakap lagi.

"Janganlah kita tulis-tulis pula apa belanja yang kita dah keluar pada anak. Kalau dengan anak pun kita nak berkira-kira, nanti jangan sampai rezeki kita, Allah akan berkira-kira dengan kita pula".

Ini arwah ayah saya yang dah 20 tahun meninggalkan saya pesan. Saja jer saya nak kongsi cerita.

Bincang Isu-isu Semasa Bersama Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

Bincang Isu-isu Semasa Bersama Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Banyak isu yang disentuh termasuk yang melibatkan guru-guru agama. Selamat bertugas kepada semua warga pendidik.

02 Januari 2016

Siapa Ada Hilang Kucing?

Khamis malam Jumaat dalam jam 3 pagi, kat depan pintu saya bunyi anjing menyalak kuat. Bila saya keluar, didapati 4 ekor anjing sedang mengejar kucing. Empat ekor anjing itu berjaya dihalau dan kucing itu panjang umur. 

Kucing itu sekarang masih ada kat rumah saya dalam keadaan selamat, cuma kaki belakang tercedera. Jadi sesiapa jiran yang berdekatan dengan rumah saya yang hilang kucing, boleh datang. Pesanan kepada yang ada kucing, sila tutup pagar kerana ada anjing liar berkeliaran terutama waktu malam.

(Kat atas tu gambar hiasan saja)

01 Januari 2016

Pakar Pasang Cermin Kereta Warga Bangladesh Rupanya


Saya ke sebuah kedai kedai pasang cermin kereta. Orang kata, kedai itu kira pakar pasang cermin kereta berbanding satu kedai lain yang namanya juga terkenal. Sampai di kedai tu, taukenya bangsa Cina, manakala pekerjanya warga Bangladesh. 

Bila tengok dia buat kerja ganti cermin depan, kira betullah dia pakar bab-bab pasang cermin ni. Sebenarnya, kalau nak cari kedai untuk pasang cermin kereta ini bukan sebarang-sebarang kedai boleh kita hantar. Kena tengok pekerjanya pakar atau tidak. Silap pasang nanti, kereta boleh masuk air atau bunyi angin kuat kalau kita bawa laju.

Soalnya mana erk warga tempatan termasuk orang Melayu yang pakar macam lelaki Bangladesh tadi?

31 Disember 2015

Harga Petrol Turun 10 Sen, Esok Sajalah Isi Minyak


Bermula tengah malam ini (1 Januari 2016), petrol RON 95 dijual dengan harga baru pada RM1.85 seliter, manakala RON97 pula turun 20 sen menjadi RM2.25. Harga diesel pula turun 30 sen kepada RM1.60 daripada RM1.90.

Isteri Mengadu Pasal Suami Kuat Main Judi


Seorang isteri 30-an mengadu dalam telefon berkenaan suaminya yang orang nampak baik di mata masyarakat. Tapi isterinya beritahu yang suaminya kuat main judi. 
"Jadi nak buat macam mana Ustaz?" tanya isteri itu.
"Sila datang ke pejabat agama bahagian khidmat nasihat (kaunseling)"
"Nanti apa tindakan terhadap suami saya ustaz?" tanya isteri lagi.
"Datanglah dulu...."

29 Disember 2015

Blog Kadi Kluang Sudah Tukar Kepada www.ustazkhalil.blogspot.my

 
Untuk makluman semua, Blog Kadi Kluang Sudah Tukar Kepada   www.ustazkhalil.blogspot.my  sempena kita melangkah ke tahun 2016 . Kandungannya lebih menarik dan lebih meluas.

28 Disember 2015

Nasi Bajet, Tiga Ringgit Saja


Semalam saya baru balik dari Terengganu. Ada perkara menarik di Terengganu yang macam saya tak nampak di Johor iaitu 'nasi bajet' iaitu makan tengahari. Ada yang 4 ringgit siap air teh o dan ada yang 3 ringgit. Bukan satu, tapi banyak juga yang saya jumpa kedai seperti ini di tepi jalan. Ada gerai yang ada kerusi meja dan ada juga untuk bungkus saja. Harga macam ni boleh dapat, nasi, ayam, kuah dan sayur.

Ada satu tempat itu di kawasan Seberang Takir, saya jumpa yang paling murah rasanya iaitu RM 2.50. Saya tak beli, cuma perhati saja. Seronok juga saya tengok orang Melayu berniaga walaupun nampaknya kecil saja gerainya tapi pelanggannya ramai juga.

Tips Mengurus Kewangan Tahun 2016


Saya nak kongsi cerita mengenai mengurus kewangan sama ada kewangan diri, keluarga atau organisasi. Kita telah menempun tahun 2015 dengan penuh cabaran kewangan seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan yang terhad dan penurunan nilai matawang kita. Kepada yang ada anak bersekolah, harga barang keperluan sekolah seperti pakaian, naik berbanding tahun-tahun lepas. Begitu juga dengan yuran dan lain-lain bayaran di sekolah.

Melangkah tahun 2016 nanti, kita hendaklah pandai merancang kewangan kita. Pertama, kita hendaklah menambahkan pendapatan kita. Kedua, kita perlu kurangkan perbelanjaan harian, bulanan atau buat hutang jangka panjang.

Tambahkan Pendapatan

Bagi yang bekerja di sektor kerajaan, sudah tentu setiap tahun ada kenaikan gaji. Maknanya, pertambahan pendapatan kita adalah suatu yang pasti. Tapi yang bekerja tanpa kenaikan gaji seperti yang bergaji tetap, maka perlulah ada sumber lain untuk menambah pendapatan. Buatlah kerja tambahan yang mudah dan mampu kita buat. Jangan sampai kita kerja sampai tak cukup rehat dan membahayakan kesihatan kita pula.
.
Ada banyak kerja yang kita boleh buat dan kurangkan duduk-duduk saja atau duduk tengok tv, main telefon internet dan sebagainya. Berniaga ada banyak cara sama ada secara tradisional atau melalui internet, yang penting kita rajin. Nak idea, ada banyak idea, lain orang lain minat dan minatnya. Nak berniaga ini mula-mula kena  buang sifat malu atau kita tengok orang kesian pada kita. Pernahkan kita tanya berapa pendapatan orang yang berniaga tepi jalan jual cakoi, jual air tebu, jual apam balik dan nasi lemak? Mereka tak heboh-heboh macam orang masuk MLM yang menunjuk-nunjuk kemewahan supaya orang masuk MLM itu.

Kurangkan Perbelanjaan

Kita belanja apa yang perlu sahaja. Yang mewah, hiburan dan perbelanjaan tambahan, maka kurang-kurangkanlah. Yang merokok, berhenti sajalah. Yang hisap rokok vape, lagilah kena berhenti sebelum orang jeling kita semacam jer.

Yang sebelum ini selalu sarapan dan makan tengahari di restoran mewah, kurangkanlah. Rileklah di kedai mamak sambil boleh dapat wifi free atau kat warung bawah pokok. Yang malam selalu makan berat-berat, makanlah yang ringan sikit. Boleh juga turunkan berat badan. Sebelum ini suami kata isteri macam belon, marah pulak, hehehe.

Yang selalu tukar hanphone baru, belilah telefon secondhand kalau telefon tu rosak. Kalau nak baru, belilah yang buatan China macam Lenovo, Vivo atau Asus yang murah sikit berbanding telefon jenama lain. Cuba semak juga line telefon yang kita pakai. Dulu saya line telefon dalam 120 sebulan tapi bila saya ke celcom dapat tukar pakej dan bayaran saya tak sampai RM58 sebulan. Line yang sama dan kelajuan internet yang sama juga. Cuba semak talian kita, biasa yang dah lama jadi pelanggan, dapat pekej percuma.
.
Sebenarnya ramai orang habis duit bulanan tanpa disedari dengan bayar telefon dan internet. Kalau pakai prepaid pun kekadang kita lebih rugi kerana banyak kali kita topup tanpa disedari. Kekadang guna line bulanan lebih untuk, kita boleh kaji. Tapi ada juga syarikat yang iklannya kata murah tapi kalau talian kita kena blok, kita kena tambah RM10 untuk mengaktifkan semula, sebelum ini dia tak cakap.

Kat rumah, jangan buka lampu banyak-banyak terutama masa tidur, hadkan lampu. Kalau kita tutup tv misalnya, tutup sekali sius kat plak tu. Yang selalu orang membazir adalah cas telefon terlalu lama. Lepas cas tu, dibiarkan suis plak masih menyala. Lagi banyak letrik kalau kat rumah pakai aircond. Hadkanlah penggunaannya dan tutup kalau tiada orang guna.

Kereta

Lepas ini kalau yang duduk rumah bawah, bukan flat atau kondo, basuhlah kereta sendiri. Satu kereta yang saya pakai ni, sudah beli hampir 3 tahun, kereta ini saya tak pernah hantar basuh di kedai. Saya beli shampoo dan span basuh kereta di kedai 2 ringgit. Shampoo dan span itu tahan dalam 3-4 bulan. Air yang kita guna untuk basuh kereta rasanya tak sampai seringgit sebulan kalau kita basuh 4 kali sebulan macam saya.

Servis kereta hendaklah beli minyak hitam dan oil filter sendiri. Pergi ke kedai servis hanya bayar upah sahaja dan jangan guna barang di kedai itu. Begitu juga kerosakan dan alat ganti kereta kita yang simple-simple. Hari ini saya oder 'brek pad' untuk kereta saya, oder melalui internet dari sebuah kedai di Kuala Lumpur. Kalau saya gunakan barang dari kedai itu, harganya berganda mahalnya.
 .
Elakkan Buat Hutang
Elakkan buat hutang seperti beli rumah, beli kereta baru dan personal loan.  Jangan kita ingat harga rumah dan hartanah semakin meningkat setiap tahun. Sebenarnya hujung tahun 2015 ini begitu banyak rumah yang belum terjual. Kita perlu sedar yang harga hartanah ini ada kitaran turun naiknya. Macam tahun 2008-2010 dahulu banyak rumah kena lelong dan saya pun beli rumah lelong masa itu. Begitu juga tahun 1998-2000 dahulu, harga rumah merudum sehingga ada syarikat hartanah yang besar-besar jatuh muflis. Nak belajar pasal lelong rumah, kliklah sini  http://ustazkhalil.blogspot.my/2010/01/rumah-lelong-pengalaman-saya-sendiri.html

Tak Perlu Langgan Insuran

Fikir betul-betullah, kenapa kita masuk insuran kalau duit yang kita ada itu lebih perlu untuk kita buat belanja harian kita dan anak-anak. Janganlah kita ditakut-takutkan akan risikonya kalau kita tak ada insuran. Contohnya kalau nanti kita sakit buah pinggang, kena kos 3ribu sebulan, kita nak mintak kat sapa? Jawapannya, pergilah ke Majlis Agama Islam, nanti akan ditanggung keseluruhan kosnya. kalau kita mati nanti macam mana? Siapa nak beri belanja anak kita? Tak perlulah kita ditakut-takutkan sebegitu. Nak tunggu mati, pejam celik, dah berbelas tahun orang itu masuk insuran tapi tak mati-mati. Rezeki kan Allah Taala yang bagi, kita kena yakin. Kalau bapa mati meninggalkan insuran, tak semestinya kemewahan duit insuran itu boleh membantu anak kita nanti.
.
Personal Loan
Ada orang setiap tahun dalam 5 tahun kebelakangan ini buat personal loan. Kali pertama buat loan, duit itu dihabiskan dalam masa setahun sahaja. Tahun depan, gaji sudah kurang dan duit dalam poket sudah tak ada, maka buat sekali lagi personal loan. Tahun depan begitu juga. Kalau ak buat personal loan, tanya duit, untuk apa kita nak buat. Jangan jadikan personal loan gali lubang tutup lubang.

Tak Perlu Buat Pinjaman ASB

Nak melabur, kalau kita ada duit sendiri sahaja. Kalau kita meminjam untuk melabur, tidak semestinya kita untung. Yang pasti, bank yang kasi kita pinjaman ASB itu sudah tentu untung.

10 Disember 2015

Agaknya Muka Saya Macam Hero Hindustan Shahrukh Khan

 
Semalam saya pergi ke sebuah pasaraya di Johor Bahru. Saya cuma beli dua barang iaitu spray pencukur dan sebotol air buah. Masa bayar tu, anak dara chasher tu senyum kat saya sambil dia kata,

"Ehhhhh Shahrukh Khan.........." Kata anak dara dalam 20-an tu.

Saya pun tersenyum. Lepas bayar tu, saya tanya perempuan tu semula.

"Dik... apa yang Shahrukh Khannya ?". Tanya saya.

Dia terus jawab.

"Ini spray cukur ini gambar Shahrukh Khan".

Saya belek-belek spray tu, menang muka Shakrukh Khan dan nama dia pun ada. Lagi sekali saya tersenyum dan terus keluar. Ingatkan dia kata saya ni Shakhrukh Khan. Hehehe

30 Ogos 2015

Mengapa Menangis ?


"Mengapa Semua Menangis
Padahal Aku Selalu Tersenyum
Usap Airmata Mu
Aku Tak Ingin, Ada Kesedihan....."

"Tuhan, Terserah Pada Mu
Aku ikut Mahu Mu Tuhan
Ku Catat Semua
Ceritaku Dalam Harian Ku"


15 Ogos 2015

Hulurlah Seringgit Kepada Tukang Cuci..... Boleh?


Semalam saya tulis pasal sedekah, pasal makcik dan anak dia kehabisan minyak moto di sebuah stesen minyak kat Batu Pahat. Klil sini kepada yang belum baca .

Semalam juga saya menghadiri majlis kesyukuran di Masjid Al-Ikram, Taman Sri Kluang iaitu majlis meraikan orang yang terpilih mengerjakan fardhu haji tahun ini. Yer, sewaktu berada di Tanah Suci, saya lihat orang kita terutama orang Malaysia rajin bersedekah. Hampir kesemua jemaah pernah ada menghulurkan sejumlah wang di Masjid Nabawi Madinah dan Masjidil Haram Mekah. 

Begitu juga sewaktu orang kita mengerjakan umrah di Mekah dan Madinah, tanpa disuruh, tangan menghulur sedekah. Yang dapat rezeki dapat duit itu biasanya adalah tukang cuci masjid yang kesemuanya warga asing terutama Bangladesh, Indonesia dan negara lain.

Tukang Cuci di Malaysia

Tetapi, di Malaysia, orang kita susah nak hulurkan sedekah kepada tukang cuci. Tak kiralah tukang cuci itu di pejabat kerajaan, sekolah, tepi lebuhraya, tepi jalan, taman permainan dan sebagainya, orang kita tidak biasa beri sedekah. Begitu juga dengan orang yang kerja pungut dan angkat sampah, saya tak pernah lihat mereka dapat sedekah. 

Saya dapat agak, gaji tukang cuci tak tinggi mana. Jauhlah tingginya gaji orang yang berkereta mahal, motosikal besar dan mahal dan ada kerja yang baik. Mungkin gaji tukang cuci itu hanya sekadar cukup untuk makan minum sekeluarga bagi setengah bulan saja dan setengah bulan lagi, mungkin mereka ikat perut atau berjimat-jimat berbelanja. Tapi itulah kerja yang mereka perlu buat atau terpaksa bekerja untuk menyara keluarga. 

Hulurlah Sedekah

Mulai hari ini, apa salahnya kalau kita jumpa tukang cuci, kita pergi dekat dia dan kita hulurkan duit seringgit. Dan kalau boleh, ini dijadikan amalan kepada masyarakat kita. Sama-sama kita membantu ekonomi orang Islam.

Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa  yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)


14 Ogos 2015

Perempuan Dan Anak Minta Duit Isi Minyak Moto


Hari ini saya nak cerita pengalaman sikit berkenaan orang susah. Pada tahun 2008, awal Ramadhan saya dari Johor Bahru hendak ke Batu Pahat kerana ada tugas di Mahkamah Syariah Batu Pahat. Sampai di Air Hitam dalam jam 8.30 pagi, saya berhenti di satu stesen minyak dan isi minyak RM50. Masa saya isi minyak itu, ada seorang makcik dalam umur 50-an, berpakaian baju kurung dan bertudung menghampiri saya. Dia tengok saja saya tapi tak cakap apa-apa. 

Lepas itu, saya tinggalkan kereta di situ dan saya ke tandas. Bila saya ke kereta semula, kali ini makcik itu bersama anak lelakinya dalam lingkungan umur 20-an. Makcik tu cakap,

"Anak tolonglah, makcik ini tak ada duit nak isi minyak moto. Tolonglah makcik nak ke Sri Menanti dari Kulai, sampai sini minyak dah tinggal sikit dan tak cukup untuk sampai ke Sri Menanti."

Kata makcik tu sambil anak lelaki dia menggangguk-angguk. Saya pada mulanya ragu-ragu, adakah betul cakap makcik tu.

"Makcik nak ke Sri Menanti rumah siapa?" Tanya saya.

"Sri Menanti rumah makcik dan Kulai rumah anak baru bersalin". Kata makcik tu.

Bila dah mula yakin dengan cerita tu, saya minta lelaki itu bawa moto yang masih boleh start dan minyak dia memang dah sikit. Saya bayar RM 5 pada stesen tu dan dia tuang minyak. Katanya mereka dan hampir sejam menunggu di stesen minyak itu, menunggu kalau-kalau ada sesiapa yang nak sedekah duit pada dia. Kemudian saya perhatikan sehinggalah moto itu bergerak menghala ke Batu Pahat. Sebelum itu makcik dan anak lelaki ucap terima kasih banyak-banyak pada saya.

"Tak tahulah macam manalah nak balas jasa encik ni". Kata makcik ni dan dia terus berlaku.

Hari itu, bulan Ramadhan saya masuk mahkamah rasa sayu hati juga. Terkenang cerita yang baru berlaku tadi. Nasib baik hakim tak tanya saya lebih-lebih, kenapa pendakwa tak 'garang' macam selalu hari itu.

Hari ini, saya teringat semula kisah ini, walaupun hanya RM 5 sedekah saya tapi jiwa saya tersentuh. Sekali fikir, kenapalah saya tak hulurkan duit RM 10 atau RM 20 atau RM 50 pada makcik tu kerana dah tentu makcik tu orang susah dan memerlukan bantuan?

23 Julai 2015

Pasang Tinted Cermin Kereta Semurah RM 7.50 Untuk 4 Tingkap


Dalam bulan Jun lepas saya jumpa dua kedai di Terengganu yang tulis iklan besar iaitu 'Tinted 4 Cermin Kereta hanya RM 40.00'. Bila saya tengok kedai tu, milik anak muda Melayu dan ramai pelanggan di kedai tu nampaknya. Kemudian saya jumpa satu lagi kedai yang hampir sama jaraknya hampir 10km dari kedai yang pertama tadi. Juga iklan pasal tinted kereta RM40.

Biasa Mahal

Saya dah banyak kali pasang tinted di  kedai-kedai aksesori sejak saya pakai kereta. Paling murah saya dapat untuk 4 cermin pintu adalah RM80 di Muar, itu pun tahun 1999 dulu, sekarang tak tahulah. Kawan saya baru buat untuk 4 cermin  dapat harga RM 120. Kawan saya kata asalnya RM 150 tapi dapat kurang kepada RM120. Dia rasa dah murah tu. Saya cerita kat dia, di Terengganu ada kedai  cuma harga RM40, kawan saya macam tak percaya.

Baru-baru ni iaitu Hari Raya saya nak tengok juga kedai ni tapi kedainya tutup. Dengan iklan-iklannya sekali saya tak nampak. Kemudian saya ke satu kedai barangan keperluan di Terengganu, saja tengok-tengok. Yang menarik perhatian saya, ada saya jumpa tinted kereta tu jual di situ. Harganya cuma RM 7.50 untuk satu gelung. Panduan dan cara pasang untuk kereta pun ada ditunjukkan kat kotak tu. Saya tak beli di Terengganu kerana saya fikir, tinted itu boleh renyuk dan rosak kalau saya beli di sana kerana dah banyak barang dalam kereta.

Beli di Johor

Semalam, saya ke satu kedai  ini dan saya cari tinted tu. Yer, ada jual di kedai tu, jenis yang sama juga. Harganya RM 7.50 dan saya beli 2 set. Cadangnya saya nak pasang tinted kat kereta  saya sebelah depan kiri dan kanan yang tak berapa gelap. Saya teruja nak pasang sendiri tinted itu untuk cari pangalaman dan nak dapat tahu seronoknya kerja pasang tinted tu. Pengalaman tengok beberapa kali di kedai aksesori pasang tinted tu dijadikan panduan saya selain cara-cara yang ditunjukkan di kotak tu.

Sebelum ini dalam tahun 1997 pernah saya pasang tinted di pintu cermin rumah di Johor Bahru, kira ada pengalaman juga. Masa tu saya pergi beli tinted tu kat kedai aksesori dan  bawa balik pasang sendiri. Orang yang jual tu pun ajar saya cara pasang. Yer ler, ajarlah kat saya sebab saya beli pun dengan harga mahal yang bila saya fikir sendiri itu harga siap pasang.

Pasang Sendiri

Malam tadi dalam jam 10.30 malam saya mulakan kerja pasang tinted tu. Dari siang tadi memang rasa tak sabar, macam seronok sangat kerja tu. Dalam kotak itu rupanya dah disediakan satu pisau kecil dan alat penggosok. Saya sediakan botol spray yang saya letak shampoo dan air. Sebagai tambahan, saya gunakan kunci hotel berbentuk kad yang dihujungnya saya letak loytape ataupun anak saya panggil 'salotep'.

Diringkaskan cerita saya pasanglah dan memakan masa hampir satu setengah jam untuk dua cermin. yang saya terkejutnya, bila saya ukur, rupanya satu gelung berharga RM 7.50 itu boleh pasang untuk 4 cermin tingkap, murah betul. Seronok sangat saya rasa sebab dah berjaya. Mungkin orang lain tak tahu, kenapa saya seronok. Ini bukan soal untuk atau nak jimat duit tapi satu kepuasan. 

Ada Ker Orang Pasang Tinted Sendiri?

Saya nak tanya ni, adakah orang lain pasang tinted sendiri? Jawab sendiri, Tapi saya pernah dan ini pengalaman pertama saya. Macam nak pasang lagi kat kereta tapi dah tak ada kereta yang perlukan tinted. Mungkin nantilah kalau nak beli kereta baru. Cita-cita tu ada tapi belum tercapai. Agak-agak kalau pakai kereta tu, berani ker nak pasang tinted sendiri?

Cari Pengalaman

Saya macam nak ofer kepada sesiapa yang nak minta saya pasang tinted percuma. Mungkin saya letak harga RM 7.50 sahaja untuk kos beli barang. Saya sekarang macam nak tegur saja sapa yang tak ada tinted atau tinted dia dah rosak. Bukan apa, saya nak tolong pasang secara percuma. Lagi satu, saya nak ajar dan tunjuk dia cara pasang tinted.

Percubaan saya kali pertama semalam bukanlah sempurna sangat. Ada beberapa kesilapan antaranya, pertama saya potong itu tak berapa rata dan selepas ini saya kena lebih teliti. Kedua, saya sepatutnya gunakan sedikit saja shampoo mandi, tapi semalam macam terlebih. Ketiga, saya sepatutnya buat lebih pantas selepas ini. Keempat, saya sepatutnya ada pembantu iaitu kerja lebih baik dibuat berdua bukan seorang. Dan lain-lain pengalaman yang menyeronokkan saya. Jom, siapa yang ada kereta yang nak tinded, saya nak tolong pasang. Seronok.

Jangan Tanya Saya Soalan

Ada beberapa soalan yang saya tak mahu jawab. Antaranya soalan, tinted ini lulus JPJ ker tidak? Entah, saya pun tak tahu. Jangan tanya soalan kedai mana saya beli tinted ini. Kalau saya beritahu nanti, habis kedai tu kena serbu pembeli. Rajin-rajin carilah sendiri yer.


Jadilah Rakan Facebook Saya, klik sini

01 Julai 2015

Fakta Berguna Kepada Pelabur Bursa Saham: Keadaan Ekonomi Greece

Drachma, matawang Greece telah digantikan dengan Euro pada tahun 2002 selepas menyertai European Union (EU). Penggunaan matawang euro itu telah meningkatkan keyakinan pelabur ke atas perkembangan ekonomi Greek.
  • European Union (EU) ialah kesatuan politik-ekonomi 28 negara yang terletak di Eropah. Ia terdiri daripada institusi seperti European Commission (EC), Council of the European Union, European Council, Court of Justice of the European Union, European Central Bank, European Court of Auditors, dan European Parliament.
Pada Disember 2004, European Commission telah mengeluarkan amaran rasmi kepada Greece selepas mendapat tahu pemalsuan data status kewangan negara dimana perbelanjaan melebihi pendapatan bagi menyertai keahlian eurozone. Kerajaan Greece mengakui defisit tidak pernah berada di bawah 3pc sejak 1999 seperti mana peraturan yang telah ditetapkan oleh EU di dalam kriteria penyatuan Maastricht .
  • European Commission (EC) iaitu sebuah badan eksekutif European Union (EU) yang bertanggungjawab mencadangkan undang-undang, melaksanakan keputusan, memartabatkan perjanjian EU dan menguruskan urusan seharian EU.
  • Eurozone ialah nama rasmi bagi kawasan Eropah yang menggunakan matawang kesatuan, Euro. Ia terdiri daripada 19 buah negara seperti Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Portugal, Slovakia, Slovenia, dan Sepanyol.
Walaupun kewangan Greece tidak menentu, kerajaan Greece tetap menganjurkan Sukan Olimpik 2004. Perbelanjaan kos yang tinggi menekan kerajaan Greece.
Krisis hutang negara Greece bermula pada tahun 2009 dan masih berlaku sehingga kini. Dari Oktober hingga Disember 2009, credit rating Greece diturunkan oleh agensi-agensi perkhidmatan kewangan seperti Fitch, Standard & Poor’s dan Moody’s. Ini semua terjadi kerana bertahun-tahun kerajaan Greece cuai dalam perbelanjaan dan pinjaman.
  • Credit rating ialah penilaian ke atas risiko kredit penghutang bagi memenuhi komitment kewangan negara berdasarkan urusan terdahulu. Ia juga merujuk kepada kebolehan peminjam untuk membayar balik hutang pinjaman.
  • Maka, George Papandreou, Perdana Menteri baru waktu itu telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan satu program yang akan memotong perbelanjaan untuk rakyat. Tindakan kerajaan Greece mengumumkan dua lagi langkah-langkah penjimatan yang sukar antara Januari dan Mac 2010 telah menimbulkan bantahan dan mogok besar-besaran. Antara pelan yang diumumkan ialah peningkatan cukai GST dan cukai rokok dan alkohol, peningkatan harga gas, pembekuan pencen dan had maksima bagi gaji kakitangan awam.
    Krisis semakin genting, pada 23 April 2010 Papandreou telah meminta secara rasmi pakej bantuan kewangan kecemasan yang melibatkan penyertaan European Union, European Central Bank (ECB) dan International Monetary Fund (IMF). Susulan itu, pada 2 Mei 2010, €110 billion telah diberikan kepada Greece sebagai satu pakej bailout di atas persetujuan bersama Papandreou, IMF dan pemimpin-pemimpin eurozone.
    Sekiranya Greece gagal membayar balik pinjaman, ia akan membahayakan negara-negara EU yang lain. Bagi menghalang risiko kegagalan Greece membayar hutang sekiranya itu berlaku, pemimpin-pemimpin Eropah termasuk IMF, ECB dan EU bersatu membentuk ‘Troika’ bagi melindungi eurozone daripada krisis Greek. Bagi mencapai objektif ‘Troika’, Greece mesti bersetuju dengan rela hati dan mempunyai kebolehan untuk penstrukturan semula.
  • Bagi memenuhi syarat pinjaman, kerajaan Greece telah mengumumkan pakej penjimatan ketiga yang melibatkan:
    1. Pemotongan 8% elaun sektor awam.
    2. Had sektor awam sebanyak €1,000 diperkenalkan kepada bonus dua kali setahun dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang berpendapatan lebih €3,000 sebulan.
    3. Had €500 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi gaji pekerja awam, dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €3,000 sebulan.
    4. Had €800 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi ansuran pencen dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €2,500 sebulan.
    5. Pemulangan cukai istimewa ke atas pencen yang tinggi.
    6. Mengenakan cukai yang luarbiasa ke atas keuntungan syarikat.
    7. Peningkatan nilai hartanah (dan cukai tinggi).
    8. Peningkatan tambahan 10% untuk semua kereta import.
    9. Perubahan bayaran pemberhentian kerja dan bayaran kerja lebih masa.
    10. Meningkatkan cukai GST
    11. Peningkatan 10% cukai ke atas barangan mewah dan cukai ke atas alkohol, rokok dan minyak.
    12. Umur pencen pekerja wanita disetarakan dengan umur pencen pekerja lelaki.
    13. Mekanisma pemberian pencen diubah mengikut jangkaan perubahan hidup.
    14. Dana kewangan stabil dibentuk.
    15. Umur purata persaraan pekerja kerajaan ditingkatkan dari 61 tahun kepada 65 tahun.
    16. Bilangan syarikat awam dikurangkan dari 6,000 kepada 2,000.
    17. Bilangan majlis perbandaran akan dikurangkan dari 1,000 kepada 400.

    Pengumuman langkah penjimatan itu telah menyebabkan mogok dan demonstrasi di dua buah bandar utama Greece yang turut bertukar menjadi ganas sehingga melibatkan kematian. Walaupun kerajaan Greece telah menerima pakej bailout dan mengumumkan langkah penjimatan, credit ratingGreek terus menjunam jatuh.
  • Krisis hutang Greece makin meruncing pada tahun 2011 dengan pelbagai protest, tentangan, dan keganasan yang berlaku di sekitar bandar besar Greece dan di luar bangunan parlimen. Meskipun begitu, pakej penjimatan keempat dan kelima tetap diluluskan oleh parlimen. Ia bermakna lebih banyak tekanan ke atas rakyat Greece. Tahun 2011 turut menyaksikan penstrukturan semula kerajaan dan perletakan jawatan Papandreou sebagai Perdana Menteri Greece selepas pelan referendumnya dikecam.
    • Referendum ialah undian awam bagi satu isu yang memerlukan pandangan orang awam sebelum memutuskan sesuatu keputusan.
    Pada 2012 seorang pesara pegawai farmasi telah membunuh diri di depan bangunan parlimen Greece sebagai satu tanda protes menentang politik polisi pengurangan bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang membebankan rakyat. Dia telah menjadi simbol penentangan rakyat Greece terhadap kerajaan dan mencetuskan pertentangan antara polis dan penunjuk perasaan.
  • Kebangkitan rakyat telah menyebabkan parti kerajaan kecundang di dalam pilihan raya. Sementara itu, populariti parti haluan kiri yang radikal dan parti haluan kanan telah meningkat tetapi kedua-dua parti itu tidak memenangi majoriti kerusi parlimen. Kerajaan campur yang melibatkan parti New Democracy, PASOK dan DIMAR diwujudkan dan presiden parti New Democracy, Antonis Samaras dilantik sebagai Perdana Menteri Greece pada 17 Jun 2012.
  • Tukar perdana menteri dan kejatuhan parti kerajaan turut tidak mengubah apa-apa krisis ekonomi Greece. Malah, satu protest yang besar berlaku di luar bangunan parlimen apabila pakej penjimatan keenam diluluskan bagi memastikan Greece terus menerima ansuran daripada perjanjian bailout. Itu menunjukkan ekonomi Greece semakin tenat dan bergantung kepada bantuan kewangan untuk melalui krisis hutang ini.
    Pada tahun 2013 pula, kerajaan Greece berdepan dengan masalah peningkatan kadar pengangguran rakyat yang tinggi dan ia merupakan kadar paling tinggi di EU dengan peningkatan sehingga 26.8% dan hampir 60% bagi kadar orang muda yang tidak bekerja. Pada pertengahan tahun 2013, kerajaan menangguhkan operasi penyiaran kerajaan, ERT bagi menjimatkan duit. Protes dan mogok telah menyebabkan ERT dilancarkan semula dua bulan selepas itu.
  • Barisan kabinet distrukturkan semula lagi sekali oleh Samaras dan meluluskan pakej penjimatan ketujuh termasuk pelan pemotongan gaji pekerja perkhidmatan awam bagi menerima bantuan pakej bailout kedua EU dan IMF sebanyak €130 billion menyebabkan kehidupan rakyat Greece semakin tertekan dan mengamuk di jalanan. Ramai orang Greece juga gagal membayar cukai mereka.
    Ada sinar bagi Greece pada awal tahun 2014. Greece kembali ke pasaran kewangan dengan 3 billion Eurobonds. Agensi Fitch menaikan semula credit rating Greece dari gred B- ke B. Greece berjaya mendapat 4 billion dollar dari pasaran kewangan dunia di dalam penjualan bon jangka masa panjang kerajaan. Ia adalah satu langkah penting untuk ekonomi negara pulih.
    • Eurobonds ialah bon kerajaan yang dicadangkan dalam euro secara bersama oleh 19 negara eurozone.
    Hampir masuk suku tahun kedua iaitu Mei 2014, kumpulan anti-austerity haluan kiri, Syriza memenangi pilihan raya. Kemenangan itu telah mengubah keseluruhan dinamik politik di Greece. Penstrukturan kabinet baru dilakukan dan Prof. Gikas Hardouvelis dilantik sebagai menteri kewangan. Kegagalan Parlimen melantik presiden baru telah menyalakan krisis politik pada bulan Disember 2014. Sehari selepas itu pasaran saham Greek jatuh 12.78%.
    • Austerity ialah pengurangan bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang membebankan rakyat.
    • Pada 26 Januari 2015 Alexis Tsipras mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru dan Yanis Varoufakis sebagai menteri kewangan baru. Mereka berdua daripada parti Syriza (anti-austerity). Trispas berjanji untuk menolak semua perjanjian bailout yang sebelum ini dan mahu satu perjanjian yang baik dan adil bagi Greece.
    • Ini menunjukkan pakej bailout yang disasarkan sebagai bantuan bagi menyelamatkan krisis ekonomi Greece dilihat sebagai satu konspirasi jahat bagi mengawal negara Greece. Maka, Syriza (Tsipras dan Varoufakis) mengugut EU untuk keluar dari eurozone.
    • Rundingan pada 20 Februari 2015 membolehkan Greece mendapat empat bulan tambahan bagi pembiayaan. Kemudian pada 4 Jun 2015 Greece telah meminta IMF menangguhkan ansuran ke hujung bulan Jun. Pada 27 Jun 2015 Tsipras telah mengumumkan referendum tentang perjanjian bailout antara Greece dan pemiutang antarabangsa akan dibuat pada 5 Julai 2015. Selepas ECB memutuskan untuk tidak memanjangkan dana kecemasan yang akan menutup peluang Greece untuk menerima €7.2 billion, Greece telah menutup semua operasi bank dan mengenakan kawalan modal. Tindakan itu telah menimbulkan panik di kalangan rakyat Greece.
      Greece menghadapi dua pilihan yang akan mempengaruhi hala tuju negara. Pengundi perlu memilih satu daripada dua pilihan yang tidak baik ini pada 5 Julai 2015, iaitu:
      1) Undi Ya: Greece boleh menerima permintaan Troika untuk tambahanausterity dan meneruskan penerimaan bantuan dari negara luar, atau
      2) Undi Tidak: Greece boleh menolak Troika yang akan beri kesan ke atas hutang Greece dan kemungkinan Greece akan keluar dari eurozone.

      Jika rakyat memilih untuk menerima deal tersebut, ia bermakna cukai akan meningkat naik dan pencen dipotong. Jika rakyat menolak deal tersebut, Greece akan gagal membayar hutang dan tidak boleh menggunakan euro sebagai matawang serta terkeluar dari eurozone.
      Buat masa ini, ramai rakyat Greece beratur di mesin-mesin ATM. Mereka tidak boleh mengeluarkan wang mereka dalam jumlah yang banyak daripada bank-bank di Greece. Had pengeluaran yang ditetapkan ialah €60 sehari. Pemindahan wang ke luar negara turut dihalang. Ia hanya dibolehkan untuk urusan perniagaan sahaja. Operasi bank ditutup sehingga 7 Julai 2015.
      Menteri pembangunan Greece menggesa rakyat mengundi “tidak” untuk menentang rundingan tersebut. Begitu juga dengan Perdana Menteri Greece.
      Jika Greece menggunakan matawang sendiri (drachma) dan mencetaknya dengan banyak sekali, ia akan merendahkan nilai matawang. Drachma yang murah ini akan membuatkan Greek dalam keadaan baik kerana ia akan menarik warga asing untuk melabur dan meningkatkan eksport dan mencipta peluang pekerjaan. Kadar inflasi turut akan membantu bebanan hutang negara. Ini semua lebih baik berbanding Greece yang berterusan di dalam keadaan kegawatan sejak krisis kewangan 2008.
      Presiden EC, Jean-Claude Juncker pula berharap orang Greece mengudi “Ya” bagi menerima terma-terma perjanjian.
      Antara punca terjadinya tragedi ekonomi Greece:
      1) Korupsi
      European Commission menyatakan Greece merupakan negara yang paling tinggi korupsi di dalam European Union.
      2) Tipu Cukai
      Golongan kelas pertengahan-atasan di Greece mengelak daripada pembayaran cukai. Mereka melaporkan nilai pendapatan yang lebih rendah berbanding dengan pendapatan mereka sebenar. Contoh pada tahun 2009, sebanyak €28 billion cukai dielak oleh mereka yang bekerja sendiri ini.
      3) Pengangguran
      Kadar pengangguran tinggi di Greece melibatkan populasi orang muda. 63.5% orang Greece berumur antara 18 dan 34 tahun masih tinggal bersama ibu bapa mereka.
      4) Populasi Orang Pencen
      Greece memiliki populasi orang tua yang ramai berbanding orang muda. Hanya 9.8% orang muda berumur antara 15 dan 24 tahun. 32.9% pula berusia lebih dari 55 tahun. Ini menimbulkan dua masalah iaitu peningkatan pembayaran kos pencen dan kekurangan tenaga kerja muda.
      5) Cukai Rokok
      Ia jadi satu masalah besar apabila cukai rokok dinaikkan di Greece kerana orang-orang di Greece merupakan golongan ketiga tertinggi menggunakan rokok di dunia. Ia lebih tinggi 28 kali berbanding pengguna di India.
    • Sekiranya Greece gagal membayar hutang dan terkeluar dari EU, ia akan menyebabkan pelabur-pelabur mengeluarkan wang pelaburan mereka daripada negara-negara EU yang mempunyai perkembangan ekonomi yang tidak stabil seperti Sepanyol dan Itali. Ia akan mencipta gelombang panik para pelabur ke atas Eropah dan kemungkinan Amerika Syarikat turut akan terkena tempiasnya.

26 Jun 2015

Bertengkar Kecil-kecil Bulan Ramadhan, Akhirnya Jadi Kes Cerai


"Tuan Kadi, ada seorang wanita nak bertanya bab cerai", kata seorang staf pejabat.
"Okey, silakan dia masuk", kata Kadi.
Masuklah dua orang wanita. Yang ada masalah tu adalah wanita umur hujung 20 dengan ditemani rakannya 20-an yang masih gadis.

"Tuan Kadi, suami saya lafaz cerai dalah facebook. Adakah jatuh talak?", tanya wanita itu.
"Oh.... Lafaz dalam perceraian zaman sekarang ada banyak cara, sama ada bersemuka, telefon, email,  whataps, weechat atau facebook, boleh menyebabkan jatuh talak juga. Okey, bagaimana lafaz tu? Boleh tunjukkan saya perbualan dalam fb tu?", kata Kadi.

Wanita tu mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan perbualannya dengan suaminya dalam fb.

"Ini betul ker suami yang hantar atau orang lain yang hantar?", tanya Kadi.
"Yer betul, ini suami saya yang hantar. Masa tu kami sedang bergaduh", kata gadis tu.
'Masa tu puan berada di mana dan suami di mana", tanya kadi.
'Masa tu saya ditempat kerja saya dan suami di tempat kerja dia dalam jam 12.00 tengahari', kata wanita tu.

Kadi meneliti perbualan dalam fb itu dengan izin wanita itu. Satu lafaz yang menjurus kepada talak adalah perkataan suami dia,
'Saya ceraikan awak', berdasarkan perkataan suami dia dalam fb tu.

Kemudian perempuan itu jawab,
'Abang jangan main-main, kenapa begini jadinya?', fb wanita tu.

Suami dia jawab,
'Saya tak main-main, sekarang antara kita dah tak ada apa-apa', fb suami dia.

Isteri kata lagi,
'..... kalau macam tu, hari ini saya kemas baju dan nak balik kampung', fb isteri.

'Suami dia kata lagi,
"Haha... bergurau saja, hehe", fb suami dia.

Perbualan dia terhenti sampai situ di fb. Keesokan harinya, si isteri ditemani kawan sekerja berjumpa Kadi nak tanya status perceraian itu sama ada jatuh talak atau tidak.

Dengar Kadi Jawab Macam Mana

'Puan... dalam bab cerai ini kita tak boleh bergurau kerana dalam bab cerai, ada kalanya bergurau boleh jadi jatuh talak. Ada tiga perkara dalam hukum syariah kita tak boleh gurau yang kalau kita gurau, boleh jadi betul iaitu nikah, cerai dan rujuk.', kata Kadi.

"Tapi Tuan Kadi, suami saya kata dia tak ada niat, dia bergurau saja", kata wanita itu.

"Memang saya tahu dia bergurau, tapi dalam bab cerai ini kita tak sepatutnya bergurau", kata Kadi.

"Jadi bagaimana sekarang Tuan Kadi?", tanya wanita itu.

Suami Kena Datang Pejabat

'Okey, sila datang dengan suami dengan membawa surat nikah yang asal. Kalau boleh hari ini atau kalau tak sempat, esok datang', kata Kadi.

Wanita itu menangis teresak-esak dan ditenangkan oleh rakannya.

Esoknya wanita itu datang dengan suami dan kes dia dirujuk ke Mahkamah Syariah. Biar mahkamah yang tentukan sama ada jatuh talak atau tidak dan talak berapa yang jatuh. Sekali lagi si isteri menangis dengan sepuasnya manakala lelaki terdiam tak kata apa-apa.

Inilah tragedi rumahtangga ini yang belum pun setahun bernikah dan belum ada anak, sudah pun terjadi perkara begini. Lebih sedih dan tak boleh tahan airmata lagi, apabila kesini berlaku dalam bulan Ramadhan.